.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, June 18, 2008


Alhamdulillah aku sudah baik demam... Mkn ubat hanya sekali jer pas itu ubat itu aku porok masuk dlm peti ais. Itu lah aku nie susah nak mkn ubat, itu la sbbnya aku malas nak gi klinik, sbb mcm satu pembaziran kalu aku pergi...hehehhe. Walaup0n free kerajaan bayar, tp aku tak sanggup tgk benda dibazirkan.

Aku tak tahu nak update ape. Tapi semalam aku bz bangat, dengan hati aku yang bengkek, bengang dan meluat dengan seseorang. Dan aku p0n bengang sbb barang2 aku kat atas meja nie ade orang pakai tak ngeti nak pulang balik buat harta sendiri. Aku bengang jer, tgk orgnye p0n aku bengkek...

Aku sebenarnya dah rasa rimas lemas berada di 0pis ini. Aku dikelilingi dengan orang yang talam dua muka, hipokrit, bermulut manis. Aku jd lemas dengan situasi begini. Aku rasa mcm nak hapuskan saja org2 yang begini. Kenapa perlu ade org yg sedemikan rupa?? Kenapa tidak boleh bekerja dengan kerjasama aman tanpa hasad dengki di hati. Apa yang kowang buat kalu jd mcm aku?? Apa yang k0wang buat kalu berada ditempat aku.. Kalu k0wang nak tau aku nie tak ade org backing aku kat sini, bos aku p0n belum tentu akan backing aku kalu jd ape2 pada aku. Sbb kat sini berpuak, dan aku bukan jenis berpuak pd sesapa... Yang aku tau aku buat keja aku...

Kalau ade yang tak suke cara aku mcm nie, aku peduli apa... Mampus kowang lah!! Eh aku dan bosan, meluat, dengan semua ini....

Thursday, June 12, 2008

Semalam demam aku mmg teruk... Kak Jijah dah membebel kat aku suruh aku gi klinik. Semalam car pool ngan dia, balik kerja tu gi lah singgah klinik kat depan rumah. Smlm suare pon sengau semacam, batuk, panas badan...

Doktor : Sakit ape?
Aku : Selsema, batuk doktor...
Doktor : Ade demam keR?
Aku : Entah lah doktor...

Doktor pon check lah suhu badan aku...

Doktor : Kamu nie demam...
Aku : Diam jer sambil tersenyum...
Doktor : Hari nie kamu pergi kerja?
Aku : Pergi doktor...
Doktor : Demam-demam ini larat kamu kerja..
Aku : Ade kerja nak siapkan lah doktor...

Doktor tu pulak risau aku kerja time sakit nie. Time tu mcm kembang jer hati aku bile doktor tu mcm risau semcm jer ngan aku. Bile dia siap check tekanan darah aku, duk blah blah ngan aku, ayat yang aku suke dengar...

Doktor : Kamu nak MC esok?
Aku : Kalu doktor bagi saya MC lah...
Doktor : (Time nie muka dia sengeh2)Ok lah esok saya bagi awak MC, rehat yek!
Aku : Thanks doktor.

Sebenarnye aku tak MC pon hari ini, sbb aku pk keje aku banyak lagi p0n x der orang nak take over kerja aku, bile aku MC, byk keje yang terbengkalai...Pagi tadi mmg ingat nak MC tapi bile tgk leh berdiri badan pon mcm ok jer aku p0n gi lah kerja. Lagipon aku gi kerja kan car pool...(Gara2 nak jimat minyak) hehehhe...

Hari ini alhamdulillah aku bertambah sihat, walaupon suare masih sengau dan selsema tak baik lagi.. Aku mkn ubat pon mlm semalam jer lepas2 jangan harap aku mkn ubat. Mesti ubat tu akan terbuang mcm tu jer....kesian ubat..

Tuesday, June 10, 2008

Hari ini tak sihat, flu dan demam... So keje pon banyak gak hari ini. Nak buat keje pon mcm tak der mood, sbb tak sihat. Nak bernafas pon susah sbb sejuk, aircond lagi! Bertambah teruk selsema aku ini...Dah makan ubat p0n x baik lagi flu nie... Wah aku paling x suke kalu kena flu, demam x ape lagi tapi flu buat aku tensen! Sbb susah nak bernafas!!

