.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: December 2010

Monday, December 27, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Artikel ini aku dapat daripada link http://www.iluvislam.com so just nak sharing ngan u all. Semoga dapat manfaat daripada artikel ini.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Friday, December 24, 2010

Gud Bye 2010 and Say Hello 2011


Lagi seminggu kita akan mengakhiri tahun 2010 dan akan memasuki tahun baru 2011. Tahun ini banyak liku² hidup, kenangan² yang menyakitkan, dan tak lupa jugak kenangan² terindah yang tidak dapat aku lupakan...

Tahun 2010, episod hidup kekeluargaan ku bermula, disitula banyak perkara² yang mengajar aku erti kehidupan sebenar, hidup sebagai seorang isteri, hidup sebagai seorang Mama, dan juga hidup sebagai seorang anak. Jika Allah tidak memberikan aku kekuatan dan keimanan yang teguh, aku pasti rebah dan tidak mampu untuk menghadapi liku² hidup ku ini. Alhamdulillah, aku berjaya akhirnya, walaupun masih ada kesan² kelukaan dalam hati aku, aku mesti kuat untuk menghadapinya, aku pasti masa akan merubah segalanya dan aku amat berharap tahun 2011 akan ku dapat kecapi kebahagian yang sebenar²nya sebagai seorang isteri dan Mama. Aku juga berharap keluarga aku akan menjadi lebih besar, meriah dan bahagia bersama.

Memang tidak dinafikan, orang dibelakang aku yang support aku ketika dalam kesedihan, kesakitan, aku amat² berterima kasih kepada family aku, family mentua ku, adik² dan juga pada sahabat²ku. I Love u very much!!

Aku harap apa yang terjadi sepanjang tahun 2010 ini, akan menjadi iktibar kepada aku supaya berhati², menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Allah hendak menguji hambanya tidak kira dimana, kita siapa, seberat mana ujiannya, kita kena terima dan lalui dengan menggunakan akal bukannya dengan perasaan.

Alhamdulillah tahun 2010 juga, kenangan terindah buat aku, kerana aku dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Kenangan yang amat terindah buat aku, bila melihat anak yang ku lahirkan dengan selamat. Ya Allah, aku rasa amat beruntung sangat, w/p0n sakit, tapi aku amat gembira kerana berpeluang merasai kesakitan, mendengar tangisan anakku... Selama 9 bulan dalam perut yang ku bawa bersama², kemana² pasti bersama akhirnya dapat melihat anak aku keluar dengan sihat, dan sempurna. Bersyukur kepada Mu Ya Allah...

Aku berharap tahun 2011, adalah lebih baik daripada tahun ini. Permulaan yang baik, pengakhiran p0n yang baik.Welcome 2011!!

Tuesday, December 21, 2010

Jika Terasa Hati...

Hermm... hermm jika hati terasa kat sesorang, mcm x bes jer perasan ketika itu. Macam rasa tak puas hati jer dalam 1 hari tukan, bolah spoil mood kita hari itu. Bila kita terasa kat hubby kita p0n, lagi b0leh spoil mood kita gak kan, ngan member 0pis ker, ngan parents ke. Apa kowang buat jika kau orang terasa hati??

Kalau aku terasa hati, selagi aku tak bagitau kat orang tu, aku rasa mcm tak puas. Mesti aku nak bagitau kat orang tu yang aku terasa hati ngan dia. Itu mmg aku punyer perangai...

Banyak benda aku nak luahkan dalam blog aku, tapi aku takut nanti ada orang terasa hati lak, tapi ada aku kesahh ker?? huhuhuu.... tak boleh la tulis dalam dairi cukup la... Kowang ada tulis dalam dairi lagi x?? Aku ingat lagi, Masa sekolah menengah lagi, aku mmg suka tulis dalam dairi... Kekdang khayal bila menulis tu, bila kita tak dapat nak luahkan sesuatu pada orang ker tentang perasan kita, lebih lega bila kita tulis dalam dairi... Itu lagi baik ;)

Friday, December 17, 2010

Petua Mencuci Hati


Ini adalah di antara cara-cara mencuci hati, so mari kita sama-sama amalkan ;)

* Solat dan berdoa (termasuk solat sunat)
* Selawat kepada Nabi S.A.W (100x sebelum tidur)
* Solat taubat (tiap² malam)
* Membaca Al_quran (sekurang²nya ayat Qul 3x)
* Bermaaf²an setiap hari (sebab kekadang kita tak sengaja menyakiti atau menyinggung
perasaan orang lain)
* Bisikan kepada diri perkara yang positif (contoh : Aku sangat cantik hari ini!)
* Cuci minda/otak (sebelum waktu tidur berniatlah perkara² yang baik untuk esok hari)
* Berpuasa
* Ingat mati (Umat Islam memang kena ingat mati, bila kita ingat mati, kita akan
takut akan dosa yang kita buat dan nak buat)
* Kekalkan wuduq
* Sedekah
* Belanja orang makan
* Jaga makanan
* Berkawan dengan ulama
* Berkawan dengan orang miskin
* Pesan kepada orang jadi baik (sekaligus pesan kepada diri sendiri)
* Jaga pacaindera

Ini adalah perkara-kara yang boleh menyucikan hati kita daripada hasad dengki, marah dan sebagainya yang boleh menyebabkan hati kita tidak bersih.

Tuesday, December 14, 2010

Hye all, lama giler aku tak update.. Aku sangat bz dalam bulan ini.

Bebaru ini arwah ibu mentua ku kembali ke rahmatullah, pada 28/11/2010, setelah 3 bulan lama sakit terlantar di hospital. Aku mendoakan ibu mentua ku dicucuri rahmat. Baru setahun aku dapat merasa kasih sayang ibu mentua, tapi Allah lebih menyayanginya. Sebak, sedih rasanya... Bila balik seremban tu, tgk rumah itu tiada seri, selalunya ada ibu mentua ku, sekarang rumah tu yang tinggal abah dan adik bongsu sahaja.

Dugaan itu tidak sampai di situ sahaja, anak teruna aku demam pulak, selepas demam tu dia kena campak. Kesian betoii tgk dia, dah aku tak tido malam. Letih penin semua ada, demi anak apa p0n kita buat supaya dia kembali pulih. Selalu datang kerja tido tak cukup.

Ok la, lain kali story balik, banyak benda nak citer tapi x ada kesempatan, sbb bz bangat. Kerja sekolah p0n tak siap lagi... aduss penin! penin!!