.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Tuesday, August 03, 2021

Testing

Testing lama sangat dah tak menulis.... Berapa tahun dah tinggalkan dunia blogger... Kak long pon dah tak tau cara nak menulis... Nanti fikirkan apa yang nak dikongsikan...

Tuesday, June 24, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

ISNIN cari SELASA, Nak tanya nampak tak RABU,
Agar ingatkan KHAMIS bagitau JUMAAT,
supaya tak lupa Mesej kat SABTU,
yang AHAD dah puasa
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMUA

Thursday, May 22, 2014

Adik

Pejam celik pejam celik dah 8 bulan dah baby kecik aku... rasa mcm baru je pas operate kuarkan dia dalam perut nie... Ye lah perut mama masih lagi muncit nie pas operate... x leh nak tungku bengkung pon jarang2.. berlain benar ngan bersalin normal mcm abg dia, mama kembali slim... tp kali ini mama bertambah berisi badannye... lagi pon adik masih lagi menyusu badan, mcm susah nak berhenti jer adik nie.. kat rumah mmg x nak botol asyik ngan mama jer... terpaksalah mama makan banyak, mana tak pas je adik susu mama kembali lapar... huhuuu

Adik dah 8 bulan nie, dah pandai dah main ngan abg, abg masuk bilik dia pon ikut, abg mandi dia pon nak mandi, pendek kata mana abg pergi adik akan ikut... Adik dah ade gigi 3 batang 2 bawah 1 atas. cepat betul adik tumbuh gigi, abg pulak lambat tumbuh gigi umur setahun lebih baru tumbuh gigi.


Hidup mama bertambah berseri dengan kehadiran adik, abg pon suka sebab ada kawan abg nak main, tp bila adik usik mainan abg, abg marah pulak... Abang pon dah makin membesar, tahun nie abg dah nak masuk 4 tahun cepatnya abg membesar... Semoaga abg dan adik menjadi anak yang baik dan soleh yer... Mama love u all so much! Muahhh!! Muahh!!

Friday, January 10, 2014

Beza bersalin normal dan ceaser

Assalamualaikum...
 
Seperti yang dijanjikan aku nk cerita sikit beza bersalin normal dan ceaser. Aku dah mengalami pengalaman dua2 kaedah ini. Anak pertama aku bersalin normal manakala yang no 2 ceaser.

Bersalin normal :

1. Kita akan merasa sakit nk bersalin tu setiap 5 minit. Mmg sakitkankan time tu.
2. Kena tunggu buka sampai 9 cm
3. Kena teran baby untuk keluar
4. Jika baby susah nk kuar doc akan gunting bg senang nk kuar.
5. Pastu kena jahit.
6. W/pon jahit pas bersalin tu boleh berjln 
7. Boleh bertungku
8. Baby kuning pon sikit je

Bersalin ceaser 

1. X yah nk tggu sakitnya bersalin
2. Masuk bilik bedah kena cucuk kat tulang belakang nak bg dr pinggang ke kaki x rase ape2 time operate tu
3. Operate pon x rasa ape2
4. Tiba2 tau2 dengar suara anak nenangis
5. Pas operate kena baring tanpa bantal selama 6 jam
6. Mmg susah nk bangun kena ampu perut tu. Bila bangun rase mcm ade batu yg berat dlm perut.
7. Tak boleh nk bertungku
8. Jahit kat luar tu mmg cepat baik tp dlm perut mengambil ms dlm 2 thn nk betul2 baik

Ok ini apa yg aku alamilah.. Bagi aku normal atau ceaser je sama je sakitnya. Yg penting anak selamat. Itu je yg aku harapkan... Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun dlm bilik bedah tu jantung aku berdegup laju sampai doc tegur " puan nervous ke? Rilek x der ape yang nk ditakutkan"... Huhuuu...

Update blog dlm bank tgh nak update buku asb punyerla lm menunggu... Bosan siap update blog.. Semua dah canggih!!

Hari pertama  saya dilahirkan..

Thursday, January 09, 2014

My baby no 2.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Rasanya sudah lama giler tak update blog ingat nak dikuburkan blog ini tapi fikirkan banyak kenangan dengan blog ini, so tak jadilah... Aku dah tak jadi dah blog tegar. Dulu masa anak dara memang rajin berblog, walaupun sekrang dah malas nak update bagai tapi masih lagi mengikuti perkembangan kawan2 yang aku kenal masa berblogging...

Buat pengetahuan kawan semua, aku baru jer pas melahirkan anak no. 2. Anak lelaki jugak yang diberi nama Muhammad Azeeq Hakimi, dilahirkan pada 4hb September 2013 pada jam 10:30 pagi. Dilahirkan secara ceaser. Berat masa dilahirkan 3.11kg. Alhamdulillah sekrang dia dah masuk 4 bulan.

Mcmmn aku boleh ceaser yang ke 2 ini sebab uri aku tak mau naik asik kat bawah je pastu lak baby pon tak duduk dalam kedudukan yang betul itu terpaksa potong jer.. Alhamdulillah semua selamat w/pon time tu aku kekurangan darah. Pas deliver tu doc cek darah aku 8 je.. Doc dah suggest nak masuk darah tapi aku tak nak! Mmglah aku tak nak kenapa diorang tak masukkan darah masa aku belum bersalin sbb mmg dalam surat doc klinik tu dah inform cakap aku kurang darah tapi tiap kali cek hospital diorang asyik cek uri aku, pasal darah tu diorang kata ok je.. So bila dah pas bersalin nak masukkan darah mmg aku tak nak. Ye lah susahlah kan dah la ceaser nak bergerak pon susah ngan baby lagi. Lagi 1 sebab pon aku nak keluar dari hospital cepat2 sbb 4 hari kat hospital rasa lama sangat. Aku pon kesian kat hubby aku kebetulan minggu aku bersalin tu adik dia nak kawen, itu pasal la aku tak nak masuk darah. Kalau masuk darah dah tentu tambah 3 hari lagi duduk dalam hospital. Ko sanggup?? Aku tak sanggup!!!

Inilah anak lelaki no 2 saya.... comel tak?? Mcm abg dia kata "Mcm comel je!" pengaruh media semuanya... hihiii....



Pasnie saya akan update pengalaman bersalin ceaser... Beza normal ngan ceaser... Tunggu!!!


Monday, March 04, 2013

Lama Giler Tak Berblog

Assalamualaikum semua...

Lama giler tak berblog, entah maybe tak der citer nak dituliskan. Lagi pon sekarang tengah penin2 lalat.. Tgh pregnant anak ke dua... So ade morning sickness dan penuh angin 1 badan itu yg tak larat nk update nak memandang pc lama2... Harap pregnant kali ini berjalan dengan lancar nasib baik  tak der masuk air mcm pregnant anak yg pertama.

Anak mama yang pertama tu Aqeel dan nak masuk 3 tahun dan masuk Taska pon bagi dia belajar apa yang patut, tapi bila dah bersosial ngan kawan2 tu banyaklah peel dia yang tak begitu elok dibawa balik kerumah pengaruh kawan2 yang dah besar daripada dia.. Dah pandai melawan, jelir lidah dan yang aku tak suke sangat dah pandai cakap "BODO"!! Ohhh abang please lah jangan buat mama mu ini naik angin... Mmg kena tampar lah mulut dia bila mengeluarkan perkataan mcm tu.. yang tak boleh terima akal mama nie, bile dia cakap "bodo mama"!! Ohhh lagilah angin 1 badan mama dia dengar! Bila mama sound dan cakap perkataan itu tak elok jangan cakap lagi dia boleh angguk harap dia paham... tapi budakkan dia akan cakap lagi.. Ohhh nie la orang kata dugaan nak mengajar anak bila dah meningkat dewasa... Harap mama dapat didik aqeel dengan baik. Insyaallah.

If kowang yang dah bergelar ibu ade tips nak bagi kat mama nie, bagaimana nak mengatasi anak yang begini bolehlah kongsi ngan mama yer... Tq!

Thursday, October 11, 2012

Oh Batuk!

Salam dan morning semua..

Just nak story anak aku dan 2 minggu batuk start jer 1 pagi dia akan bangun dan batuk x berhenti2... sedih betul tgk keadaan dia... Ubat batuk memang dah bagi tp masih tak baik jugak. So pity boy... Bawa gi klinik dan 3 kali tetap jugak mcm tu. Bukan nak bawa ke hospital pulakkan. Ker dia x baik lagi batuk disebabkan cuaca yang tak menentu nie. Sekrang try cari pati delima, diorang kata bagus tuk hilangkan batuk dan selsema. Tapi itu la susah betul nak cari but we all try cari kan tuk my son.

Sekarang anak aku makin kurus, cian tgk dia, ialah makan dah tak nak sangat so dia makan roti jer itu pon sikit jer tak banyak mana pon. Mama doakan aqeel cepat baik dan sembuh ok!