Hari ini adik aku operate tapi aku tak call dia lagi, mcmmn keadaan dia. Hope everything ok.

Aku nak balik awal hari ini, tak nak balik malam. Sbb badan mcm tak larat dengan mata yang berair jer, hidung tersumbat!! Argggahhhhhhh!! Tak boleh bernafas dengan sempurna...

Lepas ini jgn dekat ngan orang yang flu, sbb aku senang berjangkit!!huhuuhuu

Monday, June 09, 2008


Adik Accident

Petang khamis pada 5hb Jun aku dapat sms daripada adik aku andak memberitahu bahawa adik aku Pak Tam accident. Berderau darah aku bile mendengarnye. Terus aku call kampung tanya teruk ker idak, tp adik andak tidak tahu sbb dia dalam wad kecemasan lagi. Aku call abah, abah pon cakap mcm tu tak tau lagi keputusan. Hati aku sudah meronta untuk balik, tapi aku nak tau keputusan dulu teruk ker idak. Tapi alhamdulillah abah kata hanya patah tangan. Tapi dia kena dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lebih lanjut lagi.

Kebetulan hari jumaat itu, aku ada function MoA di Kuala Lumpur, Antara UPM dan Puncak Niaga. Habeh jer function di KL itu, aku balik rumah untuk berkemas pulang ke kampung. Aku bertolah dari sini lebih kurang pukul 9 malam sampai di sabak bernam dalam pukul 12 mlm.

Keesokannya aku melawat adik aku di hospital, memula masuk aku nak muntah sbb aku ngeri tengok tangan adik aku yg berbalut dan tergantung, aku keluar kejap untuk mengambil udara segar (poyo betoii aku). Aku tengok tangan kiri adik aku bersimen, tangan kanan dia plk sudah bengkak, masuk angin sbb tidak di urut. Doktor kata adik aku tangan dia perlu masuk besi, wow ngerinye aku dengar. Esok Selasa dia akan di operate untuk dimasukkan besi. Sampai masuk besi ngerinye aku dengar. Apa2 pon aku bersyukur sbb adik aku selamat.

Mcmmmn adik aku accident? Dia accident disbbkan kereta nak masuk simpang tanpa berhenti dan bagi signal, lalu adik aku yg dah dekat tidak sempat untuk mengelakkan kereta tersebut. Lalu berlakulah pelanggaran, adik aku dan member dia melompat daripada motor, kalu adik aku tak melompat maybe lagi teruk daripada sekrang. Alhamdulillah syukur. Abah aku nak bawa ke mahkamah, sbb pakcik itu pon tak datang ke rumah untuk settle senyap mcm tu. Dia ingat dia langgar anak ayam ker. Hampeh punyer orang tua!! Aku pon naik hangin bile pakcik tu senyap dan tidak bertanggungjawab. Aku jumpe mau aku nak sound orang tua nie!!

Ape2 pon aku bersyukur adik aku selamat. Lepas adik aku operate dan baik, Insya-allah nak buat doa kesyukuran.

Thursday, May 29, 2008

Does Love Need A Reason?

one day a gal asked:
why do you like me..?
why do you love me..?

HE answered:
i can't tell the reason.. but i really
like you..

SHE: you can't even tell me the
reason.. how can you say you like me?
how can you say you love me?

HE: i really don't know the reason, but i
can prove that i love you.

SHE: proof? no! i want you to tell me
the reason. my friend's boyfriend can tell
her why he loves her but not you!

HE: ok..ok!! ermmss..
because you are beautiful,
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,
because you are thoughtful,
because of your smile,
because of your every movements.

the gal felt very satisfied with his
answer.

unfortunately, a few days later, the gal
met with an accident and became
comma. HE then placed a letter by
her side, and here is the content:

darling,

because of your sweet voice that I love
you...

now can you talk? no! therefore i cannot
love you.

because of your care and concern that i
like you..

now that you cannot show them,
therefore i cannot love you.

because of your smile,

because of your every movements that i
love you..

now can you smile? now can you move?

no, therefore i cannot love you....

if love needs a reason, like now, there is
no reason for me to love you anymore.

do love need a reason? NO!

therefore, i still love you...

and love doesn't need a reason


"sometimes the best and the most
beautiful things in the world cannot be
seen, cannot be touched, but can be felt
in the heart"

love doesn't need a reason... its something
you can feel burning inside your heart and
waiting to be explode of love...

please.. never ever ask someone why do
they love u.. love is nature and without
love the world is nothing but a piece of
crap.. so everyone love the world and
also love ur loved ones...

Nota Buat Bulan: Kekadang aku bertanya dia kenape dia suka kat aku???

Thursday, May 22, 2008

Sakit Perut

Semalam aku balik keje awal
sbb ape?
sbb aku sakit perut...uwekkkk!!
rasa mcm nak mati jer...
blk jer aku mandi dan terus tido...

Pagi tadi ingat tak nak gi keje..
sbb sakit perut menyerang lagi...
lepas mkn ubat berehat kejap...
aku gagahkan juga gi kerja..
akhirnya sakit perut aku beransur hilang...
Lepas ini mesti aku sakit lagi...huhuhuhuu

Petang ini aku half day...
nk gi services kete kesayangan...
esok cuti balik kg...
besnye balik kg...
Kenape aku balik kg??
Sbb best friend aku kawen...uwekkk!!
aku bile lak nak kawen???
Tungguuuuuuuuuu..........

Thursday, May 15, 2008

Tampal Gigi

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Kesihatan Universiti untuk check gigi ku yang bermasalah. Tanpa disangka aku bertemu dengan kazen aku (yang pernah aku gaduh dan tak suke) entah kenape td kami mcm mesra semcm jer... Mcm kami masa kanak2, dan remaja dulu, berborak bermesra. Hati aku pon tidak lah sakit seperti dulu, maybe aku sudah melupakan apa yang pernah terjadi diantara kami dahulu. Aku pon harap dia akan berubah dengan lebih baik dengan kehadiran permata hati dia. Anak buah aku itu pon aku tak pernah jumpe dan bermesra disbbkan ade perselisih faham dahulu. Aku harap dia bukan hanya berlakon didepan kawan2 dia untuk bermesra dengan aku.

Ok berbalik pasal gigi aku. Rupanya ade berapa gigi aku yang berlombang, walaupun kerajaan bagi peruntukan RM300 untuk pergigian tapi aku jarang pergi buat check up gigi sbb aku takut sakit. Tapi mmg benar masa cuci gigi itu mmg sakit berdarah2, aku tahan aje lah dan mengeraskan tangan aku menahan sakit. Bila dia mula tampal gigi aku, aku ingat sakit rupenya tak sakit. Doktor hanya tampal gigi aku yg teruk jer! Hari ini aku tak boleh kunyah disebelah kanan, kena kunyah sebelah kiri untuk menunggu gigi yang tampal tu jd keras. Kalu kowang nak tau, dalam seumur hidup aku frist time aku tampal gigi. Hehehee!

Sekrang aku masih menahan ngilu digigi aku, dan aku tak berani nak mkn benda yang keras2 dan manis. Maybe esok aku boleh mkn... hehehhee!

Monday, May 12, 2008

Paint Ball 2008






Sabtu 10 Mei 2008 : My opis ada menganjurkan pertandingan Paint Ball 2008 bagi Kelab Kebajikan & Sosial Pejabat Naib Canselor di Bukit Jalil. Mmg meriah pada hari itu. Aku pulak mmg teruja untuk bermain kerana first time aku melibatkan diri dalam permainan ini. Penyertaan hanya 18 orang sahaja...Kami bahagikan kepada 2 kumpulan. Aku, my bos, hafiz, tuyut, krel, kak zaina, din, sue, and en. khairul adalah kumpulan B.

