.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: January 2011

Wednesday, January 26, 2011

Mentarang


U all kenal tak apa benda di atas tu??? Itula mentarang namanya. Kat area kampung aku memang banyak benda ini dijual ditepi² jalan terutama sungai besar. Aku kalau balik kampung, kalau aku cakap ngan mak aku nak makan mentarang, mesti mak aku masakkan. Selalu mak aku masak tumis cili api jer... Sedap wooo makan ngan nasi panas ngan kicap, berselera aku makan. Kalau arwah atok aku, dia masak rendang memang sedap gak. U all pernah makan x??

Kebanyakkan budak² opis aku tidak tahu apa itu mentarang. Bila aku sebut mesti diorang tanya aku apa tu?? Aku p0n tak tau nak describe mcmmn benda alah nie.. so aku tunjuk gambar jerla. Aku tak tau la negeri lain ada ker tak der benda nie? dan apa yang diorang panggil. Tapi area sabak bernam tu memang diorang panggil benda nie "mentarang".

Mentarang nie, nampak jer besar, tapi bila dah dikopek dah dimasak, aduh kecik jer... sbb dia mengecut so kalau beli sekilo tu mmg sikitla kalau nak beli, beli 5kg sekali baru dapat banyak sikit tapi aku nk mengopek benda alah nie x der la... selalu aku dok tgk mak aku jer kopek buang "benda" kat dalam mentarang tu, yang penting mentarang nie kena basuh bersih² nanti masak tak ader rasa pasir...

So saper yang tak tau mentarang, inila mentarang dan sesiapa yg belum mencuba tu tryla... sedap tau!!

Tuesday, January 25, 2011

Belajar Makan Sushi




Sedap ker makan sushi nie??? Bagi aku yang baru nak belajar nie adela sushi yang boleh ditelan dan yang x boleh nak telan... Hari tu gi Alamanda, budak opis ajak makan sushi aku p0n ikut jer sbb diorg kata sedap jer... Aku p0n mengikutkan jer la... Dalam hati nak gak belajar makan sushi nie....

Tgk gambar aku kat atas tu, aku tersenyum mkn set sushi aku nasib baik sedap yang aku ambil tu.... Bolehla aku telan dan masuk ke perut aku yang lapo time tu.... Member aku kak apsah tu dia ambil mee, mcm mee kicap jer aku rasa.... Then dia ambil sushi ikan salmon... auww ini sushi mmg aku tak boleh blahhh!! nak telan p0n x boleh tau... rase lembik2 meleket itu ikan.... iskhhhh x akan aku mkn lagi...


Member aku yang baju biru tu lak namanya iza still single lagi... dia makan sushi ketam ngan cheese.... yang itu sedap dan tekak aku boleh terima... sedap gak la duk melantak sushi member, nasib tak mare... hehehhe.


Akhirnya habeh gak kami makan semua sushi yang di order tu.... Siap tapau bawa balik lagi. Aku siap belikan untuk hubby aku, tapi hubby aku mcm kampung sikit dia tak boleh nak makan... hehehe... so aku jer la yang makan. Tapi makan sorang² mcm tak best jer cepat lak muak aku makan...akhirnya tak habeh gak la makan sorang.

Moralnya, maybe makan sushi nie pilihan yang lastla kot kalau aku nak makan.... Kalau ada member yang suka makan sushi mcm member aku di atas tu maybe boleh join la.... Tak apa itu namanya aku cari pengalaman, nanti orang tanya kat aku pernah makan sushi??? Aku boleh la cakap pernahhh!! hehehhee.

Monday, January 24, 2011

MELEPAK DI PUTRAJAYA

Budak yang tak ngeti duk rumah

4 hari duk rumah, tak kuar jejalan mana² p0n... semalam my parent dtg rumah, saja buat surprise nasib baik masak lebih... hehehe. Anak aku duk mengamuk semalam, sbb 1 hari tak kuaq rumah, ingat petang tu nak bawa dia naik motor round² sekeliling kawasan rumah tu, tp hujan la plk. Then ingat gak nak melepak kat taman bukit jalil tapi nak buat mcmmn ujan. So ayah dia duk tepuk anak teruna bagi dia tido.

Malam tu, tgk dah tak ujan, anak teruna aku tu asyik duk bising jer mulut dia, bangun jer, dia ingat kita nak berjalan, mengepak tak habeh² tangannye... Then aku p0n ajak my hubby duk melepak kat Putrajaya, lagi p0n dh lama kami tak melepak di sana. Inila aktiviti we all...


My laling yang kuat makan...


Ingat nak snap byk gambar, tp camera den snap x cantik atau aku yang x pandai setting... Pasnie nak gi melepak kat icity pulak tapi x tau bile.... This week balik seremban sbb ade birthday party anak buah ngan kenduri aqiqah. So postpone la nak gi icity tu.... huhuhuu.

Ps : Cuti Raya Cina nie ingat nak gi jejln, tp x tau nak gi mn... so any suggestion??

Tuesday, January 18, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
  • Ø Anak
    Ø Ibu
    Ø Suami
(Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah)

  • Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
  • Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
  • Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia
penyebab makbulnya doaku ini”

Ø Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan
kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J


  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

  • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
  • Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
  • Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
  • Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
  • Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekahAllah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
  • Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
  • Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila
nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan
diam

  • Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya Anak Degil
  • Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia


So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Wednesday, January 12, 2011

Anak Teruna Saya Sudah 6 Bulan



Pejam celik, pejam celik sudah genap 6 bulan anak teruna saya. Kejap jer dia membesar... Sekarang sudah makin ligat, makin aktif dan makin banyak ragam yang ditunjukkan. My hubby kata, anak teruna saya itu, sebijik ikut perangai mamanya. Ohhh ye ker darling??? Tapi bila aku lihat dan perhatikan mmg anak teruna aku ikut perangai aku, salah satunya perangai yang dia ikut, kalau dia nak sesuatu, mmg dia nak tak bagi memberontak dan nangis... Mmg sebijik perangai mama dia tu....huhuhuu.

Now, dia dah ada walker, atuk dia belikan, lagila makin ligat anak teruna aku... Habeh rumah dia kemas, semua benda dia nak usik... memang kena letak barang tinggi²! Ligat betoii dia sekarang nie.... Penat aku nk menarik² dia bersama walker dia tu... Anak teruna aku nie, ibu (pengasuh) dia kata mulut dia bising dan peramah, dia suka menegur budak² yang besar dari dia, kalau yang kecik² nie pandang p0n dia tak nak!! huhuhuu... Pernah masa aku bawa dia gi JJ, mulut dia bising dok tegur anak cina tu, anak cina tu diam jer... Dia lak mcm tau cakap jer duk menegur orang... Hye anak teruna aku nie.... Tersenyum sendiri aku melihat gelagat dia.

Apa p0n, mama mendoakan anak mama ini menjadi anak yang soleh, baik, mendengar kata, bijak pandai (sesuai dengan namanya) dan menghormati orang tua...


Manja mama

Monday, January 03, 2011

Adik Ipar Bertunang



Alhamdulillah 1hb 1 2011, adik ipar saya Nurul Huda selamat ditunangkan bersama kekasih hatinya Lutfi... Mereka akan dilangsungkan tidak lama lagi. Aku mendoakan semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat dan dapat menempuh dugaan kehidupan dengan baik dan banyakkan bersabar yek....