.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: 2010

Monday, December 27, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Artikel ini aku dapat daripada link http://www.iluvislam.com so just nak sharing ngan u all. Semoga dapat manfaat daripada artikel ini.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Friday, December 24, 2010

Gud Bye 2010 and Say Hello 2011


Lagi seminggu kita akan mengakhiri tahun 2010 dan akan memasuki tahun baru 2011. Tahun ini banyak liku² hidup, kenangan² yang menyakitkan, dan tak lupa jugak kenangan² terindah yang tidak dapat aku lupakan...

Tahun 2010, episod hidup kekeluargaan ku bermula, disitula banyak perkara² yang mengajar aku erti kehidupan sebenar, hidup sebagai seorang isteri, hidup sebagai seorang Mama, dan juga hidup sebagai seorang anak. Jika Allah tidak memberikan aku kekuatan dan keimanan yang teguh, aku pasti rebah dan tidak mampu untuk menghadapi liku² hidup ku ini. Alhamdulillah, aku berjaya akhirnya, walaupun masih ada kesan² kelukaan dalam hati aku, aku mesti kuat untuk menghadapinya, aku pasti masa akan merubah segalanya dan aku amat berharap tahun 2011 akan ku dapat kecapi kebahagian yang sebenar²nya sebagai seorang isteri dan Mama. Aku juga berharap keluarga aku akan menjadi lebih besar, meriah dan bahagia bersama.

Memang tidak dinafikan, orang dibelakang aku yang support aku ketika dalam kesedihan, kesakitan, aku amat² berterima kasih kepada family aku, family mentua ku, adik² dan juga pada sahabat²ku. I Love u very much!!

Aku harap apa yang terjadi sepanjang tahun 2010 ini, akan menjadi iktibar kepada aku supaya berhati², menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Allah hendak menguji hambanya tidak kira dimana, kita siapa, seberat mana ujiannya, kita kena terima dan lalui dengan menggunakan akal bukannya dengan perasaan.

Alhamdulillah tahun 2010 juga, kenangan terindah buat aku, kerana aku dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Kenangan yang amat terindah buat aku, bila melihat anak yang ku lahirkan dengan selamat. Ya Allah, aku rasa amat beruntung sangat, w/p0n sakit, tapi aku amat gembira kerana berpeluang merasai kesakitan, mendengar tangisan anakku... Selama 9 bulan dalam perut yang ku bawa bersama², kemana² pasti bersama akhirnya dapat melihat anak aku keluar dengan sihat, dan sempurna. Bersyukur kepada Mu Ya Allah...

Aku berharap tahun 2011, adalah lebih baik daripada tahun ini. Permulaan yang baik, pengakhiran p0n yang baik.Welcome 2011!!

Tuesday, December 21, 2010

Jika Terasa Hati...

Hermm... hermm jika hati terasa kat sesorang, mcm x bes jer perasan ketika itu. Macam rasa tak puas hati jer dalam 1 hari tukan, bolah spoil mood kita hari itu. Bila kita terasa kat hubby kita p0n, lagi b0leh spoil mood kita gak kan, ngan member 0pis ker, ngan parents ke. Apa kowang buat jika kau orang terasa hati??

Kalau aku terasa hati, selagi aku tak bagitau kat orang tu, aku rasa mcm tak puas. Mesti aku nak bagitau kat orang tu yang aku terasa hati ngan dia. Itu mmg aku punyer perangai...

Banyak benda aku nak luahkan dalam blog aku, tapi aku takut nanti ada orang terasa hati lak, tapi ada aku kesahh ker?? huhuhuu.... tak boleh la tulis dalam dairi cukup la... Kowang ada tulis dalam dairi lagi x?? Aku ingat lagi, Masa sekolah menengah lagi, aku mmg suka tulis dalam dairi... Kekdang khayal bila menulis tu, bila kita tak dapat nak luahkan sesuatu pada orang ker tentang perasan kita, lebih lega bila kita tulis dalam dairi... Itu lagi baik ;)

Friday, December 17, 2010

Petua Mencuci Hati


Ini adalah di antara cara-cara mencuci hati, so mari kita sama-sama amalkan ;)

* Solat dan berdoa (termasuk solat sunat)
* Selawat kepada Nabi S.A.W (100x sebelum tidur)
* Solat taubat (tiap² malam)
* Membaca Al_quran (sekurang²nya ayat Qul 3x)
* Bermaaf²an setiap hari (sebab kekadang kita tak sengaja menyakiti atau menyinggung
perasaan orang lain)
* Bisikan kepada diri perkara yang positif (contoh : Aku sangat cantik hari ini!)
* Cuci minda/otak (sebelum waktu tidur berniatlah perkara² yang baik untuk esok hari)
* Berpuasa
* Ingat mati (Umat Islam memang kena ingat mati, bila kita ingat mati, kita akan
takut akan dosa yang kita buat dan nak buat)
* Kekalkan wuduq
* Sedekah
* Belanja orang makan
* Jaga makanan
* Berkawan dengan ulama
* Berkawan dengan orang miskin
* Pesan kepada orang jadi baik (sekaligus pesan kepada diri sendiri)
* Jaga pacaindera

Ini adalah perkara-kara yang boleh menyucikan hati kita daripada hasad dengki, marah dan sebagainya yang boleh menyebabkan hati kita tidak bersih.

Tuesday, December 14, 2010

Hye all, lama giler aku tak update.. Aku sangat bz dalam bulan ini.

Bebaru ini arwah ibu mentua ku kembali ke rahmatullah, pada 28/11/2010, setelah 3 bulan lama sakit terlantar di hospital. Aku mendoakan ibu mentua ku dicucuri rahmat. Baru setahun aku dapat merasa kasih sayang ibu mentua, tapi Allah lebih menyayanginya. Sebak, sedih rasanya... Bila balik seremban tu, tgk rumah itu tiada seri, selalunya ada ibu mentua ku, sekarang rumah tu yang tinggal abah dan adik bongsu sahaja.

Dugaan itu tidak sampai di situ sahaja, anak teruna aku demam pulak, selepas demam tu dia kena campak. Kesian betoii tgk dia, dah aku tak tido malam. Letih penin semua ada, demi anak apa p0n kita buat supaya dia kembali pulih. Selalu datang kerja tido tak cukup.

Ok la, lain kali story balik, banyak benda nak citer tapi x ada kesempatan, sbb bz bangat. Kerja sekolah p0n tak siap lagi... aduss penin! penin!!

Wednesday, November 10, 2010

My Baby 4 Months

Pengarang Jantung Hatiku...


Hari nie genap anak teruna aku 4 bulan. Dah makin besar anak mama. Mcm semalam jer baru melahirkan dia.. Anak aku sekarang dah pandai nk sembang dengan bahasa dia la entah apa2 tah kalu dia cakap, pas2 dia pandai gelak dan senyum. Kalau main geletek2 ngan dia ketewa dia kuat giler, lelagila bila dia menjerit nyaring 1 bl0k umah aku b0leh dengar jeritan dia..

Bila dia makin besar, makin banyak ragam dia yang dapat aku lihat. Nampak juga unsur² kedekut dia gak, sbb sekarang dia dah kenal barang² mainan dia, kalau nampak botol susu dia tu, dah pandai tangan dia nk ambil. Lagi 1 perangai baru dia, dah pandai nak menyembur, aduhh muncung jer mulut dia. Anak teruna aku suka sangat main air, hari tu bawa gi mandi di Bayu Beach Resort, sonok betoii dia..

Alhamdulillah, aku dapat membesar dia dengan tangan aku sendiri, walaup0n mak aku memujuk aku tinggalkan dia di kampung sbb aku tak percaya orang lain jaga cucu dia. Pernah masa tidak dapat babysitter lagi, aku tinggalkan dia seminggu dikampung, tiap² malam aku meleleh air mata, rindu sama dia, hari pertama lagi dasyat, bengkak² la mata aku nie nanges sbb rindu kat dia, sampai hubby aku p0n turut mengalirkan air mata teng0k aku nanges tersedu². Kerana tak nak berpisah lama dengan anak teruna aku, aku cari babysitter cepat², alhamdulillah aku dapat babysitter yang menjaga anak teruna aku dengan baik... Dia jaga anak aku s0rang jer, memang syukur sangat.

Mama & Aqeel

Monday, November 08, 2010

Pengalaman Bersalin II

Lama giler aku nak update bl0g...huhuuu... Nak tulis bl0g p0n kena cari m0odkan, s0 malam nie m0od aku nak sambung balik cerita pengalaman bersalin aku.

Pukul 9 pagi masih lagi aku tak bersalin2, kesakitan aku tak dapat nak tanggung lagi, nk menanges mcm tak kuar air mata, cuma mampu menahan dan membaca ayat nabi Yunus tu. Pukul 10 pagi tu, aku dah tak tahan, lalu aku panggil nurse kata aku dah tak tahan sangat, aku nak bersalin jugak. Nurse tu kesian pada aku, dia p0n men0l0ng aku untuk mempercepatkan aku bersalin, dengan menggocang2kan perut aku, hingga dia menyuruh aku meneran mcm nak buang air besar, lepastu doktor p0n masuk, dan ramai giler doktor pelatih masuk sekali, sempat jugak aku menjeling2 doktor2 pelatih tu, terselit seorang doktor pelatih lelaki... Wargghhh aku berase malu jugak time tu, tapi dlam masa yang sama aku meneran2 nak bersalin.

Bilik aku tu amat riuh rendah dengan suara menyuruh aku push! Push! Push! Push!! aku pulak mcm dah x boleh nk fokus... Mn suara suami aku, mn suara doktor, aku dh mcm blurr mn satu suara aku nak dengar... Doktor suruh aku push lagi, sbb anak aku dh berak dah nk mkn tahi, tapi aku tak berdaya, akhirnya doktor kerat dan tolong kuarkan anak aku, alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan, aku nampak doktor tu jolok dalam mulut anak aku, maybe kuarkan tahi yg dia makan, baru aku dengar anak aku menanges.... aku sangat2 seronok tgk anak sul0ng kami selamat dilahirkan.

Pengalaman yang tak boleh aku lupakan ialah pengalaman dijahit... Ya Allah hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang aku alami time tu... mula2 dia bagi bius aku tak rase sangat siap sembang2 ngan nurse tu, bile bius dah hilang, Ya Allah aku tak sedar bila masa aku pengsan sbb aku tak tertahan sakit tu...Aku dalam separa sedar time tu, aku dh tak berdaya, ialah satu hari aku tak makan. Bila ingat balik pengalaman jahit tu, buat aku pikir banyak kali untuk pregnant dalam masa terdekat nie... huhuhuu.

Alhamdulillah la, Allah memberikan aku peluang yang berharga ini untuk aku menikmatinya... Walaupun ngeri tapi manisnya tetap dirasai dengan kehadiran anak teruna ku... Sekarang anak teruna aku dah nak masuk 4 bulan... dh banyak ragam dah, kekdg buat aku geram!

