.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: October 2008

Tuesday, October 28, 2008

Happy Brithday To Me



Alhamdulillah Allah masih memberikan aku bernyawa di bumi ini sehingga umur ku 25 Tahun. Alhamdulillah aku masih sihat, masih boleh membuat kerja dan yang penting masih boleh bertaubat di atas kesalahan yang aku buat selama 25 tahun aku hidup.

Hari ini aku amat terharu diatas sambutan hari lahir aku yang my bos aku buat. Walaupon hanya sebiji kek dan lilin diatasnye membuat aku terharu bahawa my bos masih mengingati brithday aku. Terima kasih bos di atas kek yang diberi...

Manakala yang tersayang pulak, aku tak tau lah apa yang akan dia berikan. Aku terima jer lah dia nak berikan apa untuk ku... Aku tak sangka umur aku sudah semakin dewasa. Aku harap Allah akan memanjangkan usia ku, kerana banyak lagi yang belum aku kecapi dalam hidup ini... Aminnnn...

Hari ini aku sangat bz... penat sangat! Blog pon dah lama x update! Dan aku pon dah lama x merayap blog member2 yang lain. Sorry yek kawan2 ku aku sangat sibuk! Ini pon aku luangkan sedikit masa untuk mengupdate...

Thanks to you all yang wish brithday to me!!

Monday, October 06, 2008

Raya 2008


Raya tahun ini amat bermakna buat aku. Kenape adalah sebabnya... Raya tahun ini mmg penat sangat sbbnya ikut famili gi beraya rumah sanak saudara. Sampai boleh tido lagi umah saudara, sbb terlalu lama melepak dirumah saudara. Al-maklum lah ikut famili kenalah ikut rentak mereka kan... Dari raya pertama hingga lah raya ke lima aku bz memanjang. Kesian t0pek yang nak beraya dirumah aku tidak dapat, sorry yek t0pek akak mmg bz lah dik. Insya-allah kalu ada rezeki taun depan yek... hehehehe.

Seperti biasa raya pertama, kedua & ketiga kami beraya rumah sanak saudara selepas aku dan adik beradik bermaafan bersama mak abah dan adik beradik. Mmg penat. Mcm taun lepas aku tak mengikut famili aku beraya, aku lebih rela duduk dirumah tapi tahun ini aku dipaksa ikut. Huhuhuu!

Aku tak adalah nak bercoleteh panjang, aku taruk jer gambar raya aku nie, kowang enjoy lah tgk yek!


Dimalam raya


di Pagi Raya



Beraya bersama atok


Beraya bersama sanak saudara


Beraya bersama sanak saudara


Bbq dirumah atok...