.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: August 2007

Thursday, August 30, 2007

Cinta Itu Buta Atau Org Yg Bercinta Buta??

Sebelum nie aku ada citerkan kisah member akukan... Aku ingat dia dh putus dah mengakhiri cinta dia itu. Tp rupanya sebaliknye... Semalam aku nampak pakwe dia tu ambil dia keje.. Mmg sah la dia dh baik semula. Eh! Aku tak paham lah, ape yg dia nak pada lelaki mcm tu?? Dia tak fikir masa depan dia?? Yang aku kesalkan sangat dia masih muda lagi, ada masa lagi nak mencari lelaki yg baik daripada lelaki itu. Kenapa masih perlu dia nak kembali pada lelaki mcm tu??

Itulah orang selalu kata cinta itu buta... Tp aku rasa cinta itu tak buta yg buta org yg bercinta. Butakan mata dengan sikap pasangan memasing. Dah disakiti mcm itu sekali masih lagi mengejar cinta yang belum tentu bahagia... Aku rasa mcm kesal sgt ape yg dia buat.. Penat jer aku nasihatkan dia tp tetap juga lemah dan sanggup menyerahkan diri pada lelaki mcm tu. Kenapa dia tak nak ambil pengajaran apa yg dah terjadi pada diri dia, kenape masih sanggup lagi nak mengorbankan diri?? Aku betoii tak paham, apa yang ada pada lelaki mcm tu???

Biarlah... siapa aku nak menghalang cinta orang. Dia bukan adik aku mahupun saudara mara aku. Aku cuma harap dia tak akan menyesal suatu hari nanti.. Kalu lelaki itu berubah tak apalah, kalau tak berubah mcmmn....Haii cinta....

Monday, August 27, 2007


Assalamualaikum geng! Aku nak minta maaf kerana sudah lama aku biarkan blog aku nie bersawang! Hahahaha! Aku terlalu bz dalam berapa minggu nie kerana kerja aku yang melambak dan aku terlibat dengan Jawatankuasa Konvokesyen yang sedang berlangsung di UPM ketika ini. Pagi nie aku tak pergi bertugas sbb aku nak siapkan keje yang melambak dr minggu lepas aku tak settlekan. Nnt ade lak yang mengamuk... W/pon bos aku bukan jenis yang suke marah atau mengamuk!

Aku terasa penat sangat... Kaki ku ini pon rase mcm nak patah. Sabtu Ahad kena bertugas di Dewan Besar, ke hulu hilir, rase mcm nak patah kaki ini. Kalu ada orang urut kaki ku ini kan bagus! Rase lega sikit! hehehehe! Tp ade sape yang sudi tak nak urutkan kaki ku ini... Ingat nak cuti sbb berapa hari nie aku rasa tido ku tak cukup. Kalu dpt tido dr pagi hingga petang kan bess!! Hihihihii!

Aku nak ucapkan Tahniah pada housemate aku (Ita, Sham dan Miza) dan Opis mate aku (Kak Jijah, Kak Liza, Kak Ereen dan Sue) dh graduate dh diorg nie! seronok jer tgk diorg naik atas pentas... Bile lah plk aku nak naik dan pakai jubah tu yek??? (berangan sekejap). Insya-Allah ade rezeki dan diizinkan oleh Allah aku akan dapat pakai Jubah dan naik pentas. Yg bes dapat salam ngan Sultan Selangor, tak ape semalam dah salam ngan dia. Ingat nak ng0rat, mnlah tau dia berkenaan ker leh jd isteri Sultan Selangor! hahahahhaa! Cehhh berangan lagi aku nie!!

Aku nak ucapkan juga kepada geng semua Selamat Menyambut Hari Merdeka yang Ke-50. Semoga kita terus MERDEKA buat selamanya.. Cintalai Negara kita dan Jaga lah Kehormonian Negara kita. Mlm merdeka nak gi PUTRAJAYA nak tgk bunga api!! Jom reramai lepak sana yek!

Tuesday, August 14, 2007

Tamatnya Episod Cinta Yang Menyakitkan

Akhirnya kawan aku itu telah menyelesaikan masalah dengan lelaki itu. Dia dah bagitau kat abg long dia ape problem dia tu. Seorang abg mesti lah bengang biler adik bercerita kisah dia yang buruk tu. Tau pulak lelaki tu takut ngan abg dia. Tak der plk nak ugut bunuh. Sbb member aku nie dia dah forword msg ugut bunuh tu kepada abg dia. Abg long dia warning lelaki tu nak settle cr baik atau sebaliknya. Akhirnya, dia pon selamat drpd cengkaman lelaki yang tak berguna tu. Tp aku tau member aku nie sayang kat lelaki nie, buktinye bile aku ckp dah putus ker belum? dia ckp masih tak der kata putus... Sah lah dia sayang ngan lelaki nie... Cume dia dah tak jumpe jer lelaki nie tp aku tak tau lah kalu dia masih contact antara satu sama lain.