Habislah citer pengalamanku bersalin.... Aku syukur sangat sbb bersalin normal tapi masa pantang seminggu gak la aku terbaring di atas katil, jalan p0n perlahan2 jer sbb sakit sangat kesan jahit tu... Huhuhuu ngeri siutt!!

Friday, October 15, 2010

Pengalam Bersalin...



Alhamdulillah akhirnya aku selamat gak bersalin. Walaupun mcm takut untuk menempuhnya bila baca kisah kawan², dengar kawan² bercerita pengalaman bersalin, uhhh sangat ngeri ok.. Akhirnya aku pon merasa gak sakitnya bersalin tu.

Pada hari jumaat 9/7/10 balik dari kerja tu, aku baring kat depan tv sampai tunggu hubby aku balik kerja.. masa ku bangun nak buang air kecil, aku terkejut keluar darah, aku terus ckp ngan hubby aku, ada keluar darah... Aku panik, hubby aku p0n panik, orang kata itu tanda² nak bersalin. Hubby aku call maknya tanya, mak mentua aku kata kalu tak sakit jgn gi hospital lagi, mak aku p0n ckp mcm tu gak. Oklah tapi masa aku nk mandi, aku tgk darah masih keluar lagi, aku bagitau hubby aku lagi, last hubby aku call kakaknya, kakak ipar aku kata baik gi hospital, dia kata itu dah terbuka tu... Hubby aku p0n ajak gi h0spital, but time tu aku tak rasa sakit ape p0n.

Sampai di hospital serdang dalam pukul 8 mlm kat emergency tu.. nurse suruh aku masuk dalam tuk doc check... Doc kat situ muda² belaka.. Masa doc seluk nk check jalan dah buka ker belum, uhhh sakit siutt!! Tapi dia x dapat agak berapa cm dan buka, last² dia suruh nurse yg check kena seluk lagi, sakit hanya Allah jer tahu.. nurse kata baru 1cm... dia kata lambat lagi nak bersalin nie. Dia kata selalunya balik dulu la. Aku nak balik rumah nie, menunggu kebenaran doc punyerla lama, time menunggu tu aku dah rasa sakit², tapi aku masih boleh bertahan lagi. Pukul 11 malam doc baru kasi balik.. Lama giler nak suruh aku balik. Nurse cakap ngan aku bila air ketuban dah pecah baru datang balik. Aku dan hubby p0n balik la..

Dalam perjalanan balik tu menyinggahla beli makanan, tapi aku tak rase nak makan, hanya beli ais milo jer. Sampai rumah dalam pukul 12 malam. Aku dan hubby melepak di depan tv, time tu aku dah rase sakit sangat tak boleh nak tido, ingat nak tido depan tv tu, pastu aku ajak hubby tido dalam bilik. Masa aku baring atas katil nak tido tetiba bunyi 'pop' dan aku kebasahan, time tu hubby aku tengah s0lat isyak. Pas jer hubby habeh bagi salam, aku cakap ngan hubby aku yang aku rasa basah. Hubby aku check dia p0n x tau air ape, aku p0n x tau, so aku buat kesimpulan maybe air ketuban pecah. Aku bangun jer dari atas katil, ambil ko selambak air tumpah di atas lantai... hubby aku p0n terkejut, aku lagila... hubby aku dah panik, kelam kabutla kami ke hospital. Hubby aku bawa kete dah kalah lumba F1 bawa... aku dh mula rase sakit yang amat sangat but aku masih menahan lagi kesakitan itu.

Sampai dihospital (nasib baik hospital dekat), aku diletakkan diemergency lagi, doc datang check, check jantung babyla memcmla... lama giler nak suruh aku masuk dalam labour room punyerla lama. Asyik duk menyeluk jer, sakit tau!! Time tu dah kul 3.30 pagi, doc baru suruh aku ditempatkan di labour room time tu baru buka 3cm... aku p0n dibawa dilabour room, air ketuban aku tak henti² keluar, habeh basah kain. Masa dilabour room, hubby aku temankan, Ya Allah time tu sakit sudah menjadi², hubby aku memagang tangan aku tak henti², bila sakit datang aku gengam tangan hubby aku... Ya Allah hanya Allah jerla tau sakit time tu. Nak menangis tapi air mata tak keluar. Memang satu malam hubby ngan aku tak tid0. Aku nak tido tak b0leh sebab sakit datang 5 minit 5 minit.

Nurse² kat situ semua ramah tamah, ajak berborak, bagi semangat.. alhamdulillah terima kasih nurse² di Hospital Serdang. Aku siap tanya nurse lagi, "lambat lagi ker saya nak bersalin" (uhh mcm tak sabor jer bunyinyakan) tapi sebenarnya aku dah tahan nak tanggung sakit. Nurse tu siap cakap ngan aku "lambat lagi kak maybe tengahri akak bersalin, sebab jalan tak buka besar lagi". nurse tu siap goncang² perut aku, dia cakap anak aku tidur tak aktif. Hubby aku dah tersengguk² kat sebelah aku, ye la 1 malam tak tido menemankan aku. aku p0n dapat tid0 kejap² jer.

Pukul 9.00 pagi, doc pakar dan anak buahnya datang check. Ya Allah ada seorang doc nie perempuan dah la badan besar tanpa izin sama aku, dia tak cakap ape p0n ngan aku, main seluk jer... Ya Allah time tu aku nak menjerit jer, doc pakar perempuan yang baik tu, cakap ngan aku tarik nafas, hembus kalu sakit. Doc yang berbadan besar tu, macam muka t0ya jer, korang bayangkan la tangan dia yang besar duk seluk kat bawah tu... sakit siutt!!!

Eh dah panjang aku duk bercerita tangan p0n lenguh menaip nie.. nanti² aku sambung balik yek. tungguu..........

Thursday, October 14, 2010

I'm Back!!!

Salam rindu buat semua kawan² blog aku dan blog aku sendiri..

Lama giler aku tak update bl0g akukan... Buat pengetahuan kowang, aku sudah selamat melahirkan seorang anak 'teruna' yang ku berikan nama Muhammad Aqeel Hakimi yang dilahirkan tanggal 10hb Julai 2010 tepat 10.55 pagi di Hospital Serdang. Aku lahirkan anak aku normal, alhamdulillah semuanya selamat...


New born : Muhammad Aqeel Hakimi



Now : 3 months



Bila dah jadi mama nie, memang sangat berertila hidup ini dengan kehadiran baby... terasa lengkap kehidupanku ini... Balik kerja bermain ngan si teruna aku, hilang rase penat... Sangat bahagia.

Nanti aku ada masa, aku nk cerita pengalaman masa bersalin lak... sangat ngeri ok ;) tunggu............

Friday, June 18, 2010

Bengang!!!

Tajuk aku hari nie bengang! Sebenarnye aku bengang dari semalam tapi disebabkan bengang aku tak dapat nk menaip dalam blog sbbnya aku sibuk dan orang sibuk dengar cerita aku apasal aku bengang!

Ceritanya begini, semalam aku dapat surat aduan daripada seorang hamba Allah (dia adalah pegawai). Dia menulis aduan tentang aku disebabkan paper work dia aku tak masukkan dalam meeting Pengurusan Universiti pada hari rabu iaitu 16/6/2010. Aku tak tau mcmmn dia boleh mengatakan aku begitu sekali, mmg aku sakit hati sangat apa yang dia tulis tentang aku!! Hingga menyentap jantung aku!! Kenapa dia tak tanya aku dulu sebelum dia buat aduan??? Kalau aku balas balik mesti dia malu gak, sbb aku rase itu bukan salah aku!!

Pada petang selasa aku rase dalam pukul 3 petang, staf dia ada hantar paper work untuk dimasukkan dalam mesyuarat Pengurusan Universiti keesokkan harinya iaitu hari rabu lahkan... Mesyuarat Pengurusan Universiti diadakan pada pukul 9 pagi. Dalam surat aduan itu, dia ada mengatakan dia sudah berbincang dengan bos aku bahawa dia nak masukkan paper work dia untuk meeting pengurusan, tapi paper yg dia hantar itu pada petang selasa, kalu ikutkan prosedur kami, setiap Pusat Tanggungjawab perlu menghantar paper work untuk kelulusan seminggu awal daripada meeting!! tapi yang dia hantar pukul 3 petang dan esoknya meeting!! Dah terberak baru nak gali lubang orang katakan!! So aku berhak, nak bawa masuk paper work itu dalam meeting atau pon tidak, sebab tiada sorang pon daripada pihak dia bgtau aku yang paper itu URGENT!! So disini sape yang salah???

Ini adalah bentuk ADUAN beliau :-

1. Pn. Haniza sepatutnye berbincang terlebih dahulu dengan ketuanya sebelum memutuskan kertas mana yang patut dibawa ke JPU.
2. Pn. Haniza tidak berhak untuk menentukan sama ada Pengurusan mempunyai masa yang cukup untuk melihat semua kertas yang ada.
3. Beliau boleh bertanya (telefon) sama ada kertas yang dihantar perlu dibawa atau tidak.
4. Beliau sepatutnya memberitahu bahawa kertas tersebut akan dibawa pada mesyuarat akan datang dan menunjukkan rasa tanggungjawab agar tidak menyusahkan orang lain.

Ok ini jawapan aku untuk aduan beliau :-

1. Aku nak bincang ape?? banyak lagi agenda tambahan yang aku buat hari itu, sedangkan dia hantar paper itu dah lewat!! So aku x der masa nak bace paper ko tu!! Pas2 ko main hantar jer kat aku, ko tak mention ape2 pon kat aku!!

2. Aku dah tau paper ko tu mesti tak akan dibincangkan, sbb banyak paper yang ko hantar tu, mesti akan ditangguhkan pada mesyuarat akan datang!! Aku dah lama buat kerja nie, aku dah tau sangat situasinya dia mcmmn! Paper ko tu paling banyak menyusahkan aku!!!

3. Bukan tugas aku nak bertanya nak call ko perlu masuk ker idak! Sepatutnya ko bgtau kat aku!! Itu bukan tanggungjawab aku!! Setiap PTJ yang hantar paper kat aku semua mention pada aku benda ini penting ataupun tidak! Dan aku pon dah bagitau kat diorang kalu ikut prosedur kena hantar seminggu awal!! Ko paham x seminggu awal! Sedangkan ko hantar paper tu nak kata sehari sebelum bukan, tapi dan terberak baru ko nak gali lubang!! Ko ingat aku tak der kerja lain ker???

4. Ini pon bukan tugas aku nk bgtau kat ko! Ko kena berhubung dengan akulah... Staf ko pon x call aku! Staf ko jumpe aku pada petang rabu tanya paper ko masuk ker idak?? Dah habeh meeting baru nak tanya aku ker??? Sepatutnya kalu ko rase paper ko urgent ko buat awal2 dan dan hantar awal!! Jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Kesimpulannye, aku tak bersalah!! Ko yang bersalah.. Sebab ko tak ikut p0n prosedur yang kami dan keluarkan pada tahun 2007. Itu pon kami nie berbaik hati gak lah ade paper yang kami terima lewat masukkan dalam meeting, itu p0n sbb dia mention kat kami paper dia urgent!! Ko ade bgtau ker??? Ko tak bgtau p0n... So ko jgn suke hati nak cakap aku mcm tu!! Kalu aku tak bertanggungjawab, kerja aku nie aku tak buat p0n!! Dah la aku nak bersalin, kerja mcm bodoh duk bertangging dengan banyaknye hingga perut aku sakit! Ko suke hati nak komplen pasal aku mcm tu tanpa ko tanya aku p0n!!

Aku p0n kekdang tak paham jugak ngan orang atasan buat prosedur mcm nie tapi buatnya semua tak ikut prosedur, itu sebab PTJ2 nie naik muak! Suka hati mak bapak dia jer!! Kalu ko dah tau kerja ko urgent patutnya ko buat benda itu awal! Hantar awal jgn dah terberak baru ko nak gali lubang!!

Start dari semalam, aku langsung tak boleh tgk muke mangkuk tu!! Buat masa nie bigbos tak panggil aku lagi, kalu dia panggil aku ngan mangkuk tu mmg aku akan cakap sepenuhnya! Aku akan bawa sekali surat prosedur kami tu!! Jangan ingat ko pegawai aku takut nak mempertahankan diri aku!! Kalau aku betoii aku tak takutlah.. Dengan ko p0n aku tak takut!! Nampak jer muke dia mmg aku menyampah!! aku sukar nak benci orang tapi bila orang buat aku mcm nie, mmg aku akan benci sama dia tak tau la sampai bila tapi yang pasti sekarang nie aku tak boleh tgk muke dia!!

Tuesday, June 15, 2010

Sudah Tidak Larat...

Kandungan aku dah masuk 35 minggu, rase mcm dah tak larat sangat apatah lagi nak berjalan sangat berat kaki ku melangkah, ialah membawa perutku yang besar nie... Pergi kerja pon dah tak bawa kereta, hubby yang hantar setiap pagi, balik pulak tumpang budak opis tp itulah kalu budak opis balik lambat kenalah tunggu... Kalu dia tak datang, aku kena drive gak, kalu tak sape nak ambil aku balik kerja.. hubby pulak kerja kat KL dia balik pon 5.30 petang tunggu dia kalu nak datang ambil pon dah 1 jam kan... larat ker tak larat ker kena gak drivekan!

Orang yang jumpe aku semua kata, mcm dah tak lama jer nak bersalin nie. Kalu dia kuar minggu depan alhamdulillah la cukup 9 bulan... hehhee, lega la rasenye.. maunye dia nak kuar 3 minggu lagi so aku kena la tunggu lagi... aduh sungguh tak larat. Aku respek pada mak aku yang boleh melahirkan anak seramai 12 orang, sungguh kuat semangatnye... Aku jer yang lemah dan tak bermaya... huhuhuu. Bukan dibuat2 tau tapi mmg aku tak larat, ialah ade penyakit anemia pulak tu... huhuhuu. Doc cakap mmg selalu letih, penat dan tak bermaya...

Inilah dugaan orang mengandung, ade yang ok, ade yang tak ok mcm aku nie... Yang sihat yang x mabuk tu, aku tgk seronok jer... Kalu aku nie mabuk, muntah2 salah mkn jer muntah, habeh semua makanan kuar.. makan pedas pon tak boleh.. tak apelah aku redha, ini semua untuk anak yang dalam perut nie, janji dia sihat, alhamdulillah... So aku kenalah bersabar untuk berape minggu lagi nie... Harap aku dapat bersalin dengan selamat nanti... Pas2 boleh cuti 2 bulan... yahhoooo!! hehehhee...

Friday, June 04, 2010

Di Tahan Wad

31hb Mei 2010, Hari Isnin, aku pergi Hospital Serdang sbb dapat surat refer dari klinik yang aku selalu check up tu untuk buat appoinment ngan doc pakar. Sampai di hospital aku call member yang keje di hospital, almaklumlah aku bukannye tau selok belok hospital mn nk refer dah la sorang2.. nasib baik ade member kerja kat situ kak liza, dialah temankan aku mn aku nk buat appoiment ngan doc pakar. Bile sampai jer kaunter pendaftaran tu, nurse tu siap kata datanglah hari rabu atau jumaat sbb time tu x der pesakit ramai sangat boleh terus dapat tarikh appoiment. Aku pon mcm bengang gak, boleh pulak dia cakap mcm tu, aku penat2 datang, nak suruh aku balik. Aku cakap ngan nurse tu, aku tunggu walaupun 1 jam. Alang2 aku dah datangkan.

Sementara nak tunggu dipanggil tu, aku gi bekpes dulu, then aku datang balik. Tak berapa lama tu, nama aku dipanggil oleh nurse dan dia cakap ngan aku doc suruh aku pergi ke wad bersalin. Time tu aku confius gak, aku dah nk kena bersalin ker?? huhuhuu. So aku gi jumpe kak liza lagi tanya mn wad bersalin, dia pulak kata ngan aku maybe kena tahan wad nie, dia pon dah printkan aku GL. Aku pon ikutlah dia gi wad bersalin, sampai sana, doc buat check aku, mcm biase check urin, jantung baby dan terutama sekali darah aku. Doc pelik gak mcm tak percaya aku kureng darah, bukan dia sahaja tak percaya, aku pon sama tak percaya aku kureng darah. So dia ambil darah aku,untuk di uji kembali dan mmg sahlah aku kureng darah iaitu 6.9 jer. Then doc cakap ngan aku, aku kena tahan wad untuk dimasukkan darah sebanyak 2 pack. Then aku sms hubby aku bgtau aku kena tahan wad.

