.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: December 2009

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik, dah berakhirnya tahun 2009. Macam-macam kenangan manis dan pahit pada tahun ini. Kenangan Manis aku ialah aku telah diijab kabul dengan insan yang aku sayangi dan cintai iaitu Mohd Hilmi Abdlah. Bermacam-macam dugaan yang kami tempuhi sebelum kejinjang pelamin, akhirnya kami dapat bersatu menjadi suami isteri. Aku doakan kebahagian yang aku kecepai ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn... Tahun ini aku rasa tak ada kenangan pahit untuk dikenang kot, semuanya benda yang remeh temah.

Azam tahun nie aku dah kecapi dan azam tahun depan, aku harap aku dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali, dapat memberi kebahagian buat suami tercinta dan bakal baby yang akan dilahirkan. Insya-allah... Aku doakan mahligai yang aku bina dengan kasih, sayang dan cinta ini akan diredhai oleh Allah serta akan kekal hingga ke akhir hayat kami.... Amin.

Sempena hendak menyambut tahun baru 2010 ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya aku ada melukakan dan menyinggung perasan kawan2x sama ada sedar atau pon tidak. Dan aku juga mengharapkan Tahun 2010, akan lebih baik daripada tahun ini.

Monday, December 28, 2009

Tidoku Tak Lena

Sejak akhir-akhir ini tido ku selalu tidak lena.. Dalam pukul 3 pagi mesti terjaga, nak tido balik pon susah, terasa perut ku mcm sebu ada, tegang, mcm pedih, masuk angin, mmg tak selesa perut aku. Bila nak gi kerja pagi, aku mcm malas nak bangun, sbb mata mengantuk. Mcmmn nak bagi aku lena tido malam nie??

Dari semalam perut mcm sebu jer, bila makan jer muntah2x, bila tak makan perut mcm x bes jer... ishhh aku rasa rimas sangat! Last2 pagi tadi aku minum ENO nak hilangkan rasa perut yang x bes nie... Mcm x berkurang jer... Hermmm... hermmm....

Mengantukkkk sangattt!!

Wednesday, December 23, 2009

Check Up

Semalam pergi check up ramainya orang kat klinik. Semuanya ibu-ibu yang mengandung datang, ada yang bawa baby... Aku melihat karenah si kecik ngan ibu dan ayahnya, hati aku terhibur melihat keletah si kecik. Seronok pulak aku tengok. Tapi waktu menunggu giliran itu sangat lama, hingga kepala pon penin2x lalat. Aku tengok jeles pada si ibu yang ditemani suami ke klinik, cepat2 aku sms hubby aku bagitau kat dia. Nak buat mcmmn hubby sibuk ngan kerja so kenalah paham.

Masa scan baby itu, aku sangat teruja sbb tgk baby dh 10 minggu dah ada kaki, dah ada jantung, kaki dia menendang2x time scan tu! Rasa mcm nak menanges pon ada time tu sbb tengok se kecik didalam perut ku... Sungguh terharu. Dr. ada bagi gambar scan baby untuk diberikan pada ayah dia.

Semalam aku cuti, berehat dirumah sungguh tak selasa badan aku dalam sebulan lebih nie, mabuk still ada lagi so tahan dan kuatkan semangat jer... Muntah tetap muntah, makan tu terpaksa sumbat jer, kalu tak makan aku lapo... W/pon tak larat tapi aku jamahkan juga, dan selepas itu aku muntah balik. Mmg letih...

Kalau bab kerja pulak, aku x der mood nak buat, kekdg tu terbiar jer atas meja, banyak benda terbengkalai yang aku tak buat langsung! Kuatkan lah semangat aku nie!! Rasa lemah badan hari nie, asyik duk muntah jer... Itu belum lagi makan acid folic, kalu makan tu, lagilah mcm nak terkeluar semua isi perut aku! Sabar jer lah..

Tuesday, December 08, 2009

Mabuk

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 2 bulan dan kemabukan aku terlampau2!! Aduhhh kekdg tu aku menangeh menahan kemabukan sbb semua benda aku tak selesa, nak makan aku x selera, nk buat kerja aku tak larat... smpi kekdg aku mengeluh! Tp mak aku nasihatkan aku itu semua dugaan.. Nak jadi Ibu kena la sabar.. Itu la nasihat mak. Kekdg tu mmg aku tak sabar...

Aku siang malam muntah, makan jer muntah, aduhh dh x tau nk buat ape! Lelagi skrg nie tak leh bau masak2.. Busukkk!! Aku ckp pada diri aku kena kuatkan semangat sbb aku kena menjaga amanah yang diberikan oleh Allah pada aku... Aku berdoa aku jadi kuat!! Kekdg tu aku tewas gak!!

Pada sesapa yang berpengalaman ade tak petua nk bg aku hilang mabuk dan bagi aku selera makan balik??? Kalu ada bagilah petua pada aku.... Kesian kat aku... huhuhuuhuu....