.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: May 2007

Thursday, May 31, 2007

Pagi tadi aku dapat cerita sedih mengenai abang aku dan kak ipar aku. Abang aku dah ceraikan kak ipar aku!!! Terkejut aku dengar.. Kenape abg aku buat mcm tu pada kakak ipar aku. Dia tak kesian ker tgk anak-anak dia yg masih kecil terutama sekali Fatin yang baru 3 bulan tu.... Aku sedih tgk nasib anak-anak buah aku tu, kenapa kerana perempuan lain si suami tak fikir isteri dan anak-anak dia. Kak Long aku tu banyak berkorban untuk abang long aku. Aku rasa sedih sangat abang aku buat mcm tu...

Abah aku pon dah tak tau nak ckp mcmmn lagi. Sbb dia dh buat keputusan tanpa berbincang ngan abah dan mak aku. Aku takut jer abg aku akan menyesal meninggalkan kak long dan anak-anak. Aku rase aku nak jer pergi serang perempuan yg gatal sangat tu. Aku bengang betoii lah! Dengan abang aku pon aku nak terajang nak sepak sekali. Aku kesian melihat nasib anak buah aku tu.

Aku pon tgh sedih sekrang nie, aku ade masalah tp dia tak faham masalah yg aku hadapi. Aku tak dapat nak ikut dia gi famili day keluarga dia hari sabtu nie, hari ahad lak housemate aku kawen, famili day tu hari sabtu buat kat melaka, one day jer aku tak dapat ikut pon sbb ade masalah... aku tanya dia ikut tak kawan aku kawen ahad tu, dia sms ringkas tak.. kalu kowang sedih tak?? Ape perasan kowang?? Aku malas nak gaduh kalu dia tak puas hati sbb aku tak dpt join famili day tu, aku rase dia tak paham ape yg aku alami sekarang nie... Sbb dia tak tolong aku pon. Tak ape lah aku diam je la... Aku tak der mood nak gaduh! Kalau dia dh buat keputusan tu, aku tak akan paksa dia ikut.. Aku akan balik kg hari jumaat la rindu nak tgk anak buah aku Fatin. Mak Yong rindu sangat kat Fatin.

Tuesday, May 29, 2007

HARI YANG PENUH DUGAAN

Pertama kali dalam hidup aku, aku accident masa aku on the way nak pergi keje. Time tu masih dalam kawasan perumahan aku. Aku yg salah sbb aku yang langgar. Huwaaaa!! Tensen beb!! Sbb aku tak nampak kereta tu masa aku nak membelok, aku terkejut la. Nasib baik tak teruk sangat tp aku terpakse bayar kat cina tu RM200 ganti rugi dia. Aku tgk kete aku lak, bile lak aku nak repair, bumper pecah. UHhhh... byknye dugaan aku. Aku gunakan duit insurans aku yg mati bulan 6 ini, minggu depan aku nak pindah rumah pulak... Penin kepala aku. Duit rumah baru aku x bayar lagi. Ade sape ker yg nak tolon aku?? Tolon simpati adalah. Tak ape lah aku try settlekan masalah aku sendiri... Jgn harapkan org sgt, selagi kita berupaya nak settlekan, akan aku settlekan... Dugaan buat aku. Maybe ade hikmah di sebalik kejadian nie.

Tapi hari nie, aku tak ader mood nak keje. Aku pon mcm dh tak nak drive kereta dah. Aku nak naik moto. Sbb aku naik moto belum pernah la aku accident. Tp start aku naik kereta nie memcm jd... Silap hari bulan aku pengsan... Tak apelah benda dh nk terjadi so aku kena redha terima takdir Allah ini.

Aku nak ucapkan takziah buat Kak Awin sekeluarga di atas kehilangan pemergian ayah tersayang pada hari ahad yang lepas. Aku harap Kak Awin sekeluarga sabar dan redha di atas Ketentuan Allah ini. Aku mendoakan roh ayahnya dicucuri rahmat dan diletakan dikalangan orang yg beriman. Amin...

Thursday, May 24, 2007

Hari nie bz tak terkata. Memcm kena buat ini pon keje tak siap lagi. Sambung esok lah sbb nak gi Sepang nak ambil adik kat PLKN sana. Itu lah nasib jadi kakak, adik2 bukan tau masalah kakak dia, tau dia senang diorang. Sabar je lah. Ikutkan malas nak ambil sbb badan aku letih, tak tau la larat ker idak nak drive nie.

