.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: December 2008

Wednesday, December 10, 2008

Dugaan Family Di Kala Menyambut Hari Raya Aidiladha

Khamis malam jumaat pada 4hb Disember 2008 pukul 8.30, aku dikejutkan oleh panggilan adik perempuan aku andak, dia memberitahu adik lelaki aku uteh kemalangan dan dia bagitahu kepala adik aku cedera. Aku dah menggeletar mendengarnya. Aku telefon abah, abah tak angkat, kali kedua aku call abah angkat, abah kata dia on the way nak ke hospital sabak bernam. Hati aku jadi risau ikutkan hati nak blk kg mlm nie gak! Tp disebabkan malam aku tak berani nak balik sorang2. Aku call adik aku si andak, dia kata adik aku dalam bilik kecemasan, aku cakap ngan mak aku, mak aku menangeh dia kata banyak darah dikepala... Aku dah risau! Aku cakap ngan andak apa2 bagitau aku!

Aku tanya adik aku, dia kemalangan dengan apa? Adik aku ckp ada motor langgar dia, yang langgar dia adalah orang indon. Sebenarnya adik aku nie pas solat dan baca yasin di masjid dia gi lepak kedai depan masjid tu, pas2 mamat kedai nie suruh adik aku pergi kedai beli ais batu. Adik aku balik dari kedai, time tu lah dia dilanggar dari belakang oleh orang indon ini. Adik aku tercampak di tengah jalan, nasib baik orang masjid cepat2 tahan kereta di tengah jln supaya tak langgar adik aku, kalu tidak aku tidak tau lah apa nasib adik aku ini. Dah lah dia tak der lesen, helmet tak pakai, orang kedai nie pon satu yang suruh adik aku pergi kedai apasal! Aku dengar pon naik angin!

Pas2 mamat nie dtg ke hospital minta ganti rugi kat tokei indon ini. Abah aku dah naik hangin nak melutu jer mamat nie, mak aku tahan! Dah lah tak jumpe abah aku minta maaf, lagi nak buat pasal! Menyirap jer aku dengar!! Tapi kalu kes nie di bawa ke Mahkamah mmg aku suruh abah aku heret sekali mamat nie!! Bengang betoii aku!!Setahu aku adik aku nie dia ke masjid mmg naik basikal, dia x bawa motor! Tp bila dengar dia kemalangan dengan motor aku ingat dia naik basikal rupanya motor.

Aku dapat sms daripada andak bagitahu adik aku kuar darah kat telinga, pastu muntah, aku dah risau! Ya Allah harap adik aku tak ada apa2. Aku call abah, abah ckp adik aku ade pendarahan di kepala dan dia akan dihantar ke hospital Klang. Pukul 12mlm abah aku dan adik aku dibawa ke hospital Klang. Sampai di hospital Klang dalam pukul 2 pagi. Lepas itu, hospital Klang hantar ke Hospital Sg Buloh sbb ade dr pakar otak di hospital sana.

Mak aku pulak menangeh risaukan adik aku nie.. Aku cuba tenangkan mak aku cakap insya-allah semua selamat. Tp biasalah hati orang tuakan.. Benda2 mcm nie mmg diorg risau.

Keesokkan hari ini pagi itu adik aku operate kepalanya. Sbb abah aku cakap ada pendarahan di otaknya tapi nasib baik pendarahan itu atas tisu otak. Tapi yang penting adik aku masih kenal ahli keluarganya walaupun aku tgk dia mmg tak bermaya dengan pemakaian oksigennya. 5 hari dia di ICU.

Aku pulak mmg penat asyik patah balik kg sbbnya adik2 kat kg nak tgk abangnya di Hospital. Alhamdulillah adik aku stabil sekarang nie dan doktor telah membenarkan dia pulang semalam. Alhamdulillah... Syukur sangat dia tak ada apa2. Dalam tahun ini 3 orang adik lelaki aku kemalangan. Tak taulah nak cakap apa. Benda dah nak berlaku nak dicakapkan apa, malang tu kan tak berbau!

Inilah kepale adik aku yang kena stapler tu... ngeri aku tgk!! Aku siap nk muntah tak tahan nk tgk!



Inilah sebab famili aku tak beraya pada tahun ini. Tak menyambut pon hari raya aidiladha sbb mak aku menjaga adik aku di Hospital, so aku dan adik2 serta abah gi beraya umah makcik (ucu) di Shah Alam. Memang dugaan giler kami sekeluarga! Aku bawa adik2 aku datang ke rumah aku sebab diorg nak tgk abgnya di hospital pas2 pon adik2 aku teringin nak dtg umah sewa aku yang tinggi tu.

Apa2 pon aku doakan adik2 aku cepat sembuh. Kawan2 doakan adik aku sembuh dan tak der effect apa2 kat dia!

Tuesday, December 02, 2008

Not Feeling Well

Dalam beberapa hari ini perasaan aku tak berapa baik. Banyak benda dan perkara yang membuat hati aku sedih dan perasan aku terganggu. Entahlah aku terpaksa lalui dengan hati yang tabah. Walaupun dilanda kesedihan tapi aku tak nak lah tunjuk pada mereka yang terlibat bahawa aku sedih dan sangat terasa dengan mereka.

Aku cuma harap Allah memberikan aku jalan untuk aku lalui dengan hati yang tabah dan cekal! Aku kena kuat menghadapinya walaupon aku tak kuat sebenarnya. Aku cepat down bila aku sedih, aku menangis, cepat emosional tapi nasib baik ada insan tersayang yang sudi memberi semangat dan kekuatan buat diri aku. Terima kasih sayang dan juga kepada teman ku yang beri sokongan kepada aku.

Aku kena fikir positif, maybe apa yang melanda diri aku ini, aku boleh buat pengajaran buat diri aku atau buat generasi aku pada masa akan datang.

Ikhlasnya mmg aku sedih sangat.... Ini pon dah menaip pon air mata tak dapat nak bendung air mata aku dari mengalir.. Aku tak dapat nak luahkan apa yang aku rasa, sebab aku tak nak sesiap akan merasai apa yang aku rasa atau ada yang terasa. Biarlah aku tanggung sendiri, selagi aku mampu nak tanggung aku akan tanggung tapi jika aku dah tak boleh, entah lah tak tau nak cakap....

Memang susah nak mencapai kebahagian yang kita inginkan mmg akan hadapi pelbagai halangan yang kita tidak duga. Cuma kita perlu kuat dan tabah untuk menghadapinya. Mungkin ini Allah sudah takdirkan nasib aku begini. Setiap orang takdir hidupnya berbeza-beza. Tak apalah selagi ada insan tersayang dan teman-teman yang boleh bagi aku support aku akan teruskan perjuangan hidup ku ini....