.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Di Tahan Wad

Friday, June 04, 2010

Di Tahan Wad

31hb Mei 2010, Hari Isnin, aku pergi Hospital Serdang sbb dapat surat refer dari klinik yang aku selalu check up tu untuk buat appoinment ngan doc pakar. Sampai di hospital aku call member yang keje di hospital, almaklumlah aku bukannye tau selok belok hospital mn nk refer dah la sorang2.. nasib baik ade member kerja kat situ kak liza, dialah temankan aku mn aku nk buat appoiment ngan doc pakar. Bile sampai jer kaunter pendaftaran tu, nurse tu siap kata datanglah hari rabu atau jumaat sbb time tu x der pesakit ramai sangat boleh terus dapat tarikh appoiment. Aku pon mcm bengang gak, boleh pulak dia cakap mcm tu, aku penat2 datang, nak suruh aku balik. Aku cakap ngan nurse tu, aku tunggu walaupun 1 jam. Alang2 aku dah datangkan.

Sementara nak tunggu dipanggil tu, aku gi bekpes dulu, then aku datang balik. Tak berapa lama tu, nama aku dipanggil oleh nurse dan dia cakap ngan aku doc suruh aku pergi ke wad bersalin. Time tu aku confius gak, aku dah nk kena bersalin ker?? huhuhuu. So aku gi jumpe kak liza lagi tanya mn wad bersalin, dia pulak kata ngan aku maybe kena tahan wad nie, dia pon dah printkan aku GL. Aku pon ikutlah dia gi wad bersalin, sampai sana, doc buat check aku, mcm biase check urin, jantung baby dan terutama sekali darah aku. Doc pelik gak mcm tak percaya aku kureng darah, bukan dia sahaja tak percaya, aku pon sama tak percaya aku kureng darah. So dia ambil darah aku,untuk di uji kembali dan mmg sahlah aku kureng darah iaitu 6.9 jer. Then doc cakap ngan aku, aku kena tahan wad untuk dimasukkan darah sebanyak 2 pack. Then aku sms hubby aku bgtau aku kena tahan wad.

Pukul 2.30 ptg, aku dimasukkan dalam wad, semua orang dalam wad tu ade mcm2 masalah. Memula2 aku dimasukkan dalam wad class 3, pas2 aku minta tuko masuk wad class 2 aircond sikit... hehehhe demand! Dalam wad itu, aku bersama 3 orang kakak yang mengalami masalah yang berlainan. Seorang kakak tu sbb turun darah, sorang lagi sbb air turun dan sorang lagi ade masalah jantung dan aku masalah darah. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku ditahan di wad. Sangat bosan aku duduk dalam wad. Dah la tak der tvkan, so bace majalah jer lah...

Hari pertama di wad tu (hari isnin) aku dimasukkan 1 pack darah sangat sakit tau masuk darah. Takut jugak kalu darah tu x sesuai ngan aku tapi alhamdulillah ok. Malam mmg tak boleh tido, sbb terase jarum ditangan, tangan pon bengkak! Mmg susah nak tido, pas2 pukul 12mlm, 2 pagi nurse datang check jantung baby. mana boleh tido lena. Hari selasa pon, aku dimasukkan darah untuk kali ke dua. So habeh masuk darah kul 3 petang, ingat petang selasa tu dah boleh kuar, tapi jgn mimpi aku. Sbb selepas masuk darah tu, 9 jam kemudian, darah aku kena diambil balik untuk uji kaji. Pukul 12 malam, doc datang nk ambil darah untuk di uji.

Hari rabu, aku tunggu jugak keputusan darah aku tu, pukul 10 pagi doc pakar datang, tapi dia x cakap pon aku boleh kuar wad ker idak. Pesakit lain semua dia cakap boleh ker idak. aku mcm x puas hati, aku tanya nurse, aku boleh kuar wad ker idak, then nurse tu cakap nnt saya tanya doc. Dalam tghr tu, nurse datang jupe dia kata aku boleh kuar, yahooo seronok rasenye dapat kuar wad. Nurse cakap doc kata x payah tunggu result darah aku, nnt dia akan call. Ok lah mcm tu, aku pon bgtau hubby aku, aku boleh kuar wad. Pukul 2 ptg aku kuar wad, sangat seronok dapat kuar dari wad tu. Seksa betoii duduk dalam wad! Tapi aku adelah pengalaman duduk dalam wad tu kan. Nnt nak bersalin mesti wad balikkan. huhuhuhuu.

Doc ade bising ngan aku suruh makan benda2 yang menambah darah, hati ngan kerang tapi itulah masalahnye itu makanan yang aku tak makan. Kalu aku tak makan tu janganla paksa aku makan! Aku telan jerlah ubat yang diberi. Doc siap cakap kureng darah nie boleh membahayakan aku ngan baby aku. huhuhuhuu cuak dengar!

Tapi now, aku rase better sikitlah, sbb duduk umah, tak payah pk pasal kerja. Kalu boleh aku nak terus duduk umah jer nie sampai bersalin. Ialah perut makin besar nie, nak berjalan pon malas. Nak duduk jer.... tapi yang pasti x nak duduk kat wad lagi. hhedhhehe... seksa wooo, cucuk sana sini sakit tau!!

Minggu depan dah masuk kerja balik, uhhh sangat bosan tgk kerja aku tu!!

4 comments:

ch@ said...

kalo kena ceaser lagiii byk kena cucuk, so make sure la tak ceaser ye :)

Kak Long said...

harap jangan la.... huhuhuu.

Bonda QWP said...

jaga diri bebaik ye.

akak dulu kena duk hampir 3 minggu sebelom bersalin. mmg seksa!! nk g kincing pun susah.. hoho..tu pengalaman akak lah. tu yg rasa gerun nak mengandung lagi.

Kak Long said...

kak sama la kite, mcm serik la nk mengandung tp x leh nk ckp la mn tau tetibe nak anak pompuan lak... huhuhuu,.