Pukul 2.30 ptg, aku dimasukkan dalam wad, semua orang dalam wad tu ade mcm2 masalah. Memula2 aku dimasukkan dalam wad class 3, pas2 aku minta tuko masuk wad class 2 aircond sikit... hehehhe demand! Dalam wad itu, aku bersama 3 orang kakak yang mengalami masalah yang berlainan. Seorang kakak tu sbb turun darah, sorang lagi sbb air turun dan sorang lagi ade masalah jantung dan aku masalah darah. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku ditahan di wad. Sangat bosan aku duduk dalam wad. Dah la tak der tvkan, so bace majalah jer lah...

Hari pertama di wad tu (hari isnin) aku dimasukkan 1 pack darah sangat sakit tau masuk darah. Takut jugak kalu darah tu x sesuai ngan aku tapi alhamdulillah ok. Malam mmg tak boleh tido, sbb terase jarum ditangan, tangan pon bengkak! Mmg susah nak tido, pas2 pukul 12mlm, 2 pagi nurse datang check jantung baby. mana boleh tido lena. Hari selasa pon, aku dimasukkan darah untuk kali ke dua. So habeh masuk darah kul 3 petang, ingat petang selasa tu dah boleh kuar, tapi jgn mimpi aku. Sbb selepas masuk darah tu, 9 jam kemudian, darah aku kena diambil balik untuk uji kaji. Pukul 12 malam, doc datang nk ambil darah untuk di uji.

Hari rabu, aku tunggu jugak keputusan darah aku tu, pukul 10 pagi doc pakar datang, tapi dia x cakap pon aku boleh kuar wad ker idak. Pesakit lain semua dia cakap boleh ker idak. aku mcm x puas hati, aku tanya nurse, aku boleh kuar wad ker idak, then nurse tu cakap nnt saya tanya doc. Dalam tghr tu, nurse datang jupe dia kata aku boleh kuar, yahooo seronok rasenye dapat kuar wad. Nurse cakap doc kata x payah tunggu result darah aku, nnt dia akan call. Ok lah mcm tu, aku pon bgtau hubby aku, aku boleh kuar wad. Pukul 2 ptg aku kuar wad, sangat seronok dapat kuar dari wad tu. Seksa betoii duduk dalam wad! Tapi aku adelah pengalaman duduk dalam wad tu kan. Nnt nak bersalin mesti wad balikkan. huhuhuhuu.

Doc ade bising ngan aku suruh makan benda2 yang menambah darah, hati ngan kerang tapi itulah masalahnye itu makanan yang aku tak makan. Kalu aku tak makan tu janganla paksa aku makan! Aku telan jerlah ubat yang diberi. Doc siap cakap kureng darah nie boleh membahayakan aku ngan baby aku. huhuhuhuu cuak dengar!

Tapi now, aku rase better sikitlah, sbb duduk umah, tak payah pk pasal kerja. Kalu boleh aku nak terus duduk umah jer nie sampai bersalin. Ialah perut makin besar nie, nak berjalan pon malas. Nak duduk jer.... tapi yang pasti x nak duduk kat wad lagi. hhedhhehe... seksa wooo, cucuk sana sini sakit tau!!

Minggu depan dah masuk kerja balik, uhhh sangat bosan tgk kerja aku tu!!

Thursday, May 27, 2010

Check Up

Hari ini aku gi check up di Klinik Mesra, mmg tempat selalu aku check up. Masuk jer bilik doc pagi tadi, doc tegur muka aku nampak pucat! Doc check aku punyer kad merah, mmg ada result tentang aku kurang darah.. So tadi aku di ambil darah lagi untuk check balik darah aku ok atau pon tidak dan ternyata darah aku makin rendah dan kurang! Doc bagi keputusan aku akan dirujuk ke hospital untuk berjumpa dengan doc pakar. Mmg doc p0n mcm bising, ye lah darah nk lahirkan baby kan banyak darah keluar ini kurang darah pulak... Uhhh mcm bahaya jer...

Doc pon suruh aku makan keranglah makan udang dan bagi pil tambah darah. Masalahnya aku dah pernah makan ubat tambah darah tu, hasilnya aku akan muntah²! Tapi ini doc dah bising, so aku kena pakse diri aku untuk makan ubat tambah darah tu. Nasib baik baby aku ok, normal dan tak ade masalah, cuma mama dia jer yang ada masalah sikit. So aku kena tunggu call dari klinik untuk merefer aku ke Hospital Serdang nanti.

Patutlah sejak akhir ini, aku asyik penin, dan badan lemah, adakah itu tandanye aku kekurangan darah?? Aku harap semua ok, semua berjalan lancar. Takut gak nie... Ini hubby aku tak tau lagi result check up aku hari ini, kalu dia tau apa doc cakap mau dia akan membebel ngan aku! Hubby aku sejak akhir ini mmg kuat bebel ngan aku lelagi bab makan ubat! Tapi bebel dia kejap jer pas2 dia diamlah... huhuhuu. Aku tau dia bebel tu sbb dia sayang aku ;)

Wednesday, May 26, 2010

Hari ini start hubby hantar gi keje... Sbb aku dah tak larat nak drive kete dah. Nak gi keje selalu jem kat depan umah aku, pas2 bile petang badan mcm lemah jer nk drive.. Perut pon makin besar, selalu mengah! So aku cakap ngan hubby, aku dah tak larat, then hubby aku cakap dia akan hantar aku gi kerja.. Lega hati bila dia cakap mcm tu.. Tp mmg datang keje awallah sbb hubby kena patah balik umah, hantar kete then dia ambil moto untuk gi tempat keje dia pulak... Kesian jugak tgk dia patah balik tapi apakan daya, dia kena lebih kesian pada aku yang berbadan dua nie "wink!

Sebulan lebih jer yang.... Ayg kena berkorban yek untuk cyg dalam sebulan lebih ini.. Tak sangka mcm sekejap jer masa berlalu, kandungan pon dah mencecah 8 bulan. Doktor jangka aku akan bersalin 19/7/2010. So lagi sebulan lebih nak bersalin... tetibe lak mcm nervous menunggu kelahiran babyku nanti...

Sekarang nie aku suke tanya orang atau baca cerita sesape kat blog pasal pengalaman bersalin... Sonok pon ade ngeri pon ade aku bace... Tapi aku harap masa aku nanti akan berjalan dengan lancar... Doakan aku yek kekawan.

Monday, May 24, 2010

Belajar Pakai Kain Batik...


Kelakar giler dan mmg x boleh blahh sbb kena belajar kain batik. Aku mmg dr dulu dari zaman remaja, anak dara, dewasa dan nak menjadi mama nie mmg aku tak pandai nak pakai kain batik. Entahlah aku mmg x suke nak pakai kain batik. Mak abah aku dari dulu duk bising ngan aku, sbb tak nak belajar pakai batik.. dan sekarang padan muke aku sendiri, sbb kena belajar pakai coz nanti bersalin kat hospital, mana boleh pakai seluar kena pakai kain batikkan.. Seksa sehh aku nak melipat kain batik tu...

Dalam kepale otak dah pk, nak jahit kain batik tu buat kain, ade getah x payah susah² nak lipat tapi apakan daya, mak aku sudah jahit kain itu, so aku kena belajar lipat kain batik aku! Hubby aku duk gelakkan aku tgk cara aku pakai kain batik, siap kata "dah mcm minah indon"! sungguh hampehh! Tak apelah disbbkan nak bersalin jer nie, aku kena pakai kain batik... terpaksekan diri untuk belajar ok!!

tapi terus terang aku cakap mmg aku tak boleh blahhh pakai kain batik!! sungguh merimaskan! huhuhuu...

Wednesday, April 28, 2010

Tak Sihat

Kandungan aku dah masuk 7 bulan, rasa macam sekejap jer masa berlalu. Lately nie, aku asyik tak sihat jer... Dah rase malas nak gi klinik. Hubby aku kata sbb baby nak besar, itu aku tak sihat jer. Aku ingat sindrom muntah aku dah habeh, tp masih lagi, aku tak tau nak buat ape.. Terima jer la dugaan ini demi anak dalam perut aku ini.

Sekarang ini, seronok sangat bila terase pergerakkan dia dalam perut. Kekadang² dia menendanglah, bergerak, s0n0k lah tgk! Selalu hubby aku lah, dia selalu pegang perut aku, dia rasa pergerakan baby dalam perut, bila baby itu menendang, hubby aku terkejut... Kelakarlah pulak aku tengok but comey sangat!

Tak sabar nak tunggu anak dalam kandungan aku keluar, bile dah kuar aku rase lega. Lagi 2 bulan jer.. Aku kena sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Memang selalu tak sihat sekarang nie, kalu tak mc aku cuti. Kepale aku selalu pusing dan aku cepat penat. Memang aku dah tak larat dah.

Thursday, April 08, 2010

Dah lama benar tak updatekan... Sibuk duk FB jer sekrang nie... masa memula² pregnant tu, tak lalu nak tgk FB. Sejak ade hubby yg tgh ghairah ngan FB dia, aku p0n terikut sekali, nk monitor dia buat ape... Hahhaha! Boleh ker begitu???

Hermm... Aku dapat good news dari adik aku, dia p0n dah pregnant, wah tak sangka aku akan dapat anak buah tak lama lagi, dan anak aku adalah kawan dia. Mak abah aku dapat 2 orang cucu dalam 1 tahun nie. Makin besarlah family aku nanti ;)

Sebenarnyakan, aku ada tidak kepuasan hati aku pada seseorang, pendek kata pada bos aku lah! Entahlah sejak akhir² ini, aku macam bengang jer ngan dia! Geram p0n ada! Aku p0n dah b0san dah nak kerja ngan dia! Entahlah kekadang² itu, aku strees tau! Dia mcm tgk aku tak der buat kerja sangat! Ade 1 tu aku terase, pasal follow up ngan KPT, dia ingat aku tak follow up ker? setiap hari aku call KPT, tapi jawapan KPT tu sama jer... Agaknye dia tak percaya pada aku, dia call sendiri. So ape jawapan KPT pada dia?? Entah malas aku nak ambil tau...

Aku memang dah malas nak kerja teruk², mcm memula² aku kerja itu. Sebab aku tak nampak p0n penghargaan pada aku, memanglah aku tak minta tapi sekurang²nya orang hargai apa yang aku buat! Bila aku dah fade up, aku akan buat kerja macam biasa jer.. Aku dah tak kisah apa orang nak cakap... Orang bukan faham p0n kerja aku kan!!

Banyak benda yang aku tak puas hati kalu citer pasal kerja nie.. Tapi aku malas lah... Aku diamkan jer, walaup0n dalam hati aku sakit hati sangat! Sekarang nie, aku dah tak buat OT, so pukul 5 jer sharp aku balik. Kerajaan p0n tak ader duit dah nak bayar OT, lagi p0n management yang baru nie p0n, tak berapa kasi buat OT.. so jika kerja aku tu, aku boleh siapkan dalam opis hour aku akan siapkan, kalu tak siap buat jer la hari keesokkannya, kekedang jer aku balik lambat sikit sampai pukul 6 tapi aku tak claim lah.. Malas lah nanti banyak citer...

