.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: 2011

Wednesday, December 21, 2011

Melawat ke Bukit Malawati

Hye semua... Lama giler x updatekan. Sbb bz x dpt nk update blog saya nie... Rindu bangat!!

Hari sabtu lepas on the way nk blk kg tu, aku singgah sebentar di Bukit Malawati yg terletak di Kuala Selangor. Kowang tau x tak ape tempat tu?? Itu adalah salah satu tempat bersejarah di Malaysia. Aku saja jer nk bw anak teruna aku tu berjalan2. Nak naik bukit malawati tu ade disediakan kenderaan khas mcm train kat zoo tu dan dikenakan bayaran hanya rm3 saje.. X mahal pon.. Kanak2 free.

Kat situ byk monyet2 yg jinak kowang bole bg mkn kat monyet2 tu.. Ade perigi beracun, meriam, makam sultan2 selangor, tangga seratus byk lagilah benda2 yg bersejarah disitu..

Musim cuti sekolah nie bolehlah kowang bawa anak2 gi melawat disana mengenali sejarah yg ada..

Oklah x nk citer panjang moh layan jer gambo nie...

Wednesday, November 16, 2011

Aqeel kena chikenpox..

Bulan ini mmg bulan sakit buat aku. Lepas aku demam, anak teruna aku pulak demam kali nie bkn demam biase tp demam chikenpox! Habeh kaki tgn dia naik bintik2 yg x tahan tu dia menggaru... Cian aku tgk ank aku tu...

Mmg kelam kelibutlah dalam 2 minggu nie dengan aku yg x sihat lagi, batuk aku pon x baik lg. Babysitter pon x nk jaga aqeel, kebetulan anak buah aku iman tu pon kena chikenpox gak adik aku cuti seminggu.. So aku minta tolong adik aku jaga sekali anak aku, sbb aku tak dpt cuti, cuti dah habeh... Kalau boleh ambil unpay aku sanggup ambil tp masalahnye dia akan terus potong gaji 1 bulan w/pon ambil 1 hari jer... Entah ape tah rule gomen nie..

Aku harap anak aku cepat sembuh selagi x baik lg hati aku pon x tentu arah... Get well soon my son!!

Thursday, October 13, 2011

Aqeel pergi zoo

Assalamaulaikum dan selamat pagi semua...

Pada hujung minggu lepas mama dan ayah bawa anak teruna dia gi melawat binatang2 yang ade di zoo. Tak tau nk ke mn hujung minggu tu, itu yg bw gi zoo tu....

Masuk zoo skrg rm20 itu kena tunjuk mykad kalu x der mykad rm25... Sgt mahal tau tp binatang pon dh x der sgt... Nasib baik baby free lagi.

Anak mama sonok la sbb dia bebas nk jln tpnye mama dan ayah penat kejar dia... Dia suka main kolam kat tepi akuarium tu habeh basah baju dia duk main2 air.. Sabo je la x bg dia menanges2... Mama dia excited belikan dia mcm2 kat kedai zoo tu bkn anak yg excitedkan... Meh la lyn gambo kami di zoo.

Wednesday, October 12, 2011

Notty boy

Inila budak notty... Pengarang jantung hati mama... Tiap2 hari rindu sama dia. Budak hensem nie sgt rapat ngan mama dia... Asyik nk berkepit tido pon nk tepi mama.. Main semua ajak mama. Kalau kena marah majuk tutup muka ngan bantal... Sgt kiut!!! Anak mama nie berhati penyayang x suke tgk org gaduh ngan budak nanges nnt dia pon ikut sekali nanges... Untung jd abg long nnt ade adik, anak mama pandai jaga adik yer... Sayang anak mama nie....

Monday, October 10, 2011

Ilmu Untuk Kaum Adam

Pesanan Buat Suami..


1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.



16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
 
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim.

Sunday, September 25, 2011

Wednesday, September 07, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011





Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat rakan2 semua daripada kami sekeluarga... Hilmi, Hani & Aqeel...

Nak Duit Raye....


