.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: February 2007

Tuesday, February 27, 2007

Percutian Bersama Famili

Wajah ceria sebelum dalam perjalanan ke perlis

Lama dh x update blog nie.... Wah rindu sangat nak bercoleteh di blog nie...Bz sgt aku nie sampai x der masa nak update umah aku yg cute nie...Aku nak cerita pasal percutian aku yg x dirancang pada Tahun Baru Cina hari itu..

Aku pergi ke Padang Besar umah pakcik aku di sana...Ini semua tak dirancang. Mak aku lah beriya bagi cadangan di petang ahad tu nak gi umah pakcik aku di sana..Aku malas betoii nak pergi sebenarnye, sbb perlis tu jauh benar aku nak drive... Tp bile aku pk kan permintaan mak aku, and abah aku pon dh beriya nak gi gak, so aku pon setuju.

Pukul 6 petang dengan 2 biji kereta aku 1 famili telah bertolak ke padang besar perlis. Pengalaman pertama aku drive kereta dengan jauh sekali.. Mmg penat, tp dekat haiway aku suruh adik aku yg ambil alih.. Dia baru dpt lesen, jd aku berani bg dia drive kat haiway sahaja...Alhamdulillah dia bole drive dengan baik... Smpi di rumah pakcik aku dalam pukul 2 pagi... Aduh begitu lama duk dalam kete... Tp sonok gak sbb dapat datang ke negeri org lain lak...

Hari pertama di rumah pakcik aku, pakcik aku ajak kami sekeluarga masuk ke Thailand.. Dh la x der passport nak masuk negara org..Hehehhehe! Tp dpt gak masuk jugak, sbb pakcik aku tu polis dan glemer di Thailand tu...Hahahhahaha! Aku x der byk shopping pon, tp giler gak la tgk barang kat situ, murah katakan! heheehe!

adik 2, kazen ngan mak di Thailand...


Jom terbang naik naga....

Romantinye lah mak aku nie....


1 ari aku di berjalan di sana, pastu gi berjalan di Padang Besar lak, pas2 balik kejap, makcik aku masak tuk berkelah di Gua Kelam lah pulak... Kerana musim panas, air di sana x m'alir pon , aku nak mandi pon x der m0od.. adik2 jer mandi.. Sblm mandi masuk ke Gua Kelam untuk melihat pemandangan di dalam gua...

Pintu masuk ke Gua Kelam

Pemandangan di dalam Gua

Selepas itu gi melihat burung unta pulak... Mmg penat 1 ari berjalan dengan cuaca yg panas lagi... balik drpd tu, apa lagi bum tido...

Bergambar dengan burung unta...

Pukul 6 pagi, kami bertolak balik ke sabak bernam...Tp aku suruh adik aku bawa, aku mengantuk nk tido... Cuaca mmg sejuk giler... Smpi sabak dlm kul 12 tengahari, dan pukul 5 petang aku bertolak balik ke serdang... Sbb esok nk keje...


Perjalanan balik drpd perlis

Adik aku memandu dengan berhemah....

Thursday, February 15, 2007

Pastikan - Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa Yang
Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Hari nie baru aku larat start keje kembali...HAri selasa aku dtg keje dan tetiba aku di timpa penin kepala yg amat sangat smpi pitam dan nak pengsan...Doc bagi aku MC, dan tanpa aku sedar aku telah tertidur dr kul 2ptg hingga kul 6 pagi, baru aku sedar..Penangan ubat yg doc bagi kat aku...Aku p0n x tau sbb ape aku dapat penin kepale yg amat penin giler nie...D0c kata aku terlalu penat ngan keje...Tp entah la! Maybe k0t...Start aku keje di sini, keje aku x pernah stop sentiase ade...

Pukul 6 pagi hari rabu tu aku try bangun ingat dh baik...S0 aku mandi basah rambut nk s0lat tp rupenye x baik lagi... Kepala aku masih berat sampai ke malam...Dan aku minta cuti, sbb x larat nak gi klinik...Aku p0n x tau apasal!!

Pagi nie dtg keje, semua 0rg tanye dah sihat blm? Tp aku ckp belum sepenuhnye sbb aku masih terase penin2 lagi...Tp alhamdulillah ptg nie aku rase sihat sikit! Harap aku x dpt sakit lagi, sbb aku takut famili kat kg risau...Smlm abah call tanye apasal aku leh sakit? Abah aku risau kan diri aku lak...Sayu hati lak bile abah ckp, jgn la buat abah risau, jaga kesihatan, kalu aku sakit sape nak jaga aku, mak aku p0n tgh sakit sekrang nie, dia x sihat sgt...Aku x sabar nak balik nak tgk mak aku nie....Sedih hati aku bile terkenang mak aku nie! Aku harap pas pemeriksaan drpd d0c pakar mak aku x der ape2...

Friday, February 09, 2007

Feeling Sad

Hari nie aku dapat berita yg leh membuat hati ku sedih...Mak aku call aku bgtau dia di suspek dapat breast cancer...Aku terasa mcm bergegar dunia nie...W/p0n di suspek tp aku jd risau atas kesihatan mak aku...Aku x dapat terima andai benar berita ini benar!! Mak aku kata dia akan ke pakar jumaat next week untuk memastikan ape sebenarnye ketubuhan tu... Aku sebagai anak sangat sedih! Aku selalu doakan kesihatan mak aku...Aku nak dia sentiase sihat! Tp bile dapat tau dia sakit, aku jd risau...sbb aku jauh di mata dia! Aku x dpt nak jaga dia...Kalu dekat aku leh jaga dia, makan minum dia aku ambil tau!! Aku mmg tgh risau sangat! Jiwa tak tenteram selagi x dpt keputusan yg sebenarnya... Aku berdoa agar benda itu bukan la breast cancer!! Ya Allah Engkau jauhilah ibuku daripada penyakit yg memberhaya nie..Kau berilah kesihatan yg baik untuk ibuku...Aku sayang dan cinta pada ibuku...Aku x dpt hidup tanpa dirinya....

Wednesday, February 07, 2007

Thursday, February 01, 2007

Hanya Kerak Nasi Untuk Emak

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ...

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN



P/s : Sungguh Sedih citer ini...Pengorbanan dari seorang IBU untuk kebahagiaan anak2nya... Sayangilah IBUmu dan sesungguhnya... "SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"...