Permainan ini sungguh penat, kena target flag disamping itu mengelakkan diri drpd kena tembak. Mmg bes main ini. Walaupun hari ini badan sakit2 tapi puas hati sbb my group menang semua permainan sebanyak 3 kali. Ialah group aku ini semua licik2 dan ganaz serta kecik molek..like me!! Hahahaha! Group A tidak kurang hebatnye tapi hebat lagi group aku! hahahhaa! Walaupun senapang aku tu 2 kali buat hal, hampeh buat aku terkejut, memula gas dia keluar second pulak tiba2 tembak bertalu2... hahahaa!! Kelakar betoii!! Tapi aku dapat rasa kena tembak dimuka nasib baik pakai musk! Kalu tak habeh la muka aku lebam, lebam mcm kak liza di tangan dia.. Sampai pecah darah! Kesian tgk!!

Walaupon bermain di panas yang terik, tetapi memasing semua cool dan berkobar2 untuk bermain... Semua supporting dan bes!! Lain kali boleh anjurkan lagi bermain ini.

Bulan depan nak buat pertandingan bowling pulak... Kowang tgklah pic di atas tu, tp masih ade lagi gambar yg tak masuk sbb dekat camera man lagi 1. Gambar kami menang!! huhuhuu! So apa lagi layannnnnnnn!!

Friday, May 09, 2008

Untuk Renungan Bersama

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:



Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?





Catatan:



50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam





Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!




Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...




17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun





Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

Monday, May 05, 2008

Hari Yang Letih


Wah keje masih tak siap... masih menunggu bos untuk menyiapkan minit. Sambil itu aku pulak mengupdate blog aku... Aku mmg terase letih skrg nie... Kalu ade org tolon picitkan bagus...(berangan jap). Td bos dh belikan kebab tp aku terase lapo lagilah... ini jam dh menunjukkan pkl 9.30 tp bos kata kul 10.30 gerenti siap! Aduh mata dah mengantuk. Balik nnt nk gosok baju lagi... Aduh letihnye... Nk buat mcmmn keje itu dh memerlukan pengorbanan...

Bila dah kawen mesti my hubby tak bagi aku balik lewat mcmmn nie dah! hehehhee! Nnt kalu dh kawen mesti penat nak melayan hubby lak! hahahhahaa.. (Eh apasal aku merepek pasal kawen lak nie).. Dah angau nak kawen sgt kot aku nie!! Hahahaha! Udah la lupe la pasal kawen nie...

Aku baru beli kamera last week hari tu. hehehhee! So gi jejln kat taman orkid kat taman rusa dan kancil di Kl nak merasmikan kamera... hehehhee! Skrg nie aku nak biasakan diri untuk brisk walk tiap hari minggu... Hari ahad itu aku gi brisk walk kat Tasik Perdana bersama kak jijah... Aku dah lama tak berjogging sekali berjogging aduh semput mmg aku tak larat!! Aku cepat penat tp duk melantak bagikan aku!! Hehhehe! Bes gak pepagi duk berjalan di tasik perdana tu, menyelami keindahan alam semula jadi di sana... Yaman rasenye...

Wokeylah aku nak sambung keje balik nie... Aduh mengantuknye!! huhuhuuu...

Friday, May 02, 2008

Entah lah...

Sudah lama aku tak update blog aku nie...Bersawang bersepah pon ade kot.. Maybe kebelakangan ini aku tak der mood nak berblog... Lagi pon keje aku yg melambak dan tak pernah habeh sampai aku tak menang tangan untuk menyiap. Disebabkan itu jugak aku biarkan blog aku kesepian tanpa berita atau cerita yang menarik untuk ku kongsikan bersama kalian...

Sekarang ini aku rasa tahun org sibuk nak kawen... Kazen sebelah rumah aku pon sibuk nak kawen bulan tujuh ini... Manakala bakal adik ipar aku pon sibuk nak kawen gak... Tapi abg dia tak sibuk pon nak kawen ngan aku???huhuhuhuuu... Bakal adik ipar aku tu nak bertunang lepas raya... tapi aku bile tah??? Mmg ade bercadang kami nak bertunang tapi time itu tak tau bile... Akak dia plk kata suruh buat sama ngan adik dia... huhuhuu. Bila aku tanye dia, dia pulak tak confirm... Mcm pudar lah semangat aku bile tiada kata putus dari dia... Malas lah nak pk!!

Kalu tak kawen pon rasenye ok tak??? huhuhuuuhuu...

Tuesday, April 22, 2008

Tag From Cici

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1~suke bace novel cinta
2~sgt susah nak mkn nasi... hehehe
3~sukar untuk mempercayai org
4~leh dikatakan otak giler2
5~cepat bosan dengan sesuatu
6~amat boros orgnye
7~cepat hangin satu badan jika ada benda yg tak kena

7 THINGS THAT SCARE ME:

1~bile buat dosa..huhuhuuu
2~geli ngan lintah, pacat, serta cacing
3~kehilangan org yg tersyg
4~fobia bila tidur tepi tingkap
5~takut ngan abah (abah garang woooo)
6~tak suke bile org tanye bile nak kawen...:p
7~takut org ngorat... hahahhaa!!

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1~kaulah segalanya - hazrul nizal
2~kau Yang Satu - wow
3~Bertakhta Di Hati - Farahdhiya
4~Bila Nak Saksi - Spider
5~Kenangan Terindah - Unggu
6~Taman Astakona - Slash
7~Kau Merubah Segalanya - Fauziah Latiff

7 THINGS I SAY THE MOST:

1~siut
2~hampeh
3~entah
4~bengong
5~sengal
6~poyo
7~mangkuk

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1~Diri Sendiri
2~Keluarga Terchenta
3~Novel
4~Kereta
5~Moto
6~Tv, radio, mesin basuh
7~Dia Yang Tersayang

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1~Masa memula duduk berjauhan ngan family masa dpt keje di klang
2~Jatuh cinta kali pertama... hahaha
3~Berkorban untuk adik2
4~Beli moto ngan kereta sendiri...hehehe
5~entah lah...
6~??????
7~????????

7 PEOPLE TO DO THIS:

x der kot....


Dah lama x update kerana bz ngan keje... lagi pon kesihatan pon x berapa sihat. Lepas tu malas jer nak update.... haii.... dh malas rasenye nak berblog time nie... huhuhuuu!

Thursday, April 10, 2008

Siapa Aku???


Aku telah di tag oleh Kak Eriy yang tersayang mengenai 8 fakta tentang diri aku.... So dibawah ini aku senarai 8 fakta tentang diri aku yang sebenar...

* Aku sebenarnya seorang yang peramah, periang, suke ketawa dan suke menyakat
org.Serta member aku kata, aku seorang mulut bising... Aku juga suka membebel
sebenarnya, terutama pada benda yang aku tak berkenaan dan aku tak suka! Mmg
cepatlah aku membebel....


* Kalu nak tau aku seorang yang pendendam dan suke memendam... Sukar nak meluahkan ape yang aku pendamkan dalam hati kepada org lain.


* Aku cepat marah bila ade sesuatu yang aku tak suke atau org buat aku marah. Bila aku marah atau ada masalah aku diam jer dan aku boleh tak bercakap ngan orang lain. Perangai aku nie pon bos aku tau!! huhuhuu!!

* Aku juga tak suke orang memaksa aku buat sesuatu yang aku tak suka! Aku suka buat apa yang aku nak!! Bila aku tak suke benda tu orang pakse aku buat mmg aku bengang!! Alamat mmg kena marahlah orang tu ngan aku!!

* Aku rase dalam keluarga aku dan adik beradik aku, aku jer sorang yang mmg tak pandai pakai kain batik. Huhuhuhuuu! Aku dah pernah try pakai tp asyik2 terlucut jer! Hahahaha! Mmg aku tak akan pakai jika ia menyusahkan aku!!

* Aku juga boleh jadi pendengar setia kepada kawan2 aku yang mmg mengalami masalah! Aku selalu dijadikan tempat rujukan, tempat mengadu rakan2 aku! Jika diorg ada masalah diorang mesti akan cari aku!!

* Aku suka org dengar cakap aku, tp aku tak suke dengar cakap org! Sbb aku suka buat apa yang aku suka!! Heeheee!

* Aku juga seorang yang boleh didalam kategori pemalas!!Heeheee!

* Dan orang kata aku nie ego serta hati kering!! (aku pon tak pasti) maybelah kot!! hehehehhe!

Itu jer lah kot pasal diri aku.... Yang selebihnya biarlah org yang mengenali aku sahaja tau siapa sebenarnya aku.... Oleh itu aku nak sebarkan emel ini kepada Kak Carneyz, Cici, Kak Retna, Fysal dan juga Sis H0ney...

