Salam dan morning semua..
Just nak story anak aku dan 2 minggu batuk start jer 1 pagi dia akan bangun dan batuk x berhenti2... sedih betul tgk keadaan dia... Ubat batuk memang dah bagi tp masih tak baik jugak. So pity boy... Bawa gi klinik dan 3 kali tetap jugak mcm tu. Bukan nak bawa ke hospital pulakkan. Ker dia x baik lagi batuk disebabkan cuaca yang tak menentu nie. Sekrang try cari pati delima, diorang kata bagus tuk hilangkan batuk dan selsema. Tapi itu la susah betul nak cari but we all try cari kan tuk my son.
Sekarang anak aku makin kurus, cian tgk dia, ialah makan dah tak nak sangat so dia makan roti jer itu pon sikit jer tak banyak mana pon. Mama doakan aqeel cepat baik dan sembuh ok!
Thursday, October 11, 2012
Tuesday, October 02, 2012
Lega Hati
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...
Alhamdulillah pagi ini anak mama tersenyum setelah 2 minggu tidak dijaga ibu dia, minggu ini dia kembali semula pada jagaan ibu dan ayah dia. Senyum jer dia bila sampai rumah ibu dia. 2 minggu lepas ibu aqeel tak sihat, tak boleh bangun, sendi sendi dia sakit, sampai duduk dalam wad lah. Bila mcm tu aku cari babysister baru buat anak aku, tapi seminggu jer dia ok kat umah tu bila nak hantar minggu ke dua dia dah merenggek2, menangis2, tak nak pergi memang seksa. Ye la dia dah besar, bila nampak orang lain jaga dia pastu ramai pulak yang babysister tu jaga, maybe dia rasa terbiar, terabai itu dia tak nak.
Ye la, ibu dia dah jaga dia dari 3 bulan lagi sampailah umur dia 2 tahun 2 bulan nie. Jaga dia pulak sorang jer. Itu dia menjadi anak yang manja, tak der nak kongsi kasih ngan budak2 lain. Dengan ayah dia pulak, rajin melayan dia, bawa dia naik motor, gi mainlah kat playground. Petang2 naik motor, bila seminggu di rumah babysister baru, kehidupan dia berubah itu yang dia tak nak kot! Orang kata dia jadi terkejut! Tgk budak ramai, tak kuar ke mana, duduk jer dalam rumah, otak dia pon jadi blurr... So dia tak biasa duduk diam dalam rumah, dia jenis aktif berlari sana, main sana main sini, mmg dia tak pandai duduk diam jer...
Syukurlah, ibu dia nak jaga dia balik, walaupon ibu dia masih tak berapa sihat lagi dengan pertolongan suami dia untuk menjaga aqeel. Aku sangat2 terhutang budi ngan keluarga kak long. Melayan anak aku seperti anak dia sendiri. Terima kasih sesangat. Moga Allah memberkati hidup kak long sekeluarga. Amin.. Aku juga mendoakan semoga kak long cepat sembuh daripada penyakit dia. InsyaAllah.
Alhamdulillah, bulan 12 tahun ini Aqeel dapat masuk taska di UPM nie. Legalah hati mama bila Aqeel dapat masuk taska. Kat situ dia boleh la belajar berdikari sikit, ade cikgu nanti yang memantau dia. Tak der lah dia manja sangat nanti.
Ape pon hati mama rasa lega sikit, tak der lah datang kerja asyik pikir pasal anak. Terima kasih Ya Allah kau permudahkan urusan ku. Terima kasih juga pada kak long sekeluarga kerana sanggup menolong aku. Sob Sob Sob hati jadi sebak......
Monday, September 24, 2012
Story Raya
Aduh lama sungguh x update blog. Raya pon dh habeh br nk stroy mory raya tp ade aku kesah!!! Huhuu.
Raya tahun nie first raya di umah mentua N9. Ye la orang kata happy raya tak sama ngan umah mak bapak sendiri tp aku ok je. Raya bersama abah dan adik beradik laki aku. Fun jer!!
Yang sedih tu pagi raya, anak aku terkurung di dalam bilik. Kelam kabutla kitaorang nie nk kuarkan dia dh yg tggl semua pompuan nak jd macGyver x menjadi. Call ayah dia, boleh tak bawa hp, nasib baik adik ipar bw hp dia pon terus balik. Alhamdulillah dapat buka senang je dia buka pintu tu. Anak aku nie mata dh bengkak2 menangis. Sedih tgk dia. Lucu pon ade.. Mcmmn dia boleh terkurung tu?? Dia main lari2 pastu dia terus masuk bilik tutup bilik tu, bilik tu pulak tombol dalam ada tp kar luar x de tombol. Kalu dia tinggi dia boleh buka pintu tu tapi dia x sampai nk pulas. Melalak la dia.. Cian dia. Pagi raya dh buat citer sedih.
Mama pon pagi raya pon panas hati gak ngan ayah dia, pas solat raya boleh plk dia lepak dl ngan kawan2 dia bkn nk terus balik umah. Siap aku nie bising depan biras aku cakap "baik kawen je ngan kawan dia tu"! Dia balik umah muka aku tak de seri la siap bebel la ngan dia. Geram!! W/pon mare mohon maaf tetap ade..
Petang raya tu balik kampung wan di rembau. Tidor 1 malam di kg pastu balik paroi tido 1 malam raya ke 3 balik kg aku sabak bernam. Seronok balik kg. Ye la mak masak beb!! Mmglah sonok.
Oklah nnt free sambung story mory lagi nk buat keje jap. Layanla gambo raye den sekeluarga yer..
~Adios~
My Family :) |
Muka sedih terkurung dalam bilik :(( |
Aqeel minta maaf ngan mama :) |
Minta duit raya kat ayah itu yg kena minta maaf tu... |
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin Semua... Jika ada salah silap harap dimaafkan. Berhati² di jalan raya..
Tuesday, July 31, 2012
Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang
Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau kite tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan?
Meh saya nak share sumber drpd my berita...
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
Meh saya nak share sumber drpd my berita...
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
Monday, July 30, 2012
Kerja Oh Kerja!
Salam ramadhan semua.... Alhamdulillah dah 10 hari kita menjalani ibadah pose... kome ade yg dh ponteng ker?? Yg laki tu jgnlah dok ponteng pulak yer... pompuan dia ponteng ade sebab... hehehee....
Tajuk aku hari ini kerja... Ada ape dengan kerja?? huhuuu.... Aku nie kerja entah lah kekadang2 tu aku tak puas hati gak lah bukan tak puas hati ngan kerja aku nie tapi ngan bos aku. Memacamlah dia suruh aku buat... Ok ada benda yang aku boleh accept ok la sbb benda yang aku belajar itu boleh menyenangkan diri aku tapi ada benda2 yang aku rase mcm why aku kena buat??? why?? why??? Aku tgk member opis lain ok jer x der pulak la kena buat mcm aku kena buat. Yang aku menyampah buat FTE... what the fish???? Aragghhhh.... Kowang tau ker ape itu FTE? FTE ini aku pon x tau ape kejadahnye yang aku tau diorg buat benda nie nak tgk kowang buat sesuatu kerja itu berapa masa yang kowang ambil.. 3 minit ker 5 minit ker atau 1 jam.
Sebenarnya diorang suruh buat benda mcm nie sbb nak kurangkan pekerja di gomen nie. Mcm aku mmg kerja tu x payah lah cakap sekarang nie dah kena ambil alih stor.... OH VERY2 MULTITASKING aku nie! Lelagilah bila ko dapat bos yang cerewet of course kowang pon rasa mcm nk hempuk jer kepala dia kan! Nasib bulan pose banyakkan bersabar je la... Bos aku mmg cerewet kekadang aku naik rimas tapi kita nie kuli bile dia suruh nak tak nak kena la buatkan. FTE boleh buat kowang kerja mcm robot! Aku pon x tau adakah disemua gomen berjalan FTE ini atau hanya kat tempat aku jer?? atau pon aku sorang jer yang buat???
Oklah sebab pose nie kena banyakkan bersabar je la... dah bos suruh buat kita buat je lah w/pon ade rase tak puas hati bila ada kawan2 tak ade pon duk kecoh buat pon...
Woit radio dah keluar lagu raya lah oiii... x der feel lagi nak dengar lagu raya nie... lama lagi nak raya nie!! 2 minggu nak raya ker ok la jugak kan ini pose baru seminggu.... layankan je la.... smile dihari isnin...
