Wednesday, April 28, 2010
Tak Sihat
Sekarang ini, seronok sangat bila terase pergerakkan dia dalam perut. Kekadang² dia menendanglah, bergerak, s0n0k lah tgk! Selalu hubby aku lah, dia selalu pegang perut aku, dia rasa pergerakan baby dalam perut, bila baby itu menendang, hubby aku terkejut... Kelakarlah pulak aku tengok but comey sangat!
Tak sabar nak tunggu anak dalam kandungan aku keluar, bile dah kuar aku rase lega. Lagi 2 bulan jer.. Aku kena sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Memang selalu tak sihat sekarang nie, kalu tak mc aku cuti. Kepale aku selalu pusing dan aku cepat penat. Memang aku dah tak larat dah.
Thursday, April 08, 2010
Hermm... Aku dapat good news dari adik aku, dia p0n dah pregnant, wah tak sangka aku akan dapat anak buah tak lama lagi, dan anak aku adalah kawan dia. Mak abah aku dapat 2 orang cucu dalam 1 tahun nie. Makin besarlah family aku nanti ;)
Sebenarnyakan, aku ada tidak kepuasan hati aku pada seseorang, pendek kata pada bos aku lah! Entahlah sejak akhir² ini, aku macam bengang jer ngan dia! Geram p0n ada! Aku p0n dah b0san dah nak kerja ngan dia! Entahlah kekadang² itu, aku strees tau! Dia mcm tgk aku tak der buat kerja sangat! Ade 1 tu aku terase, pasal follow up ngan KPT, dia ingat aku tak follow up ker? setiap hari aku call KPT, tapi jawapan KPT tu sama jer... Agaknye dia tak percaya pada aku, dia call sendiri. So ape jawapan KPT pada dia?? Entah malas aku nak ambil tau...
Aku memang dah malas nak kerja teruk², mcm memula² aku kerja itu. Sebab aku tak nampak p0n penghargaan pada aku, memanglah aku tak minta tapi sekurang²nya orang hargai apa yang aku buat! Bila aku dah fade up, aku akan buat kerja macam biasa jer.. Aku dah tak kisah apa orang nak cakap... Orang bukan faham p0n kerja aku kan!!
Banyak benda yang aku tak puas hati kalu citer pasal kerja nie.. Tapi aku malas lah... Aku diamkan jer, walaup0n dalam hati aku sakit hati sangat! Sekarang nie, aku dah tak buat OT, so pukul 5 jer sharp aku balik. Kerajaan p0n tak ader duit dah nak bayar OT, lagi p0n management yang baru nie p0n, tak berapa kasi buat OT.. so jika kerja aku tu, aku boleh siapkan dalam opis hour aku akan siapkan, kalu tak siap buat jer la hari keesokkannya, kekedang jer aku balik lambat sikit sampai pukul 6 tapi aku tak claim lah.. Malas lah nanti banyak citer...
Aku tau banyak orang komplen aku garanglah apa lah.. Tapi manalah aku tak marahkan diorang suka buat last minute pas2 semua kata urgent nak minta kelulusan.. Iskkhh, aku tak paham betoii! Kekadang² itu, aku nak jer diorang ambil tempat aku nie, ko buat kerja aku!!
Nanti aku cuti bersalin p0n, b0s suruh aku yang tanya aku, siapa yang akan ganti aku?? Perlu ker aku fikir sape nak ganti aku?? Terpulanglah pada managementkan dan bos aku, carilah sapa yang sesuai nak gantikan kerja aku nie!! Time itu, aku fikir, aku nak bersalin dengan selamat jer...
Tapi alhamdulillah lah, masa aku tgh pregnant nie, adelah budak opis aku tolong aku buat kerja mcm zerox ker, nasiblah ade yang sudi tolong. Aku bukan ape, aku tak larat nak diri lelama kat mesin itu...
oklah chow dulu... Nak sambung buat kerja... Rasa lega sikit bile dapat luahkan apa yang terbuku dihati... No body prefect, but aku buat yang terbaik untuk diri aku :)
Thursday, February 18, 2010
Perkahwinan Adik ku dan Kawan Baik ku
Memang penatkan kenduri nie, teringat masa perkahwinan aku tahun lepas mmg penat... W/pon aku tak banyak sangat buat kerja masa kenduri tu sbb berbadan dua tapi mmg rasa penat sangat. Hubby aku dia tukang basuh pinggan mangkuk, rajin la konon... huhuhuu... Photographer adik aku sape lagi kawan aku la ACAI tu... Mmg penat giler aku tgk Acai. Apa nak buat dah tugas... huhuhuu.
