.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, January 21, 2009

Tadi time lunch aku keluar ngan opismate aku gi tempah baju. Selepas balik tempah baju tu aku ker Baker's Cottage kat Sri Serdang sbb lapar nak beli roti. Masa nak masuk ke situ, ada nenek nie duduk didepan kedai dan senyum pada aku bila aku masuk ke dalam kedai. Aku pon senyum balik pada nenek tu. Nenek tu tgk jer aku memilih roti. Dalam hati aku terdetik, nenek nie lapar ker? Tapi aku tgk dlm beg kertas nenek tu ada roti. Aku nak bertanya tapi tak tertanya. Selepas membayar harga roti yang aku beli, aku pergi menanyakan nenek yang duduk didepan pintu kedai tu.

Aku : Nenek kenape?
Nenek : Sakit kaki, rehat sekejap kat sini. Baru balik dari klinik,nie nak balik umah...
Aku : Ooohh... (dalam hati aku kesian)
Aku : Umah nenek kat mana?
Nenek : Kat belakang bank tu (sambil jari dia menunjukkan bank yang ada sebelah jalan)
Aku : Jomlah saya hantar nenek balik.
Nenek : Tak payahlah.. rehat kejap lagi nie, nnt nenek baliklah.
Aku : Tak ape la nenek, saya hantarkan.

Sambil pegang tangan nenek untuk dia bangun daripada depan kedai tu. aku pimpim nenek tu berjalan menuju kereta. Kesian dia, dia tak boleh berjalan sangat dia kata kaki dia terlalu sakit.

Dalam kereta sembang ngan nenek tu, sambil nenek tu menunjuk mana rumah yang dia tinggal. Dalam kereta dia mcm sedih jer. Dia kata dia duduk ngan anak tiri dia. Sambil mulut dia membebel "Mereka ada kereta, kita ini kereta pon tak ada". Sedih aku dengar. Mcm dia tidak dipedulikan anak-anak.

Akhirnya selamat aku hantar dia ke rumah. Lagipon UPM dengan rumah nenek tu tak adalah jauh sangat.

Bila aku melihat nenek tu, aku teringat pada mak aku. Aku tak sanggup buat mak aku kalu dah tua mcm nie. Dahlah tak larat, pergi klinik jalan kaki sorang2. Sedih sayu hati aku melihat nenek tadi. Harap kejadian tadi menjadi ingatan kepada aku untuk masa akan datang.

7 comments:

Anonymous said...

waaa...
ni leh jd calon perempuan melayu terakhir ni..
hehehe..

Adry said...

rumah nenek tu blakan maybank ek... kesian kan.. sampai hati anak anak dia buat macam tu... ish... saya pun teringat ngan arwah mak.. huhu...

nieja said...

aish..
kesiannye.
baik u, tlg antarkan
nenek tu :)

ye la, siankan org dah tua.
x larat.

Kak Long said...

generasi : menjadi kewajipan kita org muda membantu org tua ;)

adry : bukan lah... umah dia kat belakang maybank :P. itulah x patut anak2 dia biarkan mak dia mcm tu...

nieja : i simpati ngan dia nieja.. kalu org muda i x tolong pon! hahahhaa!

kentotkuwangi.. said...

wah wah mulai nya ank lepas merdeka ne...meh meh lawat blog baru akak..jgn lupa add ...

HooDa said...

sedih nyee.... sian die

Kak Long said...

hye kak dh buat blog br....

huda : itu la kesian nenek itu!