.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Tuesday, December 02, 2008

Not Feeling Well

Dalam beberapa hari ini perasaan aku tak berapa baik. Banyak benda dan perkara yang membuat hati aku sedih dan perasan aku terganggu. Entahlah aku terpaksa lalui dengan hati yang tabah. Walaupun dilanda kesedihan tapi aku tak nak lah tunjuk pada mereka yang terlibat bahawa aku sedih dan sangat terasa dengan mereka.

Aku cuma harap Allah memberikan aku jalan untuk aku lalui dengan hati yang tabah dan cekal! Aku kena kuat menghadapinya walaupon aku tak kuat sebenarnya. Aku cepat down bila aku sedih, aku menangis, cepat emosional tapi nasib baik ada insan tersayang yang sudi memberi semangat dan kekuatan buat diri aku. Terima kasih sayang dan juga kepada teman ku yang beri sokongan kepada aku.

Aku kena fikir positif, maybe apa yang melanda diri aku ini, aku boleh buat pengajaran buat diri aku atau buat generasi aku pada masa akan datang.

Ikhlasnya mmg aku sedih sangat.... Ini pon dah menaip pon air mata tak dapat nak bendung air mata aku dari mengalir.. Aku tak dapat nak luahkan apa yang aku rasa, sebab aku tak nak sesiap akan merasai apa yang aku rasa atau ada yang terasa. Biarlah aku tanggung sendiri, selagi aku mampu nak tanggung aku akan tanggung tapi jika aku dah tak boleh, entah lah tak tau nak cakap....

Memang susah nak mencapai kebahagian yang kita inginkan mmg akan hadapi pelbagai halangan yang kita tidak duga. Cuma kita perlu kuat dan tabah untuk menghadapinya. Mungkin ini Allah sudah takdirkan nasib aku begini. Setiap orang takdir hidupnya berbeza-beza. Tak apalah selagi ada insan tersayang dan teman-teman yang boleh bagi aku support aku akan teruskan perjuangan hidup ku ini....

2 comments:

Ted said...

cepat sembuh ye

Am said...

Jangan bimbang Honey, ramai kekawan disini yang sudi mendengar keluhan dan sedia menemani honey

Take care dan ceria selalu

ps: berjangkit dari Am kot hehehe