.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Pengalam Bersalin...

Friday, October 15, 2010

Pengalam Bersalin...



Alhamdulillah akhirnya aku selamat gak bersalin. Walaupun mcm takut untuk menempuhnya bila baca kisah kawan², dengar kawan² bercerita pengalaman bersalin, uhhh sangat ngeri ok.. Akhirnya aku pon merasa gak sakitnya bersalin tu.

Pada hari jumaat 9/7/10 balik dari kerja tu, aku baring kat depan tv sampai tunggu hubby aku balik kerja.. masa ku bangun nak buang air kecil, aku terkejut keluar darah, aku terus ckp ngan hubby aku, ada keluar darah... Aku panik, hubby aku p0n panik, orang kata itu tanda² nak bersalin. Hubby aku call maknya tanya, mak mentua aku kata kalu tak sakit jgn gi hospital lagi, mak aku p0n ckp mcm tu gak. Oklah tapi masa aku nk mandi, aku tgk darah masih keluar lagi, aku bagitau hubby aku lagi, last hubby aku call kakaknya, kakak ipar aku kata baik gi hospital, dia kata itu dah terbuka tu... Hubby aku p0n ajak gi h0spital, but time tu aku tak rasa sakit ape p0n.

Sampai di hospital serdang dalam pukul 8 mlm kat emergency tu.. nurse suruh aku masuk dalam tuk doc check... Doc kat situ muda² belaka.. Masa doc seluk nk check jalan dah buka ker belum, uhhh sakit siutt!! Tapi dia x dapat agak berapa cm dan buka, last² dia suruh nurse yg check kena seluk lagi, sakit hanya Allah jer tahu.. nurse kata baru 1cm... dia kata lambat lagi nak bersalin nie. Dia kata selalunya balik dulu la. Aku nak balik rumah nie, menunggu kebenaran doc punyerla lama, time menunggu tu aku dah rasa sakit², tapi aku masih boleh bertahan lagi. Pukul 11 malam doc baru kasi balik.. Lama giler nak suruh aku balik. Nurse cakap ngan aku bila air ketuban dah pecah baru datang balik. Aku dan hubby p0n balik la..

Dalam perjalanan balik tu menyinggahla beli makanan, tapi aku tak rase nak makan, hanya beli ais milo jer. Sampai rumah dalam pukul 12 malam. Aku dan hubby melepak di depan tv, time tu aku dah rase sakit sangat tak boleh nak tido, ingat nak tido depan tv tu, pastu aku ajak hubby tido dalam bilik. Masa aku baring atas katil nak tido tetiba bunyi 'pop' dan aku kebasahan, time tu hubby aku tengah s0lat isyak. Pas jer hubby habeh bagi salam, aku cakap ngan hubby aku yang aku rasa basah. Hubby aku check dia p0n x tau air ape, aku p0n x tau, so aku buat kesimpulan maybe air ketuban pecah. Aku bangun jer dari atas katil, ambil ko selambak air tumpah di atas lantai... hubby aku p0n terkejut, aku lagila... hubby aku dah panik, kelam kabutla kami ke hospital. Hubby aku bawa kete dah kalah lumba F1 bawa... aku dh mula rase sakit yang amat sangat but aku masih menahan lagi kesakitan itu.

Sampai dihospital (nasib baik hospital dekat), aku diletakkan diemergency lagi, doc datang check, check jantung babyla memcmla... lama giler nak suruh aku masuk dalam labour room punyerla lama. Asyik duk menyeluk jer, sakit tau!! Time tu dah kul 3.30 pagi, doc baru suruh aku ditempatkan di labour room time tu baru buka 3cm... aku p0n dibawa dilabour room, air ketuban aku tak henti² keluar, habeh basah kain. Masa dilabour room, hubby aku temankan, Ya Allah time tu sakit sudah menjadi², hubby aku memagang tangan aku tak henti², bila sakit datang aku gengam tangan hubby aku... Ya Allah hanya Allah jerla tau sakit time tu. Nak menangis tapi air mata tak keluar. Memang satu malam hubby ngan aku tak tid0. Aku nak tido tak b0leh sebab sakit datang 5 minit 5 minit.

Nurse² kat situ semua ramah tamah, ajak berborak, bagi semangat.. alhamdulillah terima kasih nurse² di Hospital Serdang. Aku siap tanya nurse lagi, "lambat lagi ker saya nak bersalin" (uhh mcm tak sabor jer bunyinyakan) tapi sebenarnya aku dah tahan nak tanggung sakit. Nurse tu siap cakap ngan aku "lambat lagi kak maybe tengahri akak bersalin, sebab jalan tak buka besar lagi". nurse tu siap goncang² perut aku, dia cakap anak aku tidur tak aktif. Hubby aku dah tersengguk² kat sebelah aku, ye la 1 malam tak tido menemankan aku. aku p0n dapat tid0 kejap² jer.

Pukul 9.00 pagi, doc pakar dan anak buahnya datang check. Ya Allah ada seorang doc nie perempuan dah la badan besar tanpa izin sama aku, dia tak cakap ape p0n ngan aku, main seluk jer... Ya Allah time tu aku nak menjerit jer, doc pakar perempuan yang baik tu, cakap ngan aku tarik nafas, hembus kalu sakit. Doc yang berbadan besar tu, macam muka t0ya jer, korang bayangkan la tangan dia yang besar duk seluk kat bawah tu... sakit siutt!!!

Eh dah panjang aku duk bercerita tangan p0n lenguh menaip nie.. nanti² aku sambung balik yek. tungguu..........

2 comments:

ch@ said...

dia seluk tu main terkejut je kan? macam nak pengsan rasa. pastu tak boleh angkat montot lak. adeiii...

Kak Long said...

mmg pon... ade setengah doc tu dia minta izin tau! doc seorg nie main seluk jer... mcm hampehh!!