.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Tampal Gigi

Thursday, May 15, 2008

Tampal Gigi

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Kesihatan Universiti untuk check gigi ku yang bermasalah. Tanpa disangka aku bertemu dengan kazen aku (yang pernah aku gaduh dan tak suke) entah kenape td kami mcm mesra semcm jer... Mcm kami masa kanak2, dan remaja dulu, berborak bermesra. Hati aku pon tidak lah sakit seperti dulu, maybe aku sudah melupakan apa yang pernah terjadi diantara kami dahulu. Aku pon harap dia akan berubah dengan lebih baik dengan kehadiran permata hati dia. Anak buah aku itu pon aku tak pernah jumpe dan bermesra disbbkan ade perselisih faham dahulu. Aku harap dia bukan hanya berlakon didepan kawan2 dia untuk bermesra dengan aku.

Ok berbalik pasal gigi aku. Rupanya ade berapa gigi aku yang berlombang, walaupun kerajaan bagi peruntukan RM300 untuk pergigian tapi aku jarang pergi buat check up gigi sbb aku takut sakit. Tapi mmg benar masa cuci gigi itu mmg sakit berdarah2, aku tahan aje lah dan mengeraskan tangan aku menahan sakit. Bila dia mula tampal gigi aku, aku ingat sakit rupenya tak sakit. Doktor hanya tampal gigi aku yg teruk jer! Hari ini aku tak boleh kunyah disebelah kanan, kena kunyah sebelah kiri untuk menunggu gigi yang tampal tu jd keras. Kalu kowang nak tau, dalam seumur hidup aku frist time aku tampal gigi. Hehehee!

Sekrang aku masih menahan ngilu digigi aku, dan aku tak berani nak mkn benda yang keras2 dan manis. Maybe esok aku boleh mkn... hehehhee!

2 comments:

chii said...

sakit gigi tampal koyok :p

wehee..arini da bleh mkn ayam :D

h0ney said...

:)) dah leh mkn kepsi dah :P