.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: January 2009

Wednesday, January 28, 2009

Wedding My Kazen & My Friend


Hari Sabtu aku dan adik aku menghadiri wedding kazen aku. Kesian hanya kami wakil belah perempuan disebabkan ade sebab2 yang tak dapat dielakkan. Bila dia melihat kami, dia rasa gembire sbb ada wakil daripada pihak perempuan. Apa2 pon aku doakan kazen aku ini akan bahagian hingga ke akhir hayat. Aminnn....





Hari ahad pulak, aku gi rawang, kawan satu UPM kawen. Wah aku suka baju dia pink purple, cantik. Aku juga mendoakan moga kak aida akan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan dia. AMinn....



Aku ingat nak balik kampung bagi isnin sbb pas balik kenduri tu ingat nak berpoyo2 sama tunang aku tu tp disebabkan berselisih faham ngan dia, aku balik petang ahad tu sorang2. Aku tawakal jer sbb aku kalu drive malam aku kureng nampak. Pukul 6 petang aku bertolak balik, masa dalam perjalanan balik tu, tunang aku duk call2 aku, aku x angkat. Bengang punyer pasal mmg aku tak angkat hingga dia hantar sms kat aku minta angkat! Lembut gak hati aku, angkat jugak tapi nada mare! Dia terkejut aku on the way balik kg. Aku peduli apa, aku tak habaq kat dia pon. Masa perjalanan balik kg tu hujan lembat mmg aku x nampak jalan. Aduh problem!! Tapi alhamdulillah dalam kegelapan malam, ujan lebat tu aku selamat gak sampai.

Kat kampung ingat boleh tenangkan hati dan perasan! Sama gak!! Mak ngan abah duk membebel ngan adik2 aku! Adik2 aku nie degil lah... Aku nak marah pon x boleh!! Malas la nak layan.

Hari isnin gi berpoyo2 ngan mak ker sg besar! Mkn KFC (KFC Bukan Yahudi punyer tau)!! Hari Selasa petang bertolak balik serdang, tapi ada 2 orang adik aku ikut aku balik. Si anjang tu kerja sementara ngan pakcik aku kat bangi, yang buat aku bengang ngan dia, aku dah penat2 drive nak hantar dia ke bangi dia boleh ckp hantar aku malam lah long sbbnye dia tak nak kunci rumah! Hangin satu badan aku dalam kereta, bukan nak cakap awal2! Tidaklah aku pusing jauh!! Itu la adik2 aku ini, ada mulut tak ngeti nak bagitau awal2, dia ingat aku nie drive diorang kot, duk hantar balik pergi!! Kalu cakap sikit merajuk, cakap aku nie berkira tapi diorg tak pk ker penat kakak dia!! Eh Geram!!!

Nasib baik dah baik ngan tunang... Malam tu aku ngan dia hantar adik aku ke bangi! Badan aku nie letih sbb berjam aku drive. Balik jer hantar dia pas makan semua, balik umah aku tido!!

Sonok aku hari nie pergi kerja jalan x jem!! Budak cuti sekolah dan ramai org cuti!! Kalu tak kul 7 aku keluar jln jem nk mamposs!! Geram aku!

Wednesday, January 21, 2009

Tadi time lunch aku keluar ngan opismate aku gi tempah baju. Selepas balik tempah baju tu aku ker Baker's Cottage kat Sri Serdang sbb lapar nak beli roti. Masa nak masuk ke situ, ada nenek nie duduk didepan kedai dan senyum pada aku bila aku masuk ke dalam kedai. Aku pon senyum balik pada nenek tu. Nenek tu tgk jer aku memilih roti. Dalam hati aku terdetik, nenek nie lapar ker? Tapi aku tgk dlm beg kertas nenek tu ada roti. Aku nak bertanya tapi tak tertanya. Selepas membayar harga roti yang aku beli, aku pergi menanyakan nenek yang duduk didepan pintu kedai tu.

Aku : Nenek kenape?
Nenek : Sakit kaki, rehat sekejap kat sini. Baru balik dari klinik,nie nak balik umah...
Aku : Ooohh... (dalam hati aku kesian)
Aku : Umah nenek kat mana?
Nenek : Kat belakang bank tu (sambil jari dia menunjukkan bank yang ada sebelah jalan)
Aku : Jomlah saya hantar nenek balik.
Nenek : Tak payahlah.. rehat kejap lagi nie, nnt nenek baliklah.
Aku : Tak ape la nenek, saya hantarkan.

Sambil pegang tangan nenek untuk dia bangun daripada depan kedai tu. aku pimpim nenek tu berjalan menuju kereta. Kesian dia, dia tak boleh berjalan sangat dia kata kaki dia terlalu sakit.

Dalam kereta sembang ngan nenek tu, sambil nenek tu menunjuk mana rumah yang dia tinggal. Dalam kereta dia mcm sedih jer. Dia kata dia duduk ngan anak tiri dia. Sambil mulut dia membebel "Mereka ada kereta, kita ini kereta pon tak ada". Sedih aku dengar. Mcm dia tidak dipedulikan anak-anak.

Akhirnya selamat aku hantar dia ke rumah. Lagipon UPM dengan rumah nenek tu tak adalah jauh sangat.

Bila aku melihat nenek tu, aku teringat pada mak aku. Aku tak sanggup buat mak aku kalu dah tua mcm nie. Dahlah tak larat, pergi klinik jalan kaki sorang2. Sedih sayu hati aku melihat nenek tadi. Harap kejadian tadi menjadi ingatan kepada aku untuk masa akan datang.

Monday, January 19, 2009

Perkembangan Terbaru Adik AKu


Ramai yang tertanya perkembangan terbaru adik aku yang accident hari itu. Alhamdulillah aku tgk dia makin pulih, cume perangai dia pelik sedikitlah. Dulu dia jenis mcm pendiam sekarang ini aku tgk dia banyak cakap dan mcm happy sgt! Pantang adik2 atau kakak dia duduk diam, mula la dia nak menyakat. Kekadang tu tergelak ngan gelagat dia tu... Aku rasa dia maybe terasa bersyukur dan happy sebab dia terselamat dan masih diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk dia bernafas dimuka bumi ini. Aku dan keluarga terasa gembira tgk dia selamat dan ada perkembangan positif. Memula kami sekeluarga takut juga dia lupa ingatan atau sebagainya, tapi sebulan telah berlalu nie, kami lihat perkembangan dia alhamdulillah sangat baik. Cuma luka dikepala dia tu x berapa baik sepenuhnya. Mak aku ada bagitau, dia mengadu kat mak aku bila dia sujud tu dia terasa penin bila bangun. Tapi bila dia buat check up doktor kata dia semakin baik. Inilah gambar terbaru dia, pantang aku pegang kamera dia nak bergambar!

Terima kasih kepada member2 yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan adik aku ini.


Dia perasan dia hensem!! :P

Thursday, January 15, 2009

Cute's Blogger Award

Wah tak sangka dapat Cute's Blogger Award aku rasa sebelum ini aku p0n dapat gak award cute's blogger daripada member blogger. Award ini aku dpt daripada bakal kak ipar aku dan bakal anak buah aku (mummy jue & adeef yg kuat mmkn) dan bakal adik ipar aku (huda) hehehhe! Meh kita jawab apa soalan yang dikemukan ;)

1) Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



2) Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Diberikan oleh bakal kakak ipar aku bersama anaknya adeef (kuat mkn bakal anak buah aku nie) dan huda bakal adik ipar aku..

3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

a)Hobi- suka baca novel. Bila dapat baca novel aku boleh tak ingat makan! orang ajak bersembang ngan aku pon aku boleh tak dengar. Punya khusyuk aku baca...

b)Fakta - Aku tak kuat makan, aku memang susah nak makan! (tgk badanlah hehehehe)

c)Hobi - Suka shopping...

d)Fakta - Pemalas! Kalu rajin tu ikut mood! (Mcmmn nak kawen nie! huhuhuu)

e)Fakta - Sudah jadi tunangan orang ;)

f)Fakta - aku lagi garang daripada bos aku! (x cayo tanya budak opis aku! hehehe)

g)Fakta - Kalu hari cuti aku tak suke nak duduk umah bosan!! mesti nak keluar!!

h)Fakta - aku sensitif punyer orang! cepat tersentuh hatinya walaupun nampak mcm aku nie garang dan tegas!

i)Fakta - ramai org komplain aku nie sombong tapi dah kenal br tau aku mcmmn ;)

j)Fakta - aku suke warna pink ;)


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

a)Elly
b)Kak retna
c)shaii
d)Yannie

Thursday, January 08, 2009

myspace layouts





Aku dari salam bz. Aku kena siapkan kerja yang memang dipertanggungjawabkan ke atas aku! Memang penat sangat! Sbb aku buat keje seseorang! Aku seronok kerja aku walaupon kekadang tensen! Tapi pagi tadi aku rasa tensen sangat dan rasa bengang sangat! Pepagi dah dapat call dari seorang SU ini.. Dia bagitau kat aku ada sorang SU tak puas hati ngan aku dan nak komplen pasal aku mengenai emel!

Dari isnin aku sibuk emel kepada semua SU di PTJ UPM ini tentang mesyuarat ini.. Aku tak tau emel UPM nie problem atau pon emel SU2 tu yang problem.. Penat aku angkat call dalam 2 hari ini SU duk bagitau tak dapat emel pasal meeting tersebut, sedangkan aku dan emel dah... So aku emelkan kembali pasal meeting tersebut maybe ada SU yang dah dapat dia akan dapat emel ke 2 kali aku! Aku cuma nak make sure semua SU nie dapat tapi ade lah minah SU nie nk komplen sbb dia dapat emel byk kali! Duk komplen ngan Su lain, so SU ini duk menanyakan aku apa masalah aku so aku terangkanlah. Aku cakaplah kalu akak tu nak komplen kat bos ker kat big bos teruskanlah, aku tak kisah! Aku nak suruh dia duduk tempat aku dan buat kerja aku!! Tau nak komplen kerja orang, kerja sendiri belum lagi TIP TOP!!

Aku tak kisah orang nak komplen aku, tapi cakap ngan aku apa yang dia tak puas hati senangkan aku nak terangkan... Aku penat ngan kerja aku tapi aku enjoy kekadang jer aku rasa tensen berangin sbb bos semua tuju kat aku! I'm not perfect!! Sometime aku lupa nak buat kerja disuruh dan tertinggal! Sebab aku kena utamakan kerja yang penting dulu! Yelah bos tahu menyuruh jer kan tak tau lah masalah kita!

Aku lambat lagi nak kawen tapi bos dan geng geng aku sibuk nak cari pengganti aku nanti... Kalu 2 minggu aku tak kerja sesiapa pon boleh ganti aku! Bos aku ada bagitau dia nak cari staff lagi sorang maybe tolong dia buat kerja atau separuh kerja aku kot, maybe nak meringakan kerja aku lagi! Tak apalah aku tak kisah pon!!

Aku cuba buat yang terbaik untuk kerja aku nie dan bersyukur dapat bos yang bebaik walaupun kekadang aku bengang gak ngan dia! Tapi sendiri mau ingatlah dia bos!! So sampai mana pon kite nk maarah, merajuk ker ngan dia. Kekdang tu dia nak kita paham perangai dia, kekdang pon aku tak paham pon! Selalu aku berborak ngan seorang kakak nie pasal kerja pasal bos aku! Dia pon paham dan dia kata tak boleh nak buat, so sabar jerlah dan ikut jer rentak dia.. Tetapi aku nie memberontak gak biler aku tak suke! Lelagi kalu disuruh buat kerja orang lain, sebab apa aku tak suke buat kerja orang lain sebabnya bila aku tak ada tak ade sesiapa pon nak take over kerja aku!!

Dah 2 tahun aku kerja kat sini, so memang banyak pengalaman yang aku kutip di opis ini. Tempat kerja berlain2 situasinyakan, evironment dia pon lain, orang dia pon lain! So bermacam ragam kita dapat lihat cuma kita kena pandai bawa diri dalam sesuatu situasi tersebut!

Pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan....

Monday, January 05, 2009

My Engagement

Dah lama tak up date... Sebab sibuk sangat. Lagi pon aku cuti panjang time tu... Ini aku baru masuk keje. Masuk keje melambak pulak atas meja tp malas nak buat! Lama cuti pon aku malas nak buat kerja.... Hehehhe!

28hb Disember 2008 dengan selamatnya aku sudah menjadi tunang kepada Mohd Hilmi Abdlah... Akhirnya setelah 4 tahun menyemai kasih dan cinta akhirnya kami menjalinkan ikatan pertunangan... Insya-Allah jika tiada aral melintang dalam tahun ini kami akan di satukan... Doakan kebahagian kami yek...

Ok meh la lepak tgk gambar tunang aku nie....