Cuma aku sebagai seorang kawan dan kakak, aku dah nasihat sama dia. Terpulang pada dia nak dengar atau tidak. Kalu dia masih degil lagi, dia tanggung la sendiri akibatnya nanti. Aku cuma harap dia tak akan kembali semula pada lelaki tu. Lepas nie, member aku nie nak pindah rumah aku, so safety la sikit sbb rumah aku tu ade guard, so kalu lelaki tu tak puas hati nak buat benda tak baik ker... dia tak boleh nak buat kecohkan. Aku harap perkara ini tak akan berulang kepada member aku nie lagi. Ialah kalu dia balik semula pada lelaki tu mmg dia BODOH sbb dah kena penampar dan memacam lagi drpd lelaki tu masih nak sayang dan cinta baik tak payah. Ramai lagi lelaki kat luar tu yg lagi baik drpd lelaki nie.

Cuma aku harap dia dapat terima hakikat ini, dan tabah menghadapi dugaan ini lah. Lagi pon dia muda lagi dan masa depan panjang... Kepada kaum hawa lain ambil lah pengajaran drpd cerita aku nie... Jgn sampai lelaki control kita dan sanggup naik tangan kat muka atau badan kita. Biarlah kita tinggalkan lelaki macam tu supaya kita tidak akan merana di kemudian hari... Sayang tu kita ketepikan untuk lelaki yang mcm nie.. Tak bahagia hidup dengan lelaki mcm nie... So cari pakwe ker bakal suami tu biarlah kita kenal hati budi dan latar belakang dia terlebih dahulu. Jgn tangkap muat jer....ok Adios!!

Wednesday, August 08, 2007

Lelaki Panas Baran dan Giler

Aku ade story nak citer ngan u all, nak kongsi dan nak minta pendapat u all mcmmn. Aku nak tolon budak pompuan nie, tp aku tak mampu nak buat mcmmn. Aku kesian dia dia, ape yg dialami skrg nie...Simpati sangat.

Dia meluahkan masalah dia pada aku tentang pakwe dia. Sudah 3 tahun kapel br dia tau pakwe dia nie duda dah ade anak pon. Yg aku tahu pasal pakwe dia nie, pakwe dia suke mengkongkong dia. Tp bile dia bercerita dengan aku tadi, aku tak sangka pakwe dia seteruk itu. Dia nak clash ngan pakwe dia tu, sbb dia tak boleh terima pakwe dia tu. Frist dia dah menipu dan lagi satu pakwe dia dah berani naik tangan ngan dia, bukan itu sahaja siap boleh hantuk kepala dia lagi. Aku dengar pon aku bengang! Aku naik marah. Pakwe dia siap ugut dia, kalu dia clash dia akan bunuh dia... Lelaki ape nie! Setahu aku latar belakang lelaki nie kuat agama, tp bab cinta mcm nie sanggup nak bunuh org??? Lagi satu x wife pakwe dia nie ade call dia bgtau kenape diorg bercerai sbb lelaki nie panas baran, kuat cemburu.... Takutnye aku dengar!

Aku tak tau nak tolon dia mcmmn.. nak settlekan masalah dia nie. Tp aku bgtau dia kena berterus terang ngan famili dia ape yg terjadi... Jgn pk ugutan dia tu, buat report polis. Itu jer yang aku mampu ckp... Kalu aku alamai di tempat dia aku tak tau nak buat mcmmn... Aku takut lah jumpe lelaki mcm nie. Mcmmn lah member aku nie mengatasi masalah ngan lelaki giler mcm nie....

Aku nak minta pandangan dan pendapat kowang lah. Bagaimana aku nak settlekan masalah member aku nie... Kalu dia putus pon masalah kalu dia tak putus lagi masalah... Kenapalah ade lelaki yang bodoh dan bangang mcm nie!! Ya Allah selamatlah member aku nie...

Tuesday, August 07, 2007

Antara Kesempatan dan Pilihan

Saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna yang kita cintai di
saat yang tepat, di tempat yang tepat dan di waktu yang tepat, itu
adalah kesempatan.

saat kita bertemu seseorang yang membuatkan kita tertarik, itu bukan
pilihan itu adalah kesempatan.

selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu (dan banyak hubungan yang
terjalin kerana ini) bukanlah suatu pilihan, itu juga suatu
kesempatan.

perbezaannya adalah setelah semuanya itu terjadi. bila kita akan
membawa rasa cinta, suka, ketertarikan tersebut naik ke aras
selanjutnya? pada saat akal tenang kembali, duduk dan neracai apakah
kita ingin melanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya.

jika kita memilih untuk mencintai seseorang, meskipun dengan segala
kekurangannya, itu bukanlah kesempatan itu adalah pilihan.

di saat kita memilih untuk bersama dengan seseorang, tidak peduli
dengan hal lainnya, itu adalah pilihan.

meskipun kita tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik,
pintar, dan lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap kita
memutuskan untuk terus mencintai pasangan kita dengan apa adanya, itu
adalah pilihan.

cinta, suka, ketertarikan datang kepada kita dari KESEMPATAN.

tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh satu PILIHAN.



"kita lahir ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna
untuk dicintai... tetapi untuk belajar bagaimana mencintai seseorang
dengan sempurna..."

Thursday, August 02, 2007

Pagi nie kelam kabut sebab petang nie ade meeting... Ade pulak yg x dapat paper tuk meeting terpakse email kat diorg, pas tu lak email putra buat hal. bengang betoii! dah lah x sihat, flu plk tu... Aku rase nak MC tp pk blk keje x siap! huhuhuhuhuuu aku rase mcm nk tukar opis lagi lah! Bos aku nak tukar, tp tak tahu lah dapat ker idak... Kalu dpt aku dpt bos baru. Bos baru??? Hope ok lah...

Adik aku nak pindah rumah nak cr rumah lagi dekat ngan tempat keje. Ape lah masalah dia, x der lah jauh sgt nak gi keje, gi keje ngan aku, moto aku ade kat situ. Sejak pindah dia x pernah pakai. Aku ingat aku nak gi keje naik moto lah. Kalu dia nak pindah sgt, biar lah dia jln kaki gi keje, bile aku tgh sengkek aku leh bawa moto. Dh lama aku tak naik moto... Aku bukan berkira ngan adik beradik, tp semua yg aku ada titik peluh aku sendiri... Selama 2 tahun aku duk keje jalan kaki, pas2 aku beli moto dan beli kete. Susah payah aku sendiri tanggung... Tak mengharapkan orang pon. Kecuali aku tersedak aku minta tolon ngan mak abah, itu kalu tersedak lah... So now.. aku nak adik aku berdikari sendiri, kalu itu dia nak kan nak pindah... Nak senangkan hidup dia sendiri... Mak aku pulak ckp aku ngan adik duduk sesama susah senang kite sesama tp adik aku tak pk itu semua... Dia pk diri dia sendiri lah... Kenapa masa nak pindah sini dia x nak bersuara, kenapa lak dia diam kan diri pas2 ikut jer apa yang kite plann... entahlah kalu mcm nie... Aku dh tak larat nak pk. Diri sendiri pon tak terurus nak pk org lain.

Aku nak cuti jer nak rehat kat rumah tp itu lah... Dh lah semalam org komplen keje aku tak bagus, sedih beb! Keje dia bagus sangat ker nak komplen keje aku. Dia x tau ker keje aku mcmmn... Semua aku buat, x der org bantu pon. Aku nak cuti pon susah pk keje x der sape nak buat... Sedih beb, dh lah x sihat nie! hati sedih... uwaaaaaaaa!!

Wednesday, August 01, 2007

Hermm... Dah lame benor aku x up date blog aku. Sbb aku bz ngan keje di opis, itu tak sempat nak update, lagi pon sejak kebelakang ini kesihatan kureng mengizinkan. Kesian kat aku.... Tp never mind dah keja aku mcm nie nak buat mcmmn. Nak cuti pon susah. Aku cuti pon hari tu sbb pindah rumah, sbb aku terdesak nak kuar rumah tu secepat mungkin. Kesian sungguh kat aku kan, baru pindah rumah dah kena pindah rumah balik, sbb ade masalah ngan owner rumah... So aku malas nak ungkit. Skrg aku duduk jauh sikit drpd UPM lah... Dapt rumah pon bes, sbb rumah baru bilik 5 dan bilik air 3. Beskan rumah aku.

Hari nie aku x sihat selsema mcm nak demam, pas2 sakit perut dah berape hari sakit perut.. Nak cuti keje banyak so kena gak dtg keje.. Aku dah lama x dengar berita member blog, rindu kat kowang. Sori lah dah lama x lawat blog kowang bukan sbb sombong tp x der masa nak melawat.

Pagi tadi aku dpt sms drpd kak retna memberitahu abg kak meera dh meninggal. aku ucapkan takziah buat kak meera... Nk call org tgh sedih so maybe x leh ckp. Aku hanya sms mengucapkan takziah. Moga arwah abg kak meera di letakkan bersama orang yg beriman dan kak meera sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup.

Ok lah nak sambung keje... Nak blk cepat nak rehat di rumah. Badan pon x berapa sihat. Ok bye.