Aku mendoakan semoga perkahwinan adik aku dan kawan baik aku berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam perkahwinan nie. Perkahwinan nie tak sama masa bercinta, ada perbezaannya. So kena banyak bersabar dan sebelum buat keputusan itu, kena fikir memasak yek. Kena ada kerjasama, saling percaya antara satu sama lain, kena banyak berkomunikasi antara satu sama lain dan yang penting kena jujur antara satu sama lain.
Wednesday, February 10, 2010
Doa Seorang Isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Thursday, January 28, 2010
Kenapa Orang Boleh Berubah??
napa org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?
[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."
[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.
[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...
[HARI NI]
kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.
[HARI NI]
kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."
Semua ni pernah berlaku kan...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....
nak wat cam ne....
redha je la... walau pun terluka..... ....
hurmmmmm.... ......
Tuesday, January 19, 2010
Dalam Dilema
Aku sebenarnye dalam dilema la nie, sbbnye aku nak tangguhkan pengajian aku atau pun aku teruskan dulu, tapi aku tak mampu buat masa nie... Aku dah bgtau Penyalaras Program yang aku ambil ini, dia suruh buat aku surat tapi kawan2 study aku tak kasi, diorg nak aku grade sesama2 diorang tapi itulah sekrang nie aku tak mampu nak membaca, nak buat assigment dan sebagainya itu semua buat aku penin pale... banyak benda aku tak buat lagi tapi dha nak kena hantar nie... aku kesian ngan student lain takut mengganggu diorang plk. So aku tanya hubby dia pon tak kasi aku tangguh tapi serius aku tak mampu bawa buat masa nie... So aku pk siang malam nak tangguh ker idak?? Aku rasa aku perlu tangguh untuk kebaikan aku dan member lain. Tak kisahlah grade lambat pon kan, janji aku mampu bawa nanti.
So kowang rasa mcmmn yek? Tangguh atau teruskan... Kerja pon skrg nie aku balik kul 5 sharp, dulu boleh la aku ot sampai larut malam la nie aku tak mampu... Sbb aku masih dalam kemabukan walaupun tak teruk tapi aku masih lagi muntah2.
Aku ingat lagi peristiwa aku nak gi kerja, dah nak sampai opis nie, perut aku dah rasa mual2 dalam kete nak muntah, aku suruh perut aku sabar nk muntah kat opis tapi apakan daya, perut aku tak sabar, aku muntah dalam kete nasib baik ada kain dalam kete aku tu.... Eh mmg kalu dia nak muntah itu mmg x leh tahan2 dah....
Aku baru baik demam, last week kerja 1 hari jer yang lain tu MC.. syok giler aku membuta jer kat umah, dah lah x boleh masak, hubby aku balik tghr belikan makanan, kesian aku tgk dia ulang alik tp nak buat mcmmn isterimu tak sihat... but i love u so much... Muahhh! Muahhh!!
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru
Azam tahun nie aku dah kecapi dan azam tahun depan, aku harap aku dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali, dapat memberi kebahagian buat suami tercinta dan bakal baby yang akan dilahirkan. Insya-allah... Aku doakan mahligai yang aku bina dengan kasih, sayang dan cinta ini akan diredhai oleh Allah serta akan kekal hingga ke akhir hayat kami.... Amin.
Sempena hendak menyambut tahun baru 2010 ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya aku ada melukakan dan menyinggung perasan kawan2x sama ada sedar atau pon tidak. Dan aku juga mengharapkan Tahun 2010, akan lebih baik daripada tahun ini.
Monday, December 28, 2009
Tidoku Tak Lena
Dari semalam perut mcm sebu jer, bila makan jer muntah2x, bila tak makan perut mcm x bes jer... ishhh aku rasa rimas sangat! Last2 pagi tadi aku minum ENO nak hilangkan rasa perut yang x bes nie... Mcm x berkurang jer... Hermmm... hermmm....
Mengantukkkk sangattt!!
Wednesday, December 23, 2009
Check Up
Masa scan baby itu, aku sangat teruja sbb tgk baby dh 10 minggu dah ada kaki, dah ada jantung, kaki dia menendang2x time scan tu! Rasa mcm nak menanges pon ada time tu sbb tengok se kecik didalam perut ku... Sungguh terharu. Dr. ada bagi gambar scan baby untuk diberikan pada ayah dia.
Semalam aku cuti, berehat dirumah sungguh tak selasa badan aku dalam sebulan lebih nie, mabuk still ada lagi so tahan dan kuatkan semangat jer... Muntah tetap muntah, makan tu terpaksa sumbat jer, kalu tak makan aku lapo... W/pon tak larat tapi aku jamahkan juga, dan selepas itu aku muntah balik. Mmg letih...
Kalau bab kerja pulak, aku x der mood nak buat, kekdg tu terbiar jer atas meja, banyak benda terbengkalai yang aku tak buat langsung! Kuatkan lah semangat aku nie!! Rasa lemah badan hari nie, asyik duk muntah jer... Itu belum lagi makan acid folic, kalu makan tu, lagilah mcm nak terkeluar semua isi perut aku! Sabar jer lah..
Tuesday, December 08, 2009
Mabuk
Aku siang malam muntah, makan jer muntah, aduhh dh x tau nk buat ape! Lelagi skrg nie tak leh bau masak2.. Busukkk!! Aku ckp pada diri aku kena kuatkan semangat sbb aku kena menjaga amanah yang diberikan oleh Allah pada aku... Aku berdoa aku jadi kuat!! Kekdg tu aku tewas gak!!
Pada sesapa yang berpengalaman ade tak petua nk bg aku hilang mabuk dan bagi aku selera makan balik??? Kalu ada bagilah petua pada aku.... Kesian kat aku... huhuhuuhuu....
Friday, November 27, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Pagi raya ini aku terasa sedih, sayu bila teringat kat mak abah dikg. Lelagi pagi raya nie adik call, sungguh meriah aku dengar suara2 adik2 aku dan sanak saudara yang datang, lelagi Pak Uda dan family balik beraya. Lepas tu saja jer bagi aku sedih nak buat aku menangis, buat aku jeles... Tak apa aku dah suruh mak uda aku buat tongsam (makanan siam), sedap!! aku mengidam nak mkn plk benda tu... hehehhe.
Mak mentua aku banyak juga masak juadah beraya nie, tapi aku skrg nie hilang selera makan nak makan. Kalau juadah raya aku lah paling suka nak meratah lauk pauk nie.. Tapi sejak pregnant nie, selera aku seakan mati... Kekadang paksa juga makan sbb kesian kat baby dalam perut...
Ok lah, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga raya ini memberi kita seribu kerahmatan dan semoga kita dapat membuat pengorbanan ke arah kebaikan untuk diri sendiri mahupun orang lain.
Monday, November 23, 2009
Alhamdulillah...
Untuk buat pengesahan lebih lanjut, malam tu aku gi klinik. Alhamdulillah Dr. mengesahkan aku pregnant 6 minggu... Banyak nasihat dia berikan, sbb frist pregnant.. Time tu hubby aku pon dengar jugak lah... Lagi sebulan aku akan dtg balik untuk check up ;)
So aku kena menjaga diri aku dengan baik kerana aku kena jaga baby aku didalam perut ini... I can't believe! Saya nak jadi MAMA!! Doakan semuanya selamat :)
Tuesday, November 10, 2009
Berdiam diri atau meluahkan??
Susah jika ada orang menyakitkan hati kita, tapi kita pulak jenis tak pandai nak membalas balik kesakitan itu pada orang itu, hanya berdaya mendiamkan diri dan menanggung kesakitan...
Perlukah aku berdiam diri untuk selama-lamanya atau meluahkan apa yang aku rasa?? tapi aku maukan penjelasan dan kejujuran daripada orang itu kenapa dia buat aku mcm nie.. tapi dia membiarkan kesakitan dalam hati aku berterusan. Kepercayaan aku padanya pudar... aku rasa aku dh tak akan mampu membina kepercayaan buat dirinya lagi..
Thursday, November 05, 2009
Hubby Diet??
Hubby aku kata nak diet, tp x der maknenye la... Balik kerja nie mengadu lapar.. Tp aku mmg tak masak, goreng kopok jer... Makan jer la kopok tu! Nasib baik ade roti, kat peti ais tu ade daging berger, nnt dia masak la... Tak der makne la nk diet hubby aku tu lah!!
Tau x nape hubby aku risau gemokk?? sbbnye aku selalu ejek dia gemokk x hensem!! hahahha! suke ckp ngan dia, aku x suke gemukk!!! Risau giler badan dia naik... alah x lama la hubby aku tu, angan2 taik ayam jer!! hahahhaa! tp kalu bab mkn nie, bgkan dia...Mkan mcm tuk 10 orang! hahahhaha!
Mata dan mengantuk la... mau tido... br kul 10.23 malam tp dh mengantuk!! lama dh tak tido awal, dulu masa bujang kul 10 lah waktu aku tido... mcm tido baby kan!! bile dh kawen waktu tido dh berubah... hermmmm.... pepaham je la kan!! huhuhuu!
Wednesday, October 21, 2009
Aku Bengang!!
aku tak tau apasal Budak S**L tu dia buat mcm tu kat aku?? Aku ada buat masalah ngan dia ker??? atau dia tak puas hati ngan aku???
Kisah dia mcm nie, mlm tadi ade budak ym aku dimenyamar adik aku, so aku ingat adik aku, sbb dia pakai nama adik aku, gambar adik aku, dia cakap nak pinjam id friendster aku! Then tanpa ragu2 aku bagi kat dia... Then start pecah tembelang Budak S**L tu, aku tanya no plat kereta dia... Time tu dia mengaku!! Mmg mcm S**L B**G**T!! Aku dah lama tak maki orang, kali ini aku mmg x leh tahan, lantak ko lah!! Dia ceroboh friendster aku, then dia ambil gambar aku ngan member2 aku time tu tgh pegang bra!! Dia kata nak sebarkan!!
HE BUDAK S**L, B**NG**T &&&%@@@ SETAKAT GAMBAR AKU PEGANG BRA TU!! ADE AKU KESAH KO NK SEBARKAN!! AKU BUKAN ARTIS PON!! AKU TAK HERAN LAH BEB!! TP YG AKU BENGANG KAT KO, APAHAL KO PAKAI FRIENDSTER AKU!!
Sekrang nie aku tak leh nak access friendster aku!! Banyak gambar aku kat situ!! Sayang beb gambar dalam tu walaupun tak der gambar lucah pon!!
Aku tak paham ape MOTIV budak tu buat mcm tu!! Aku ade frustkan dia keR?? ker dia frust ngan aku??? Aku tak paham!! Kalu tak puas hati cakaplah ngan aku!! Settle cr baik!! Aku nie bukanlah kejam sangat pon!! Tp ko dah buat mcm nie!! Aku leh jadi KEJAM ngan ko!! Aku bersimpati kat ko lah, sbb Tuhan jadikan ko mcm tu!! Terencat akal kot ko nie!! Tak pon sakit jiwa! Meroyan!!Mcm HARAM ko nie!!