Wednesday, April 02, 2008

Permintaan Terakhir...





Aku pon tak tahu kisah ini betoii atau pon tidak... Yang pastinye aku syok dgr lagu nie... MEh kite layan!!!!!!!!!!

Sunday, March 30, 2008

Happy Anniversary



Ku Merindu

Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…



Tidak ku sangka pejam celik pejam celik hubungan percintaan aku sudah menjangkau 4 tahun... Pelbagai dugaan dan cabaran aku hadapi ketika bersama dirinya. pahit getir kami hadapinya bersama... Tak sangka hubungan kami dapat bertahan begitu lama. Syukur alhamdulillah... Kami berdoa semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Mmg dalam perhubungan ini aku yang keras kepala, ego dan kelemahan yang ada pada diri aku, adalah kekuatan diri dia... Jika dia bukan jenis yang bersabar melayan karenah diri aku mmg hubungan kami tidak akan berkekalan hingga ke akhir ini...

Aku berdoa semoga Allah merestui hubungan kami ini... Impian aku ingin hidup semati bersama diri dia... Walaupun dalam duka atau suka. Aku tetap menyintai diri dia... Aku rasa tiada yang terbaik lagi buat aku kecuali diri dia... I love u forever and ever...

Wednesday, March 26, 2008

Virus Tag dari Ien...

Lama gak lah aku nak jawab virus tag daripada Ien nie... Ialah aku tak pernah terpk nak jd PM nie...huhuhuu, sekali tajuk tag Apa Anda Akan Buat Jika Anda Seorang Pemimpin Negara? Penin gak aku nak pk nie??? Tak ape lah aku jawab jer la yek ien...

1. Hapuskan kemiskinan - Aku akan hapuskan kemiskinan buat rakyat aku. Kesian aku tgk anak-anak yang tak cukup makan, tak boleh belajar, tak cukup pakai disebabkan ibu bapa miskin dan tak mampu. Aku akan hapuskan kemiskinan nie. Tak akan ada kemiskinan di dalam negara aku nnt.Aku pernah merasa hidup susah, bile tgk org susah tu hati aku sedih sgt, kekdg sampai menangeh tgk kemiskinan, kepayahan org lain.

2. Hukum Hudud - Kalu boleh aku nak laksanakan hukum hudud di negara aku nnt! Supaya tiada jenayah yg teruk berlaku. Bila ada hukum hudud nie rakyat pon takut nak buat jenayah! so tiada masalah jenayah, kes rogol ker menrompak ker di negara aku nnt. Negara pon aman damai. Kan bagus mcm tu kan!


Itu jer lah yang aku rasa buat masa nie... Kat sape yek aku nk sebarkan virus nie... Aku nak sebarkan dekat Kak Eriy dan Cici... huhuhuuu!

Tuesday, March 18, 2008



Hari Ahad lepas aku baru jer blk drpd Melaka sbb ade Bengkel ISO disana... Aku lepak di Hotel Legacy. Sape org Melaka mesti tau dimanakan...(cici mesti tau). Al-maklumlah opis aku nak menuju ke ISO bukan menuju puncak yek! hheheheh! Mmglah boring kat sana... Tp aku berkesempatan berjalan2 di Melaka tu.. Hari sabtu petang tu aku naik bot untuk melihat bandaraya Melaka...

Rumah2 ditepi sungai Melaka tu semua unik dan cantik! Aku suke tgk rumah tu, tp yg x bes air sungai tu kotor giler dan bucuk!Dan pengalaman yang aku tak leh lupe ialah.. ade budak bujang of course lah lelaki tgh kencing kat atas tebing sungai tu... Ya Allah tak tau malu langsung!! Kitaorang yang dalam bot nie dh menjerit dan tergelak2 tapi lelaki bujang nie leh teruskan dia punyer aktiviti tu... Eh tak tau malu langsung!!