Seronok tak kome raya taun nie?? Aku alhamdulillah seronok, taun nie raya kat kg aku sabak bernam. Lelagilah raya taun nie amat bermakna sbb dapat beraya ngan anak teruna aku yang semakin besar dan hensem tu... Budak kecik nie sangat aktif tak tau penat tak ngeti duduk diam, dah pandai jalan nak berjalan jer tak nak duduk nie... Letih aku melayan dia. Kalau gi beraya rumah orang tu lagi la letih, bukan kita beraya tapi kena duk jaga dia, sbb lepas jer pandang dia dah lepas ke jalan... 

Raya Ke 3 baru aku balik ke seremban beraya bersama adik beradik husband aku lak.. Beraya rumah pakcik2 sebelah husband aku... Meriah gak la taun nie beraya. Duit p0n banyak habeh... hehehe. Sesapa yg sudi nak datang raya umah aku meh la dtg, tapi call dulu la yek... Tak der la dtg makan kuih raya jer... hehehe.

Raya ke lima tu aku gi Kuantan kenduri kawen budak opis aku, Nabiela.. Aku Ucapkan Selamat Pengantin Baru la buat nabiela dan suaminya Acap, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat yek... Seronok bila tgk orang kawen nie, teringat masa kawen... hehehe!



Friday, August 26, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin Buat Kawan2 Blog sekali... Minta Maaf jika ada salah silap saya selama ini... Saya mendoakan kowang semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.. dan semoga bergembira di hari lebaran nanti... Sesiapa yang dekat dengan rumah aku tu boleh la datang beraya...

Tuesday, July 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-2 Buat Saya dan Suami

keluarga Bahagia


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. 25hb Julai genap usia perkahwinan kami 2 tahun, syukur kepada mu Ya Allah. Semoga perkahwinan kami ini Kau kekalkan hingga ke akhir hayat kami, jauhilah kami daripada porak peranda, perasaan benci, syak wasangka diantara satu sama lain. Kau semarakkan lagi kasih sayang dan cinta dihati kami, semoga kami kekal bahagia ke akhir hayat kami. Amin.

Alhamdulillah, kami p0n sudah dikurniakan seorang cahaya mata, insyaallah jika ada rezeki kami akan tambah lagi sorang tapi bila tu, tunggu aku bersedia, dan si teruna aku tu sudah besar sikit, dan pandai berdikari... hehehe. Tahun lepas masa anniversary yang ke 1 tahun, aku dalam pantang, duduk di atas katil melayan se teruna kecik aku tu, dan tahun ini anak teruna aku dan 1 tahun. Syukur sangat dengan kurniaan Allah ini.

Monday, July 11, 2011

Sambungan : Selamat Hari Lahir Anak Teruna Aku

Juling mata anak aku lihat mak tehnye...
Semalam 10 Julai genaplah umur anak teruna aku 1 tahun... aku terasa mcm baru jer lahirkan dia... kenangan melahirkannye uhhhh sangat berharga buat aku sampai nak tambah lagi sorang pon kena pikir banyak kali... hehhee.

Semalam sambut birthday dia bersama mak teh nye di karaoke seremban parade bersama mak long, pak long, adeef, emir, atok dan wan.. Terima kasih semua... ayah aqeel duk melalak je kejenye... mmg enjoy!! Gambar akan menyusul kemudian yek!!

Aku nak ucapkan tahniah pada kakak opis aku semalam dia selamat melahirkan baby girl. Sama lahir ngan aqeel, aqeel dpt adik girl lah... hehehe.

Thursday, July 07, 2011

Selamat Hari Lahir Anak Mama Ke 1 Tahun


Minggu lepas balik kampung, kami sekeluarga menyambut Hari Lahir Anak Teruna aku yang ke 1 tahun pada 10hb Julai, sambut awal seminggu bersama dengan atuk, opah dan makcik2nye dikg, pada 10hb nnt sambut ngan atuk, wan, dan makcik2nye belah ayah pulak. Kebetulan birthday mak teh pon dekat ngan birthday aqeel so sambut sesama ahad nie...

