.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: November 2007

Friday, November 23, 2007

Aku Adalah Aku

Aku adalah aku! Aku tak boleh nak ubah diri aku kepada org lain? Jika perangai aku mcm itu, mcm tu lah... Kenapa nak aku ubah perangai aku?? Teruk sgt ker aku?? Atau dia sendiri tak paham perangai aku mcmmn? Ape yg aku mahukan?? Aku fade up dah... Aku nie tensen gak ngan keje aku.. Tensen ngan bos gak!! Aku rase aku nie tak der ruang nak komunikasi ngan dia... Nak bercerita mcm dulu! Memasing bz tak der masa tuk sesama diri.. but aku bz aku masa ade ruang tuk dia... Entah lah... Ker aku nie yang tak paham atau dia yang x mau faham... Aku tensen!! Sampai tahap aku rase aku nak lari diri dulu... dengan bos yang tak faham aku... Entahlah serabut betoii hidup aku sekrang... Aku pon x tau nak luahkan pada sape perasaan aku diketika ini??
myspace layout



Entah kenape sejak akhir2 ini jiwa ku mudah tersentuh, sensitif dan cepat air mata nak jatuh... Bebaru nie aku ade masalah peribadi, mmg tertekan jiwa. Itu aku mudah menangeh kot sbb aku dah tak dapat nak tertanggung lagi... Rase nak tukor keje pon ye gak, entah mmg bos aku ok tp kekadang dia terlalu mendesak dan kekdg buat aku bengang ngan karenah dia... Dugaan betoii aku...myspace layouts



Dah lah aku duduk opis nie mcm tak selamat bagi aku... Mcm org memerhatikan aku jer.. Sbb aku dan seorg bos tu tak ngam... Mmg lah perangai dia tu semua orang tak suke... Depan baik belakang hanya Allah jer lah tau! Sbb aku dan terkena ngan dia! Dan dia tau aku bengang ngan dia dan dia lak cari silap aku tuduh aku memacam! Uh bengang betoii aku! Tak ape lah Allah tahu mana yang benar mn yg tidak! Sikap manusia kat opis nie membuat aku x selesa nak bekerja...myspace layout images

Nasib baik lah ade blog ini untuk aku luahkan ape yang ku rasa ketika ini... Tensen!!

Monday, November 12, 2007

Aku rase aku tak semangat nak buat keje... Hati aku tak kuat nak menghadapi ape yg dh terjadi pada aku dalam berape hari ini... Kenape perkare bodoh mcm nie boleh terjadi pada aku?? Aku penin aku binggung ditambah pulak dengan hati yang sakit, yg terluke dan kecewa... Aku tak tau sape aku nak salahkan... Aku ker? Berpunce dr aku ker semua ini?? Bingung aku pkkan... Aku mcm org bodoh! mcm org yg tak der harga diri?? Mmg aku sedih sgt!! Sedih terlalu sedih... aku rasa aku nak mati skrg agar semua permasalahan ini selesai tanpa menyakitkan hati dan perasaan aku!!! Ya Allah kuatkan hati dan iman hambamu ini....

Thursday, November 08, 2007



Hermmm hari nie kena keje nak settlekan keje yg tak siap nie... Setiap hari menghadap kertas yang banyak naik bosan aku.... Tapi nak buat mcmmn dh itu keje aku nak tak nak bosan ker idak aku kena siapkan untuk dihantarkan kepada ahli Pengurusan Universiti besok... Ada org komen keje aku, dia kata " kalu dia duduk kat tempat aku tentu dia bosan dan fade up..." Aku lak nak tak nak aku kena buat.... Kekdg tu aku cepat angin adalah yg dah penah kena marah ngan aku.... Ialah diorg pon tak pernah pikir keje aku mcmmn.... Kalu angin aku tak elok hari tu mesti ade jer yang kena marah.... Kesian... Bukan aku marah tengking nnt ade lak yang report ngan Datuk VC... Tak pasal2 aku kena tukor.... Ape pon w/pon kekdg bosan ngan keje aku nie tapi aku suke.... W/pon aku streess!! cool myspace layouts

Wednesday, November 07, 2007



Kisah Pokok Semalu Dan Wanita Moden


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Monday, November 05, 2007

Cerita Open House

Hari sabtu lepas ada 5 open house aku hadiri... Pukul 9 pagi aku bertolak gi opis untuk menyiapkan kerja yang tak siap... huhuhuuhuu! Ingat bos mai sbb nak siapkan keje bersama tapi dapat sms drpd dia mengatakan dia kena gi Pahang sbb saudara meninggal... Kesian bos aku baru balik drpd Bintulu dh kena gi Pahang. Penat tak hilang lagi....

