.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, December 10, 2008

Dugaan Family Di Kala Menyambut Hari Raya Aidiladha

Khamis malam jumaat pada 4hb Disember 2008 pukul 8.30, aku dikejutkan oleh panggilan adik perempuan aku andak, dia memberitahu adik lelaki aku uteh kemalangan dan dia bagitahu kepala adik aku cedera. Aku dah menggeletar mendengarnya. Aku telefon abah, abah tak angkat, kali kedua aku call abah angkat, abah kata dia on the way nak ke hospital sabak bernam. Hati aku jadi risau ikutkan hati nak blk kg mlm nie gak! Tp disebabkan malam aku tak berani nak balik sorang2. Aku call adik aku si andak, dia kata adik aku dalam bilik kecemasan, aku cakap ngan mak aku, mak aku menangeh dia kata banyak darah dikepala... Aku dah risau! Aku cakap ngan andak apa2 bagitau aku!

Aku tanya adik aku, dia kemalangan dengan apa? Adik aku ckp ada motor langgar dia, yang langgar dia adalah orang indon. Sebenarnya adik aku nie pas solat dan baca yasin di masjid dia gi lepak kedai depan masjid tu, pas2 mamat kedai nie suruh adik aku pergi kedai beli ais batu. Adik aku balik dari kedai, time tu lah dia dilanggar dari belakang oleh orang indon ini. Adik aku tercampak di tengah jalan, nasib baik orang masjid cepat2 tahan kereta di tengah jln supaya tak langgar adik aku, kalu tidak aku tidak tau lah apa nasib adik aku ini. Dah lah dia tak der lesen, helmet tak pakai, orang kedai nie pon satu yang suruh adik aku pergi kedai apasal! Aku dengar pon naik angin!

Pas2 mamat nie dtg ke hospital minta ganti rugi kat tokei indon ini. Abah aku dah naik hangin nak melutu jer mamat nie, mak aku tahan! Dah lah tak jumpe abah aku minta maaf, lagi nak buat pasal! Menyirap jer aku dengar!! Tapi kalu kes nie di bawa ke Mahkamah mmg aku suruh abah aku heret sekali mamat nie!! Bengang betoii aku!!Setahu aku adik aku nie dia ke masjid mmg naik basikal, dia x bawa motor! Tp bila dengar dia kemalangan dengan motor aku ingat dia naik basikal rupanya motor.

Aku dapat sms daripada andak bagitahu adik aku kuar darah kat telinga, pastu muntah, aku dah risau! Ya Allah harap adik aku tak ada apa2. Aku call abah, abah ckp adik aku ade pendarahan di kepala dan dia akan dihantar ke hospital Klang. Pukul 12mlm abah aku dan adik aku dibawa ke hospital Klang. Sampai di hospital Klang dalam pukul 2 pagi. Lepas itu, hospital Klang hantar ke Hospital Sg Buloh sbb ade dr pakar otak di hospital sana.

Mak aku pulak menangeh risaukan adik aku nie.. Aku cuba tenangkan mak aku cakap insya-allah semua selamat. Tp biasalah hati orang tuakan.. Benda2 mcm nie mmg diorg risau.

Keesokkan hari ini pagi itu adik aku operate kepalanya. Sbb abah aku cakap ada pendarahan di otaknya tapi nasib baik pendarahan itu atas tisu otak. Tapi yang penting adik aku masih kenal ahli keluarganya walaupun aku tgk dia mmg tak bermaya dengan pemakaian oksigennya. 5 hari dia di ICU.

Aku pulak mmg penat asyik patah balik kg sbbnya adik2 kat kg nak tgk abangnya di Hospital. Alhamdulillah adik aku stabil sekarang nie dan doktor telah membenarkan dia pulang semalam. Alhamdulillah... Syukur sangat dia tak ada apa2. Dalam tahun ini 3 orang adik lelaki aku kemalangan. Tak taulah nak cakap apa. Benda dah nak berlaku nak dicakapkan apa, malang tu kan tak berbau!

Inilah kepale adik aku yang kena stapler tu... ngeri aku tgk!! Aku siap nk muntah tak tahan nk tgk!



Inilah sebab famili aku tak beraya pada tahun ini. Tak menyambut pon hari raya aidiladha sbb mak aku menjaga adik aku di Hospital, so aku dan adik2 serta abah gi beraya umah makcik (ucu) di Shah Alam. Memang dugaan giler kami sekeluarga! Aku bawa adik2 aku datang ke rumah aku sebab diorg nak tgk abgnya di hospital pas2 pon adik2 aku teringin nak dtg umah sewa aku yang tinggi tu.

Apa2 pon aku doakan adik2 aku cepat sembuh. Kawan2 doakan adik aku sembuh dan tak der effect apa2 kat dia!

15 comments:

Unknown said...

hOney,

sedihnya tengok...kesian dia. ini adik yang pernah kemalangan dulu tu ke. nasib baik dia tak apa2 yela masih kenal ahli keluarga. lepas ni ann cari ubatan yang boleh hilangkan luka...ikan haruan msak rebus tanpa minyak. macam orang berpantang bersalin. sabar ya hOney...

Kak Long said...

itu la kak izan... Dugaan betoii! Nie yg lain kak... Dalam tahun 3 orang adik lelaki aksiden!! sabar jerlah...

Anonymous said...

Am tumpang ya honey, semua tu dugaan. Kalau sabar dapat pahala tau

So apa jadi dgn mamat indon tu, sdah buat report ker?

Kak Long said...

abg am : itu la mmg byk bersabar abg am! dh lah nk bertunang nie memcm dugaan!!

tak tau lah abah. kata nk buat report!

For the rest of my life said...

honey..dugaan yg dtg myb ader hikmahnyer..byk2 sabar k..sian tgk dia..plus, jgn terlampau pikir problem sgt tau..byk2 baca quran n doa,..

Anonymous said...

erm..syukurla semua dh selamat..lepasnih bole makan ubat yg utk sembuhkan bhgian dlm badan...pi kt mana2 farmasi ckp je nk beli jelly gamat.mesti ada jual. ubat tu cmpur madu..sgt bagus,...sebotol harga dia lebih kurang rm100 shj..masa nk beli ubat tu bgtau la sakit sbb excident..sy dah cuba ubat tu semasa sy sakit dulu..alhamdulillah dgn izin sy bertmbah sehat dgn cepat...

Kak Long said...

hidayah : itu lah dugaan byk menimpa sekarang nie...
itu la h0ney byk bersabar nie...

syafiq : oohh pernah gak aksiden yek... itu lah nnt crkan ubat adik tu!

Bro Framestone said...

insya'lah moga2an cepat sembuh

elly @ suely said...

takziah tuk adik ko... harap die cepat sembuh!

liyana said...

moga adik akan cepat sembuh..dan sihat2 selalu..sy tumpah sedih

nizza-abira said...

hai honey,
salam kenal...
sy juga turut tumpang simpati atas kejadian yg menimpa adik2 honey.
Cuma harap honey & keluarga byk2kan sabar. InsyaAllah, akan ada hikmah disebaliknya....

iEn said...

aduh.. teruk gark tu.. skarang ni camna.. moga dah okey

nieja said...

salam honey..
cmne nak adik..?
dah sehat?

Anonymous said...

Salam dari Indonesia.
Saya ikut prihatin, semoga adikmu cepat sembuh...dab selanjutnya keluargamu dalam lindungan Allah..Amin.
Salam kenal.

Anonymous said...

Selamat tahun baru 2009 M dan 1430 H
Semoga adikmu sehat wal afiat seperti sedia kala. Bagaimana keadaan adikmu sekarang? kalau di posting lagi jadi menarik nih, perkembangan pasca operasi di hospital?