Aku nak sambung citer masa aku kecik2 tu. Aku masa kecik2 mmg selalu gaduh ngan adik aku angah nie, tp dia nie mmg penyabar orgnya, dan dia seorg yg mmg lurus, aku lah selalu cr gaduh ngan dia. Kekdg jer kami nie baik tak gaduh. Aku teringat kali terakhir aku bermain dengan dia. Kami bermain dalam kotak mesin basuh.. Mesin basuh tu baru abah beli, so kami seronok sangat lah, sbb mak tak payah lah basuh pakai tangan lagi sbb dah ade mesin basuh. Adik aku angah nie dia mmg seronok sangat lah sampai dia ckp kat mak aku "Mak esok angah boleh basuh baju sendiri"...

Aku, angah, alang, siti (kazen), sue (kazen) dan dayah (kazen), lepas maghrib kami mengaji kat rumah ustaz di seberang rumah kami. Hari itu aku tengok adik aku angah happy semacam jer... Sampai ke rumah ustaz dia menyanyi lagu "Oh Ibu" yg di popular oleh exist time tu... Sampai rumah ustaz, ustaz marah angah sbb menyanyi di waktu maghrib. Aku ingat kata2 angah dia kata "alah ustaz hari nie jer saya nyanyi".

Balik daripada mengaji kami selalu beramai-ramai balik, tp angah dia dh jalan di hadapan kami. Tetiba aku dengar bunyi dentuman paling kuat. Aku berlari dan aku terlihat angah terbaring di tepi jalan. Aku kaget time tu, aku berlari dapatkan dia, tp aku tengok dia diam jer.. Time tu apalah budak umur aku tau. Kazen aku dah meraung, aku pulak jd kaget, aku ribakan adik aku, aku kejutkan dia bangun, tp dia tak sedar langsung, aku tgk selipar dan songkok dia dah tercampak di tengah jalan.

Orang kampung time tu tak tau nak buat ape. Kebetulan mak dan abah aku tak ade kat rumah. Mereka pergi menziarahi saudara meninggal. Nasib baik ade seorang hamba Allah yg baik hati sanggup membawa adik aku ke hospital. Aku nak ikut tp atuk aku tak bagi. Aku menangis, dan menangis sbb aku takut nak ckp ngan abah nnt mcmmn. Abah pasti marah sama aku. Mmg sah abah aku dan mak aku balik serta merta time tu mak aku tgh mengandung, abah aku marah aku, sbb aku tak jaga adik aku. Kenapa aku tak balik sesama dengan dia. Aku tak tau nk ckp mcmmn time tu, aku hanya menangis jer. Akhirnya belum sempat adik aku sampai ke hospital rupanye dia dah meninggal dunia dah. Nasib baik mak aku tak pengsan mendengar kabar buruk itu.

Aku melihat sendiri adik aku dibawa balik dengan baju mengaji yg dia pakai sama kaler dengan baju kurung aku tp baju dia sudah penuh dengan darah. Aku melihat badan dia yang sudah tak bernyawa, uhhh bayangkan bertapa aku rasa berdosa dan bersalah time tu. Kalu aku jaga dia betul2 mesti tak akan jd mcm nie... Rupanya dia bersikap ganjil pada hari itu rupenye dia hendak meninggalkan kami sekeluarga...