Ingat nak sambut biasa2 jer, potong kek jer ngan atuk, opah dan makcik2 jer, rupenye dah jadi lain lak, opah buat pulut kuning buat cucunya, atuk lak belanja makan satay, mak uda banje beli kek... so mama pulak beli nugget, kentang untuk malam tu sekali buat bbq malam tu... Sangat meriah rumah dengan kehadiran kawan2 adik aku... Mak aku kata tak apelah meriah sikit, aku p0n tak kisah nasib baik cukup makanan. 

Mama mendoakan anak mama ini, menjadi anak yang soleh dan beriman, menjadi anak yang bijak, taat akan perintah Allah dan mama serta ayah dan menjadi anak yang sangat baik... Amin. Happy Birthday Muhammad Aqeel Hakimi... Mama dan Ayah love u so much... Muahhh!! Tetibe rase sebak lak bila melihat anak teruna sudah semakin besar....


Aqeel bersama atuk dan opah








Selamat Hari Lahir Yang Ke 1 Tahun buat Anak Mama

Monday, July 04, 2011

Mood : Malas

Sejak akhir² aku dalam keadaan mood yang malas! Malas nk buat kerja, malas nak update blog semuanya malas... Ya Allah apasal aku malas benor nie!

Dah 9 tahun aku kerja kat UPM nie dah lamo benor aku kerja kat UPM nie tapi selama aku kerja kat UPM nie aku belum pernah dapat APC... tapi orang yang baru kerja 2 tahun dah dapat APC. Sungguh terase diri tidak dihargai... penat lelah aku buat kerja tapi tak siapa p0n nak hargai, bukan setakat kena marah je, kena komplain pon aku dh pernah w/pon bukan salah aku!! Aku kena cari perubahan nk pindah tempat lain, tapi masalahnye kalau aku nk pindah kena buat surat melalui bos itu yg aku malas...

Ya Allah aku minta ko tabahkan lah hati aku kerja kat sini... aku rasa tak ade keadilan pon kerja kat sini.... Aku Benci sangatttttttttt!!

Monday, June 27, 2011

Not Feeling Well...

Lama x update sekali update not feeling well pulak kan... mmg aku kureng sihat, kena flu sejak beberapa bulan nie selalu sgt kena flu... bile dah baik flu aku mesti anak teruna aku pulak yg kena... berjangkit2 pulak.... Bukan itu saja, hati aku p0n kureng sihat jugak... byk benda yg membuat aku down... terase diri tak dihargai (ini bukan melibatkan dalam perkahwinan aku tau nnt u alls salah sangka lak) ini bab kat opis... tapi x ape la nak buat mcmmn.... bukan rezeki aku (nada nak pujuk hati yg kecewa).... mmg sedih sgt beb!!

Apa2 p0n now i need panadol soluble.... nak pii koperasi nak beli... kalau aku flu mmg aku telan panadol nie... aku kalau telan panadol yg bukan jenis air atau ubat mn2 p0n susah wooo mesti aku rase nk muntah balik.....hehhee mcm budak2kan aku nie!!

Monday, June 13, 2011

Holiday at Golden Straits Villa PD

Hari sabtu hari tu gi holiday bersama family hubby, abah, ibu, kak jue, huda di PD. Kak ipar buat celebrate birthday anak sulong dia adeef dan abah. Apa lagi enjoy la, bawa anak teruna aku mandi swimming pool... budak nie mmg suke main air....


Big family...

Ayah dan aqeel

Seronok dia main air....

Tgk bibir dah pucat masih lagi nak main air...

Nasib baik ayah tau beranang....

Makan omputeh malam tu... disediakan oleh adik lelaki hubby aku...

Happy Birthday Abah dan Adeef. May Allah Bless U.... :)

Inilah kek otomen budak adeef... mn2 otomen...

Makan time....

Terima kasih pada kak ipar aku yang sudi menjemput kami memeriahkan majlis... Kalau harapkan hubby aku entah bile la nk merase gi bercoti nie..... Ini p0n aku bercadang nak bawa family belah aku lak gi bercuti nnt sempena birthday anak teruna aku bulan depan.. Hope menjadi.... tak pernah lagi bawa family aku bercuti....


Thursday, June 09, 2011

SURAT TERBUKA KEPADA TV3 - BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN DRAMA SIRI NORA ELENA


Mmg lawak de.... aku baca duk gelak2 tadi...

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya