.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: July 2012

Tuesday, July 31, 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau kite tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan?

Meh saya nak share sumber drpd my berita...

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.



Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.

Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.



Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Monday, July 30, 2012

Kerja Oh Kerja!

Salam ramadhan semua.... Alhamdulillah dah 10 hari kita menjalani ibadah pose... kome ade yg dh ponteng ker?? Yg laki tu jgnlah dok ponteng pulak yer... pompuan dia ponteng ade sebab... hehehee....

Tajuk aku hari ini kerja... Ada ape dengan kerja?? huhuuu.... Aku nie kerja entah lah kekadang2 tu aku tak puas hati gak lah bukan tak puas hati ngan kerja aku nie tapi ngan bos aku. Memacamlah dia suruh aku buat... Ok ada benda yang aku boleh accept ok la sbb benda yang aku belajar itu boleh menyenangkan diri aku tapi ada benda2 yang aku rase mcm why aku kena buat??? why?? why??? Aku tgk member opis lain ok jer x der pulak la kena buat mcm aku kena buat. Yang aku menyampah buat FTE... what the fish???? Aragghhhh.... Kowang tau ker ape itu FTE? FTE ini aku pon x tau ape kejadahnye yang aku tau diorg buat benda nie nak tgk kowang buat sesuatu kerja itu berapa masa yang kowang ambil.. 3 minit ker 5 minit ker atau 1 jam. 

Sebenarnya diorang suruh buat benda mcm nie sbb nak kurangkan pekerja di gomen nie. Mcm aku mmg kerja tu x payah lah cakap sekarang nie dah kena ambil alih stor.... OH VERY2 MULTITASKING aku nie! Lelagilah bila ko dapat bos yang cerewet of course kowang pon rasa mcm nk hempuk jer kepala dia kan! Nasib bulan pose banyakkan bersabar je la... Bos aku mmg cerewet kekadang aku naik rimas tapi kita nie kuli bile dia suruh nak tak nak kena la buatkan. FTE boleh buat kowang kerja mcm robot! Aku pon x tau adakah disemua gomen berjalan FTE ini atau hanya kat tempat aku jer?? atau pon aku sorang jer yang buat???  

Oklah sebab pose nie kena banyakkan bersabar je la... dah bos suruh buat kita buat je lah w/pon ade rase tak puas hati bila ada kawan2 tak ade pon duk kecoh buat pon... 

Woit radio dah keluar lagu raya lah oiii... x der feel lagi nak dengar lagu raya nie... lama lagi nak raya nie!! 2 minggu nak raya ker ok la jugak kan ini pose baru seminggu.... layankan je la.... smile dihari isnin... 

Wednesday, July 25, 2012

Happy 3rd Anniversary

Alhamdulillah hari ini genar 3 tahun perkahwinan kami. Syukur Ya Allah, Kau berkati kehidupan kami ini. Walau macam-macam badai melanda kami tabah menghadapinya. Kami juga bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kami Muhammad Aqeel Hakimi yang kini berusia 2 tahun, insyaallah ada rezeki akan kami tambah lagi cahaya mata....

Terima kasih pada suami yang sabar melayan karenah aku nie, ye la aku manusia ada kekurangannya. Suami aku pon ada kekurangannya juga, cuma diharapkan kami dapat memperbaiki kekurangan kami itu lelagi dalam ilmu untuk mendidik anak kami. Insyaallah kami akan jadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami. 

Selama 3 tahun berkahwin nie, tipula bila orang kata hidup kita sentiasa jer bahagia ada juga duka lara nie, kekadang naik angin pon ada bila dah gaduh tu bila tiada kata putus aku akan diam jer la. Tapi suami aku nie jenis orang yang memujuk, dia akan pujuk aku jika aku marah atau merajuk. Aku jer jenis yang tak pandai pujuk itu la kekurangan dan kelebihan yang ada, salah satunya la.

Anak aku pulak jenis mmg tak boleh nak lihat kami bergaduh, dia akan menjerit pastu dia nangis. Tapi bkn kami gaduh sebenarnya cuma memain gurau2 kasar bukan manja... hahahaa. Aqeel itu sukakan keamanan orang suara kuat sama dia pon dia x suka, pastu dia jadi takut. Mesti dia tak nak ngan orang itu. 

Aku bercadang nak tambah baby next year insyaallah. Tunggu aqeel masuk taska. Buat masa nie tak leh dulu la dia tengah lasak pon mau adik dia kena pijak nanti. Hehehee...

Anyway Happy Anniversary for me ngan my hubby... Luv u hubby.. Muahh! Muahhh!!

Thursday, July 12, 2012

Simpati Dengan Nasib Irma Hasmie

Sebelum aku nak citer lebih lanjut mengenai isu ini, aku nak ucapkan Tahniah lah kepada Irma Hasmie dan suaminya kerana sudah sah menjadi suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Mesti kowang taukan isu irma hasmie dan suaminya. Ya Allah aku tak paham betulla wartawan hiburan sekarang nie. Aku rasa sangat teruk wartawan hiburan ini. Orang tu baru jer kawen dah kuar isu suaminya yang duda, pastu siap paparkan gambar kawen suaminya dan x wife dia dulu. Ya Allah aku tak paham apalah jenis manusia ini. Cubalah kowang nie pikir sebelum nak buat isu tu, apa akan jadi pada rumah tangga mereka?? Kalu ko yek pon suami Irma tu duda apa salahnye bukannye dia kawen suami orang pon! Kekadang tu aku geram jugak ngan wartawan hiburan nie! Macam bangang!! 

