.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Monday, May 07, 2007


NILAI SEBUAH KEMAAFAN

Tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dengannya keesokan harinya. Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawannya yang lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya. Dia cuba mendekatimu dan menegurmu, tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula KENANGAN MANIS yang pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua SAAT BURUK yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. Tapi di hatimu sudah penuh dengan KEBENCIAN. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya.

Dear my friend,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekrang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sebab hari ini saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu memang seorang kawan yang hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu. Salam Kasih Sayang.

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya. Tapi hanya ibunya saje yang ada disitu. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tanganya, dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah TERLAMBAT. Kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu MINTA MAAF dan ucapkan SELAMAT TINGGAL..


PENGAJARANNYA:-

Semua kawan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukannya dulu sebab kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari. Kalau kamu benar-benar sayangkan kawanmu dan sanggup berkawan hingga nafas terakhir, hargailah kawanmu dan tunjukkan padanya yang kamu benar-benar mempunyai hati dan perasaan.


Dan kerana cerita ini aku forwardkan kepada best friend aku kerana dan 2 bulan kami x bertegur sapa kerana selisih faham sedikit, dan akhirnya kami berbaik semula... Syukur alhamdulillah.

No comments: