.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, September 05, 2007

Gold Cake Glitters



www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws



Hari ini adalah hari lahir insan yang aku sayangi iaitu Mohd Hilmi Abdlah... Selamat Hari lahir ayg yang ke-26thn. Dah tua dah ayang nie?? Bile nak memasuk meminang nie?? Hehehehe! Semoga dihari lahir ayg ini, ayg diberkati Allah, dirahmati oleh Nya. Semoga ayg dipjgkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama ngan cyg... Cyg syg sgt kat ayg tiada yg dpt menggantikan tempat ayg dihati cyg... Love u forever... Muaahhh!!

Tuesday, September 04, 2007

30hb Ogos 2007

Pukul 8.30 bertolak dr rumah ke putrajaya, takut jem la gi lambat. Itu pon dah jem dah... Nasib baik dpt port yg bes lepak... Tp mengantuk Ya Rabbi tggu pukul detik 12 mlm! Cantik giler bunga api malam tu, mmg puas hati dtg w/pon hanya setengah jam! hehehe! Nak balik tu mmg jem giler, kepale aku dh penin tgk jem... Nasib baik bf den yg memandu, dan aku p0n memenjam mata dan zzzzzzzzzz sampai blk! hehehhee! Tetau jer sampai rumah.

31hb Ogos 2007

Pagi itu bersiap untuk balik ke kg. Aku pon dah lama tak balik kg dan kebetulan hari sabtu ada kenduri arwah di rumah aku.. Aku balik berdua dengan adik aku. Sampai jer rumah, aku tgk abah aku tgh sibuk soyok rumah aku, so kedenaran keperlian drpd adik dan mak aku bile aku nak kawen. Itu semua dengar drpd mulut org kampung la bertanya anak dia bile nak kawen! Ini soalan yang aku tak suke dengar! Tak suke! Tak suke! Tak suke!!!!!!!! sibuk jer org kg tu... Suke hati la bile aku nak kawen p0n... Inilah yang buat aku malas nak blk kg... tak der s0alan lain gamaknye!! Tak suke lah!!

1hb September 2007

Aku ade bergaduh ngan mak aku, sbb nenek aku sibuk nak buat sekali marhaban utk anak kazen aku yg aku tak suke (aku penah citer kisah dia dl, kalu k0wang ingat). So jd lah pertelingkahan aku ngan mak aku! Aku blk sbb kenduri arwah bukan nak tolon "mangkuk" tu nak marhaban lak!! Masalah yg buat aku marah dan bengang sbb laki bini itu tak tolon p0n apatah lagi nak hulur satu sen! Tau masa kenduri tu dtg tunjuk muke, that's all!! Pastu nak buat muke berlagak!! Mmg kena perli ngan aku hari itu, tp aku masih tak puas hati lagi! Mak aku nie... org tu dh la tak kenang budi famili aku, pas2 masih lagi nak bersusah payah nak berbaik nak menolong! Kalu aku sampai mati p0n aku tak akan t0l0n... Aku tgk muke laki bini p0n menyirap sekali ngan anak dia... Tp mak aku nie nak berbuat baik p0n biarlah ngan org baik bukan mcm dia... Entahlah, kalu b0leh aku nak elakkan berdendam tp entahlah...

2hb September 2007

Aku bertolak drpd kg dlm pkl 3 ptg. Jalan jem kat tanjung karang... Aduh penatnye kaki..Lenguh giler. Pas2 nak hantar adik aku lak di ulu kelang.. Sampai di serdang pukul 7.30 ptg. Lamanya aku di dalam kereta. Malam tu pulak gi tgk bungan api. Dah lah aku selsema nak demam tak sihat.. Nak gak tgk bunga api. Tgk p0n drpd jauh...

3hb September 2007

Aku sms bos aku aku EL. Aku tak sihat demam dan sakit perut. So aku duduk rumah satu hari kerja aku tidur jer lah.........

Thursday, August 30, 2007

Cinta Itu Buta Atau Org Yg Bercinta Buta??

Sebelum nie aku ada citerkan kisah member akukan... Aku ingat dia dh putus dah mengakhiri cinta dia itu. Tp rupanya sebaliknye... Semalam aku nampak pakwe dia tu ambil dia keje.. Mmg sah la dia dh baik semula. Eh! Aku tak paham lah, ape yg dia nak pada lelaki mcm tu?? Dia tak fikir masa depan dia?? Yang aku kesalkan sangat dia masih muda lagi, ada masa lagi nak mencari lelaki yg baik daripada lelaki itu. Kenapa masih perlu dia nak kembali pada lelaki mcm tu??

Itulah orang selalu kata cinta itu buta... Tp aku rasa cinta itu tak buta yg buta org yg bercinta. Butakan mata dengan sikap pasangan memasing. Dah disakiti mcm itu sekali masih lagi mengejar cinta yang belum tentu bahagia... Aku rasa mcm kesal sgt ape yg dia buat.. Penat jer aku nasihatkan dia tp tetap juga lemah dan sanggup menyerahkan diri pada lelaki mcm tu. Kenapa dia tak nak ambil pengajaran apa yg dah terjadi pada diri dia, kenape masih sanggup lagi nak mengorbankan diri?? Aku betoii tak paham, apa yang ada pada lelaki mcm tu???

Biarlah... siapa aku nak menghalang cinta orang. Dia bukan adik aku mahupun saudara mara aku. Aku cuma harap dia tak akan menyesal suatu hari nanti.. Kalu lelaki itu berubah tak apalah, kalau tak berubah mcmmn....Haii cinta....

Monday, August 27, 2007


Assalamualaikum geng! Aku nak minta maaf kerana sudah lama aku biarkan blog aku nie bersawang! Hahahaha! Aku terlalu bz dalam berapa minggu nie kerana kerja aku yang melambak dan aku terlibat dengan Jawatankuasa Konvokesyen yang sedang berlangsung di UPM ketika ini. Pagi nie aku tak pergi bertugas sbb aku nak siapkan keje yang melambak dr minggu lepas aku tak settlekan. Nnt ade lak yang mengamuk... W/pon bos aku bukan jenis yang suke marah atau mengamuk!

Aku terasa penat sangat... Kaki ku ini pon rase mcm nak patah. Sabtu Ahad kena bertugas di Dewan Besar, ke hulu hilir, rase mcm nak patah kaki ini. Kalu ada orang urut kaki ku ini kan bagus! Rase lega sikit! hehehehe! Tp ade sape yang sudi tak nak urutkan kaki ku ini... Ingat nak cuti sbb berapa hari nie aku rasa tido ku tak cukup. Kalu dpt tido dr pagi hingga petang kan bess!! Hihihihii!

Aku nak ucapkan Tahniah pada housemate aku (Ita, Sham dan Miza) dan Opis mate aku (Kak Jijah, Kak Liza, Kak Ereen dan Sue) dh graduate dh diorg nie! seronok jer tgk diorg naik atas pentas... Bile lah plk aku nak naik dan pakai jubah tu yek??? (berangan sekejap). Insya-Allah ade rezeki dan diizinkan oleh Allah aku akan dapat pakai Jubah dan naik pentas. Yg bes dapat salam ngan Sultan Selangor, tak ape semalam dah salam ngan dia. Ingat nak ng0rat, mnlah tau dia berkenaan ker leh jd isteri Sultan Selangor! hahahahhaa! Cehhh berangan lagi aku nie!!

Aku nak ucapkan juga kepada geng semua Selamat Menyambut Hari Merdeka yang Ke-50. Semoga kita terus MERDEKA buat selamanya.. Cintalai Negara kita dan Jaga lah Kehormonian Negara kita. Mlm merdeka nak gi PUTRAJAYA nak tgk bunga api!! Jom reramai lepak sana yek!

Tuesday, August 14, 2007

Tamatnya Episod Cinta Yang Menyakitkan

Akhirnya kawan aku itu telah menyelesaikan masalah dengan lelaki itu. Dia dah bagitau kat abg long dia ape problem dia tu. Seorang abg mesti lah bengang biler adik bercerita kisah dia yang buruk tu. Tau pulak lelaki tu takut ngan abg dia. Tak der plk nak ugut bunuh. Sbb member aku nie dia dah forword msg ugut bunuh tu kepada abg dia. Abg long dia warning lelaki tu nak settle cr baik atau sebaliknya. Akhirnya, dia pon selamat drpd cengkaman lelaki yang tak berguna tu. Tp aku tau member aku nie sayang kat lelaki nie, buktinye bile aku ckp dah putus ker belum? dia ckp masih tak der kata putus... Sah lah dia sayang ngan lelaki nie... Cume dia dah tak jumpe jer lelaki nie tp aku tak tau lah kalu dia masih contact antara satu sama lain.

Cuma aku sebagai seorang kawan dan kakak, aku dah nasihat sama dia. Terpulang pada dia nak dengar atau tidak. Kalu dia masih degil lagi, dia tanggung la sendiri akibatnya nanti. Aku cuma harap dia tak akan kembali semula pada lelaki tu. Lepas nie, member aku nie nak pindah rumah aku, so safety la sikit sbb rumah aku tu ade guard, so kalu lelaki tu tak puas hati nak buat benda tak baik ker... dia tak boleh nak buat kecohkan. Aku harap perkara ini tak akan berulang kepada member aku nie lagi. Ialah kalu dia balik semula pada lelaki tu mmg dia BODOH sbb dah kena penampar dan memacam lagi drpd lelaki tu masih nak sayang dan cinta baik tak payah. Ramai lagi lelaki kat luar tu yg lagi baik drpd lelaki nie.

Cuma aku harap dia dapat terima hakikat ini, dan tabah menghadapi dugaan ini lah. Lagi pon dia muda lagi dan masa depan panjang... Kepada kaum hawa lain ambil lah pengajaran drpd cerita aku nie... Jgn sampai lelaki control kita dan sanggup naik tangan kat muka atau badan kita. Biarlah kita tinggalkan lelaki macam tu supaya kita tidak akan merana di kemudian hari... Sayang tu kita ketepikan untuk lelaki yang mcm nie.. Tak bahagia hidup dengan lelaki mcm nie... So cari pakwe ker bakal suami tu biarlah kita kenal hati budi dan latar belakang dia terlebih dahulu. Jgn tangkap muat jer....ok Adios!!

Wednesday, August 08, 2007

Lelaki Panas Baran dan Giler

Aku ade story nak citer ngan u all, nak kongsi dan nak minta pendapat u all mcmmn. Aku nak tolon budak pompuan nie, tp aku tak mampu nak buat mcmmn. Aku kesian dia dia, ape yg dialami skrg nie...Simpati sangat.

Dia meluahkan masalah dia pada aku tentang pakwe dia. Sudah 3 tahun kapel br dia tau pakwe dia nie duda dah ade anak pon. Yg aku tahu pasal pakwe dia nie, pakwe dia suke mengkongkong dia. Tp bile dia bercerita dengan aku tadi, aku tak sangka pakwe dia seteruk itu. Dia nak clash ngan pakwe dia tu, sbb dia tak boleh terima pakwe dia tu. Frist dia dah menipu dan lagi satu pakwe dia dah berani naik tangan ngan dia, bukan itu sahaja siap boleh hantuk kepala dia lagi. Aku dengar pon aku bengang! Aku naik marah. Pakwe dia siap ugut dia, kalu dia clash dia akan bunuh dia... Lelaki ape nie! Setahu aku latar belakang lelaki nie kuat agama, tp bab cinta mcm nie sanggup nak bunuh org??? Lagi satu x wife pakwe dia nie ade call dia bgtau kenape diorg bercerai sbb lelaki nie panas baran, kuat cemburu.... Takutnye aku dengar!

Aku tak tau nak tolon dia mcmmn.. nak settlekan masalah dia nie. Tp aku bgtau dia kena berterus terang ngan famili dia ape yg terjadi... Jgn pk ugutan dia tu, buat report polis. Itu jer yang aku mampu ckp... Kalu aku alamai di tempat dia aku tak tau nak buat mcmmn... Aku takut lah jumpe lelaki mcm nie. Mcmmn lah member aku nie mengatasi masalah ngan lelaki giler mcm nie....

Aku nak minta pandangan dan pendapat kowang lah. Bagaimana aku nak settlekan masalah member aku nie... Kalu dia putus pon masalah kalu dia tak putus lagi masalah... Kenapalah ade lelaki yang bodoh dan bangang mcm nie!! Ya Allah selamatlah member aku nie...

Tuesday, August 07, 2007

Antara Kesempatan dan Pilihan

Saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna yang kita cintai di
saat yang tepat, di tempat yang tepat dan di waktu yang tepat, itu
adalah kesempatan.

saat kita bertemu seseorang yang membuatkan kita tertarik, itu bukan
pilihan itu adalah kesempatan.

selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu (dan banyak hubungan yang
terjalin kerana ini) bukanlah suatu pilihan, itu juga suatu
kesempatan.

perbezaannya adalah setelah semuanya itu terjadi. bila kita akan
membawa rasa cinta, suka, ketertarikan tersebut naik ke aras
selanjutnya? pada saat akal tenang kembali, duduk dan neracai apakah
kita ingin melanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya.

jika kita memilih untuk mencintai seseorang, meskipun dengan segala
kekurangannya, itu bukanlah kesempatan itu adalah pilihan.

di saat kita memilih untuk bersama dengan seseorang, tidak peduli
dengan hal lainnya, itu adalah pilihan.

meskipun kita tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik,
pintar, dan lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap kita
memutuskan untuk terus mencintai pasangan kita dengan apa adanya, itu
adalah pilihan.

cinta, suka, ketertarikan datang kepada kita dari KESEMPATAN.

tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh satu PILIHAN.



"kita lahir ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna
untuk dicintai... tetapi untuk belajar bagaimana mencintai seseorang
dengan sempurna..."

Thursday, August 02, 2007

Pagi nie kelam kabut sebab petang nie ade meeting... Ade pulak yg x dapat paper tuk meeting terpakse email kat diorg, pas tu lak email putra buat hal. bengang betoii! dah lah x sihat, flu plk tu... Aku rase nak MC tp pk blk keje x siap! huhuhuhuhuuu aku rase mcm nk tukar opis lagi lah! Bos aku nak tukar, tp tak tahu lah dapat ker idak... Kalu dpt aku dpt bos baru. Bos baru??? Hope ok lah...

Adik aku nak pindah rumah nak cr rumah lagi dekat ngan tempat keje. Ape lah masalah dia, x der lah jauh sgt nak gi keje, gi keje ngan aku, moto aku ade kat situ. Sejak pindah dia x pernah pakai. Aku ingat aku nak gi keje naik moto lah. Kalu dia nak pindah sgt, biar lah dia jln kaki gi keje, bile aku tgh sengkek aku leh bawa moto. Dh lama aku tak naik moto... Aku bukan berkira ngan adik beradik, tp semua yg aku ada titik peluh aku sendiri... Selama 2 tahun aku duk keje jalan kaki, pas2 aku beli moto dan beli kete. Susah payah aku sendiri tanggung... Tak mengharapkan orang pon. Kecuali aku tersedak aku minta tolon ngan mak abah, itu kalu tersedak lah... So now.. aku nak adik aku berdikari sendiri, kalu itu dia nak kan nak pindah... Nak senangkan hidup dia sendiri... Mak aku pulak ckp aku ngan adik duduk sesama susah senang kite sesama tp adik aku tak pk itu semua... Dia pk diri dia sendiri lah... Kenapa masa nak pindah sini dia x nak bersuara, kenapa lak dia diam kan diri pas2 ikut jer apa yang kite plann... entahlah kalu mcm nie... Aku dh tak larat nak pk. Diri sendiri pon tak terurus nak pk org lain.

Aku nak cuti jer nak rehat kat rumah tp itu lah... Dh lah semalam org komplen keje aku tak bagus, sedih beb! Keje dia bagus sangat ker nak komplen keje aku. Dia x tau ker keje aku mcmmn... Semua aku buat, x der org bantu pon. Aku nak cuti pon susah pk keje x der sape nak buat... Sedih beb, dh lah x sihat nie! hati sedih... uwaaaaaaaa!!

Wednesday, August 01, 2007

Hermm... Dah lame benor aku x up date blog aku. Sbb aku bz ngan keje di opis, itu tak sempat nak update, lagi pon sejak kebelakang ini kesihatan kureng mengizinkan. Kesian kat aku.... Tp never mind dah keja aku mcm nie nak buat mcmmn. Nak cuti pon susah. Aku cuti pon hari tu sbb pindah rumah, sbb aku terdesak nak kuar rumah tu secepat mungkin. Kesian sungguh kat aku kan, baru pindah rumah dah kena pindah rumah balik, sbb ade masalah ngan owner rumah... So aku malas nak ungkit. Skrg aku duduk jauh sikit drpd UPM lah... Dapt rumah pon bes, sbb rumah baru bilik 5 dan bilik air 3. Beskan rumah aku.

Hari nie aku x sihat selsema mcm nak demam, pas2 sakit perut dah berape hari sakit perut.. Nak cuti keje banyak so kena gak dtg keje.. Aku dah lama x dengar berita member blog, rindu kat kowang. Sori lah dah lama x lawat blog kowang bukan sbb sombong tp x der masa nak melawat.

Pagi tadi aku dpt sms drpd kak retna memberitahu abg kak meera dh meninggal. aku ucapkan takziah buat kak meera... Nk call org tgh sedih so maybe x leh ckp. Aku hanya sms mengucapkan takziah. Moga arwah abg kak meera di letakkan bersama orang yg beriman dan kak meera sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup.

Ok lah nak sambung keje... Nak blk cepat nak rehat di rumah. Badan pon x berapa sihat. Ok bye.

Tuesday, July 10, 2007


SELAMAT PENGANTIN BARU AYONG DAN ABG YAS

Hari Sabtu 7hb Julai 2007 sah lah my bes friend aku menjadi isteri kepada suaminya Abg Yas. Selamat sudah member aku sorang nie, member dia nie sorang jer x selamat lagi. Haahahaa! HAri Sabtu itu aku pergi nikah dia... Abg Yas sekali lafaz jer! Cayalah abg yas. Hari Ahad pulak kenduri kawen dia... Dua hari gak lah aku lepak umah dia... Member kamcing dr sekolah hingga sekrang...

Time tu rase sedih gak lah di hati... Sbb tgk member dh kawen! Tp aku tumpang gembira di atas perkhawinan dia... Kami ade 7 kawan, Ayong, Angah, Alang, Uda, Ucu, Ayang dan Anje... So Ayong, Angah dan Uda dh selamat dh, Alang pulak dlm proses dan yg selebihnye tak tau lah! hehehhehe!

Monday, July 09, 2007

U all stress or ngantuk x?
ambik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..

ikut la arahan betul²...




ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa.. aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang² kaki dan badan sikit...
buat macam takde masalah...



buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..



hilangkan semua stress...



pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin
sambil goyang².. lawa tak...



akhir sekali
buat joget kucing...

kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur kat surau.

Hehehe!!


Monday, July 02, 2007

Noooo Moodsssss Todayyy

Hari nie aku tak der mood, maybe ade sebab yang tertentu. Perut sakit, hati sakit... Argahhh dalam 2 hari nie aku rase nak menjerit jer, ade gak terpikir nak bunuh diri, tp pk balik, dosa besat weiii bunuh diri... Iman dalam diri masih ade lagi, aku masih nak kawal hati marah aku nie. Aku akui aku bukannye orang yang sabar, tapi aku tabah menghadapi segala dugaan tp aku tak sabar, aku cepat marah bile ade orang sakiti hati aku. Macammana aku nak fahami hati dia, kalu dia sendiri tak faham perasaan aku. Setiap kali nak settle, dia buat perangai tak boleh terima, semua nak salahkan aku!! Tensen tau!!!!!!! cakap aku ego!! Tp dia paham tak perasaan aku nie! Ape aku rase!! Arghhhhhhhhhh! malas aku nak pk lah! Leh jadi giler rasenye!!

Aku paling pantang bile aku nk settlekan, x angkat tepon, aku ckp baik bagi aku hangin, bukan nak sejukkan hati aku, tp bagi aku panas! dah lah aku jenis panas, aku yang sepatutnye merajuk, tp x der lak dia pujuk biarkan aku 2 hari sesorang kat sini mcm org giler!! Hati yang panas!! Dia ckp dia dah bosan asyik nak mcm nie jer! Ok fine, aku boleh buat tak peduli, aku boleh lakukan....

Walaupun aku nie panas tp aku cepat sejuk, hati aku mudah tersentuh dan aku mudah menangis bila hati aku sakit... Itu aku diamkan diri, tak der mood... Apa aku nak buat aku tak tau! Aku mcm terase aku nie lah banyak buat masalah, bile aku marah tak boleh terima kata aku yang buat masalah! so kalu aku tak puas hati, aku sakit hati aku perlu tutup mata, diamkan dan biarkan aku makan hati sendiri. Tak payah aku luahkan perasaan aku itu. Boleh aku boleh lakukan jika itu dia nak ingini tp aku takut suatu hari aku akan berubah hati....

Dah lah malas nak pkkan dah... Kepala pon dah sarat dengan kerja yang tak siap lagi. So now aku diamkan diri, bukan aku nak balas dendam, tp aku nak gak dia rase ape yang aku rase bile aku call banyak kali dia tak angkat dia tak ambil tau pasal aku pon. So aku dah berkecil hati, kecewa aku diamkan diri aku pulak.... Aku sakit hati bile orang buat tak tau jer....

Friday, June 29, 2007




Malam Dinner Opis Aku

Hye all... Lama gak aku dah tak update blog aku nie. Sorilah aku terlampau bz dlm berapa minggu ini... Banyak keje melambak. Hari nie aku ada masa sedikit untuk aku update blog.

PAda 27 hb 6, malam itu, opis aku buat dinner di Hotel Equatorial. Besnye... Department aku kena buat persembahan di depan Datuk VC. Alhamdulillah berkat latihan dalam berape hari itu, kami berjaya membuat persembahan iaitu dikir barat dan mendapat pujian daripada Datuk persembahan terbaik malam itu. Wah bangga siuttt!!

Pejabat Naib Canselor mempunyai 5 buah department dibawahnye... So malam itu, mmg meriah bersama department lain. Di sini ade gambar sedikit buat tatapan u all semua...

Thursday, June 21, 2007

Dah berapa hari tak update... Bz giler, org giler pon tak bz mcm aku..Images for your blog codes

Nasib baik aku tak giler. Dalam minggu nie aku banyak keje, nak settlekan Pengurusan punyer meeting. banyak paper atas meja aku, PTJ-PTJ lain hantar. Aku rase mcm nak muntah tgk. Ade masanye aku nk campak semua paper di atas meja nie. Buat kepala aku penin. Tp bile pk balik, dah itu keje aku, aku kena ikhlas lakukannya. Semalam aku balik lambat, hari nie pon aku tak tau aku balik pukul baper, sebab aku nak print minit Pengurusan untuk di edarkan pada ahli Pengurusan besok. Nanti lambat keluar minit ade lak yang marah. Rolleye Smile Images



Semalam aku ade selisih faham dengan budak opis aku, maybe aku tak puas hati ngan bos dia, dia jadi mangsa aku. Aku tak tau kenape semalam aku rase mcm nak marah jer, dan budak nie jadi mangsa kemarahan aku... Aku buat dia sampai menangis... Aku tak bermaksud nak kecikkan hati dia, tp aku minta maaf balik ngan dia. Aku ckp ngan dia kenapa aku bersikap dingin ngan dia sejak akhir nie... Memang bukan salah dia, dia pon tak minta tp..... entahlah aku tak tau nak ckp mcmmn... Terlalu banyak konflik sekrang nie. Kekdg penin gak kepale pk. Emotion Smile Images



Aku rase satu hari nie aku nak plan gi bercuti lah... Tp itu lah masalahnye aku nie susah nak cuti. kalu nak cuti yang memang betoii kena cuti bukan saje-saje. Sbb aku pk kalu aku cuti sape nak buat keje aku. Tp aku kan try gak cuti lah.. Ambil hari jumaat ker hingga ahad ker?? Dalam kepale hotak nie dah ade cadangan nak bercuti di mana. Tggu masa jer nak laksanakannye... Tgklah biler masa yg sesuai...

Sejak akhir nie, aku asyik bercerita pasal kerja aku jer kan. Tp itu lah hidup aku sekrang nie, bz ngan keje... w/pon kekdg tensen tp ada gak rase seronok... Ok lah teman semua, nk sambung keje nie... Nnt lambat siap, lambat plk balik.
Signs Smile Images

Tuesday, June 19, 2007

Letih Gilerr

Hari nie aku terase letih sangat... banyak betoii keje di atas meja nie. Kepale aku pon dh penin tgk kertas yg banyak di atas meja. Sampai aku blurr tak tau nak buat.. Warggghhhh tensennnnn!!
image hosting for myspace hosted images



Nampaknye hari nie aku balik lambat nak siapkan keje nie... Tp aku betoii2 letih hari nie... Mcmmn aku nak luahkan perasaan aku nie... Argghhh tolon lahhh hilangkan tensen aku nie... Mad Smile Images

Thursday, June 14, 2007

Hai entahlah....Image hosting codes



Hari nie aku cirit birit lagi coz last nite aku try mkn tiram mentah kat h0tel. Saje jer nak try sbb akak tu ckp sedap. Warghhh dia punyer hayir tu ade bau lah, w/pon dh perah ngan lemon dan mayonis. Melekat kat tekak aku nie rasenye. Tahan jer lah. Pas2 mlm tu aku melantak banyak, aku byk meratah udang... my peberet udang, udang bakar, udang tempura...yum!yum! mmg sedap hingga menjilat jari.Candy Eating Kao Anis Images



Rupenye perut aku nie x leh terima makanan yg x masak, so itu yg kena cirit birit tu. Aduh mmg tak tahan rasenye. Nasib baik petang nie dh ok dah. Hermmm... aku tak taulah ape nak jd ngan opis aku nie... Aku pon kesian sama bos aku. Begitu byk dugaan nye. Nasib baik bos aku seorang yang penyabar... Aku akan support dia lah. Agar dia bertahan dengan segala dugaan yg berada di opis nie. Aku pon dh jd penin kepale... Tp aku ade terase gak, ade yg x layak dpt bilik, dia dpt. Wargghhhh aku bengang!!!Mad Smile Images



Hari nie balik cepat, sbb opis pukul 6 nnt x der elektrik. Next week dh leh pindah balik opis yg br renovate tu... Aku mcm x der semangat nak buat keje hari nie... Lg pon mcm tak cukup tido, mengantuk.Friendster Layout hosted images



I miss someone lah...Friendster Layout hosted images

Tuesday, June 12, 2007

Akhirnya aku selamat pindah pada petang ahad tu. Pindah ke rumah baru dengan bantuan tersayang dan juga teman-teman, akhirnye aku dapat pindahkan barang aku tu. Walaupon penat sbb lepas famili day di UPM. Mengenai famili day kat UPM, waaahhh mcm hampehh sesangat. Tak bes langsung. Aku tak tau kenape, tak rase mcm famili day pon. Memang x bes, makan pon x sedap, x bes langsung. Dah lah kena cirit birit hari isnin, rupenye ramai yang cirit birit hari isnin tu. Sbb makan lauk ayam di famili day. Mcmmn lah diorang nie bagi makan kat orang ramai.

Semalam isnin, selamat sudah MoU di antara UPM dan Kementerian Pertanian. Dapat gak jumpe Menteri Pertanian, KSU dia, orang2 besar di Kementerian Pertanian. Nasib baik semua berjalan dengan lancar. Ade wartawan NTV9 nama dia Talib, hensem beb!! Hahahahha! Mulalah nak gatal nie. (gurau jer... nnt ade lak yang mengamuk! hehehehe).

Kerja melambak di atas meja nie, tp dua hari nie semangat nak keje tak der. Malas jer nak buat keje. TAk tau la apasal. Hati tu asyik nak memberontak jer. Harap hari ini, hari yg baik buat aku...

Friday, June 08, 2007

Cuti Tapi Tak Jadi Cuti

Hari nie sepatutnye aku cuti sbb aku nak kemas rumah, hari sabtu nie nak pindah. Tp kerana hari nie ade rehearsal MoU. Sbb hari isnin nnt ade MoU antara UPM dan Kementerian Pertanian. Lepas tu pulak, lori nk angkat barang kata hari ahad dia boleh. So hari sabtu tu aku boleh kemas barang dan angkat barang2 yg leh dibawa dengan kereta dulu. Hari ahad petang lepas habeh famili day UPM baru aku angkat barang yg besar dengan lori. Penat betoii nak pindah randah nie...
image hosting file hosted images



Urgaahhhh kaki aku sakit, sbb terpijak lubang yg ade kat opis nie. Kaki dan terseliuh, nasib baik tak teruk sgt terseliuhnye. Sakit pon aku jalan gak. Skrg opis aku dh ade peraturan tak boleh pakai kasut sandle kena pakai kasut yg ade tumit. Itu buat kakiku bertambah sakit bile berjalan. Tahan jer lah nk buat mcmmnkan.Sick Smile Images Ok lah nk buat keje, w/pon malas nak keje hari nie.

Wednesday, June 06, 2007

Aku rase blogspot di UPM di block kembali. Hai letih la mcm nie... Aku hanya boleh update mcm biase jer tp tak boleh nak mengkunjungi member blogspot, tp ade setengah blogspot aku boleh buka. Aku tak tau kenape, UPM block atau ade masalah dengan blogspot nie.... Malas nak pikir biarkan lah.

Abg aku dan kak ipar aku dah buat perangai. Sampai hati kak ipar aku ckp mcm-mcm ngan abah dan mak aku. Ini yang buat aku bengang nie. Abah dan mak aku sedaya upaya membela dia drpd abg aku sendiri, akhirnye dia mengata mak dan abak aku. Mmg tak mengenang budi betoii. Dah lah anak dia pon mak aku jaga, lagi nak burukkan abah dan mak aku. Dah lah duduk kat umah mak dan abah aku, mmg tak sedar diri betoii. Ini yang buat aku tak hormat pada dia lagi. Aku kesian ngan mak dan abah aku. Nasib baik abah aku tu tak bagi penampar kat bekas kak ipar aku tu. Sakit lak hati aku.

Ini la dunia, kita buat baik ngan org pon, org tak hargai. Buat jahat apatah lagi... Aku dah bgtau abah dan mak aku, jgn masuk campur lagi hal abang dan kak ipar aku tu lagi, melainkan cucu-cucu abah dan mak aku tu jer. Teruk betul la. Aku harap dan aku berdoa semoga aku tak jadi mcm mereka nie...

Monday, June 04, 2007






Family Day Bersama Keluarga Tersayang

Hari sabtu aku dan famili tersayang bertolak pergi ke Melaka, Ayer Keroh untuk menghadiri Family Day yang dianjurkan oleh Jabatan abah dia. Kami konvoi beramai-ramai ke sana. Dari family tersayang ialah aku, adik2 beradik dia (kak jue, huda, ayie, ekin) dan yang membawa tersayang kamal (pakwe huda), abg danny (suami kak jue). Sungguh meriah di sana. Sampai di sana dalam pukul 1 petang. Abah tersayang menyewa chalet dan kak jue pulak sewa appartment di Bandar Melaka. Jauh gak nak ke appartment sana.

Aktivit family day bermula pada pukul 4 petang iaitu pertandingan melukis bagi orang dewasa dan mewarna bagi kanak-kanak. Aku dan tersayang serta huda dan pakwe dia di pakse untuk masuk pertandingan melukis. Aku bukan nye pandai melukis tp lukis gak lah.. Lawak giler nak melukis tangan nie jenis keras bukan lembut nak melukis nie. Akhirnye abah dia menolon tacap ape yg patut aku dan tersayang memenangai tempat pertama dan huda dan pakwe dia lak tempat ke-3. Selepas tu kami masuk Treasure Hunt
, bes gak mencabar IQ. Aduh tak pernah aku merasai famili day dan akhirnye aku dapat merasai, itu pon menumpang family tersayang.

Malam pulak aktiviti karoake serta penyampaian hadiah buat yg memenangi pertandingan siang tadi. Treasure Hunt kami dapat naib johan. Malam tu lebih kurang family tersayang banyak konker hadiah lah. Sedap betoii malam tu aku melantak udang bakar. BAnyak makanan mlm tu... Kenyang makan udang jer. hehehhehe! Malam tu kami tak tau lah habeh pukul berape sebab kami balik appartment sebelum tu berjalan di Melaka. Di atas tu ade gambar-gambar kami di sana. Aku mmg enjoy lah famili day nie, aku terpakse balik esok pagi sbb nak gi rumah member kawen kat Teluk Intan kalu tak pagi ahad tu aku join sukaneka. Hehehhehe!