.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: February 2011

Thursday, February 24, 2011

Sedih...

Semalam saya terpikir sejenang mengenangkan anak bangsa kita lebih² Melayu. Apa akan jadi pada anak² kita zaman akan datang?? Bila aku melihat kejadian buruk semalam, aku terfikir bagaimana aku nak mengatasi hal² begini agar tidak terjadi pada anak aku nanti... Aku sangat takut melihat tingkah laku anak muda zaman sekarang nie, baik lelaki atau p0n perempuan. Mereka sudah tidak mengenal erti nilai² murni yang diterapkan oleh ibu bapa mereka sejak mereka lahir, seperti menghormati orang yang lebih tua, tidak meninggikan suara pada orang tua, tidak bersikap kasar dan tidak menyakiti hati orang lain. Bila nafsu sudah menguasai akal, beginilah jadinya menjadi anak yang kurang ajar, merosakkan harta benda dan macam² lagilah benda buruk yang mereka sanggup lakukan tanpa memikirkan hati dan perasaan ibu bapa mereka. Kesian aku melihat mereka.

Tidak salah jika kita ingin meluahkan perasaan ketidakpuasan hati kita, tapi biarlah dengan saluran yang betul dan tidak melampaui batas. Seharusnya mereka harus bersyukur, yang Allah masih lagi belum menurunkan bala pada rakyat Malaysia ini. Seharusnya kita jadikan pengajaran buat diri kita bila melihat kemusnahan yang berlaku di Mesir, palestin, teng0klah mereka sesama sendiri sanggup membunuh. Bukan kita p0n nak jadi mcm mereka??? Agama kita iaitu Islam mengajar umatnya berbuat kebaikan bukannya keburukan. Agama kita memang sempurna, ikutla ajarannya dengan baik, jangan pesongkan akidah kita. Aku cakap ini p0n untuk peringatan diri aku gak, ialah manusia sentiasa lupa dan kita kena ingatkan sesama kita.

Inilah orang kata, dunia semakin akhir zaman, tapi kita yang beragama Islam ini masih tidak sedar lagi dengan kejadian² yang dasyat menimpa negara² lain. Sejujurnya aku sangat sedih melihat anak muda zaman sekarang, walaupun ibu bapa dah bagi ajaran agama yang baik, mengajar kita perkara yang baik tapi masih ada gak yang membuat kesilapan. Di manakah salahnya didikan ibu bapa kita??? Tidak boleh juga salahkan ibu bapa, kekdang kesilapan itu datangnya daripada diri kita. Membuat sesuatu itu, biarlah dari akal yang waras jangan sampai nafsu mengawal akal kita, itu namanya syaitan dah menguasai kita! Mereka dah berjaya membuat kita sesat, serta mereka gembira dengan kemenangan mereka itu.

Aku harap kejadiaan sebegini tidak akan diulangi lagi oleh bangsa kita. Cukuplah... berfikirlah dengan akal yang tenang.

Wednesday, February 23, 2011

Demonstrasi

Sumber Malaysia Kini

(inilah cara anak Melayu kita, menampakkan keburukan, orang luar kata Islam nie pengganas marah!! tp nie dah terbukti!! bodoh x guna otak!!)

Hari nie sangat panas, sbb student buat demonstrasi coz tak puas hati dengan keputusan pilihan raya... Sampai memekak la kat bawah opis aku nie, aku gi tgk diorg buat tu, hot gak la aku tgk perangai diorang nie... Jangan gunakan islam kalau cara mcm tu, sbb cara p0n tak mengikut islam... Cubala cari jalan lain selain buat benda2 yang mcm nie, menyusahkan orang tau!! Mak ayah suruh masuk Universiti untuk belajar, supaya masa hadapan cerah tapi ini kerja kowang sibuk benda yang kowang p0n tak pasti b0leh ker menjamin masa depan k0wang buat mcm nie! Kesian kat mak ayah k0wang tau bagi duit, kuar duit bebanyak nak bagi k0wang pandai, belajar tapi ini yang k0wang buat...

Siap k0wang x masuk class sbb buat benda2 yang bodoh nie. Pleasela pk la dengan baik, kalau itu dah keputusannya kenala redha... Baikla kowang gi study, score betoi² leh menjamin masa depan k0wang, buat2 demonstrasi nie bukan b0leh jamin masa depan k0wang p0n!! Kalau betoi cara kita, mestilah 0rang tak mare ngan kite, lagi org suka tapi ini cara k0wang salah tau!!

