.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, September 27, 2006


FIKIR DULU SEBELUM KAHWIN

BERFIKIR SEMULA JIKA....

1. Suka bermain mata
Bercinta dengan anda bukan bererti dia sudah terikat. Beri alasan untuk ke bilik air dan lihat tingkah lakunya ketiada anda. Kalau dia berani bermain mata dengan wanita lain ketika sedang bersama dengan anda bayangkan saja bagaimana kalau dia di belakang anda. Tak mustahil anda akan makan hati setelah berumah tangga dengannya nanti.

2. Sibuk sendiri
Ketika anda bersama dengan dirinya, dia tidak menatap mata anda dengan pandangan mesra sebaliknya sibuk dengan perkara lain. Antaranya seperti berbalas SMS atau tak lepas dari menonton tv di kedai makan yang menayangkan siaran bola.
Lelaki sebegini sebenarnya tidak pernah menganggap anda seorang yang istimewa di hatinya selain tidak tahu etika. Kalau berumah tangga kelak anda mungkin dianggap seperti patung.

3. Mengambil Kesempatan
Baru2 berkenalan saja dia sudah berani menyentuh bahagian2 tubuh anda yang sensitif seperti paha dan pinggang. Atau anda sendiri dapat melihat dia asyik melirik pada bahagian dada anda. Awas, anda mungkin menjadi sasaran nafsunya.

4. Kasar
Anda boleh mengesan sikap ini seawal bercinta lagi. Lihat saja cr dirinya memandu, adakah dia memaki hamun pemandu lain? Atau adakah dia naik angin dan menghentak meja jika pesanan di restoran yang diterima x sama dengan apa yg dipinta?
Jika anda sudah dpt melihat petanda ini segeralah mengakhiri hubungan dengan lelaki ini. Hanya neraka yang akan anda peroleh jika bersama dgn lelaki sedemikian. Kelak anda mungkin menjadi mangsa kekasarannya.

5. Terlalu cepat
Baru berkenalan anda sudah diterangkan dgn terperinci ttg kehidupan peribadinya. Drpd kekagumannya t'hdp ibu hinggalah bekas teman wanita yg m'duakan dirinya. Biasanya lelaki jenis ini kalau bkn anak mak yg manja, dia mungkin lelaki yg memuja dirinya sendiri.

6. Mementingkan diri sendiri
Lihatlah pd tingkah lakunya yg tidak peka pd persekitaran. Misalnya waktu anda menjinjing barangan berat ketika membeli belah dia langsung x menawarkan bantuan sebaliknya terus berlenggang kangkung. Lelaki jenis ini akan menyebalkan. ANda akan susah sendirian dr m'uruskan kerja rumah hinggalah anak2.

TERUSKAN KEPUTUSAN ANDA JIKA.....

1. Banyak persamaan
Persamaan baik dari segi minat mahupun pendapat. Hubungan akan lebih tenang jika anda berdua memiliki komunikasi yg seiringan. Anda takkan sukar untuk menyesuaikan diri.

2. Gentleman sejati
Tutur katanya sopan n tidak 'double standard' dlm melayani org lain. Drpd tukang jd parking sehinggalah anak majikannya semua dilayani dgn ramah. Dia juga sentiasa memberi perhatian penuh pd anda ketika bersamanya dan selalu berusaha menghargai keinginan anda.

3. Tidak takut pada komitmen
Sebelum meletakkan harapan yg tinggi pd dirinya x salah jika anda terus terang bertanya pendapatnya ttg komitmen perkhawinan. Kalu jawapanya sekadar "Saya rasa mahu enjoy dulu la" atau "saya x suka terikat" sebaiknye berfikir dl sebelum meneruskan hubungan.

4. Kelakar
Lelaki yg mmg punya humor akan melontarkan lawak atau jenaka tanpa memburukkan pihak lain. DIa juga x akan malu mentertawakan kekurangan dirinya utk m'hidupkan suasana. Biasanya lelaki jenis ini memiliki visi yg jelas akan masa depannya dan hidupnya seimbang krn dia menikmati kehidupan dgn relaks dan tanpa beban.

5. Ingin mengenal diri lebih dekat
Sekiranya dia menunjukkan keprihatinan t'hdp kehidupan peribadi anda seperti bertanyakan minat dan perkara2 yg membuatkan anda gembira bermakna dia ingin mengenal anda dgn lebih serius.
baginya anda bukan sekadar penglipur lara yg mengisi harinya yg sepi sebaliknya ingin m'jdkan anda teman hidupnya.


Catatan Buat Teman: Aku ambil info nie drpd majalah MINGGUAN WANITA.. Mcm bes lak bila aku baca dan aku p0n membizikan diri untuk menaip dan masukkan dalam entry baru aku..

No comments: