.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Bersiar-siar di ICT

Monday, January 16, 2012

Bersiar-siar di ICT

Salam pagi isnin semua.. Mesti malas nak buat kerja bila hari isninkan! Mcm aku lah tu... Hehehhe.

Aku nk citer mlm minggu hari tu aku bawa anak teruna aku gi bersiar-siar di ICT, shah alam. Amboi ramai benor manusia... Anak aku apalagi syiokklah dia berlari2 di taman cahaya tu. Ayah ngan mama yg penat mengejarnye.. Dah la panas, x tahan duduk lelama di ICT tu...

Selain taman cahaya tu ade gak permainan kat situ. Nak masuk snow tu mahal la pulak rm30+ rasanye.. Tak apelah lain kali jer x pon nnt bawa gi Taman Cahaya Seri Alam pulak ker. Sejak akhir2 nie suke benor aku nak gi berjalan2. Cuti raya cina nie pon igt nk gi Melaka tapi x dpt lak hotel.

Masa aku otw nk ke ICT tu aku dapat perkhabaran yang mengejutkan bahawa kawan opis aku iza, ayahnye meninggal dunia. Al-fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman. Aku doakan kawan aku tabah menghadapi ujian Allah nie.

Ahad tu aku dan beberapa org budak opis sempat menziarah keluarga iza di Johor. Aku hanya mampu memeluknye untuk bagi semangat kepadanya agar tabah. "Setiap yang hidup itu pasti akan mati menghadap Pencipta Nya".

1 comment:

Fafau De Craft ( Zana ) said...

aqeelgi ict yerk..xajak anty! :)