Aku bukan anti p0n, cuma tak suka jer cara student nie... menyusahkan orang! Belajarlah el0k2, syukur k0wang dapat masuk Universiti, dapat ditanggung belajar, tgk aku nie, dulu nak masuk U tapi mak ayah tak mampu, so terpaksela kerja... nasib baiklah aku menjadi orang berguna! Memang aku dapat peluang belaajr sekarang nie tapi aku lak tak mampu nak bawa masa sekarang nie, terlalu banyakla komitmen tak mampu nak bawa semua... letihh sangat... tp sangat sedih tau sbb belajar tinggi tu adalah salah satu impian aku.... :((

Proton Pahlawan Series : Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu & Tanggang ..........



Proton Tuah (next generation persona)











Proton Jebat








Proton Kasturi









Proton Lekir







Proton Lekiu






Dan………..................................








Tak sempat masuk show room. Kena sumpah. Hahahahahhahahhaa...



Tapi cantikkan gak la prot0n baru nie kan... adalah peningkatan proton Malaysia nie....

Tuesday, February 22, 2011

Aqeel Tak Sihat

Time nie p0n dia x sihat selsema, demam dan batuk....

Assalamualaikum semua...

Pagi tadi aku berkejar pergi ke Hospital Serdang, sbb anak teruna aku tu masih tak sihat iaitu batuknya masih x bebaik2 lagi. Malam tadi gi klinik sbb ibu dia kata, aqeel batuk² 1 hari sampai muntah², so pas jer berbuka, aku bawa aqeel gi klinik, then doc suruh refer ke pakar. Risau gak la aku, doc tu siap cakap ape, takut tibi!! Ceh, agak² la doc nie nak bagi statement, mana ade dalam famili aku ada tibi, buat aku cuak jer dia cakap mcm tu... Sedangkan aku p0n takut, anak aku kena jangkitan peparu ker... hope aqeel x der ape...

Dalam perjalanan nak gi opis untuk punch card, anak teruna aku batuk tak berhenti² sampai dia muntah dan menangis, aku terpaksa gi rumah "ibu" dia minta tukar baju, dia pulak dah merengek² tak selesa k0t dengan keadaan dia, aku tgk anak teruna aku p0n kesian...

Aku pas jer punch card tu, minta kuar gi hospital kejap nasibla dekat jer hospital ngan opis aku nie, sampai jer gi jumpe member yang kerja kat situ, minta tolong tunjuk mana nak gi, then hanya buat appoiment sahaja. 3/3/2011 (khamis) 8:30 pagi, kena datang balik untuk check lebih lanjut, aku hanya berdoa yang si aqeel tak der ape². Ibu mana yang tak risau tgk anak dia x sihat kan.... U all p0n doakan anak saya cepat sembuh dari batuk dia tu.... Cian anak mama...

Monday, February 21, 2011

Rindu Zaman Sekolah

Di sebabkan pose, aku tak rehat tengah hari nie... tetiba aku terindu zaman sekolah menengah dulu... rindu ngan member² kamcing aku, rindu ngan ayang, rindu ngan ayong, uda, ina, ucu, angah, alang, along, rindu zaman brutal aku dulu.

Jangan tak tau zaman sekolah menengah aku mmg jenis gadis brutal, bab gaduh ngan budak lelaki aku la tu... siap angkat² kerusi, sepak terajang, penampo, aku la orangnya! Aku p0n x tau apasal la budak lelaki kat sekolah aku tu suka nok usik aku, ejek aku, aku lak jenis yg cepat tersentap dan panas baran, mmg kena la diorg ngan aku!! Cikgu disiplin anti ngan aku, aku p0n anti ngan dia, sbb dia suka cari pasal ngan aku, mcm x puas hati jer ngan aku... aku nie keras hati beb, nk exam SPM p0n, semua orang sibuk minta maaf ngan cikgu² termasuklah cikgu displin nie, tapi aku cikgu lain aku ok, cikgu displin, sorry tiada maaf bagi mu... keras tak hati aku??? Mak aku mmg selalu cakap aku nie keras hati, degil mcm batu!! itu la ayat mak aku....

Bila kenang balik, mmg syiokk la masa sekolah tu, pasal cinta? hermmm ada gak la bercinta, ada jugak la peminat, tapi itu yang buat aku kenal sap0la lelaki nie... dulu aku cakap terus terang, aku bukan jenis ego tapi bila dah terkena sekali, sampai la nie ego aku masih tinggi lagi. Aku sentiasa berhati², dah berhati² p0n masih terkena lagi... entahlah buat aku fade up dan menyampah!!

Seronok kalau dapat berkumpul ngan member² sekolah balik, mesti banyak citer nak share. Hye kowang bilo nak buat reunion balik nie... semua dah beranak pinak dah nie... mana tau boleh berbesan sesama kita... hahahhahaa!!

Kowang apa citer menarik zaman sekolah, meh la share....

Mengantuk Bangat!!

Assalamualaikum semua...

Pagi nie aku sangat mengantuk, pagi buta anak teruna aku merengek tak nak tido... dah la dia tido lambat dalam 12.30 pastu pukul 4.oo pagi dia bangun lagi. Aduhhh buat mama dia naik hangin pepagi... sekali cek badan dia panas, terus bagi ubat demam... Ingat pagi nie nak EL, tapi bila tgk anak teruna dah ok, badan p0n x panas, dengan liatnya aku bangun gi kerja.

Hari nie aku niat nak pose ganti, banyak aku nk kena ganti p0se taun lepas ngan taun lepasnya... Taun lepas kan aku berpantang so x pose la... sekali nak ganti Ya Allah, liat betoii! tapi kena kuatkan iman nak ganti nie...Chayooo hani, kena kuatkan iman ok!! "wink!

Friday, February 18, 2011

HARAM HIASI KUBUR


Setiap hari Jumaat, opis aku ada buat sesi tazkirah, tazkirah pagi tadi tajuknya dia mmg bes Haram Hiasi Kubur. Selama ini, tak tau p0n haram pulak menghiasi kubur. Kita nie manusia selalu lalai dengan hukum² Allah nie kan. So marila sama² kita mengingati sesama kita nie agar jangan terlalu lalai, kita nie melayu selalu mengikut adat² tanpa kita tau adat itu bertentangan dengan Agama Islam.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,
"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diata...snya."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)



Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana
perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah
dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Wallahualam..


Thursday, February 17, 2011

Picnic Di Ulu Bendul



Ada gaya perenang tak???

Sangat bz lately nie... banyak kerja nak kena settlekan sampai nk attend kursus p0n minta member gantikan. Ok aku nk citer pasal picnic last week. Aku gi picnic bersama keluarga kak ipar aku dan adik ipar aku. Sudah lama juga la tak gi picnic, sekali sekala pergi bes gak...

Anak teruna aku jangan cakaplah, dia mmg suka ngan air nie... Walaupun dia dah menggigil kesejukkan p0n masih jugak nak berendam dalam air tu, bila di angkat dia marah. Iskkahhhh... geram jugak aku tengok. Moh layan gambar dia.. nasib baik dia x pandai berenang lagi...huhuu. kalau dah pandai mau haru jadinya... Anak aku sangat excited bila dia tgk ada budak² main, dia p0n apa lagi, itu duk berendam dalam air.... Nak balik tu, dia tido kepenatan.... aku p0n penat gak, sbb cuaca p0n panas time tu.

Bersama ayahnya yang montel...


Mandi tak hingat dah kesejukan...

Wednesday, February 09, 2011

Kursus

Hari nie 1 day aku attend kursus tau.... nie balik opis jap. Komen untuk kursus itu sangat bosan siutt!! Penceramahnya bagi aku stress mendengar sbb apa, dia suka cakap aaaaaaaa.... wah sgt tensen tau!! Penin kepale dengar dah la pakai mic bila dia sebut perkataan aaaaaaaaaaaa itu byk kali aku rase mcm nk baling jer.... bingit telinga aku!! Dah la 2 hari lak kena attend kursus tu... aduhhh tak dpt nk elak beb!!

Bosan! bosan! bosan!!

Tuesday, February 08, 2011

Serabut

Aku tgh serabut sangat sekarang nie... banyak benda aku nk pk. Ade benda yang "paling penting" dalam hidup aku terpakse aku lepaskan dengan berat hati... Sbb aku tak mampu nak tanggung lagi buat masa sekarang nie... Selalu jer menangis dalam hati jika ada benda yang berat nak aku tanggung, aku bersabar jer nie tapi tak tau sampai bila akan bersabar.... Yang pastinya kepala aku berat memikirnya.... Rasa malas nk pk p0n ade, tp kita nie hidup penuh dengan liku² hidup, dugaan nak tak nak kita kena tempuhinya....

Bersabarlah wahai hati....

Monday, February 07, 2011

Can't Follow

Aku tengah musykil apasal aku tak leh jd follower bl0g member lain yek... dh banyak aku try log in pakai google id tapi x boleh... aku sangat musykil. Aku try pakai account twitter boleh la pulak.. ade tak member yang boleh tolong selesaikan masalah aku nie.... hermmm.....

Wednesday, February 02, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Wanita diciptakan bkn dari tulang rusuk atas utk memerintah,bkn drpd rusuk bawah utk dipijak tetapi rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dgn tgn bermakna tgn yg membelai dan hati yg mempunyai perasaan serta kasih sayang....


Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan



Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasa di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu!

Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah!

Tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu!

Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin!

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah!

Memujuk rayu!

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah!

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain!

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata

yang menyeri alam!

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu

serta pandangan dari segala aspek!

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita! jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita! jangan dibanggakan dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,

Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita! jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah! jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,

Bersyukurlah atas apa yang ada!

Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,

Salam perjuangan untuk sahabatku!

-WANITA SOLEHAH-

"Wanita hiasan dunia! Seindah hiasan adalah wanita solehah"