.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: HARAM HIASI KUBUR

Friday, February 18, 2011

HARAM HIASI KUBUR


Setiap hari Jumaat, opis aku ada buat sesi tazkirah, tazkirah pagi tadi tajuknya dia mmg bes Haram Hiasi Kubur. Selama ini, tak tau p0n haram pulak menghiasi kubur. Kita nie manusia selalu lalai dengan hukum² Allah nie kan. So marila sama² kita mengingati sesama kita nie agar jangan terlalu lalai, kita nie melayu selalu mengikut adat² tanpa kita tau adat itu bertentangan dengan Agama Islam.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,
"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diata...snya."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)



Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana
perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah
dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Wallahualam..


3 comments:

AKO @ retna said...

alamaakkkk x tahu pung...
slalu akak tabur je bunga2 cerai2 atas kubur n siram air jer..


erkk camtu x leh gak ek?

mamaaqeel said...

itula amalan bungan² nie amalan org kafir tapi kalau nk lebih lanjut kena tanya ustaz.

Setahu saya nak kurangkan beban mayat didalam kubur nie kita kena berdoa tuk dia :)

shay said...

terima kasih kerana sudi kongsi pengetahuan sebegini bersama...