.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: Trip Ke Terengganu

Monday, June 11, 2012

Trip Ke Terengganu

Assalamualaikum dan morning semua..

Hari  nie aku nak citer pasal trip aku gi terengganu pulak. Pada awal bulan 6 hari tu aku satu family mak abah adik2 aku gi menghantar adik aku yang uteh masuk UiTM Dunggun. Kami bertolak jumaat dan menginap di Homestay T-Sya Kerteh. Perjalanan nak kesana mmglah jauh, tapi banyaklah berhenti kat RnR kan ialah bawa mak ayah kena lah ade berhenti makan rehat, jauh tu.... 

hari pertama kat situ rehatlah mana nak gi jejalankan, penat pulak tu. nasib baik homestay dia besar dan cantik. Hari ke 2, kami menghantarlah adik ke Dunggun tu, so cantiklah UiTM sana, tepi laut pulak tu.. tapi kakak ipar den cito kek situ berhantu katanya! Ohh nooo.... sbb dia pernah stay kat situ dia pernah nampak tgh malam ade makcik menyapu sampah,.... so seram ok!! Pastu dia citer lagi ade kapel (student uitm) mati lemas kat laut depan tu, sebabnya diaorg gi lalu jambatan kat atas laut tu time air surut bila air pasang diorg x sempat nak balik, lalu lemas. Aikkk citer hantulak. 

Mak aku nanges nak tgglkan adik aku tu. Kitaorang cakap alah mak dia kan dh besar biarkan hidup berdikari. Ok uteh belajar bebaik kat sana tau! Semoga membawa seguling ijazah untuk mak dan abah! All the best!!


Pastu kami bertolak ke kuala terengganu. Aduh cuaca sangat panas la kat terengganu tu. Pening pale duk dalam kete, dah pasang aircond still panas lagi. Masayallah, punyerlah jauh nak ke kuala terengganu nie mengambil masa 3 jam sekali tempoh jem! Ohhh rasa tak berbaloila pulak nk ke sana! Nak singgah pasang payang pon jem, yang kami dapat berjalan hanya di Masjid Kristal itu pon menggagaulah jugak cari jalan nak ke tamadun islam tu. Pas jer berjalan2 dia situ kami terus balik, singgah sekejap jer beli kopok leko tapi itulah menunggu punyer la lama nak tggu dia duk rebus kepok leko tu. Nasib la pk pertama kali sampai sini, dan tak tau lagi bila nak sampai, ikutkan hati aku cancel jer beli kopok lekor tu. Agaknye mamat tu tgk muka aku lain mcm jer, dia bagi aku free kepok lekor yg dh goreng! ok sedapppp!! Tq bebanyak :)

Balik jer homestay dah malam pkl 9 rasenya! semuanya dah tembung kepenatan. Sbb perjalanan itu sangat jauh dan panas. Masing2 dah tak larat nak beli makan malam, tp my hubby gagah jugak lah gi membeli sbb dia tak makan 1 hari, dia kata kalu dia makan nasi nantii mengantuk bila drive.

Aqeel dan Iman
hari ahad tu kami dah bertolak balik ke KL dalam perjalanan tu singgah sebentar di Cherating, anak teruna aku la mandi manda, si ayah menjaganye... Anak aku tu mmg pantang nampak air, bila dah dapat air tak ngeti nak naik atas. Umpan dia nak beli aiskrim jer baru la dia nak naik.

Dalam 2 jam kat sana, kami pon bertolak balik. Bertembung kembali perjalanan yang sangat jauh. Bertembung pulak dengan jem dari karak sampailah ke gombak tu! oh sungguh stress duduk dalam kete. Nasib baik anak teruna aku tu jenis tak meragam sangat duk dalam kete. Good boy ok!!

Sampai umah dalam pukul 10 malam, lamanye... So jika nak gi terengganu nu kena gi seminggu kot baru puas! ini dapat penat jer!! sob! sob! sob!

No comments: