.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Thursday, May 24, 2007

Hari nie bz tak terkata. Memcm kena buat ini pon keje tak siap lagi. Sambung esok lah sbb nak gi Sepang nak ambil adik kat PLKN sana. Itu lah nasib jadi kakak, adik2 bukan tau masalah kakak dia, tau dia senang diorang. Sabar je lah. Ikutkan malas nak ambil sbb badan aku letih, tak tau la larat ker idak nak drive nie.

Aku nak sambung citer masa aku kecik2 tu. Aku masa kecik2 mmg selalu gaduh ngan adik aku angah nie, tp dia nie mmg penyabar orgnya, dan dia seorg yg mmg lurus, aku lah selalu cr gaduh ngan dia. Kekdg jer kami nie baik tak gaduh. Aku teringat kali terakhir aku bermain dengan dia. Kami bermain dalam kotak mesin basuh.. Mesin basuh tu baru abah beli, so kami seronok sangat lah, sbb mak tak payah lah basuh pakai tangan lagi sbb dah ade mesin basuh. Adik aku angah nie dia mmg seronok sangat lah sampai dia ckp kat mak aku "Mak esok angah boleh basuh baju sendiri"...

Aku, angah, alang, siti (kazen), sue (kazen) dan dayah (kazen), lepas maghrib kami mengaji kat rumah ustaz di seberang rumah kami. Hari itu aku tengok adik aku angah happy semacam jer... Sampai ke rumah ustaz dia menyanyi lagu "Oh Ibu" yg di popular oleh exist time tu... Sampai rumah ustaz, ustaz marah angah sbb menyanyi di waktu maghrib. Aku ingat kata2 angah dia kata "alah ustaz hari nie jer saya nyanyi".

Balik daripada mengaji kami selalu beramai-ramai balik, tp angah dia dh jalan di hadapan kami. Tetiba aku dengar bunyi dentuman paling kuat. Aku berlari dan aku terlihat angah terbaring di tepi jalan. Aku kaget time tu, aku berlari dapatkan dia, tp aku tengok dia diam jer.. Time tu apalah budak umur aku tau. Kazen aku dah meraung, aku pulak jd kaget, aku ribakan adik aku, aku kejutkan dia bangun, tp dia tak sedar langsung, aku tgk selipar dan songkok dia dah tercampak di tengah jalan.

Orang kampung time tu tak tau nak buat ape. Kebetulan mak dan abah aku tak ade kat rumah. Mereka pergi menziarahi saudara meninggal. Nasib baik ade seorang hamba Allah yg baik hati sanggup membawa adik aku ke hospital. Aku nak ikut tp atuk aku tak bagi. Aku menangis, dan menangis sbb aku takut nak ckp ngan abah nnt mcmmn. Abah pasti marah sama aku. Mmg sah abah aku dan mak aku balik serta merta time tu mak aku tgh mengandung, abah aku marah aku, sbb aku tak jaga adik aku. Kenapa aku tak balik sesama dengan dia. Aku tak tau nk ckp mcmmn time tu, aku hanya menangis jer. Akhirnya belum sempat adik aku sampai ke hospital rupanye dia dah meninggal dunia dah. Nasib baik mak aku tak pengsan mendengar kabar buruk itu.

Aku melihat sendiri adik aku dibawa balik dengan baju mengaji yg dia pakai sama kaler dengan baju kurung aku tp baju dia sudah penuh dengan darah. Aku melihat badan dia yang sudah tak bernyawa, uhhh bayangkan bertapa aku rasa berdosa dan bersalah time tu. Kalu aku jaga dia betul2 mesti tak akan jd mcm nie... Rupanya dia bersikap ganjil pada hari itu rupenye dia hendak meninggalkan kami sekeluarga...

