.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Selamat Tahun Baru

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik, dah berakhirnya tahun 2009. Macam-macam kenangan manis dan pahit pada tahun ini. Kenangan Manis aku ialah aku telah diijab kabul dengan insan yang aku sayangi dan cintai iaitu Mohd Hilmi Abdlah. Bermacam-macam dugaan yang kami tempuhi sebelum kejinjang pelamin, akhirnya kami dapat bersatu menjadi suami isteri. Aku doakan kebahagian yang aku kecepai ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn... Tahun ini aku rasa tak ada kenangan pahit untuk dikenang kot, semuanya benda yang remeh temah.

Azam tahun nie aku dah kecapi dan azam tahun depan, aku harap aku dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali, dapat memberi kebahagian buat suami tercinta dan bakal baby yang akan dilahirkan. Insya-allah... Aku doakan mahligai yang aku bina dengan kasih, sayang dan cinta ini akan diredhai oleh Allah serta akan kekal hingga ke akhir hayat kami.... Amin.

Sempena hendak menyambut tahun baru 2010 ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya aku ada melukakan dan menyinggung perasan kawan2x sama ada sedar atau pon tidak. Dan aku juga mengharapkan Tahun 2010, akan lebih baik daripada tahun ini.

4 comments:

ch@ said...

selamat tahun baru HONEY!

h0ney said...

selamat tahun baru cha ;)

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

selamat menyambut tahun baru..semoga tahun baru nie..akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya..amin..amin

Eiba said...

Semoga 2010 akan lebih meriah dgn bakal kehadiran cahaya mata baru yaaa...Allah bless u yaaa...