.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Pengalaman Bersalin II

Monday, November 08, 2010

Pengalaman Bersalin II

Lama giler aku nak update bl0g...huhuuu... Nak tulis bl0g p0n kena cari m0odkan, s0 malam nie m0od aku nak sambung balik cerita pengalaman bersalin aku.

Pukul 9 pagi masih lagi aku tak bersalin2, kesakitan aku tak dapat nak tanggung lagi, nk menanges mcm tak kuar air mata, cuma mampu menahan dan membaca ayat nabi Yunus tu. Pukul 10 pagi tu, aku dah tak tahan, lalu aku panggil nurse kata aku dah tak tahan sangat, aku nak bersalin jugak. Nurse tu kesian pada aku, dia p0n men0l0ng aku untuk mempercepatkan aku bersalin, dengan menggocang2kan perut aku, hingga dia menyuruh aku meneran mcm nak buang air besar, lepastu doktor p0n masuk, dan ramai giler doktor pelatih masuk sekali, sempat jugak aku menjeling2 doktor2 pelatih tu, terselit seorang doktor pelatih lelaki... Wargghhh aku berase malu jugak time tu, tapi dlam masa yang sama aku meneran2 nak bersalin.

Bilik aku tu amat riuh rendah dengan suara menyuruh aku push! Push! Push! Push!! aku pulak mcm dah x boleh nk fokus... Mn suara suami aku, mn suara doktor, aku dh mcm blurr mn satu suara aku nak dengar... Doktor suruh aku push lagi, sbb anak aku dh berak dah nk mkn tahi, tapi aku tak berdaya, akhirnya doktor kerat dan tolong kuarkan anak aku, alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan, aku nampak doktor tu jolok dalam mulut anak aku, maybe kuarkan tahi yg dia makan, baru aku dengar anak aku menanges.... aku sangat2 seronok tgk anak sul0ng kami selamat dilahirkan.

Pengalaman yang tak boleh aku lupakan ialah pengalaman dijahit... Ya Allah hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang aku alami time tu... mula2 dia bagi bius aku tak rase sangat siap sembang2 ngan nurse tu, bile bius dah hilang, Ya Allah aku tak sedar bila masa aku pengsan sbb aku tak tertahan sakit tu...Aku dalam separa sedar time tu, aku dh tak berdaya, ialah satu hari aku tak makan. Bila ingat balik pengalaman jahit tu, buat aku pikir banyak kali untuk pregnant dalam masa terdekat nie... huhuhuu.

Alhamdulillah la, Allah memberikan aku peluang yang berharga ini untuk aku menikmatinya... Walaupun ngeri tapi manisnya tetap dirasai dengan kehadiran anak teruna ku... Sekarang anak teruna aku dah nak masuk 4 bulan... dh banyak ragam dah, kekdg buat aku geram!

Habislah citer pengalamanku bersalin.... Aku syukur sangat sbb bersalin normal tapi masa pantang seminggu gak la aku terbaring di atas katil, jalan p0n perlahan2 jer sbb sakit sangat kesan jahit tu... Huhuhuu ngeri siutt!!

2 comments:

cha said...

aiii caner nak bersalin normal niii, kita lak yg ngeri... mana gambar baby, kedekut la Honey ni :D

h0ney said...

hehhehehe... ade nanti h0ney masukkan... internet kat umah lembab nk mampus! Itula org kata salin normal sakit seminggu jer h0ney 4minggu sbb jahit yang banyak sangat...huhuhuu