Bila arwah sudah tiada, rumah terasa sunyi, aku tak der teman bergaduh, tak der teman bersembang, mmg sunyi giler lah. Sbb time tu dia seorang laki jer dalam keluarga kami. Memang kami terase kehilangan sangat. Dan saat selepas dia meninggalkan kami sekeluarga, aku dapat melihat perubahan abah aku, dia tak der panas baran mcm dulu, selalu pukul kami adik beradik. Cakap jer lah kami nie dulu apa jer tak merasa penah kena pukul. Salah sikit kena la pukul, tahan dengan tak tahan je lah badan kami nie. Ingat lagi masa arwah kena pukul dengan abah sampai berbilo2 badan dia, aku sapukan minyak kat badan dia... Semua itu tinggal kenangan... Bila aku tatap gambar dia meleleh air mata nie, kalu dia hidup lagi mesti dia dah besar dah boleh jaga adik2 selain tanggungjawab aku sorang jer. Sedihnya... dah meleleh airmata nie..
Keluarga aku dapat bermacam-macam ujian drpd Allah. Ialah dah lah hidup kami nie susah time tu. Aku tabik ngan mak aku sbb dia seorang yg tabah menghadapi segala ujian Allah daripada abah aku susah, tak ader keje pernah sekali kami mkn ubi kayu setiap hari, sbb abah tak bekerja. Bila aku pikirkan kembali, mmg susah seorang Isteri hendak bertahan. Tp ibu aku seorang yang memang tabah lah. Kalu aku mmg tak boleh kot.

Masa aku kecik aku tanamkan perasaan benci pada abah kerana bersikap zalim pada aku dan adik2. Bile pikirkan balik ade hikmah kenape abah begitu, kami jd seorang yg takut untuk berbuat benda yang salah sbb kami tahu pasti kami akan dihukum. Tp aku rasa jeles dengan adik2 aku yg sekarang sbb abah dah tak mcm dulu, abah dah jarang naik tangan pada adik2. Aku rasa adik beradik aku sekarang mmg beruntung.

Ok lah stop cerita pengalaman aku di masa kecil. Aku pon nak balik pasnie nak pergi Sepang ambil adik kat PLKN. Mengada2 adik aku nie. Lagi berapa minggu jer nak habis, gatal nak balik. Kalau aku tak der kereta agaknye dia tak der mengada2 mcm nie...

Wednesday, May 23, 2007

Walaupon blogspot tak leh buka di UPM nie, tp aku masih boleh m'update blog aku. Aku teringat zaman aku kecik2 dulu, tetiba lak aku teringat zaman kecik2 aku. Aku bukannye asal drpd keluarga senang, abah pulak keje tak menentu. Macam kais pagi makan pagi lah. Dulu masa aku kecik aku hanya ade 3 org adik beradik jer. Aku, Angah dan Alang. Kami bertiga jer dan bersama mak ngan abah tggl di pondok yang buruk lah. Tidak ada elektrik dan air. Mandi pon pakai air perigi jer. Sekarang perigi rumah aku sudah ditebus sbb ramai lak budak-budak main dan jatuh lemas nasib baik tak der yang meninggal. Bila aku teringat zaman kecik aku sedih sangat. Belanja pon kekadang ada kekadang tak ada. Abah pula jenis orang yg garang. Ingat lagi bila time gaji kami adik beradik lambat, mesti kena rotan. Aduh sakit rasenye... Abah mmg seorang yang garang dan tegas.

Nasib baik ade arwah nenek aku menolong kami sekeluarga serta pakcik aku Pak Ulong menolong. Baju raya nenek yang buatkan. Dulu aku malu sangat bila kawan-kawan nak dtg rumah. Bila ingat balik mmg sedih, meleleh air mata melihat kesusahan yg abah dan mak alami dulu. Nak tengok tv gi umah nenek yg berada dibelakang rumah aku tu, tp di sbbkan makcik aku tu garang, selalu marah kami adik beradik tgk tv sampai aku menangis, ialah tv tu abah beli cuma rumah kami tak ade elektrik tumpang la di rumah atuk tu, tp makcik aku tu x boleh la tgk kami nie tgk tv. Balik rumah menangis. Ialah budak-budak masa tu nak tgk kartun lah.

Tidak lama kemudian, abah dapat bantuan perumahan daripada kerajaan. Syukur alhamdulillah... Sbb ade gak org prihatin dengan kehidupan kami time tu. Walaupon rumah baru tu tak besar mana tp lebih selesa la sbb siap sekali dengan bekalan elektrik dan air. Aku adik beradik terasa seronok sangat time tu rase tak sabar sangat nak duduk rumah baru tu. Bile siap macam orang batak la sbb rumah sendiri dah ade tv, elektrik tak der la menumpang rumah orang lain nak tgk tv.

Bila aku sudah meningkat umur 9 tahun dan adik aku angah meningkat umur 8 tahun, terjadilah kisah sedih di dalam keluarga kami....

Aku sambung kemudian untuk bercerita bab sedih ini... Sampai skrg aku masih sedih bila terkenangkan kejadian yang menimpa kami sekeluarga...

Friday, May 18, 2007

Hermmm...Images for your blog codes



Buat pengetahuan member blog aku, blogspot di UPM telah di bl0ck kerana ade seorg yg bangang telah membuat kecoh di UPM dengan mengutuk UPM di dalam blogspot yg dia tubuhkan.. Dan kerana itu setiap blogspot tidak dpt di belek lagi di sini. Tp aku leh update seperti biase dan aku hanya leh bace di preview sahaja. Aduh kerana "nila setitik habeh susu sebelangga". Kepada member yg menggunakan blogspot aku x leh melawat dirumah k0wang lagi sehingga la blogspot di UPM di pulihkan... Wargggghhhhhhh!!!!! Aku sudah bengang dan sedih.Kao Anis Images # 173471



So maybe website selain blogspot aku leh lawati tetapi pd member blogspot aku x dpt lawati kowang... minta maaf bebanyak di atas kesulitan yg aku alami. Ape pon aku tetap ingat kowang..Kao Anis Images # 174385



Aku nak wish Selamat Hari Lahir pada opismate aku Kak Ila.Kao Anis Images # 190784

Selamat hari lahir yg ke-25 tahun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh. Friend Forever n Ever... Sori x der hadiah sbb hujung bulan nie sudah sengkek..Image hosting images

Wednesday, May 16, 2007


AKU YANG BLURR

Aku x tau nak update ape hari nie... Otak tgh blurr dan tepu. Tak leh nak pk. Ape perlu buat diwaktu malam begini, hanya mahu rehatkan otak setelah penat 1 hari bekerja.. Korang tau hatiku dalam berapa hari ini terasa sunyi dan aku merindui waktu zaman sekolah dulu. Kawan-kawan ramai disisi dan dulu aku x pernah lekang dengan telefon kat umah tu, ade jer member yg call aku ajak berborak sampai mak aku marah. Aku rindu sangat zaman sekolah menengah dulu. Aku rindu kawan-kawan lama aku. Sahabat baik aku, ayang, ina, ayong, angah, suzie, uda. Ina, angah, uda dah ade keluarga memasing. Kekadang aku jeles tgk diorg bersama insan tersayang, jeles sangat. Dalam hati bile lak aku nak menikmati kebahagian itu...

Wei, ape plk aku merepek malam nie. Itula bila hati tgh x keruan mcm nie la. Merapun meraban... Oklah nak blahh dulu... Nak balik, hari pon dh kul bape dh nie.. Jumpa esok.

Monday, May 14, 2007

Uhhh... Apsal nie??

Aku tak tau kenapa blogspot x leh nak buka dari hari jumaat hari tu, hanya boleh preview jer... Aku leh website member yg selain blogspot. Ade problem ker? Jangan UPM block blogspot udah la. Udah la dia block photopages.. Aduh susah la mcm nie! Skrg nie aku leh dikatakan ade masa nak mengulor membaca blog member lain ditime aku bosan tahap cipan!

Aku sebenarnye tgh bersedih hati... Aku x tau nak luahkan ape yg terpendam di hati nie... Adekah org akan paham ape maksud yg akan aku luahkan. Kekadang aku rasa hidup aku terlalu hambar, ade jer benda yg tak kena. Sejak akhir ini aku dapat merasakan aku mula hambar membuat keje, x der mood... Aku tak tau apasal diri aku ini??

Aku nak tanye mcmmn perubahan seorg lelaki bile dia dh x suke pada kite?? Mengapa sukar lelaki nak berterus terang bile dah x suke dengan seorg perempuan itu?? Leh kaum adam explain pada aku?

Monday, May 07, 2007


NILAI SEBUAH KEMAAFAN

Tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dengannya keesokan harinya. Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawannya yang lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya. Dia cuba mendekatimu dan menegurmu, tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula KENANGAN MANIS yang pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua SAAT BURUK yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. Tapi di hatimu sudah penuh dengan KEBENCIAN. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya.

Dear my friend,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekrang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sebab hari ini saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu memang seorang kawan yang hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu. Salam Kasih Sayang.