Open house pertama aku ngan kak jijah pergi ke Kajang umah Pn. Noorizai... Dia masak soto, bihun sup mmg sedap... aku tak makan sampai kenyang sbb selepas itu, kami akan ke Pinggiran Putra rumah member kak jijah. Di sana plk aku makan laksa, mkn pon x byk sbb nak gi open house lagi pas tu... Huhuhuuu! Mmg kembong perut hari tu...Pas habeh lepak di Putrajaya plk kami ke Perkampungan Malaysia rumah Kak Mala, waktu itu hujan lebat... Nasib baik naik kereta... huhuhuuu! Sampai di sana plk aku hanya makan roti jala ngan spegetti.Pas2 meminta diri untuk pergi ke Batu Caves lak rumah Jun & Kak Carneyz... Aku dan 'abg misai' bertolak pkl 4.30 petang... Aduh dalam perjalanan ke rumah Kak carneyz & Jun mmg menguji kesabaran... Kesabaran jalan jem!! Sampai rumah jun dan 6.30 petang, yang aku jumpe tuan rumah, shaii (PA yang bagus) kak retna, kak sheda, yatt, chikk, umie dan romzie serta isterinye... Lepak mkn pkl 7 petang bertolak balik untuk meneruskan perjalanan ke seremban... Sebelum itu singgah sebentar di rumah open house yang terakhir iaitu rumah Kak Liza.. time tu dh pkl 9.30 malam sampai... Lepak kejap ngan kak liza nak tgk anak dia dh tidur lak... Pkl 10 mlm meminta izin plg ke seremban... Sampai seremban, aku mandi dan tido... tak larat rasenye penat giler...

Memang sabtu tu aku kenyang mkn plee... Huhuhuu! Hari Ahad pon mkn plee gak open house umah makcik abg misai aku... hhehehhee!


Nota Kaki : Hari ini bos aku tak sihat... Kesian dia!!

Friday, November 02, 2007

PANGGILAN LUCAH!!!

Last week ade private nombor call aku, frist aku angkat dia x ckp, kali kedua pon sama dan kali ketiga aku angkat dia cakap lucah ngan aku! Punyalah aku terkejut dengan selambanye aku maki dia balik!Eh org giler seks mn nie dapat nombor henpon aku?? Bukan member lelaki aku kot yang buat mcm tu???

Dan semalam pon aku dapat panggilan yang sama dari private nombor gak!! 4 kali dia call aku x angkat sbb dlm meeting nasib baik aku silent kan.. Pas habeh meeting dia call lagi aku angkat dan mcm dengar suare mcm tu aku letak dan aku tak dengar pon ape dia cakap. Pastu dia call balik dan aku bengang sbb dah banyak kali dia call, bengang betoii aku, aku suruh abg opis sini angkat... Tak pulak dia bersuara dan sampai skrg dia tak call... Tak tau la esok luse ker dia call balik!Bukan lah aku nak tuko nombor hp lagi... Aku dah malas dah nak tuko nombor nie... Nombor yg lama mcm tu gak, siap msg aku ugut aku dan memcm lah... Nasib baik aku jenis bukan bagi nombor tepon kat org sesuke hati.. Tp tak tau plk kawan aku ker dia bagi kat org. Aku minta tolon SAPE YANG ADA NOMBOR TEPON AKU JGN BAGI KAT SESIAP TANPA KEBENARAN AKU!! harap ada kerjasama drpd member² sekalian... Terima kasih diatas kerjasama kalian...