Hari Ahad lepas habeh bengkel tu aku berkesempatanlah gi naik muzium kapal (samudera) tu... Aku tak tahanlah cuaca di sana panas!! Aku pon tak larat nak jejln2 lagi.. Yg lain siap naik Afomosa lah... Aku leh lepak dalam kete tido, sbb tak tahan panas!! Balik jer sini aku demam...huhuhuu!! Nie pon dah ok cume tggl selsema jer yg x baik lagi...

Walaupun aku dh byk kali gi Melaka tp kali ini baru kesempatan untuk berjalan2 di Bandar Hilir tu, kalu tak sampai Air Keroh jer lah aku melawat... Tp aku suke Melaka sbb suke tgk bangunan lelama tu...

Friday, March 14, 2008

Kecik Hati

Aku : Nnt ambillah kat Melaka...
Dia : Mana tau jalan... (mcm malas nak layan jer..)
Aku : Kalau tak tahu jalan sudahlah... (dlm hati mcmlah tak der peta)
Dia : Diam tak berkata ape...

Dia : Ialah nnt ambillah... (suare mcm terpakse)
Aku : Tak ape lah...(dan letak telefon)

Hari nie aku akan gi Melaka untuk Bengkel ISO. Aku sebenarnye malas nak gi bengkel ISO. Tapi kena pergi jugaklah disbbkan untuk ISO opis aku. Ingat pas habeh bengkel tu, aku nak berjalan2 di Melaka tapi disebabkan tak der orang sudi ambil kat Melaka tu, balik jer lah ngan kereta opis...

Memanglah tgh kecik hati ngan dia... Sbb dh berapa kali aku mcm minta tolon dia ambil, alasan yang sama juga diberikan. Dan bile dia terase aku dah mcm kecik hati, baru ckp nak ambil dan dia akan carilah jalan nak ke hotel tersebut. Sedangkan aku mmg dh kecik hati, aku pon menolak jer dia nak ambil aku dengan buat alasan aku suruh member aku ambil. Dia pon ckp suke hati akulah mana yang selesa. Sebenarnye aku tak suruh pon member aku ambil... Aku bawa keter aku parking di UPM nie pas2 naik kete opis, ialah nnt aku balik dari Melaka sapa nak ambil aku di UPM. Nasib baiklah ade kereta, kalu nak harapkan orang susah nak minta tolong...Yang dekat ngan kita pon susah nak tolong kite...

Tak apelah akukan dah biase hidup independent....



Nota Buat Adik : Happy Brithday Alang dan Uda... Semoga adik2 along menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat.. Serta berjaya didalam kehidupan.. Along sayang kowang... Muaahhh!

Friday, March 07, 2008

Award From Kak E dan Kak Mie...



Thanks a lot kepada Kak E dan kak Mie di atas award yang diberi... Friends Forever ok. walaupun kita hanya kenal di blog saja tapi tiada penghalang untuk kita menjalinkan persahabatan... Terima Kasih bebanyak yek kak e dan kak mie...

Esok demam mengundi. Aku pon nak mengundi gak... Tp perasaan tu biasa jer. Kat opis aku nie siap dah ramai cuti... Diorang teruja nak mengundi kot! Rasa mcm esok nak raye ye jugak, sbb ramai org cuti dan jalan raya pagi tadi pon mcm lengang jer! Aku balik esok pagi... Aku nak gi mengundi waktu petang.. Hehehee!

Berapa hari nie aku dibuai perasaan yang tidak dapat aku singkap dengan kata2. Aku terasa diri ini sunyi sangat, mcm tak der sape pedulikan aku... Sedih rasanye! Kenape aku merasa diri aku mcm tu yek??? Entah lah...



Pesanan Penaja : Lafaz niat ketika hendak melangkah keluar mengundi "Sahaja aku keluar "BARISAN" ikut "ROKET" menuju "BULAN" kerana "KEADILAN"... Amin.. Heehehee!

Tuesday, March 04, 2008

Bila Nak Saksi....


Wajah mu kerapku mimpi
Wajahmu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kalau ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau
Tak peka

Cintamu kerapku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
Kalau ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku kau masih tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerapku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan2 kan
Kau dapat bersama
Letakkan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak pegang..

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu ku dapat...

Dirimu kerap ku mimpi..
Dirimu seringku khayal
Aku angan angankan.