Ada hari tu satu laman web hiburan nie, keluar isu entah ape2! Si pelakon yang tak datang period sebulan pon nak buat gosip! Eh apakah bodohnye gosip itu!! Ya Allah mintalah wartawan hiburan nie sila celikkan minda anda tu buatlah cerita yang masuk akal sikit! Itulah banyak sangat cari kesilapan, gosip orang lain, sampai hati tu dah gelap dah! 

Aku doakan harap Irma dan suaminya kuat dan tabah menghadapi gosip2 nie! Semoga kalian bahagia ok! Adioss!!  

Tuesday, July 10, 2012

Happy Birthday My Lovely Son


Alhamdulillah....Hari ini genaplah usia anak aku 2 tahun. Pejam celik pejam celik sudah besar anak mama nie... Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku permata yang sungguh berharga buat aku dan suami. Dialah pelengkap hidup kami. Akan aku usahakan semoga dia menjadi anak yang soleh dan beriman serta berjaya didunia dan diakhirat...

Aku mendidik dia tak adalah manja sangatkan dia, walaupun dia sorang jika dia buat salah tetap marah dia, supaya dia tau dia ada buat salah. Walaupun anak aku nie memang jenis manja, nak dengar cakap dia tapi dia ada sifat yang aku sangat suka, bila dia kena marah memang dia akan merajuk tapi dia akan datang balik kat kita dan peluk kita seperti tanda dia meminta maaf ngan kita. Budak mana yang tak nakalkan, normal la tu.. Cuma aku mama dia nie kekdang tak  sabar... Kekdang kita terlepas jugak pukul dia bila dia buat perangai tengak kita penat2 tu... Apa pon mama tetap sayang Aqeel...

Kesayangan mama... walaupun dia susah nak panggil aku mama, sebenarnya dia tau jer cakap mama tu tapi aku pelik kenapa dia tak nak panggil aku mama?? Kekdang hati ibu tersentuh gak la bila dia sebut ayah jer... Mama tak der pon dia sebut, mama pon naik bengang! Aqeel mama nak dengar sangat aqeel panggil mama... bila aqeel nak panggil mama yer?? tertiba sedih pulak.... sob! sob! sob!

Again, Happy Birthday My son... jadilah orang berguna didunia dan diakhirat, yang boleh mendoakan mama dan ayah bila mama sudah tiada di dunia ini. I Love u forever.... Muahhh! Muaahh!! Muahhh!!!

Wednesday, July 04, 2012

Anak-Anak Zaman Sekarang



Tengoklah anak aku tu... tak payah lah diajar tahu jer dia nak buka hp mama dan ayah dia. Main game la, dengar lagu, tengok gambar, ambil gambar, hye semua dia tau la... Manalah anak tak ikutkan bila mama dan ayah dia pon sibuk duk pegang hp tgk FB, Twitter, main game, dia p0n nak gak lahkan! Pantang jer lepa hp tu, dialah yang dulu konker! dah puas main baru bagi balik kat mama dia! Hye anak-anak sekarang nie memamg cerdik IT, cerdik segala-galanyalah. Tak perlu di ajar! dia sendiri tengok mak ayah dia buat ape then dia p0n ikutlah. Nak marah pon tak guna sbb kita yang mulakan dulu.


Lagi satu bila nak makan kat luar memang susah bila ada anak yang aktif dan tak ngeti duk diam, asyik nak berlari ke sana ke mari. Ini saje lah jalannye nak bagi duduk diam, apa lagi bagi hp terus senyaplah. Tekun jer duk tengok macam2 dalam hp tu, tapi semua untuk pembelajaran dia tau! tak download yang bukan-bukan! Selalu dalam hp tu aku download Education, mcm kids doa, flas cards, animal lite, abc song, semua bagi dia belajar. Bila kita ajar cara cakap dia susah so download jer, sbb dia mmg suka main hp!

Aku dulu masa kanak-kanak, x merasalah pegang hp nie! Duduklah bermain ngan adik-adik. Budak-budak sekarang nie jer tak pandai nak bermain sbb sibuk dengan game la, Ipadlah macam-macamlah. Aku dulu main batu serembanlah, main pondok2, main kawen2... hahahhaa! Sonok betul zaman kanak-kanak dulu.

Tuesday, July 03, 2012

Sian my baby

Cian my buchuk....

 Assalamualaikum semua... Semoga hari ini u all sihat dan ceria selalu.

Tajuk hari ini nmpk mcm anak kite sakit pulakkan. X lah anak kite ok jer cuma sian kat dia pepagi subuh dah kena angkat dr katil yg empuk ke kusyen yg keras. Apa nk buat sayang.. Kena hantar sayang awal2 pagi sbb nk elak jem.

Anak teruna kite, kite hantar kat bangi sbb ibu dia dh pindah sana. Pepagi kite tak de la hantar kat bangi ibu dia dtg ambil di UPM blk keje jer baru ambil kat sana. Nak buat mcmn nk cr babysister baru takut anak x serasi terpaksalah berkorban.

Insyaallah next year aku nak hantar dia ke taska pulak. Nnt dia adalah kawan. Skrg pon tgk dia busan je bila ada kawan dia sonok. Ibu dia pon jaga dia sorang jer.

10hb july nie genapla dia umur 2 tahun tp panggil mama x ngeti lagi yg jelas dia panggil ayah! So sad :( mama smpi majuk ngan dia.... Kekdg jer dia ada panggil ma.. Pastu senyap jer! Bertuah betul budak nie!!! Mama senyum je la..