.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: October 2012

Thursday, October 11, 2012

Oh Batuk!

Salam dan morning semua..

Just nak story anak aku dan 2 minggu batuk start jer 1 pagi dia akan bangun dan batuk x berhenti2... sedih betul tgk keadaan dia... Ubat batuk memang dah bagi tp masih tak baik jugak. So pity boy... Bawa gi klinik dan 3 kali tetap jugak mcm tu. Bukan nak bawa ke hospital pulakkan. Ker dia x baik lagi batuk disebabkan cuaca yang tak menentu nie. Sekrang try cari pati delima, diorang kata bagus tuk hilangkan batuk dan selsema. Tapi itu la susah betul nak cari but we all try cari kan tuk my son.

Sekarang anak aku makin kurus, cian tgk dia, ialah makan dah tak nak sangat so dia makan roti jer itu pon sikit jer tak banyak mana pon. Mama doakan aqeel cepat baik dan sembuh ok!

Tuesday, October 02, 2012

Lega Hati

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...

Alhamdulillah pagi ini anak mama tersenyum setelah 2 minggu tidak dijaga ibu dia, minggu ini dia kembali semula pada jagaan ibu dan ayah dia. Senyum jer dia bila sampai rumah ibu dia. 2 minggu lepas ibu aqeel tak sihat, tak boleh bangun, sendi sendi dia sakit, sampai duduk dalam wad lah. Bila mcm tu aku cari babysister baru buat anak aku, tapi seminggu jer dia ok kat umah tu bila  nak hantar minggu ke dua dia dah merenggek2, menangis2, tak nak pergi memang seksa. Ye la dia dah besar, bila nampak orang lain jaga dia pastu ramai pulak yang babysister tu jaga, maybe dia rasa terbiar, terabai itu dia tak nak.

Ye la, ibu dia dah jaga dia dari 3 bulan lagi sampailah umur dia 2 tahun 2 bulan nie. Jaga dia pulak sorang jer. Itu dia menjadi anak yang manja, tak der nak kongsi kasih ngan budak2 lain. Dengan ayah dia pulak, rajin melayan dia, bawa dia naik motor, gi mainlah kat playground. Petang2 naik motor, bila seminggu di rumah babysister baru, kehidupan dia berubah itu yang dia tak nak kot! Orang kata dia jadi terkejut! Tgk budak ramai, tak kuar ke mana, duduk jer dalam rumah, otak dia pon jadi blurr... So dia tak biasa duduk diam dalam rumah, dia jenis aktif berlari sana, main sana main sini, mmg dia tak pandai duduk diam jer...

Syukurlah, ibu dia nak jaga dia balik, walaupon ibu dia masih tak berapa sihat lagi dengan pertolongan suami dia untuk menjaga aqeel. Aku sangat2 terhutang budi ngan keluarga kak long. Melayan anak aku seperti anak dia sendiri. Terima kasih sesangat. Moga Allah memberkati hidup kak long sekeluarga. Amin.. Aku juga mendoakan semoga kak long cepat sembuh daripada penyakit dia. InsyaAllah.

Alhamdulillah, bulan 12 tahun ini Aqeel dapat masuk taska di UPM nie. Legalah hati mama bila Aqeel dapat masuk taska. Kat situ dia boleh la belajar berdikari sikit, ade cikgu nanti yang memantau dia. Tak der lah dia manja sangat nanti. 

Ape pon hati mama rasa lega sikit, tak der lah datang kerja asyik pikir pasal anak. Terima kasih Ya Allah kau permudahkan urusan ku. Terima kasih juga pada kak long sekeluarga kerana sanggup menolong aku. Sob Sob Sob hati jadi sebak......