Aku tau banyak orang komplen aku garanglah apa lah.. Tapi manalah aku tak marahkan diorang suka buat last minute pas2 semua kata urgent nak minta kelulusan.. Iskkhh, aku tak paham betoii! Kekadang² itu, aku nak jer diorang ambil tempat aku nie, ko buat kerja aku!!

Nanti aku cuti bersalin p0n, b0s suruh aku yang tanya aku, siapa yang akan ganti aku?? Perlu ker aku fikir sape nak ganti aku?? Terpulanglah pada managementkan dan bos aku, carilah sapa yang sesuai nak gantikan kerja aku nie!! Time itu, aku fikir, aku nak bersalin dengan selamat jer...

Tapi alhamdulillah lah, masa aku tgh pregnant nie, adelah budak opis aku tolong aku buat kerja mcm zerox ker, nasiblah ade yang sudi tolong. Aku bukan ape, aku tak larat nak diri lelama kat mesin itu...

oklah chow dulu... Nak sambung buat kerja... Rasa lega sikit bile dapat luahkan apa yang terbuku dihati... No body prefect, but aku buat yang terbaik untuk diri aku :)

Thursday, February 18, 2010

Perkahwinan Adik ku dan Kawan Baik ku

Pada tanggal 13hb Februari 2010 selamatlah adik ku dan kawan baikku menjadi isteri orang. Adik aku telah diijab kabulkan bersama pasangannya Solihin, manakala kawan baikku Syahila bersama pasangannya Faiz. Nasib baik best friend aku tu nikah pagi so aku sempatlah datang pernikahannya... Manakala adik aku disebelah petang.









Memang penatkan kenduri nie, teringat masa perkahwinan aku tahun lepas mmg penat... W/pon aku tak banyak sangat buat kerja masa kenduri tu sbb berbadan dua tapi mmg rasa penat sangat. Hubby aku dia tukang basuh pinggan mangkuk, rajin la konon... huhuhuu... Photographer adik aku sape lagi kawan aku la ACAI tu... Mmg penat giler aku tgk Acai. Apa nak buat dah tugas... huhuhuu.



Aku mendoakan semoga perkahwinan adik aku dan kawan baik aku berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam perkahwinan nie. Perkahwinan nie tak sama masa bercinta, ada perbezaannya. So kena banyak bersabar dan sebelum buat keputusan itu, kena fikir memasak yek. Kena ada kerjasama, saling percaya antara satu sama lain, kena banyak berkomunikasi antara satu sama lain dan yang penting kena jujur antara satu sama lain.

Wednesday, February 10, 2010

Doa Seorang Isteri

Dapat info nie daripada http://babyibu.blogspot.com/. Saje jer nak share untuk semua kaum2 isteri diluar sana... semoga kita dapat menjadi seorang isteri yang disenangi, disayangi oleh Suami serta Suami menghargai kita sebagai isterinya. Amin...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Orang Boleh Berubah??

Kenapa org boleh berubah?
napa org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?

[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."


[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak
tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.

[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI]
kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.

[HARI NI]
kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."

Semua ni pernah berlaku kan...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....
nak wat cam ne....
redha je la... walau pun terluka..... ....
hurmmmmm.... ......

Tuesday, January 19, 2010

Dalam Dilema

Hermm... lama x update blogkan, sbbnye aku tak der mood nak update, lelagi aku pandang komputer yg terlalu lama bisa buat aku pening dan sekaligus buat perutku mual2... teruk giler mama mengandungkan :) tp x ape itukan pengalaman yang amat berharga buat aku ;)

Aku sebenarnye dalam dilema la nie, sbbnye aku nak tangguhkan pengajian aku atau pun aku teruskan dulu, tapi aku tak mampu buat masa nie... Aku dah bgtau Penyalaras Program yang aku ambil ini, dia suruh buat aku surat tapi kawan2 study aku tak kasi, diorg nak aku grade sesama2 diorang tapi itulah sekrang nie aku tak mampu nak membaca, nak buat assigment dan sebagainya itu semua buat aku penin pale... banyak benda aku tak buat lagi tapi dha nak kena hantar nie... aku kesian ngan student lain takut mengganggu diorang plk. So aku tanya hubby dia pon tak kasi aku tangguh tapi serius aku tak mampu bawa buat masa nie... So aku pk siang malam nak tangguh ker idak?? Aku rasa aku perlu tangguh untuk kebaikan aku dan member lain. Tak kisahlah grade lambat pon kan, janji aku mampu bawa nanti.

So kowang rasa mcmmn yek? Tangguh atau teruskan... Kerja pon skrg nie aku balik kul 5 sharp, dulu boleh la aku ot sampai larut malam la nie aku tak mampu... Sbb aku masih dalam kemabukan walaupun tak teruk tapi aku masih lagi muntah2.

Aku ingat lagi peristiwa aku nak gi kerja, dah nak sampai opis nie, perut aku dah rasa mual2 dalam kete nak muntah, aku suruh perut aku sabar nk muntah kat opis tapi apakan daya, perut aku tak sabar, aku muntah dalam kete nasib baik ada kain dalam kete aku tu.... Eh mmg kalu dia nak muntah itu mmg x leh tahan2 dah....

Aku baru baik demam, last week kerja 1 hari jer yang lain tu MC.. syok giler aku membuta jer kat umah, dah lah x boleh masak, hubby aku balik tghr belikan makanan, kesian aku tgk dia ulang alik tp nak buat mcmmn isterimu tak sihat... but i love u so much... Muahhh! Muahhh!!