Bila arwah sudah tiada, rumah terasa sunyi, aku tak der teman bergaduh, tak der teman bersembang, mmg sunyi giler lah. Sbb time tu dia seorang laki jer dalam keluarga kami. Memang kami terase kehilangan sangat. Dan saat selepas dia meninggalkan kami sekeluarga, aku dapat melihat perubahan abah aku, dia tak der panas baran mcm dulu, selalu pukul kami adik beradik. Cakap jer lah kami nie dulu apa jer tak merasa penah kena pukul. Salah sikit kena la pukul, tahan dengan tak tahan je lah badan kami nie. Ingat lagi masa arwah kena pukul dengan abah sampai berbilo2 badan dia, aku sapukan minyak kat badan dia... Semua itu tinggal kenangan... Bila aku tatap gambar dia meleleh air mata nie, kalu dia hidup lagi mesti dia dah besar dah boleh jaga adik2 selain tanggungjawab aku sorang jer. Sedihnya... dah meleleh airmata nie..
Keluarga aku dapat bermacam-macam ujian drpd Allah. Ialah dah lah hidup kami nie susah time tu. Aku tabik ngan mak aku sbb dia seorang yg tabah menghadapi segala ujian Allah daripada abah aku susah, tak ader keje pernah sekali kami mkn ubi kayu setiap hari, sbb abah tak bekerja. Bila aku pikirkan kembali, mmg susah seorang Isteri hendak bertahan. Tp ibu aku seorang yang memang tabah lah. Kalu aku mmg tak boleh kot.

Masa aku kecik aku tanamkan perasaan benci pada abah kerana bersikap zalim pada aku dan adik2. Bile pikirkan balik ade hikmah kenape abah begitu, kami jd seorang yg takut untuk berbuat benda yang salah sbb kami tahu pasti kami akan dihukum. Tp aku rasa jeles dengan adik2 aku yg sekarang sbb abah dah tak mcm dulu, abah dah jarang naik tangan pada adik2. Aku rasa adik beradik aku sekarang mmg beruntung.

Ok lah stop cerita pengalaman aku di masa kecil. Aku pon nak balik pasnie nak pergi Sepang ambil adik kat PLKN. Mengada2 adik aku nie. Lagi berapa minggu jer nak habis, gatal nak balik. Kalau aku tak der kereta agaknye dia tak der mengada2 mcm nie...

8 comments:

Anonymous said...

al - fatihah wat arwah angah honey..

kadang2 mmg cmtu kn..adik beradik yg skrg ni x merasa kesusahan yg pernah kakak2 or abg2 dia rasa skrg...kirenye dorang agak beruntung compare ngn zaman kita2 dulu

Kak Long said...

betoi chii... h0ney rase jeles sgt ngan di0rg. skrg ape diorg nak dapat dulu h0ney susah nak dpt.

sHe_Da said...

X baik tau.. pg2 dah buat kita sedih.. Al-Fatihah utk Angah.. AMin..

Mmg zaman kita kecik2 susah sgt kn. Dulu masa kshida kecik2 pun mcm honey jgk. Kalu Abah marah tu malu sgt kt jenjiran sbb sore dia kalah sore Ning Baizura tau! Tp bila dah besar2 ni n bila dah ada anak sendiri baru tahu kenapa abah bsikap mcm tu. Sbb nak tgk anak2 berjaya kn. Bkn mudah nak membesarkn anak2..

Bila baca kisah honey ntah nape tingat kt zaman kecik2 dulu.. Betullah bebudak skang ni beruntung x rasa mcm kita rasa kn. Skang ni merasa gak jd Abah marahkn adik sbb ngengada! Kalu nak harap abah yg marah, alamat.. hujanlahlah.. Dulu bila abah bersore kita diam menunduk diri, depa skang ni bila kena marah menjwb laju je.. Nyampah tau!

Kak Long said...

betuii tu kak sheda... dulu kite kena marah ngan abah senyap tgk muka abah pon x sanggup.

Adik2 sekrang nie ikut suke hati dia jer nak buat ape... Kekdg tu h0ney yg marah adik2. Geram tgk!

iEn said...

selalunya sebelum meninggal akan bersikap ganjil.. issk.. sedis tol citer ko niee.. Mati itu adalah benar..

Normie said...

Alfatihah buat adik honey-angah.

Sebak akak baca citer honey nie...nasib akak dgn honey seakan sama je...dulu masa kecik2 abah akak pun seorg yg panas baran..klu marah semua kene marah...kdng2 tangan dan tali pinggang jadi teman.

betu kata honey..budak2 skrg nie mmg beruntung tak rasa apa yg kita rasai dulu..

Kak Long said...

akak pon ade pengalaman yg sama gak kan! itu la adik skrg mmg beruntung. Abah dh x mcm dulu. Sporting skrg... Kalu h0ney dulu x tau la nak ckp mcmmn...

Kak Long said...
This comment has been removed by the author.