.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories: September 2006

Thursday, September 28, 2006

Virus Ramadhan Versi Di Ambang Syawal Daripada Shaii

Nak jawab Virus daripada shaii nie...Bace tau shaii jgn x bace penat h0ney taip nie..:p

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?
Berbuka with h0usemate kak awin dan kak lily...


2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?
*Tempah baju raya lah..
*Nak bayar zakat abah yg bayar..
*Sediakan duit raya...huhuhuhuuu!
*Kuih raya x beli k0t bagi duit kat mak jer buat kuih...x p0n aku balik nnt buat kuih raya!
*Persediaan tahun nie maybe sederhana k0t, sbb budget tahun nie lari maa...


3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?
Selama menjalani ibadah puasa nie, aku masih lagi berbuka di rumah...Tp 7hb Oktober aku ade undangan daripada abah asamb0i..Insya-allah aku akan dtg! Selain itu, aku x tau nak berbuka dimana...Kat umah lagi selesa k0t, sbb x der terburu2 nak berbuka, nak solat kan! Selalunya kalu aku nak berbuka diluar, aku makan kuih or minum dl di rumah pasa solat maghrib baru makan...

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?
Kalu ade 0rg nak belanja aku makan di h0tel aku 0n jer....Tp kena tgk time n keadaan la!

5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?
hahahahhaaa! aku jenis malas nak hantar kad raya kat 0rg..selalu e-card jer! tp x tau la taun nie mcmmn lak!

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada h0ney dialamat berikut :-
No 6 Jln Muhibbah 14,
Taman Muhibbah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor...

atau di..

Bahagian Perancangan Korporat
Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran
43400 UPM Serdang...

Aku rase aku x sebarkan Virus nie...Kalu sape nak jawab leh jawab lah...





Wednesday, September 27, 2006


FIKIR DULU SEBELUM KAHWIN

BERFIKIR SEMULA JIKA....

1. Suka bermain mata
Bercinta dengan anda bukan bererti dia sudah terikat. Beri alasan untuk ke bilik air dan lihat tingkah lakunya ketiada anda. Kalau dia berani bermain mata dengan wanita lain ketika sedang bersama dengan anda bayangkan saja bagaimana kalau dia di belakang anda. Tak mustahil anda akan makan hati setelah berumah tangga dengannya nanti.

2. Sibuk sendiri
Ketika anda bersama dengan dirinya, dia tidak menatap mata anda dengan pandangan mesra sebaliknya sibuk dengan perkara lain. Antaranya seperti berbalas SMS atau tak lepas dari menonton tv di kedai makan yang menayangkan siaran bola.
Lelaki sebegini sebenarnya tidak pernah menganggap anda seorang yang istimewa di hatinya selain tidak tahu etika. Kalau berumah tangga kelak anda mungkin dianggap seperti patung.

3. Mengambil Kesempatan
Baru2 berkenalan saja dia sudah berani menyentuh bahagian2 tubuh anda yang sensitif seperti paha dan pinggang. Atau anda sendiri dapat melihat dia asyik melirik pada bahagian dada anda. Awas, anda mungkin menjadi sasaran nafsunya.

4. Kasar
Anda boleh mengesan sikap ini seawal bercinta lagi. Lihat saja cr dirinya memandu, adakah dia memaki hamun pemandu lain? Atau adakah dia naik angin dan menghentak meja jika pesanan di restoran yang diterima x sama dengan apa yg dipinta?
Jika anda sudah dpt melihat petanda ini segeralah mengakhiri hubungan dengan lelaki ini. Hanya neraka yang akan anda peroleh jika bersama dgn lelaki sedemikian. Kelak anda mungkin menjadi mangsa kekasarannya.

5. Terlalu cepat
Baru berkenalan anda sudah diterangkan dgn terperinci ttg kehidupan peribadinya. Drpd kekagumannya t'hdp ibu hinggalah bekas teman wanita yg m'duakan dirinya. Biasanya lelaki jenis ini kalau bkn anak mak yg manja, dia mungkin lelaki yg memuja dirinya sendiri.

6. Mementingkan diri sendiri
Lihatlah pd tingkah lakunya yg tidak peka pd persekitaran. Misalnya waktu anda menjinjing barangan berat ketika membeli belah dia langsung x menawarkan bantuan sebaliknya terus berlenggang kangkung. Lelaki jenis ini akan menyebalkan. ANda akan susah sendirian dr m'uruskan kerja rumah hinggalah anak2.

TERUSKAN KEPUTUSAN ANDA JIKA.....

1. Banyak persamaan
Persamaan baik dari segi minat mahupun pendapat. Hubungan akan lebih tenang jika anda berdua memiliki komunikasi yg seiringan. Anda takkan sukar untuk menyesuaikan diri.

2. Gentleman sejati
Tutur katanya sopan n tidak 'double standard' dlm melayani org lain. Drpd tukang jd parking sehinggalah anak majikannya semua dilayani dgn ramah. Dia juga sentiasa memberi perhatian penuh pd anda ketika bersamanya dan selalu berusaha menghargai keinginan anda.

3. Tidak takut pada komitmen
Sebelum meletakkan harapan yg tinggi pd dirinya x salah jika anda terus terang bertanya pendapatnya ttg komitmen perkhawinan. Kalu jawapanya sekadar "Saya rasa mahu enjoy dulu la" atau "saya x suka terikat" sebaiknye berfikir dl sebelum meneruskan hubungan.

4. Kelakar
Lelaki yg mmg punya humor akan melontarkan lawak atau jenaka tanpa memburukkan pihak lain. DIa juga x akan malu mentertawakan kekurangan dirinya utk m'hidupkan suasana. Biasanya lelaki jenis ini memiliki visi yg jelas akan masa depannya dan hidupnya seimbang krn dia menikmati kehidupan dgn relaks dan tanpa beban.

5. Ingin mengenal diri lebih dekat
Sekiranya dia menunjukkan keprihatinan t'hdp kehidupan peribadi anda seperti bertanyakan minat dan perkara2 yg membuatkan anda gembira bermakna dia ingin mengenal anda dgn lebih serius.
baginya anda bukan sekadar penglipur lara yg mengisi harinya yg sepi sebaliknya ingin m'jdkan anda teman hidupnya.


Catatan Buat Teman: Aku ambil info nie drpd majalah MINGGUAN WANITA.. Mcm bes lak bila aku baca dan aku p0n membizikan diri untuk menaip dan masukkan dalam entry baru aku..

Tuesday, September 26, 2006


Kau Pergi Jua

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...


Entah kenapa hari nie aku rase x der m0od sangat..Semalam aku dengar berita yg mengejutkan aku, hari nie p0n sama...Memcm dugaan sejak akhir nie...Aku rase dh mcm x sanggup nak hadapinya...Tp selagi aku hidup aku kena harungi juga setiap dugaan ini...

Aku rase kekadang aku selalu ketepikan kepentingan diri aku disebabkan org lain...Aku selalu bersabar dengan sikap org lain w/p0n diri aku bukan 0rg yg jenis sabar...Aku pon ade gak kepentingan sendiri tp kenapa diorg suka ketepikan kepentingan diri aku tu!Kekdg tu aku dah malas nak tolon org...Tp aku nie x smpi ati..Tp mcm nie jdnye bile dh tolon...

Entahlah..aku p0n x tau...Kalu nak dipikirkan aku nie mmg byk masalah tp aku diamkan.. Aku try selesaikan sendiri... Itu kekdg aku emosi0nal, kekdg aku x der m0od!Terlalu payah aku nak harungi semua ini tp aku cuba sedaya upaya aku. Aku berharap m0ga semua nie akan selesai dan aku harap ade sinar kebahagian buat ku...

Monday, September 25, 2006

Alhamdulillah dah masuk 2 hari kite menjalani ibadah puasa...Semalam duduk umah jer...Pas2 kemas bilik sbb ade budak baru nak masuk! Kebetulan dia nak bilik s0rang, jd barang aku yg kat bilik kosong tu aku angkat la, kemas...Penat gak angkat n kemas di dalam bulan p0se nie...Sekarang aku duduk bilik sorang..Jd x der sape nak ganggu aku..Aku nak tid0 p0n senang!

Semalam gi pasar ramadhan kat seri serdang...Ramainya umat! Buat aku penin kepale jer...Nak beli makanan p0n susah! Harga makanan p0n naik! Amb0i di bulan p0se nie pandai di0rang nak naikkan harga yek..Kalu minta RM2 hinggit tu sikitnye...Sabar je lah...

Masa berbuka rasa mcm sebak jer...Aku teringat kat famili aku kat kg. Mesti meriah time berbuka nie...Berbuka beramai...Aku rindu dengan masakan mak aku...Sedih lak terkenang mak abah dan adik-adik... Masa duduk ngan famili x yah penin kepala nak beli makanan nak masak ape! Sbb semua mak yg sediakan..Aku dengan adik cume tukang m'hidang mknan, pas2 kemas basuh pinggan...Bile makan reramai nie buat aku berselera nak makan..

Petang nie, aku terpaksa berbuka sorang-sorang! Mesti aku sedih..Kalu ade kakak-kakak kat umah tu x ape la..Tp diorg bz lak, balik keje lambat! Aku lah kena makan sorang-sorang!huhuhuhuuu! Sedih lak...Sape yg sudi nak berbuka bersama ngan aku nnt???


Catatan Buat Bulan : Walaupun hati di kala nie terase sedih dan terkilan ape yg terjadi, tp aku harap dia x akan salah faham pada aku..Dan masih menerima aku sebagai kawan...

Thursday, September 21, 2006


RAHSIA NOMOBOR 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..

Wednesday, September 20, 2006

SIFAT LELAKI VS PEREMPUAN

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip. (P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.

(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran


Khas Buat Semua Teman Blog:Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Semoga di bulan yang mulia ini kita akan mendapat Rahmat dan Keberkatan drpd Allah...

Tuesday, September 12, 2006


Bahagian Tubuh yang Paling Bererti...

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti." Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka
bererti.



Nota Jemari: Bilakah dapatku meminjam bahu sese0rang untuk ku menangis...meluahkan ape yg terbuku dihati...

Monday, September 11, 2006

MENCARI HOUSEMATE

Hari sabtu lepas kazen aku telah berpindah balik ke kg. Dia dh dpt keje di kg. Besnye la yek dpt keje kat kg. So umah aku skrg nie tinggal 3 org..So aku ingin mencari housemate baru..Ade tak member2 kowang or kowang yg mencari umah sewa. Aku duk kat seri kembangan...Kalu ade sape yg tgh cr umah sewa tu leh la bgtau kat aku yek!

Lagi 1 opis aku ade jawatan kosong sebagai kerani untuk menggantikan tempat opismate aku yg dh berpindah keje tempat lain. Kalu sape yg berminat tu leh lah hantarkan ke alamat :

KETUA
BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT
TINGKAT 3, BANGUNAN PENTADBIRAN
43400 UPM SERDANG.

Tapi aku nak bgtau la jawatan nie hanya untuk lelaki sahaja la...Sape yg berminat leh hantarkan resume anda yek.

Thursday, September 07, 2006

Hari nie aku nak jawab tag yg diberikan N0ush pd aku...0k n0ush h0ney nak jawab nie..pas h0ney jawab nie banje h0ney makan yek...hehhehehe!


Do you like:-

Sunrise or Sunset?
Sunset sbb pemandangan time tu mmg cantik. Lagila bile melihat ditepi pantai...Mmg cantik...

Suitcases or backpacks?
Backpacks sbb senang nak bawa...sangkut jer kat bahu pastu leh jln...x lenguh tangan.

Dogs or cats?
Maybe cats la. Sbb comey w/pon x suka bela tp suke tgk jer...hehhehe

Roller-coasters or merry-go-rounds?
0f course roller-coasters. Sbb adventure sikit. Bole jerit2. Kalu merry-go-rounds nie bole buat penin kepala sbb dia berpusing2.

Calls or texts?
Suka calls la senang x buang masa. Kalu sms nie nk taip lagi, nk tggu sent lagi. Lambat...Kalu x der duit br sms...hehehehe

Gift vouchers or presents?
Presents lah senang. Beli je kat kedai memana pas2 balut dan bagi.

Pens or pencils?
Pens la. Sbb dh keje nie mn ade pakai pencil. Semua pakai pen.

0k.Aku dh habeh jawab tag nie... So aku akan sebarkan pd member2 lain lak...Jeng! Jeng! orgnye ialah :

* Gurl
* Kak Retna
* Elly
* Kak Anis

Selamat menjawab....

Tuesday, September 05, 2006

Hari Jumaat lepas, aku gi ke Bentong, Pahang untuk mengendalikan pr0gram "Team Building" untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. 0pis aku adalah urusetia untuk program ini...

Peserta yang seramai 80 orang, mmg beslah di0rang nie...x byk kerenah. Apa yang aktiviti dibuat mereka lakukan dengan semangat.Dekan mereka p0n sp0rting juga. Aktiviti yg kami jalankan seperti water c0nfident, traffic jam, merakit, dan yg bes sekali pertandingan memasak...Di mlm yg ujan tu, di0rg masih bersemangat melakukan aktiviti memasak...mmg bes lah peserta nie.

Aku disana selama 3 hari..ptg ahad aku bert0lak balik. Tp yg x bes tempat nie, x der line...susah giler nak cr line. Kalu ade p0n 1 bar jer...Mmg letih sikit nak mengendalikan pr0gram sebegini, tp nak buat mcmmn 0pis aku mmg kejenye mengendalikan pr0gram sebegini...

0k kat bawah nie ade lah sedikit gambar aku dan rakan2 serta aktiviti yg dilakukan..





Buat insan tersayang: Selamat Hari Lahir Yang ke-25, semoga dikau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati hidup oleh Allah, dan tabah menghadapi segala ujian dan dugaan drpd Allah...