.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: November 2009

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat kawan2 blog semua... Raya Aidil Adha ini aku berada dirumah mak mentua aku di Seremban. Besok mak mentua aku akan buat korban, hermm... rasa nak gi tgk lembu kena sembelih tapi mcm x berani jer...

Pagi raya ini aku terasa sedih, sayu bila teringat kat mak abah dikg. Lelagi pagi raya nie adik call, sungguh meriah aku dengar suara2 adik2 aku dan sanak saudara yang datang, lelagi Pak Uda dan family balik beraya. Lepas tu saja jer bagi aku sedih nak buat aku menangis, buat aku jeles... Tak apa aku dah suruh mak uda aku buat tongsam (makanan siam), sedap!! aku mengidam nak mkn plk benda tu... hehehhe.

Mak mentua aku banyak juga masak juadah beraya nie, tapi aku skrg nie hilang selera makan nak makan. Kalau juadah raya aku lah paling suka nak meratah lauk pauk nie.. Tapi sejak pregnant nie, selera aku seakan mati... Kekadang paksa juga makan sbb kesian kat baby dalam perut...

Ok lah, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga raya ini memberi kita seribu kerahmatan dan semoga kita dapat membuat pengorbanan ke arah kebaikan untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah...

Semalam aku telah buat pemeriksaan sendiri di rumah, setelah beberapa hari aku rasa badan aku tak sihat, lemah dan nak muntah2! Makan pon aku tak selera, lagi satu aku dah 10 hari tak datang bulan.. Akhirnya aku disahkan positiv pregnant! aku tak tau apa perasan aku ketika itu, gembira, takut entah bermacam2 perasan ketika itu.. Aku bgtau kat husband aku, hubby aku gembira dengan berita itu...

Untuk buat pengesahan lebih lanjut, malam tu aku gi klinik. Alhamdulillah Dr. mengesahkan aku pregnant 6 minggu... Banyak nasihat dia berikan, sbb frist pregnant.. Time tu hubby aku pon dengar jugak lah... Lagi sebulan aku akan dtg balik untuk check up ;)

So aku kena menjaga diri aku dengan baik kerana aku kena jaga baby aku didalam perut ini... I can't believe! Saya nak jadi MAMA!! Doakan semuanya selamat :)

Tuesday, November 10, 2009

Berdiam diri atau meluahkan??

Hermmm..... susah nak diluahkan dengan kata-kata, tapi senang untuk berdiamkan diri walaupun dalam hati menanggung seribu kesakitan. Ini semua mengganggu emosi, mental, fizikal dan segala-galanya yang membuat aku tidak happy untuk melakukan kerja, atau sebagainya...

Susah jika ada orang menyakitkan hati kita, tapi kita pulak jenis tak pandai nak membalas balik kesakitan itu pada orang itu, hanya berdaya mendiamkan diri dan menanggung kesakitan...

Perlukah aku berdiam diri untuk selama-lamanya atau meluahkan apa yang aku rasa?? tapi aku maukan penjelasan dan kejujuran daripada orang itu kenapa dia buat aku mcm nie.. tapi dia membiarkan kesakitan dalam hati aku berterusan. Kepercayaan aku padanya pudar... aku rasa aku dh tak akan mampu membina kepercayaan buat dirinya lagi..

Thursday, November 05, 2009

Hubby Diet??

Tanya hubby mlm nie nk makan x?? Dia jawab tak nak makan sbb berat badan dah naik!! huhuhuu!! takutt gemukk hubby aku nie?? Alah kalu dh gemuk tu gemuk gak la... nk buat mcmmn kan! tp kalu hubby aku gemuk nnt dh x hensem... hahahhaa! (jgn mare yek hubby)

Hubby aku kata nak diet, tp x der maknenye la... Balik kerja nie mengadu lapar.. Tp aku mmg tak masak, goreng kopok jer... Makan jer la kopok tu! Nasib baik ade roti, kat peti ais tu ade daging berger, nnt dia masak la... Tak der makne la nk diet hubby aku tu lah!!

Tau x nape hubby aku risau gemokk?? sbbnye aku selalu ejek dia gemokk x hensem!! hahahha! suke ckp ngan dia, aku x suke gemukk!!! Risau giler badan dia naik... alah x lama la hubby aku tu, angan2 taik ayam jer!! hahahhaa! tp kalu bab mkn nie, bgkan dia...Mkan mcm tuk 10 orang! hahahhaha!

Mata dan mengantuk la... mau tido... br kul 10.23 malam tp dh mengantuk!! lama dh tak tido awal, dulu masa bujang kul 10 lah waktu aku tido... mcm tido baby kan!! bile dh kawen waktu tido dh berubah... hermmmm.... pepaham je la kan!! huhuhuu!