.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: March 2009

Tuesday, March 31, 2009


Happy Anniversary


Semalam 30hb Mac 2009, genaplah hubungan percintaan kami yang ke 5 tahun. Uhhh tak sangka selama 5 tahun ini kami mempertahankan cinta kami dengan pelbagai macam dugaan, onak duri hingga ada terasa perasaan fade up di dalam hati kami. Tapi kami tetap pertahankan dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki segala kesilapan, perbuatan supaya hubungan cinta yang dibina selama 5 tahun ini tidak sia-sia.

Alhamdulillah tahun lepas kami diikatkan dengan tali dan pertunangan dan insya-allah jika tiada aral melintang kami akan diijab kabul sebagai suami isteri tidak lama lagi. Rasa mcm cepat sangat masa berlalu.... Banyak lagi benda tak beli lagi. Penin gak lah mn satu nak buat. Huhuhuu...

Kami berdoa semoga hubungan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Kamu sentiasa happy apabila bersama dan sentiasa mengh0rmati antara satu sama lain. Sememangnya kami sangat menyayangi dan menyintai satu sama lain. Harap berkekalan hingga ke akhir hayat....

Lagu yang diberikan untuk ku....

Jay Jay – Permaisuriku


tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku
lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
oh kasih
oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh kernamu
lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu

Thursday, March 26, 2009

Nombor telefon yang aku tidak kenali muncul lagi di skrin telefon aku. Aku tertanya-tanya siapa gerangan yg hantar sms pada aku. Memula tu aku buat x layan then malam ini hati aku tergerak untuk sms padanya.

Aku : Sape nie yek?
Dia : Haris... kenal?
Aku : Jayzeeharis?
Dia : Sorry wrong number..

Hampeh jer mamat nie! then aku stopla sms dia. Sbb dia dah ckp mcm tu. Tak lama kemudian bunyi sms aku. Aku buka nombor yg tadi...

Dia : Rindu sy tak pnh berubah terhadap awak.
Aku : (giler ker apa mamat nie! kata wrong number tup! tup! sms aku ayat mcm nie!!)
Aku : Awak nie sape? Kata wrong number?
Dia : Kenangan di Mines tak dapat saya lupekan.
Aku : (sapelah pulak mamat nie??)
Aku : Kelakar la awak nie. Entah2 awak salah org kot!
Dia : Haniza... That's u?
Aku : (Aku terperanjat sbb dia tau nama aku! Bila aku ingat balik dia kata dia haris.. baru aku teringat dia yg pernah aku kena suatu masa dahulu)
Aku : Yup. U hairs yg kite penah kenal kat kedai kopi ker?
Dia : Bus stand klang..
Aku : X sangka awak msh igt sy!
Dia : Kenangan dengan awak tak kan sy dapat lupekan. Saya nak jumpe awak boleh?
Aku : (terkejut dengan permintaan dia! Dah lama menghilang tup!tup! nak jumpe!)
Aku : Awak dh lame benar citer kite. Nk jupe 2 ssh skt sbb su dh jd tunangan org!
Dia : Awk dh tunang? Ya Allah... luruh jantung saya wak. Maybe ini balasan saya tinggalkan awak dulu...
Aku : (Alah mamat nie dah bertahun dah hilang tanpa berita! Ingat aku bodoh ker nak tunggu dia!!)
Aku : Yup bulan 12 tahun lepas!
Dia : Sy minta maaf byk2 kat awak if i distrub u. Kalu dulu sy tak tgglkan awk dh tentu sy bahagia dengan awak kan!
Aku : X yah lah di kenangkan awak semua dah berlalu. Saya bahagia ngan hidup saya dan tunang saya!!
Dia : Sorry 4 disturb u. Bye...

Dah lama kisah berlalu kenapa lak tetiba dia dtg balik dlm hidup aku?? Tapi itu tak menjejaskan hati aku, minda aku, dan diri aku! Hati aku tetap pada tunang aku! Kami dah mengharungi susah senang, suka duka bersama selama ini. Of course kalu kekasih lama aku datang balik, aku tak heran! W/pon ayatnya manis bak madu!

Tapi yang aku heran mcmmn dia dapat no telefon aku? Sbb aku dah tukar no telefon aku!
Hermmm biarlah dia! Aku anggap semua ini hanya ujian Allah terhadap aku untuk menguji hati, kesetian dan keikhlasan aku terhadap kekasih hati ku!

Apa p0n terjadi MOHD HILMI ABDLAH tetap di hati aku!! (jgn muntah pulak orang yg membace ini!! hahahhaa)

Friday, March 20, 2009

Tag From Elly


Minah nie mmg rajin duk tag menetag nie... Meh aku jawab.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

# Hanya Ku Yang Mampu

# Aku pilih nama bl0g ini kerana banyak mengesahkan kehidupan aku dan kehidupan
aku disekeliling aku. Dalam bl0g nie banyak menceritakan pengalaman aku, kerja,
suka hidup aku.. dan aku hanya mampu mengharunginya dengan ketabahan dan
kesabaran.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://gadisnakalh83.blogspot.com

# nama link nie mmg dah lama sebati dengan aku, masa memula2 aku ceburi dalam bidang internet nie (ayat poyos!). Maybe dulu aku seorang yang agak nakal itu sebabnya aku memilih nama ini dr dulu hingga sekarang. Kenapa gadisnakal tu ada H di belakang itu adalah nama aku dan 83 itu adalah tahun aku dilahirkan ;)

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

# Method yang aku pilih selalunya mengenai kisah aku, apa yang menarik, apa yang aku rasa, perasaan sedih, perasaan geram, kebanyakan semua aku tulis dalam bl0g aku ini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

# Pernah sbb dah rasa bosan.. tp bila pk balik rasa sayang nak hapuskan sebabnya bila aku datang kerja tiap hari mcm tak lengkap bila tak tgk bl0g aku dan kawan2 aku. Aku suka membaca kisah suka duka, pengalaman dan sebagainya di bl0g member yang aku kenal.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

# Blog si Elly ini mmg selalu aku lawat, sbb aku suka baca kisah dia dan anak2 dia. Serta tengok gambar2 yang dia paparkan di blog dia. Aku dan Elly dah kawan lama. Bila aku pindah department lain, aku dah tak kuar sama, makan sama ngan dia. Itu lah aku cadang nak suatu hari nak ajak dia kuar makan sama.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

#
Mummy pada Adeef @ dobot
# Uda yang tgh sakit tu ( cian dia)
# Ekin yang 0n diet (gud luck sis ;)
# Kak Mie (yang kat singapore tu..)
# Cici ;)

So nama2 kat atas tu sila la jawab yek ;)

Thursday, March 12, 2009

Nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista


Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya


Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama


Biar lagu ini bicara...

Wednesday, March 11, 2009

Jujur Tak'kan Melupakanmu

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekadar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku ohh

jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

oh terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga dapat menghancurkan kerasnya batu prasangka

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara



Nota untuk sang bulan : Biarlah lagu ini bicara tentang perasaan aku dikala ini...

Friday, March 06, 2009

Sakit Hati

Pepagi dah ade orang sakitkan hati aku!
Makin kita jgn hati org!
Makin hari hati kita disakiti!
Kekdg tak guna gak luahkan pada org!
mahupun org itu kita kenali atau tidak!
Ok pas nie aku ambil sikap berdiam diri!
Malas dah nak bergaul ngan org mcm nie!!
Buat hati sakit!!

Kekdg kita luahkan apa yang kita rasa
kita kena balik!
Kita yang akan dipersalahkan balik!
Dah tak larat dah!
walaupon mulut aku laser tp bertempat gak!
kalu boleh aku elakkan menyakitkan hati org!
Tp skrg aku dah ambil iktibar!
Jln yang terbaik lebih baik berdiam!

Kalu rasa tak puas hati!
baik luahkan dalam bl0g nie!
Tak ade pon sakit hati!!

Ini blog aku suka hati aku nk ckp ape pas nie!!

Monday, March 02, 2009

Five of Five

Sebenarnya banyak tag yg x jawab... hari nie aku jawab tag ini dl...

1. What were you doing five years ago?

Aku start kerja di UPM tahun 2002, tapi time tu aku kerja di Jabatan lain iaitu di Bahagian Perancangan Korporat. Banyak kenangan aku disana. Selama 4 tahun aku kerja di BPK, dan aku dah merasai 4 orang bos yang berlainan attitude. Tapi semua bos aku ok! Dalam seumur hidup aku, aku duduk berjauhan dengan famili aku. Nasib baik dapat kawan dan housemate yang sekepala dan best!

Masa ini jugak badan aku berisi... Mmg org akan terkejut bila tgk gambar aku 5 tahun lepas... Tak caya nak tgk ker?? Alamak x der dalam simpanan... so x dptlah tgk aku yg montel tu... Itu 5 tahun lepas now aku dh kurus...


2. What were the 5 things on your to do list today?

1. Siapkan kerja PPU tapi masih tak siap p0n....
2. Tgh penin nk pahamkan prosedur ISO... (please help me!!)
3. Siapkan assigment..
4. Update blog nie.. dh berhabuk!
5. Asyik angkat tepon jer dr pg tadi.. sibuk tanya kelulusan!!

3. What are 5 snacks that you enjoy?

1. Jajan
2. Asam
3. McD
4. KFC
5. Pizza...

4. What are 5 jobs you've had?

1. Aku pas SPM aku kerja kilang di klang. Duduk umah mak yong dan pak long. Mmg hidup aku time tu x der sosial life sbbnya balik kerja kilang selalu pukul 12 mlm kekadang pukul 2 pagi. Hari Sabtu dan ahad pon kerja. Lagi pon aku duduk ngan makcik dan pakcik mmg kena kawal lah. Lelagilah pakcik aku tak bagi aku keluar ke mana-mana. Ngan boypren p0n susah! Time tu boypren kat kg! jarang sekali la dia dtg jenguk aku. Bila aku balik kg br jumpe! Tapi kejap jer aku kapel sbb ade masalah yang tertentu! Tak apalah lupekan dah tutup buku lama...

2. Aku pernah kerja kilang buat nata de coco. Sehari jer kerja sbb x larat. Tangan sakit2 sbb kena air jer... Pastu kerja dia mmg penat!!

3. Setelah itu, aku dapat kerja kerani kontrak di UPM iaitu Bahagian Perancangan Korporat. Selama setahun kerja kontrak di situ, rezeki aku di murahkan oleh Allah, aku dapat kerja tetap di UPM. Time tu lega sangat!! Selama 4 tahun kerja di Bahagian Perancangan Korporat, aku minta tukar ke bahagian lain sbb nak merasa environment lain dan cr experience baru! Akhirnya aku di tukarkan ke Pejabat Naib Canselor. Memula kerja tu mmg stress sbb kerja aku melibatkan memcm orang, sampai aku pernah pitam sbb stress dan tak kerja selama 2 hari sbb x boleh bangun!! Kekdg aku enjoy kerja kekdg aku tak enjoy!! sekarang lagi tgh penin sbb nak ISO. Bulan 6 akan diaudit tunggu jer lah mcmmn nnt!!