.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: June 2011

Monday, June 27, 2011

Not Feeling Well...

Lama x update sekali update not feeling well pulak kan... mmg aku kureng sihat, kena flu sejak beberapa bulan nie selalu sgt kena flu... bile dah baik flu aku mesti anak teruna aku pulak yg kena... berjangkit2 pulak.... Bukan itu saja, hati aku p0n kureng sihat jugak... byk benda yg membuat aku down... terase diri tak dihargai (ini bukan melibatkan dalam perkahwinan aku tau nnt u alls salah sangka lak) ini bab kat opis... tapi x ape la nak buat mcmmn.... bukan rezeki aku (nada nak pujuk hati yg kecewa).... mmg sedih sgt beb!!

Apa2 p0n now i need panadol soluble.... nak pii koperasi nak beli... kalau aku flu mmg aku telan panadol nie... aku kalau telan panadol yg bukan jenis air atau ubat mn2 p0n susah wooo mesti aku rase nk muntah balik.....hehhee mcm budak2kan aku nie!!

Monday, June 13, 2011

Holiday at Golden Straits Villa PD

Hari sabtu hari tu gi holiday bersama family hubby, abah, ibu, kak jue, huda di PD. Kak ipar buat celebrate birthday anak sulong dia adeef dan abah. Apa lagi enjoy la, bawa anak teruna aku mandi swimming pool... budak nie mmg suke main air....


Big family...

Ayah dan aqeel

Seronok dia main air....

Tgk bibir dah pucat masih lagi nak main air...

Nasib baik ayah tau beranang....

Makan omputeh malam tu... disediakan oleh adik lelaki hubby aku...

Happy Birthday Abah dan Adeef. May Allah Bless U.... :)

Inilah kek otomen budak adeef... mn2 otomen...

Makan time....

Terima kasih pada kak ipar aku yang sudi menjemput kami memeriahkan majlis... Kalau harapkan hubby aku entah bile la nk merase gi bercoti nie..... Ini p0n aku bercadang nak bawa family belah aku lak gi bercuti nnt sempena birthday anak teruna aku bulan depan.. Hope menjadi.... tak pernah lagi bawa family aku bercuti....


Thursday, June 09, 2011

SURAT TERBUKA KEPADA TV3 - BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN DRAMA SIRI NORA ELENA


Mmg lawak de.... aku baca duk gelak2 tadi...

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Tuesday, June 07, 2011

Anak Teruna Saya Demam

Assalamualaikum n morning...

Hari nie datang kerja dengan berat hati dan tak der mood, sbb sedih tgk anak teruna yang tak baik lagi demam. Dah 5 hari dia demam, kejap kebah kejap panas balik... dah 2 kali gi klinik tapi doc cakap x der ape2... Bukan setakat demam jer, dengan flu dan batuk dia. Bila dengar dia batuk terasa perit sangat... Pagi tadi hantar dia gi rumah babysitter dia, duk diam jer dalam kete, kalau tak dia duk memanjatla, bising mulut dia dalam kete, tapi pagi tadi layu jer aku tgk, sedih lak aku tgk muka dia yang tak bermaya tu....

Hope anak mama sembuh seperti sediakala yek... Mama love u so much!!