Alhamdulillah....Hari ini genaplah usia anak aku 2 tahun. Pejam celik pejam celik sudah besar anak mama nie... Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku permata yang sungguh berharga buat aku dan suami. Dialah pelengkap hidup kami. Akan aku usahakan semoga dia menjadi anak yang soleh dan beriman serta berjaya didunia dan diakhirat...
Aku mendidik dia tak adalah manja sangatkan dia, walaupun dia sorang jika dia buat salah tetap marah dia, supaya dia tau dia ada buat salah. Walaupun anak aku nie memang jenis manja, nak dengar cakap dia tapi dia ada sifat yang aku sangat suka, bila dia kena marah memang dia akan merajuk tapi dia akan datang balik kat kita dan peluk kita seperti tanda dia meminta maaf ngan kita. Budak mana yang tak nakalkan, normal la tu.. Cuma aku mama dia nie kekdang tak sabar... Kekdang kita terlepas jugak pukul dia bila dia buat perangai tengak kita penat2 tu... Apa pon mama tetap sayang Aqeel...
Kesayangan mama... walaupun dia susah nak panggil aku mama, sebenarnya dia tau jer cakap mama tu tapi aku pelik kenapa dia tak nak panggil aku mama?? Kekdang hati ibu tersentuh gak la bila dia sebut ayah jer... Mama tak der pon dia sebut, mama pon naik bengang! Aqeel mama nak dengar sangat aqeel panggil mama... bila aqeel nak panggil mama yer?? tertiba sedih pulak.... sob! sob! sob!
Again, Happy Birthday My son... jadilah orang berguna didunia dan diakhirat, yang boleh mendoakan mama dan ayah bila mama sudah tiada di dunia ini. I Love u forever.... Muahhh! Muaahh!! Muahhh!!!
No comments:
Post a Comment