.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Menghitung Hari...

Tuesday, July 21, 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari detik demi detik... masa ku nanti apakan ada.... huhuhuuhu! :P Lagi berapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku! huhuhuu! Terasa nervous, terase seperti tidak percaya, aku akan mengakhirkan zaman bujang aku nanti! Selepas ini aku akan kena memberi perihatian sepenuhnya pada suami terchenta... Akhirnya selama 5 tahun membina cinta, akhirnya kami akan mendirikan rumah tangga dan akan bina hidup bersama hingga ke akhir hayat kami. Insya-Allah. Aku terase masih lagi tak percaya yang aku akan jadi isteri orang dalam berapa hari lagi... huhuhuuu!!

Orait, kekawan doakan kebahagian kami, agar kami dapat mengharungi suka duka susah senang bersama... Terasa sedih bile nnt prihatian aku akan kena dibahagi2kan dengan mak ayah, mak ayah mentua dan suami... Sedih lagi memikirkan yang aku akan tinggalkan tanggungjawab aku sebagai anak sul0ng pada mak abah dan juga adik2.. (dah meleleh air mata ini). Sedih sangatt!! Nnt dh tak boleh buat sesuke hati dah! Nak balik kg sesuke hati ker, nak kemana2 sesuke hati ker... Semua kena minta izin suami... Rasa sedih pulak jika terkenangkan famili aku...

Mak Abah walaup0n al0ng nanti dah bersuami, selagi mak abah masih memerlukan al0ng, al0ng akan tunaikan tanggungjawab al0ng sebagai anak mak abah... (Sedih pulak..) Jika ada salah silap al0ng selama ini sebagai anak mak abah, melawan cakap mak abah, ada yang tidak al0ng tunaikan tanggungjawab sebagai anak, al0ng minta maaf dari hujung rambut... Halalkan lah makan minum al0ng, susu yang mak berikan pada al0ng... Sesungguhnya mak abah adalah ibu ayah terbaik kerana berjaya mendidik al0ng menjadi 0rang yang berguna... Mak doakan al0ng dapat menjadi isteri yang s0lehah seperti mak... Abah d0akan lah al0ng sem0ga al0ng dapat mencapai kebahagian dalam berumahtangga. Terima kasih yang terhingga buat mak abah... Al0ng sayang sangat mak abah....