.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Bengang!!!

Friday, June 18, 2010

Bengang!!!

Tajuk aku hari nie bengang! Sebenarnye aku bengang dari semalam tapi disebabkan bengang aku tak dapat nk menaip dalam blog sbbnya aku sibuk dan orang sibuk dengar cerita aku apasal aku bengang!

Ceritanya begini, semalam aku dapat surat aduan daripada seorang hamba Allah (dia adalah pegawai). Dia menulis aduan tentang aku disebabkan paper work dia aku tak masukkan dalam meeting Pengurusan Universiti pada hari rabu iaitu 16/6/2010. Aku tak tau mcmmn dia boleh mengatakan aku begitu sekali, mmg aku sakit hati sangat apa yang dia tulis tentang aku!! Hingga menyentap jantung aku!! Kenapa dia tak tanya aku dulu sebelum dia buat aduan??? Kalau aku balas balik mesti dia malu gak, sbb aku rase itu bukan salah aku!!

Pada petang selasa aku rase dalam pukul 3 petang, staf dia ada hantar paper work untuk dimasukkan dalam mesyuarat Pengurusan Universiti keesokkan harinya iaitu hari rabu lahkan... Mesyuarat Pengurusan Universiti diadakan pada pukul 9 pagi. Dalam surat aduan itu, dia ada mengatakan dia sudah berbincang dengan bos aku bahawa dia nak masukkan paper work dia untuk meeting pengurusan, tapi paper yg dia hantar itu pada petang selasa, kalu ikutkan prosedur kami, setiap Pusat Tanggungjawab perlu menghantar paper work untuk kelulusan seminggu awal daripada meeting!! tapi yang dia hantar pukul 3 petang dan esoknya meeting!! Dah terberak baru nak gali lubang orang katakan!! So aku berhak, nak bawa masuk paper work itu dalam meeting atau pon tidak, sebab tiada sorang pon daripada pihak dia bgtau aku yang paper itu URGENT!! So disini sape yang salah???

Ini adalah bentuk ADUAN beliau :-

1. Pn. Haniza sepatutnye berbincang terlebih dahulu dengan ketuanya sebelum memutuskan kertas mana yang patut dibawa ke JPU.
2. Pn. Haniza tidak berhak untuk menentukan sama ada Pengurusan mempunyai masa yang cukup untuk melihat semua kertas yang ada.
3. Beliau boleh bertanya (telefon) sama ada kertas yang dihantar perlu dibawa atau tidak.
4. Beliau sepatutnya memberitahu bahawa kertas tersebut akan dibawa pada mesyuarat akan datang dan menunjukkan rasa tanggungjawab agar tidak menyusahkan orang lain.

Ok ini jawapan aku untuk aduan beliau :-

1. Aku nak bincang ape?? banyak lagi agenda tambahan yang aku buat hari itu, sedangkan dia hantar paper itu dah lewat!! So aku x der masa nak bace paper ko tu!! Pas2 ko main hantar jer kat aku, ko tak mention ape2 pon kat aku!!

2. Aku dah tau paper ko tu mesti tak akan dibincangkan, sbb banyak paper yang ko hantar tu, mesti akan ditangguhkan pada mesyuarat akan datang!! Aku dah lama buat kerja nie, aku dah tau sangat situasinya dia mcmmn! Paper ko tu paling banyak menyusahkan aku!!!

3. Bukan tugas aku nak bertanya nak call ko perlu masuk ker idak! Sepatutnya ko bgtau kat aku!! Itu bukan tanggungjawab aku!! Setiap PTJ yang hantar paper kat aku semua mention pada aku benda ini penting ataupun tidak! Dan aku pon dah bagitau kat diorang kalu ikut prosedur kena hantar seminggu awal!! Ko paham x seminggu awal! Sedangkan ko hantar paper tu nak kata sehari sebelum bukan, tapi dan terberak baru ko nak gali lubang!! Ko ingat aku tak der kerja lain ker???

4. Ini pon bukan tugas aku nk bgtau kat ko! Ko kena berhubung dengan akulah... Staf ko pon x call aku! Staf ko jumpe aku pada petang rabu tanya paper ko masuk ker idak?? Dah habeh meeting baru nak tanya aku ker??? Sepatutnya kalu ko rase paper ko urgent ko buat awal2 dan dan hantar awal!! Jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Kesimpulannye, aku tak bersalah!! Ko yang bersalah.. Sebab ko tak ikut p0n prosedur yang kami dan keluarkan pada tahun 2007. Itu pon kami nie berbaik hati gak lah ade paper yang kami terima lewat masukkan dalam meeting, itu p0n sbb dia mention kat kami paper dia urgent!! Ko ade bgtau ker??? Ko tak bgtau p0n... So ko jgn suke hati nak cakap aku mcm tu!! Kalu aku tak bertanggungjawab, kerja aku nie aku tak buat p0n!! Dah la aku nak bersalin, kerja mcm bodoh duk bertangging dengan banyaknye hingga perut aku sakit! Ko suke hati nak komplen pasal aku mcm tu tanpa ko tanya aku p0n!!

Aku p0n kekdang tak paham jugak ngan orang atasan buat prosedur mcm nie tapi buatnya semua tak ikut prosedur, itu sebab PTJ2 nie naik muak! Suka hati mak bapak dia jer!! Kalu ko dah tau kerja ko urgent patutnya ko buat benda itu awal! Hantar awal jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Start dari semalam, aku langsung tak boleh tgk muke mangkuk tu!! Buat masa nie bigbos tak panggil aku lagi, kalu dia panggil aku ngan mangkuk tu mmg aku akan cakap sepenuhnya! Aku akan bawa sekali surat prosedur kami tu!! Jangan ingat ko pegawai aku takut nak mempertahankan diri aku!! Kalau aku betoii aku tak takutlah.. Dengan ko p0n aku tak takut!! Nampak jer muke dia mmg aku menyampah!! aku sukar nak benci orang tapi bila orang buat aku mcm nie, mmg aku akan benci sama dia tak tau la sampai bila tapi yang pasti sekarang nie aku tak boleh tgk muke dia!!

3 comments:

ch@ said...

hoh, mmg jd mgsa mak buyung la insan tu. org dh la tgh emosi, dia membuat emosi menjadi emosional. jgn benci sgt, nnt kenan. lagiii pening.

h0ney said...

itula pasal cha... bengang yg amat sgt! tp x der la smpi benci br tahap menyampah jer...

izzati said...

huu... cabr je ye cik kak comel... stress2 nanti kedut... ;P