Tuesday, October 13, 2009
Congrat To My Best Friend
Hari Sabtu lepas 10/10/2009, kawan baik aku telah mengikat tali pertunangan. Tahniah!! Semoga akan berakhir dijinjang pelamin yang dicadangkan pada bulan 3 tahun depan... Semoga kau berbahagian sahabat dengan pilihan hati mu... ;)
Akhirnya semua sahabatku diwaktu sekolah sudah berumah tangga dan akan berumah tangga... Insya-allah bulan 11 nie kite akan buat reunion yek :D
Monday, September 28, 2009
Cerita Raya 2009
Tahun nie aku beraya sebagai seorang isteri. Tahun ini, kami beraya kat kg aku Sabak Bernam. Selama 5 hari di kg, mmg bes! Mak aku masak, ayam masak rendang, daging rusa masak rendang, ada kuah satay, masak lodeh dan paling penting ketupat! Mmg sedap giler melantak! Raya pertama hanya gi menziarah atuk dibelakang umah, pas2 saudara mara datang, raya kedua dan ketiga baru gi beraya umah saudara mara. Raya ke 4 baru kami bertolak balik ke seremban. Di Seremban pon, kami beraya selama 5 hari jugak! Beraya sebagai menantu, bes gak lah raya di sana, gi rembau, then gi Melaka hantar kazen dia bertunang hari sabtu tu... punyalah meriah macam nak gi rombongan kawen. Secara keseluruhan bes la beraya dikg ku dan kg mentua ;)
Tapi masa beraya di kg ade citer sedih yang berlaku di antara adik2 aku... Hermmm x ape lah x leh nk kongsi takut ada adik2 aku terasa tapi aku nk nasihatkan, walau bagaimanapun kite tetap adik beradik tau, walaupon ada diantara kita yang berlainan.
Terlebih dahulu aku nk ucapkan terima kasih pada kak izan di atas kiriman hadiah yang amat berharga buat kami. Terima kasih bebanyak kak izan, buat susah2 jer akak post! Dan kami amat menghargainya dan kami akan menggunakannye sebaik mungkin ;)
Monday, September 14, 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Pejam celik pejam celik tidak sangka lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri.. Tak sabar rasanya nak sambut hari raya, almaklumlah tahun nie amat istimewa kerana aku beraya ade suami... Tak sabar nk kuncup tangan suami dipagi raya untuk memohon maaf... mesti syahdukan...
Raya tahun ini, kami akan beraya di sabak benam, raya kedua baru balik ke rumah mak mentua diseremban... Uhhh mcm tak sabar lak nak beraya nie! Raya sebagai seorang isteri, sebelum nie beraya sebagai pasangan kekasih tapi tahun nie raya sebagai suami isteri.
Oklah kekawan, sempena nak sambut hari raya nie, h0ney ingin memohon ampun dan maaf jika selama kowang baca blog h0ney nie, atau selama kite berkawan nie, h0ney ade menyinggung perasan kowang, secara sengaja atau p0n tidak... Semoga raya tahun ini membawa seribu kenikmatan dan seribu rahmat buat kita semua...
Wednesday, September 02, 2009
Pengalaman Di Bulan Ramadhan Sebagai Isteri
Di sebabkan rumah kami tak ada peti ais time tu, so aku tak masak p0n untuk berbuka, selalunye beli jer... Bila dah beli peti ais (hadiah daripada mak mentua) haruslah, aku beli barang basah, bagi memudahkan aku masak untuk berbuke. Di sebabkan bulan ramadhan nie aku balik 4.30petang, sempatlah aku nak masak... Pengalaman betoi masak untuk berbuke nie, sbb aku nie
Selalunye berbuke nie, aku masak simple2 jer, janji sedap dimakan...
Selalunye berbuke lauk pauk tak derlah banyak sangat dalam 2 jenis cukup dan kuih. Manakala sahur pulak, disbbkan aku se0rang jer sahur, en. hubby aku lena dibuai intan, so aku sahur roti ngan nugget jer serta air coklat... dah memadai bagi aku...
Tahun nie mmg pengalaman berhargalah, sbb baru jer menjadi seorang isterikan. Kena masak tuk hubby, nasib baiklah dia jenis tak cerewet bab makan nie! Alhamdulillah.. Ape yang aku masak, dia makan jer... Syukur aku!
Di sbbkan aku nie mmg
Tuesday, September 01, 2009
Penat + Mengantuk + Bosan = ???
Malam tadi baru sampai daripada kampung.. Sedap betoii 2 hari makan dikampung, sbb mak masak... Ape2 p0n sed0p! Yang bestnye dapat makan udang galah yang bes0r2! Yumiee sedap giler meratah! 2 hari berbuke dikampung, 2 harilah dapat makan udang galah besor! My hubby selera giler dia makan... Dia mana pernah tak selera makan... huhuhuu....
Tapi yang pasti pagi nie aku rase mengantuk sangat.... huhuhuuu