.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: July 2009

Tuesday, July 21, 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari detik demi detik... masa ku nanti apakan ada.... huhuhuuhu! :P Lagi berapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku! huhuhuu! Terasa nervous, terase seperti tidak percaya, aku akan mengakhirkan zaman bujang aku nanti! Selepas ini aku akan kena memberi perihatian sepenuhnya pada suami terchenta... Akhirnya selama 5 tahun membina cinta, akhirnya kami akan mendirikan rumah tangga dan akan bina hidup bersama hingga ke akhir hayat kami. Insya-Allah. Aku terase masih lagi tak percaya yang aku akan jadi isteri orang dalam berapa hari lagi... huhuhuuu!!

Orait, kekawan doakan kebahagian kami, agar kami dapat mengharungi suka duka susah senang bersama... Terasa sedih bile nnt prihatian aku akan kena dibahagi2kan dengan mak ayah, mak ayah mentua dan suami... Sedih lagi memikirkan yang aku akan tinggalkan tanggungjawab aku sebagai anak sul0ng pada mak abah dan juga adik2.. (dah meleleh air mata ini). Sedih sangatt!! Nnt dh tak boleh buat sesuke hati dah! Nak balik kg sesuke hati ker, nak kemana2 sesuke hati ker... Semua kena minta izin suami... Rasa sedih pulak jika terkenangkan famili aku...

Mak Abah walaup0n al0ng nanti dah bersuami, selagi mak abah masih memerlukan al0ng, al0ng akan tunaikan tanggungjawab al0ng sebagai anak mak abah... (Sedih pulak..) Jika ada salah silap al0ng selama ini sebagai anak mak abah, melawan cakap mak abah, ada yang tidak al0ng tunaikan tanggungjawab sebagai anak, al0ng minta maaf dari hujung rambut... Halalkan lah makan minum al0ng, susu yang mak berikan pada al0ng... Sesungguhnya mak abah adalah ibu ayah terbaik kerana berjaya mendidik al0ng menjadi 0rang yang berguna... Mak doakan al0ng dapat menjadi isteri yang s0lehah seperti mak... Abah d0akan lah al0ng sem0ga al0ng dapat mencapai kebahagian dalam berumahtangga. Terima kasih yang terhingga buat mak abah... Al0ng sayang sangat mak abah....

Friday, July 17, 2009

Doa Kebahagian


Ya Allah Ya TuhanKu

Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukan hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar Kebahagian itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami Dalam
Melayari ketepian yang Sejahtera,
Sepertimana yang Engkau kehendaki.

~ Amin Ya Rabbal'Alamin~

Thursday, July 09, 2009

Jemputan Raja Sehari



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua Kawan2 Blogger.

Hari ini aku nak berjemput semua kawan2 blogger yang mengenali diri aku untuk hadir ke Majlis Perkahwinan saya pada :

Hari : 26hb Julai 2009 (Ahad)
Masa : 12.00tghr - 4.00 petang
Bertempat : Di Sabak Bernam

Semoga dengan kehadiran kawan2 dapat memeriahkan majlis pada hari itu nanti....



Nota Hati: Makin hari makin berdebar hati ini....

Thursday, July 02, 2009

Mohon Alamat

Kepada kawan² blogger yg disayangi silalah tinggalkan alamat rumah ker, opis ker, kampung ker di sini untuk proses penghantaran kad... Sesiape yang sudilah nak ke majlis saya nanti...

Terima kasih di atas kerjasama kawan²..myspace layouts

Wednesday, July 01, 2009

Program Anak Yatim Rukaiyah

Minggu lepas aku busy sangat.. Hari Jumaat pagi aku hantar adik perempuan aku mendaftar Universiti di USIM, Nilai. So petang khamis aku balik kg untuk ambil mak abah dan adik aku. Pagi jumaat daripada kampung aku bertolak. Sampai Nilai dalam pukul 10 pagi uhhh panas dan ramai giler budak baru nk daftar. Then gi Nilai beli barang untuk adik aku... Then balik ker USIM hantar dia balik... Adik aku tu tak biase duk hostel x tau la mcmmn dia nnt... Aku d0akan dia berjaya dalam pelajaran dia... Dalam pukul 3 petang kami bertolak balik dari Nilai, singgah sekejap di rumah sewa aku penat weii... Kul 4.30 petang bertolak balik... Aduh penat giler... Sampai kat ijuk aku minta abah drive pulak.. Sbb aku keletihan dan mengantuk! Sampai sabak dalam pukul 8 malam...

Hari sabtu pagi pukul 7 pagi aku dah bertolak balik ker KL sbb opis aku buat program anak yatim.. Kena datang gak... Nasib baik aku sempat sampai sini dalam kul 9 pagi. Tapi penat giler lah...Sbb ulang alik kerja aku tapi apa nak buat dah tanggungjawab sebagai akak yang sulong... Meh layan gambar bersama anak yatim Rukaiyah...







Semalam aku MC sbb kepala aku pusing... Sekali check doc, doc kata tekanan darah aku rendah dan gastrik. Huhuhuu! Itu sebab aku pening kepala... So seharian aku berehat di rumah...