.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: June 2010

Friday, June 18, 2010

Bengang!!!

Tajuk aku hari nie bengang! Sebenarnye aku bengang dari semalam tapi disebabkan bengang aku tak dapat nk menaip dalam blog sbbnya aku sibuk dan orang sibuk dengar cerita aku apasal aku bengang!

Ceritanya begini, semalam aku dapat surat aduan daripada seorang hamba Allah (dia adalah pegawai). Dia menulis aduan tentang aku disebabkan paper work dia aku tak masukkan dalam meeting Pengurusan Universiti pada hari rabu iaitu 16/6/2010. Aku tak tau mcmmn dia boleh mengatakan aku begitu sekali, mmg aku sakit hati sangat apa yang dia tulis tentang aku!! Hingga menyentap jantung aku!! Kenapa dia tak tanya aku dulu sebelum dia buat aduan??? Kalau aku balas balik mesti dia malu gak, sbb aku rase itu bukan salah aku!!

Pada petang selasa aku rase dalam pukul 3 petang, staf dia ada hantar paper work untuk dimasukkan dalam mesyuarat Pengurusan Universiti keesokkan harinya iaitu hari rabu lahkan... Mesyuarat Pengurusan Universiti diadakan pada pukul 9 pagi. Dalam surat aduan itu, dia ada mengatakan dia sudah berbincang dengan bos aku bahawa dia nak masukkan paper work dia untuk meeting pengurusan, tapi paper yg dia hantar itu pada petang selasa, kalu ikutkan prosedur kami, setiap Pusat Tanggungjawab perlu menghantar paper work untuk kelulusan seminggu awal daripada meeting!! tapi yang dia hantar pukul 3 petang dan esoknya meeting!! Dah terberak baru nak gali lubang orang katakan!! So aku berhak, nak bawa masuk paper work itu dalam meeting atau pon tidak, sebab tiada sorang pon daripada pihak dia bgtau aku yang paper itu URGENT!! So disini sape yang salah???

Ini adalah bentuk ADUAN beliau :-

1. Pn. Haniza sepatutnye berbincang terlebih dahulu dengan ketuanya sebelum memutuskan kertas mana yang patut dibawa ke JPU.
2. Pn. Haniza tidak berhak untuk menentukan sama ada Pengurusan mempunyai masa yang cukup untuk melihat semua kertas yang ada.
3. Beliau boleh bertanya (telefon) sama ada kertas yang dihantar perlu dibawa atau tidak.
4. Beliau sepatutnya memberitahu bahawa kertas tersebut akan dibawa pada mesyuarat akan datang dan menunjukkan rasa tanggungjawab agar tidak menyusahkan orang lain.

Ok ini jawapan aku untuk aduan beliau :-

1. Aku nak bincang ape?? banyak lagi agenda tambahan yang aku buat hari itu, sedangkan dia hantar paper itu dah lewat!! So aku x der masa nak bace paper ko tu!! Pas2 ko main hantar jer kat aku, ko tak mention ape2 pon kat aku!!

2. Aku dah tau paper ko tu mesti tak akan dibincangkan, sbb banyak paper yang ko hantar tu, mesti akan ditangguhkan pada mesyuarat akan datang!! Aku dah lama buat kerja nie, aku dah tau sangat situasinya dia mcmmn! Paper ko tu paling banyak menyusahkan aku!!!

3. Bukan tugas aku nak bertanya nak call ko perlu masuk ker idak! Sepatutnya ko bgtau kat aku!! Itu bukan tanggungjawab aku!! Setiap PTJ yang hantar paper kat aku semua mention pada aku benda ini penting ataupun tidak! Dan aku pon dah bagitau kat diorang kalu ikut prosedur kena hantar seminggu awal!! Ko paham x seminggu awal! Sedangkan ko hantar paper tu nak kata sehari sebelum bukan, tapi dan terberak baru ko nak gali lubang!! Ko ingat aku tak der kerja lain ker???

4. Ini pon bukan tugas aku nk bgtau kat ko! Ko kena berhubung dengan akulah... Staf ko pon x call aku! Staf ko jumpe aku pada petang rabu tanya paper ko masuk ker idak?? Dah habeh meeting baru nak tanya aku ker??? Sepatutnya kalu ko rase paper ko urgent ko buat awal2 dan dan hantar awal!! Jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Kesimpulannye, aku tak bersalah!! Ko yang bersalah.. Sebab ko tak ikut p0n prosedur yang kami dan keluarkan pada tahun 2007. Itu pon kami nie berbaik hati gak lah ade paper yang kami terima lewat masukkan dalam meeting, itu p0n sbb dia mention kat kami paper dia urgent!! Ko ade bgtau ker??? Ko tak bgtau p0n... So ko jgn suke hati nak cakap aku mcm tu!! Kalu aku tak bertanggungjawab, kerja aku nie aku tak buat p0n!! Dah la aku nak bersalin, kerja mcm bodoh duk bertangging dengan banyaknye hingga perut aku sakit! Ko suke hati nak komplen pasal aku mcm tu tanpa ko tanya aku p0n!!

Aku p0n kekdang tak paham jugak ngan orang atasan buat prosedur mcm nie tapi buatnya semua tak ikut prosedur, itu sebab PTJ2 nie naik muak! Suka hati mak bapak dia jer!! Kalu ko dah tau kerja ko urgent patutnya ko buat benda itu awal! Hantar awal jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Start dari semalam, aku langsung tak boleh tgk muke mangkuk tu!! Buat masa nie bigbos tak panggil aku lagi, kalu dia panggil aku ngan mangkuk tu mmg aku akan cakap sepenuhnya! Aku akan bawa sekali surat prosedur kami tu!! Jangan ingat ko pegawai aku takut nak mempertahankan diri aku!! Kalau aku betoii aku tak takutlah.. Dengan ko p0n aku tak takut!! Nampak jer muke dia mmg aku menyampah!! aku sukar nak benci orang tapi bila orang buat aku mcm nie, mmg aku akan benci sama dia tak tau la sampai bila tapi yang pasti sekarang nie aku tak boleh tgk muke dia!!

Tuesday, June 15, 2010

Sudah Tidak Larat...

Kandungan aku dah masuk 35 minggu, rase mcm dah tak larat sangat apatah lagi nak berjalan sangat berat kaki ku melangkah, ialah membawa perutku yang besar nie... Pergi kerja pon dah tak bawa kereta, hubby yang hantar setiap pagi, balik pulak tumpang budak opis tp itulah kalu budak opis balik lambat kenalah tunggu... Kalu dia tak datang, aku kena drive gak, kalu tak sape nak ambil aku balik kerja.. hubby pulak kerja kat KL dia balik pon 5.30 petang tunggu dia kalu nak datang ambil pon dah 1 jam kan... larat ker tak larat ker kena gak drivekan!

Orang yang jumpe aku semua kata, mcm dah tak lama jer nak bersalin nie. Kalu dia kuar minggu depan alhamdulillah la cukup 9 bulan... hehhee, lega la rasenye.. maunye dia nak kuar 3 minggu lagi so aku kena la tunggu lagi... aduh sungguh tak larat. Aku respek pada mak aku yang boleh melahirkan anak seramai 12 orang, sungguh kuat semangatnye... Aku jer yang lemah dan tak bermaya... huhuhuu. Bukan dibuat2 tau tapi mmg aku tak larat, ialah ade penyakit anemia pulak tu... huhuhuu. Doc cakap mmg selalu letih, penat dan tak bermaya...

Inilah dugaan orang mengandung, ade yang ok, ade yang tak ok mcm aku nie... Yang sihat yang x mabuk tu, aku tgk seronok jer... Kalu aku nie mabuk, muntah2 salah mkn jer muntah, habeh semua makanan kuar.. makan pedas pon tak boleh.. tak apelah aku redha, ini semua untuk anak yang dalam perut nie, janji dia sihat, alhamdulillah... So aku kenalah bersabar untuk berape minggu lagi nie... Harap aku dapat bersalin dengan selamat nanti... Pas2 boleh cuti 2 bulan... yahhoooo!! hehehhee...

Friday, June 04, 2010

Di Tahan Wad

31hb Mei 2010, Hari Isnin, aku pergi Hospital Serdang sbb dapat surat refer dari klinik yang aku selalu check up tu untuk buat appoinment ngan doc pakar. Sampai di hospital aku call member yang keje di hospital, almaklumlah aku bukannye tau selok belok hospital mn nk refer dah la sorang2.. nasib baik ade member kerja kat situ kak liza, dialah temankan aku mn aku nk buat appoiment ngan doc pakar. Bile sampai jer kaunter pendaftaran tu, nurse tu siap kata datanglah hari rabu atau jumaat sbb time tu x der pesakit ramai sangat boleh terus dapat tarikh appoiment. Aku pon mcm bengang gak, boleh pulak dia cakap mcm tu, aku penat2 datang, nak suruh aku balik. Aku cakap ngan nurse tu, aku tunggu walaupun 1 jam. Alang2 aku dah datangkan.

Sementara nak tunggu dipanggil tu, aku gi bekpes dulu, then aku datang balik. Tak berapa lama tu, nama aku dipanggil oleh nurse dan dia cakap ngan aku doc suruh aku pergi ke wad bersalin. Time tu aku confius gak, aku dah nk kena bersalin ker?? huhuhuu. So aku gi jumpe kak liza lagi tanya mn wad bersalin, dia pulak kata ngan aku maybe kena tahan wad nie, dia pon dah printkan aku GL. Aku pon ikutlah dia gi wad bersalin, sampai sana, doc buat check aku, mcm biase check urin, jantung baby dan terutama sekali darah aku. Doc pelik gak mcm tak percaya aku kureng darah, bukan dia sahaja tak percaya, aku pon sama tak percaya aku kureng darah. So dia ambil darah aku,untuk di uji kembali dan mmg sahlah aku kureng darah iaitu 6.9 jer. Then doc cakap ngan aku, aku kena tahan wad untuk dimasukkan darah sebanyak 2 pack. Then aku sms hubby aku bgtau aku kena tahan wad.

Pukul 2.30 ptg, aku dimasukkan dalam wad, semua orang dalam wad tu ade mcm2 masalah. Memula2 aku dimasukkan dalam wad class 3, pas2 aku minta tuko masuk wad class 2 aircond sikit... hehehhe demand! Dalam wad itu, aku bersama 3 orang kakak yang mengalami masalah yang berlainan. Seorang kakak tu sbb turun darah, sorang lagi sbb air turun dan sorang lagi ade masalah jantung dan aku masalah darah. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku ditahan di wad. Sangat bosan aku duduk dalam wad. Dah la tak der tvkan, so bace majalah jer lah...

Hari pertama di wad tu (hari isnin) aku dimasukkan 1 pack darah sangat sakit tau masuk darah. Takut jugak kalu darah tu x sesuai ngan aku tapi alhamdulillah ok. Malam mmg tak boleh tido, sbb terase jarum ditangan, tangan pon bengkak! Mmg susah nak tido, pas2 pukul 12mlm, 2 pagi nurse datang check jantung baby. mana boleh tido lena. Hari selasa pon, aku dimasukkan darah untuk kali ke dua. So habeh masuk darah kul 3 petang, ingat petang selasa tu dah boleh kuar, tapi jgn mimpi aku. Sbb selepas masuk darah tu, 9 jam kemudian, darah aku kena diambil balik untuk uji kaji. Pukul 12 malam, doc datang nk ambil darah untuk di uji.

Hari rabu, aku tunggu jugak keputusan darah aku tu, pukul 10 pagi doc pakar datang, tapi dia x cakap pon aku boleh kuar wad ker idak. Pesakit lain semua dia cakap boleh ker idak. aku mcm x puas hati, aku tanya nurse, aku boleh kuar wad ker idak, then nurse tu cakap nnt saya tanya doc. Dalam tghr tu, nurse datang jupe dia kata aku boleh kuar, yahooo seronok rasenye dapat kuar wad. Nurse cakap doc kata x payah tunggu result darah aku, nnt dia akan call. Ok lah mcm tu, aku pon bgtau hubby aku, aku boleh kuar wad. Pukul 2 ptg aku kuar wad, sangat seronok dapat kuar dari wad tu. Seksa betoii duduk dalam wad! Tapi aku adelah pengalaman duduk dalam wad tu kan. Nnt nak bersalin mesti wad balikkan. huhuhuhuu.

Doc ade bising ngan aku suruh makan benda2 yang menambah darah, hati ngan kerang tapi itulah masalahnye itu makanan yang aku tak makan. Kalu aku tak makan tu janganla paksa aku makan! Aku telan jerlah ubat yang diberi. Doc siap cakap kureng darah nie boleh membahayakan aku ngan baby aku. huhuhuhuu cuak dengar!

Tapi now, aku rase better sikitlah, sbb duduk umah, tak payah pk pasal kerja. Kalu boleh aku nak terus duduk umah jer nie sampai bersalin. Ialah perut makin besar nie, nak berjalan pon malas. Nak duduk jer.... tapi yang pasti x nak duduk kat wad lagi. hhedhhehe... seksa wooo, cucuk sana sini sakit tau!!

Minggu depan dah masuk kerja balik, uhhh sangat bosan tgk kerja aku tu!!