.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: August 2008

Monday, August 25, 2008

Hajat



Semua orang mempunyai hajatkan. Begitu juga aku yang mempunyai hajat. Tapi hajat yang aku ingini tidak kesampaian, mmg frust, mmg kecewa tapi apa yang nak aku katakan what can i say?? Jika itu dah takdir buat diri aku.... Walaupon kecewa tapi aku try untuk menghilangkan rasa kecewa itu, entahlah maybe ade hikmah hajat aku itu tidak kesampaian lagi.Tengah hati ini kecewa, aku telah mendapat satu berita yang mengejutkan... kowang nak tau ape dia??? Aku dapat sambung belajar di UPM. Yahuuuuu!! Memula dapat berita itu mmg terkejut sangat sbb aku apply last year, so this year baru dapat tawaran. Last year apply mmg semangatlah nak sambung belajar tapi bila menunggu keputusan itu terlalu lama semangat nak sambung belajar dah pudar, bila dapat call yesterday tu mcm nak ambil ker tak nak....

So bila aku pk kan hati yang tengah kecewa pas itu ada peluang untuk sambung belajar, untuk mencerahkan masa hadapan aku itu, dan tanya pendapat parents mmg diorg support aku bagi semangat untuk sambung. Memula aku dah pk nak tolak jer tawaran itu, sbb aku takut tak mampu nak buat, lagi pon aku fikir masalah kewangan, ye lah aku nie banyak hutang lagi tak settle kan... Sbb aku belajar nie aku kena support untuk diri aku sendiri mmg banyak pengorbanan aku kena buat.... Tapi bila pk untuk masa depan aku, aku try untuk membuatnya. Belum cuba belum tahu kan setakat mana kita punya kemampuan. Insya-Allah, Allah akan memudahkan jalan hidup aku... Amin.

So aku hari sabtu kelmarin aku sudah mendaftar sebagai MAHASISWA di UPM. Akhirnya aku dapat gak merasa jadi student di Universiti. Seronok rasanya. hehehhe. So after that i can do it lah. Member aku cakap kita kena enjoy ngan study kita supaya kita nnt berasa seronok nak belajar. So i'm try enjoy!

U all doakan aku boleh buat yek! Walaupon satu hajat aku yang tak kesampaian tanpa terpikir hajat yang dah terkubur itu kembali tanpa ku pinta. Maybe itu lah hikmahnya kot. Hope aku boleh melalui kehidupan aku ini sambil bekerja sambil belajar....

Wednesday, August 13, 2008

Assalamualaikum semua...

Sudah lama aku tak update blog aku. Sejak balik bercuti hari tu, aku kena menguruskan kerja yang tertangguh di opis. Hingga hari ini baru aku ada kesempatan untuk update blog aku.

Alhamdulillah masa balik bercuti, hati aku pikiran aku lebih tenang, dan aku dapat berpikir dengan lebih baik. Sungguh seronok sekali bercuti di Langkawi. Duduk ditepi pantai, dengar deruan ombak, tgk keindahan pulau keindahan air laut, sungguh tenang rasa hati. Memang aku enjoy sekali percutian ini.



Aku disana selama 4 hari. Setiap hari aktiviti penuh hingga la ke malam. Walaupun penat tapi best. Aku pergi bersama 3 orang lagi rakan. Kami mmg gamble. Dtg sana pon kami hanya booking kereta sewa jer dahulu. Sampai sana baru kami cari chalet. Disbbkan kami pergi masa weekdays alhamdulillah lah masih ada banyak yg kosong.



Kami dapat chalet betoii2 ditepi pantai. Kami menginap di Pantai Cenang. Tgk pantai dia, air dia masa sampai tu, aku tak sabar nak mandi, tp time tu waktu tenghari naik so aku pendamkan dulu, ptg sikit br mandi. Sampai jer pas makan aku tido. Mmg best tido. Hahaha.



Hari Kedua ke sana kami buat island hopping. Kami pergi Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Mmg bes. Yg aku kesal sbb x mandi kat Pulau Beras Basah. Pulau Yang cantik, air yg biru, pasir yang halus. Ya Allah cantiknye ciptaan Mu. Mmg cantik. Aku dapat gak la tgk kawasan hilang, mmg byk eagle bila org bot tu campak makanan diatas air.






Hari Ketiga aku pergi naik cable car. Aku nie gayat sebenarnya. Mmg seram diatas puncak tu. Manakala kabus tebal di atas sana. Sejuk dan nyaman. Mmg best. Selepas itu, kami meround keliling Pulau Langkawi. Pergi Makan Mahsuri, Pergi Pulau tengkorak. Mmg penat giler kaki aku berjalan. Lenguh giler.. Hari Keempat itulah baru masa bershoping. Duit byk habeh kat coklat. Huhuhuuu.

Aku rasa happy lah pergi sana mmg puas hati. So tahun depan nak merancang bercuti ke mana lah plk... hermmm.... tgh fikiran.