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya. Tapi hanya ibunya saje yang ada disitu. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tanganya, dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah TERLAMBAT. Kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu MINTA MAAF dan ucapkan SELAMAT TINGGAL..


PENGAJARANNYA:-

Semua kawan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukannya dulu sebab kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari. Kalau kamu benar-benar sayangkan kawanmu dan sanggup berkawan hingga nafas terakhir, hargailah kawanmu dan tunjukkan padanya yang kamu benar-benar mempunyai hati dan perasaan.


Dan kerana cerita ini aku forwardkan kepada best friend aku kerana dan 2 bulan kami x bertegur sapa kerana selisih faham sedikit, dan akhirnya kami berbaik semula... Syukur alhamdulillah.

Friday, May 04, 2007

Gi Poco-Poco

Disebabkan aku nie terlalu rajin bersenam dan kuat makan benda yg banyak kolesterol, so aku pon try mennceburkan diri dalam poco-poco.. Wah bes lorr, belajar poco-poco, menari-nari tp penat sikit la... Nk belajar step dia pon m'ambil masa. Kowang tau ker poco-poco tu ape? Poco-poco tu mcm senaman gaklah tp dia more kepada menari dengan iringi muzik yg rancak.. Mmg bes kalu kowang join. Mmg sonok... Badan pon leh jd slim tau mcm aku. Hahahaha! Nasib baik free jer belajar poco-poco nie. Sape yg nak join aku di UPM nie leh la join every friday pukul 12.45 untill 2 petang. Sape yg nak kurus tu leh la join poco-poco yek!!

Aduh blog aku nie sudah diketahui oleh bos aku. Pasnie aku kena hati-hati nak meluahkan perasaan nnt dia tau.. Malu sehh! Tp aku dh ckp ngan bos aku kena rahsia tau!! Bos aku nie baik, cool je orgnye... (bodek bos nie!) hahahhaha! Tp mmg betoii bos aku baik, susah nak mare w/pon aku buat silap dan sentiase tersenyum... Kena puji bos untuk bagi SKT aku tinggi! Jgn lupe yek bos!! hehehhee!

Thursday, May 03, 2007

Kolesterol Tinggi???

Kolesterol tinggi!!! Itulah yang ku alami sekrang. w/pun badan ku kurus, kecik, n comey (hahahhaa) tp aku mengalami kolesterol tinggi... Uhhh nak buat mcmmn nie! Itu la banyak sangat aku mkn KFC, MCD, Pizza.. Dalam sebulan x terkira bape kali aku makan benda2 mcm nie dan kesannye aku m'alami kolestrol tinggi. Aduh mcmmn nak buat nie?? Mcmmn nk turun kolesterol nie... Bahaya tak kolesterol tinggi nie? Takut gak, kalu membawa bahaya pada diri aku nie... Nak kurangkan kolesterol tu, bile kuar makan mesti nak mkn benda yg banyak kolesterol mcmmn nak kawal??? Hye Cik Haniza woiii, kuatkan semangat!! Nie kat kepala hotak nie dah x pk nak makan kek sceret resipi... Yumie sedapnye!! Tadi minta bos banje KFC, dia kata aku ade kolesterol tinggi so tak leh makan...Huhuhuuu sedihnye!! Tp aku nak makan gak! X kireeee!!!!!! Tp aku takut sakit.. Kalu aku sakit sape susah aku gak!! Huhuhuu!

Buat Kak Retna... akak yg terpingin nakk tau pasal "Abg Misai" h0ney tu yek... Kami masih lagi bercinta dan baru jer sambut anniversary yang ke 3 Tahun. Kami nie berjumpe hanya di hari minggu sahaja, kekdg kalu balik awal drpd keje kami akan makan malam bersama.. Kami berdua memasing bz, dia bz ngan keje dia, dan h0ney pon bz ngan keje h0ney... Dan kami baru jer berbaik dr perang besar... Biasa lah kan kak, dalam bercinta mana penah bahagia sentiasekan.. Tp alhamdulillah akhirnye kami dapat memulihkann ketegangan dan pelengkahan antara kami. Buat masa nie, x der berita gembire nak di kongsi ngan akak.. Maybe akak leh kongsi kebahagian akak bersama ngan h0ney tentang "abg kaki panjang"??? hehehhe!