Wednesday, July 25, 2012
Happy 3rd Anniversary
Alhamdulillah hari ini genar 3 tahun perkahwinan kami. Syukur Ya Allah, Kau berkati kehidupan kami ini. Walau macam-macam badai melanda kami tabah menghadapinya. Kami juga bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kami Muhammad Aqeel Hakimi yang kini berusia 2 tahun, insyaallah ada rezeki akan kami tambah lagi cahaya mata....
Terima kasih pada suami yang sabar melayan karenah aku nie, ye la aku manusia ada kekurangannya. Suami aku pon ada kekurangannya juga, cuma diharapkan kami dapat memperbaiki kekurangan kami itu lelagi dalam ilmu untuk mendidik anak kami. Insyaallah kami akan jadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami.
Selama 3 tahun berkahwin nie, tipula bila orang kata hidup kita sentiasa jer bahagia ada juga duka lara nie, kekadang naik angin pon ada bila dah gaduh tu bila tiada kata putus aku akan diam jer la. Tapi suami aku nie jenis orang yang memujuk, dia akan pujuk aku jika aku marah atau merajuk. Aku jer jenis yang tak pandai pujuk itu la kekurangan dan kelebihan yang ada, salah satunya la.
Anak aku pulak jenis mmg tak boleh nak lihat kami bergaduh, dia akan menjerit pastu dia nangis. Tapi bkn kami gaduh sebenarnya cuma memain gurau2 kasar bukan manja... hahahaa. Aqeel itu sukakan keamanan orang suara kuat sama dia pon dia x suka, pastu dia jadi takut. Mesti dia tak nak ngan orang itu.
Aku bercadang nak tambah baby next year insyaallah. Tunggu aqeel masuk taska. Buat masa nie tak leh dulu la dia tengah lasak pon mau adik dia kena pijak nanti. Hehehee...
Anyway Happy Anniversary for me ngan my hubby... Luv u hubby.. Muahh! Muahhh!!
Thursday, July 12, 2012
Simpati Dengan Nasib Irma Hasmie
Sebelum aku nak citer lebih lanjut mengenai isu ini, aku nak ucapkan Tahniah lah kepada Irma Hasmie dan suaminya kerana sudah sah menjadi suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Mesti kowang taukan isu irma hasmie dan suaminya. Ya Allah aku tak paham betulla wartawan hiburan sekarang nie. Aku rasa sangat teruk wartawan hiburan ini. Orang tu baru jer kawen dah kuar isu suaminya yang duda, pastu siap paparkan gambar kawen suaminya dan x wife dia dulu. Ya Allah aku tak paham apalah jenis manusia ini. Cubalah kowang nie pikir sebelum nak buat isu tu, apa akan jadi pada rumah tangga mereka?? Kalu ko yek pon suami Irma tu duda apa salahnye bukannye dia kawen suami orang pon! Kekadang tu aku geram jugak ngan wartawan hiburan nie! Macam bangang!!
Ada hari tu satu laman web hiburan nie, keluar isu entah ape2! Si pelakon yang tak datang period sebulan pon nak buat gosip! Eh apakah bodohnye gosip itu!! Ya Allah mintalah wartawan hiburan nie sila celikkan minda anda tu buatlah cerita yang masuk akal sikit! Itulah banyak sangat cari kesilapan, gosip orang lain, sampai hati tu dah gelap dah!
Aku doakan harap Irma dan suaminya kuat dan tabah menghadapi gosip2 nie! Semoga kalian bahagia ok! Adioss!!
Tuesday, July 10, 2012
Happy Birthday My Lovely Son
Alhamdulillah....Hari ini genaplah usia anak aku 2 tahun. Pejam celik pejam celik sudah besar anak mama nie... Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku permata yang sungguh berharga buat aku dan suami. Dialah pelengkap hidup kami. Akan aku usahakan semoga dia menjadi anak yang soleh dan beriman serta berjaya didunia dan diakhirat...
Aku mendidik dia tak adalah manja sangatkan dia, walaupun dia sorang jika dia buat salah tetap marah dia, supaya dia tau dia ada buat salah. Walaupun anak aku nie memang jenis manja, nak dengar cakap dia tapi dia ada sifat yang aku sangat suka, bila dia kena marah memang dia akan merajuk tapi dia akan datang balik kat kita dan peluk kita seperti tanda dia meminta maaf ngan kita. Budak mana yang tak nakalkan, normal la tu.. Cuma aku mama dia nie kekdang tak sabar... Kekdang kita terlepas jugak pukul dia bila dia buat perangai tengak kita penat2 tu... Apa pon mama tetap sayang Aqeel...
Kesayangan mama... walaupun dia susah nak panggil aku mama, sebenarnya dia tau jer cakap mama tu tapi aku pelik kenapa dia tak nak panggil aku mama?? Kekdang hati ibu tersentuh gak la bila dia sebut ayah jer... Mama tak der pon dia sebut, mama pon naik bengang! Aqeel mama nak dengar sangat aqeel panggil mama... bila aqeel nak panggil mama yer?? tertiba sedih pulak.... sob! sob! sob!
Again, Happy Birthday My son... jadilah orang berguna didunia dan diakhirat, yang boleh mendoakan mama dan ayah bila mama sudah tiada di dunia ini. I Love u forever.... Muahhh! Muaahh!! Muahhh!!!
Wednesday, July 04, 2012
Anak-Anak Zaman Sekarang
Tengoklah anak aku tu... tak payah lah diajar tahu jer dia nak buka hp mama dan ayah dia. Main game la, dengar lagu, tengok gambar, ambil gambar, hye semua dia tau la... Manalah anak tak ikutkan bila mama dan ayah dia pon sibuk duk pegang hp tgk FB, Twitter, main game, dia p0n nak gak lahkan! Pantang jer lepa hp tu, dialah yang dulu konker! dah puas main baru bagi balik kat mama dia! Hye anak-anak sekarang nie memamg cerdik IT, cerdik segala-galanyalah. Tak perlu di ajar! dia sendiri tengok mak ayah dia buat ape then dia p0n ikutlah. Nak marah pon tak guna sbb kita yang mulakan dulu.
Lagi satu bila nak makan kat luar memang susah bila ada anak yang aktif dan tak ngeti duk diam, asyik nak berlari ke sana ke mari. Ini saje lah jalannye nak bagi duduk diam, apa lagi bagi hp terus senyaplah. Tekun jer duk tengok macam2 dalam hp tu, tapi semua untuk pembelajaran dia tau! tak download yang bukan-bukan! Selalu dalam hp tu aku download Education, mcm kids doa, flas cards, animal lite, abc song, semua bagi dia belajar. Bila kita ajar cara cakap dia susah so download jer, sbb dia mmg suka main hp!
Aku dulu masa kanak-kanak, x merasalah pegang hp nie! Duduklah bermain ngan adik-adik. Budak-budak sekarang nie jer tak pandai nak bermain sbb sibuk dengan game la, Ipadlah macam-macamlah. Aku dulu main batu serembanlah, main pondok2, main kawen2... hahahhaa! Sonok betul zaman kanak-kanak dulu.
Tuesday, July 03, 2012
Sian my baby
Cian my buchuk.... |
Assalamualaikum semua... Semoga hari ini u all sihat dan ceria selalu.
Tajuk hari ini nmpk mcm anak kite sakit pulakkan. X lah anak kite ok jer cuma sian kat dia pepagi subuh dah kena angkat dr katil yg empuk ke kusyen yg keras. Apa nk buat sayang.. Kena hantar sayang awal2 pagi sbb nk elak jem.
Anak teruna kite, kite hantar kat bangi sbb ibu dia dh pindah sana. Pepagi kite tak de la hantar kat bangi ibu dia dtg ambil di UPM blk keje jer baru ambil kat sana. Nak buat mcmn nk cr babysister baru takut anak x serasi terpaksalah berkorban.
Insyaallah next year aku nak hantar dia ke taska pulak. Nnt dia adalah kawan. Skrg pon tgk dia busan je bila ada kawan dia sonok. Ibu dia pon jaga dia sorang jer.
10hb july nie genapla dia umur 2 tahun tp panggil mama x ngeti lagi yg jelas dia panggil ayah! So sad :( mama smpi majuk ngan dia.... Kekdg jer dia ada panggil ma.. Pastu senyap jer! Bertuah betul budak nie!!! Mama senyum je la..
Wednesday, June 27, 2012
Culik Rogol dan Samun
Just nak share untuk tatapan semua!
Menurut akhbar harian metro, sekarang ni ada satu trend penculikan yang diikuti dengan samun dan rogol, dihadapi wanita seawal-awal pagi hari di bandar raya Kuala Lumpur dan sekitarnya. Sudah ada peristiwa yang berlaku. Perhatikan:-
1. Pada 22 Februari, 2012, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki untuk bertemu sebelum dia diculik dan kemudian dirogol bergilir-gilir.
2. Pada 24 Mac, 2012, seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi (bekerja secara sambilan)
3. Pada 30 Mac, 2012, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.
Dan terkini...
4. Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau. Dia diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.
Yang sedihnya, kejadian rogol itu dirakam oleh lelaki-lelaki itu konon untuk koleksi peribadi. Selepas jadi habuan nafsu buas mereka, mangsa dibebaskan lantas membuat laporan di Balai Polis Travers, Bangsar.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Mangsa jalan sorang diri ke kedai. Masa tu, dia dihampiri dua lelaki tidak dikenali. Kedua-dua suspek kemudian pegang tangannya. Yang sorang, lepas tu, letakkan pisau di lehernya.
“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,”
Di dalam kereta, kepala mangsa ditutup menggunakan kain. Dia dirogol di situ, dalam kereta itu!
“Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong. Di rumah itu, penderitaan mangsa berterusan. Dia terus dinodai kumpulan berkenaan, dengan dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga haiwan bertopeng manusia itu. Dah puas, baju mangsa diserahkan. Episod berakhir dengan penculik, perogol dan penyamun itu mengambil telefon bimbit dan wang tunai RM100 miliknya.
Kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan,"
Mangsa ditemui orang awam yang membantu dan menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini.
Polis berusaha keras memburu kumpulan itu. Kami masih meneruskan siasatan. Dan, polis tidak menolak kemungkinan kes-kes di atas saling berkaitan.
Kesimpulan
Culik, rogol dan samun - serangan ‘tiga serangkai' digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.
Awas, wanita!
Kumpulan ini bergerak dengan kereta Proton Waja hitam, berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana anda yang berjalan sendirian.
Jadi, berhati-hati, ya!
Tuesday, June 12, 2012
Malang Tidak Berbau
Sabtu lepas masa on the way nak gi kenduri adik baru di kuala pilah, berlaku eksiden didepan mata... Masa tu aku tak perasan la plk motor tu duk lalu tepi keta aku, sbb aku sibuk duk mencari hp dalam handbag aku, aku cuma dengar bila hubby aku sebut "Allah Hu Akbar" bila aku pandang ke depan jer, aku nampak orang laki tu dah tergolek ngan moto dia, hancus aku tgk moto dia, bila lalu depan dia tu, aku tgk tengkuk kepala dia macam patah jer sbb mcm dah terkulai dan mata dia terus pejam! ohhh menggeletar kaki aku tgk depan mata! nak berhenti tak boleh pulak sbb ada anak kecik, nasib baik ada orang yg menolong dia, tak tau la apa nasib orang laki tu... kalu dia tak laju insyaallah dia selamat tp itu lah orang tua kata "Malang Tidak Berbau".
Sampai sekarang aku masih terbayang muka laki yang terkulai tu.... aduh bila drive kete lalu jer tempat eksiden tu mesti aku rasa semcm jer. Mcm ternampak2 jer lelaki tu tergolek di situ. Sbb pagi2 nak gi keje aku mesti lalu kat tempat kejadian tu. Lalu jer aku baca lah ayat fatihah sedekah kat laki tu.
Hari ahad pulak balik dari seremban pulak, jem kat haiway seremban-KL tu, eksiden gak, moto gak. Aduh dalam 2 hari nie asyik ketemu aksiden moto jer. Aku tgk budak tu dah berdarah nak di angkat oleh pertahanan awam, nasib baik ada kawan2 motor dia sekali ngan dia, aku tgk budak tu mcm pengsan kot. Ya Allah sangat fobia aku jadinya.
Aku doa sangat harap janganlah kejadian aksiden2 nie terjadi pada family aku terutama pada suami aku yang naik motor tu. Harap suami aku bawa motor hati2lah yer... Tapi itulah kekdg2 kita hati2 lah bawa kenderaan orang yg tak sabar dan pentingkan diri sendiri tu yang selalu membawa bahaya pada nyawa orang lain. Cukuplah kejadian pada arwah adik aku dulu, pada adik2 laki aku yang aksiden tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan adik2 aku. Suami aku pon pernah eksiden kete langgar, alhamdulillah dia hanya cedera ringan, syukur sangat! Harap kejadian malang ini tidak akan berlaku laki. Aku sangat fobia!!
Monday, June 11, 2012
Trip Ke Terengganu
Assalamualaikum dan morning semua..
Hari nie aku nak citer pasal trip aku gi terengganu pulak. Pada awal bulan 6 hari tu aku satu family mak abah adik2 aku gi menghantar adik aku yang uteh masuk UiTM Dunggun. Kami bertolak jumaat dan menginap di Homestay T-Sya Kerteh. Perjalanan nak kesana mmglah jauh, tapi banyaklah berhenti kat RnR kan ialah bawa mak ayah kena lah ade berhenti makan rehat, jauh tu....
hari pertama kat situ rehatlah mana nak gi jejalankan, penat pulak tu. nasib baik homestay dia besar dan cantik. Hari ke 2, kami menghantarlah adik ke Dunggun tu, so cantiklah UiTM sana, tepi laut pulak tu.. tapi kakak ipar den cito kek situ berhantu katanya! Ohh nooo.... sbb dia pernah stay kat situ dia pernah nampak tgh malam ade makcik menyapu sampah,.... so seram ok!! Pastu dia citer lagi ade kapel (student uitm) mati lemas kat laut depan tu, sebabnya diaorg gi lalu jambatan kat atas laut tu time air surut bila air pasang diorg x sempat nak balik, lalu lemas. Aikkk citer hantulak.
Mak aku nanges nak tgglkan adik aku tu. Kitaorang cakap alah mak dia kan dh besar biarkan hidup berdikari. Ok uteh belajar bebaik kat sana tau! Semoga membawa seguling ijazah untuk mak dan abah! All the best!!
Pastu kami bertolak ke kuala terengganu. Aduh cuaca sangat panas la kat terengganu tu. Pening pale duk dalam kete, dah pasang aircond still panas lagi. Masayallah, punyerlah jauh nak ke kuala terengganu nie mengambil masa 3 jam sekali tempoh jem! Ohhh rasa tak berbaloila pulak nk ke sana! Nak singgah pasang payang pon jem, yang kami dapat berjalan hanya di Masjid Kristal itu pon menggagaulah jugak cari jalan nak ke tamadun islam tu. Pas jer berjalan2 dia situ kami terus balik, singgah sekejap jer beli kopok leko tapi itulah menunggu punyer la lama nak tggu dia duk rebus kepok leko tu. Nasib la pk pertama kali sampai sini, dan tak tau lagi bila nak sampai, ikutkan hati aku cancel jer beli kopok lekor tu. Agaknye mamat tu tgk muka aku lain mcm jer, dia bagi aku free kepok lekor yg dh goreng! ok sedapppp!! Tq bebanyak :)
Balik jer homestay dah malam pkl 9 rasenya! semuanya dah tembung kepenatan. Sbb perjalanan itu sangat jauh dan panas. Masing2 dah tak larat nak beli makan malam, tp my hubby gagah jugak lah gi membeli sbb dia tak makan 1 hari, dia kata kalu dia makan nasi nantii mengantuk bila drive.
Aqeel dan Iman |
hari ahad tu kami dah bertolak balik ke KL dalam perjalanan tu singgah sebentar di Cherating, anak teruna aku la mandi manda, si ayah menjaganye... Anak aku tu mmg pantang nampak air, bila dah dapat air tak ngeti nak naik atas. Umpan dia nak beli aiskrim jer baru la dia nak naik.
Dalam 2 jam kat sana, kami pon bertolak balik. Bertembung kembali perjalanan yang sangat jauh. Bertembung pulak dengan jem dari karak sampailah ke gombak tu! oh sungguh stress duduk dalam kete. Nasib baik anak teruna aku tu jenis tak meragam sangat duk dalam kete. Good boy ok!!
Sampai umah dalam pukul 10 malam, lamanye... So jika nak gi terengganu nu kena gi seminggu kot baru puas! ini dapat penat jer!! sob! sob! sob!
Wednesday, June 06, 2012
Assalamualaikum semua...
Lama giler x update blog aku nie. Berhabuk dah... sampai selsema dibuatnya. Sebab apa lama x update?? Sbb aku bz duk bercuti bersama famili. Banyak nak story mory nie tapi asyik tak sempat jer nak update. Bz ngan kerja.. Line internet kat umah pon mcm hampeh, line tepon kat umah pon mcm hampeh so mmg susah la nak update... So time nie, aku mencuri masa sedikit untuk update pasal hari holiday aku bersama keluarga.
Bulan lepas, akhirnya aku dapat jejak kami ker Cameron Highlands... Akhirnya. Selama hidup nie first time la jejak kaki kat cameron nie. Aku gi bertiga jer, husband aku dan si hero kecik aku.. Kononnye nak honeymoon tapi tak der maknenye la... Ade se kecik tu x dernye nak honeymoon nie! mmg x dapatlah ko nk honeymoon!!
Dah la pergi sana time cuti, upenye jem nak naik cameron tu, aku duduk kat hotel century pines resort, tak dapat nak jalan sangat kat sana sbb jem. Mlm pulak ujan dapat jalan gi pasar malam brinchang, pastu pasar pagi kat tanah rata, pas tu gi strawbery park, itu jer... Daptlah merasa petik strawbery... Kat sana borong jagung sbb jagung dia sangat manis ok! Yummiee!! Meh la layan gambo dibawah :)
Ayah dan aqeel di ladang teh |
Aqeel dan Mama |
Nak kuar cari makan |
Kami kesejukkan. |
Landing nak tido... Mn2 mesti nk lori dia! |
Mari kite petik strawberi... tgk aqeel dia geram jer tgk buah tu! dah byk dia duk makan! |
Inilah hasilnya.... |
Sedapnye jagung itu!! |
Thursday, April 19, 2012
Bila anak tidak sihat...
Assalamualaikum semua.
Lama x update blog. Maybe x der idea nk update. Bebaru nie anak aku dapat penyakit tangan kaki dan mulut. Sgt risau dan kena kaurintin kat rumah. Sangat seksa dia sakit kali ini. Sbb mulut dia ada ulser ngan lidah. Tekak dia pon ada merah sgt tekak dia. Minum makan dia tak nak. So selama seminggu dia tak sihat tu beli askrem mcd ngan air nutrigen. Itu je dia bole dia makan dan minum.
Alhamdulillah sekarang dia dah sihat. Cuma dia tak nak botol susu. Kurang dia minum susu. Risau kena tukar susu ker nie?? Hernnm.. Stok susu dia byk lg nie. Aku doakan anak aku nak minum susu balik. Dah sedap mulut dia seminggu minum nutrigen yg berperisa macam2... Hye anak!!
Lama x update blog. Maybe x der idea nk update. Bebaru nie anak aku dapat penyakit tangan kaki dan mulut. Sgt risau dan kena kaurintin kat rumah. Sangat seksa dia sakit kali ini. Sbb mulut dia ada ulser ngan lidah. Tekak dia pon ada merah sgt tekak dia. Minum makan dia tak nak. So selama seminggu dia tak sihat tu beli askrem mcd ngan air nutrigen. Itu je dia bole dia makan dan minum.
Alhamdulillah sekarang dia dah sihat. Cuma dia tak nak botol susu. Kurang dia minum susu. Risau kena tukar susu ker nie?? Hernnm.. Stok susu dia byk lg nie. Aku doakan anak aku nak minum susu balik. Dah sedap mulut dia seminggu minum nutrigen yg berperisa macam2... Hye anak!!
Monday, March 05, 2012
Jalan-Jalan
Jalan-jalan cari pasal! Eh silap la pulak... Jalan-jalan tgk tempat orang :) Hari sabtu 3 Mac, aku bersama suami dan anak tercinta, kawan² opis, kak wati ngan family, nab dan husband, iza lonely (single lagi), sape nak kenal boleh la hubungi aku...kami pergi bersuka ria a.k.a jejalan dibukit tinggi... Aku ingat jauh sangatla bukit tinggi tu tolak dari sini kul 8:00 am sampai sana pukul 10:00 rasenye, sbb berhenti breakfast di Genting Sempah. Idea nie datang daripada kami semua, sbb macam x der aktiviti ngan budak² opis, so nie yang rancang akhirnya alhamdulillah jadi jugak.
Seronok jugak bila berjalan² di Bukit Tinggi tu, cantik ambil gambar... Ialah bangunan² dia mcm kat oversea, nak gi oversea entah bile la kan, so dah ade bangunan² mcm tu kite mai la. Masuk sana dalam 1 kepala RM12 sahaja. Kalau jejalan² jer 1 hari, ok la tapi nak tido x der la kawan. Lagi 1 mahal dan malam tu mcm x der benda jer aku tgk... Gi masuk Japanese Garden Ya Allah punyer la jauh nak naik, pastu menapak naik bukit... aduhhh patah pinggang rasenye... Kat sini anak teruna aku buat hal dia gi terjun dalam kolam ikan kat situ, habeh basah kasut seluar dia... Nasib baik mama dia sediakan baju seluar spare dia, kalau tak ko pakailah baju basah2 tu nak oii!!
Mendaki untuk naik! |
Pas habeh menjelajah dia Japanese Garden tu, kami turun ker Taman Arnab pulak.Masuk RM3 ringgit. Kat sini anak aku dah tak dernye dia nak main² ngan arnab tu, sebab dia dah nampak playground. Dia mengamuk² nak main, aku tak kasi, suruh dia main² ngan arnab. Dia bengang, dia gi tampo sepak terajang arnab tu, Ya Allah terkejut arnab tgh duduk senyap, nasib baik arnab x der lemah jantung kalau tak maunye kojol arnab tu... Eh budak nie mmg tak dpt apa dia nak, benda lain jd mangsa dia. So sebelum arnab tu mati jd mangsanye, baik mama bawa dia gi main playground tu, senyap dia main!
Tak sampai 1 hari pon kami jelajah Bukit Tinggi tu, so plan mana nak gi... Jeng jeng idea! Tempat paling dekat nak singgah ialah Genting Highlands. Idea nak naik skyway... Ok cek2 internet naik skyway RM12 pergi balik. So memasing setuju...Jom naik genting!
Dalam skyway... mama ckp ngan aqeel "gayatnye dikk!" |
Sangat gayat naik skyway.. Anak teruna aku siap menjerit² dalam tu sbb takut, peluk aku kuat²... Dalam aktif2 pon gayat gak! Sampai atas, wah sejuk nye... sbb ujan! Nasib baik bawa jaket. Naik atas tu tak der buat ape pon tak main ape pon mahal siutt aku tgk... Just jeln2 jer... Sampai atas tu kul 6 lebih rasenye pastu turun balik, dan balik ke rumah balik. Aduh sampai rumah mandi manda tido... letih bangat!! So next trip kata nak ke Pangkor pulak, kena simpan duit nie.... Seronok gak jejln2 ramai2 bawa anak2 1 family :)
Tuesday, February 28, 2012
My Notty Boy :)
Tengok la anak teruna aku tu... Sekarang umur dia dah 1 tahun 7 bulan. Macam² peel dia sekarang nie... Bikin mama jadi Tarzan kat dia. Memang peberet dia bagi mama dia menjerit²! Tak ngeti duduk diam. Menggeleseh jer, panas bontot dia tu kalau duduk diam. Itu tgk muka dia tu, main bedak la tu... Rumah dah mcm tongkang pecah dah aku tgk, baru jer kemas sepah balik dengan mainan dia.
Selalu budak berumur mcm dia dah pandai sibuk mama. Nie cakap p0n x ngeti apatah lagi panggil aku nie mama! Dah ajar banyak kali tapi dia buat tak endah jer. Geram betul tgk! Yang dia pandai sebut, Ori (Lori), mainan peberet dia, ball, ayah dan ayam sama jer bunyi dia sebut... tapi mama dia tak pandai sebut lagi! Araghhhh mama jadi tensen!!
My hero my buchuk |
Mama harap sangatlah dia cepat bercakap panggil mama. Bahagianye bila dengar anak panggil mama. Sabarlah mama yer... nanti dia akan panggil gak mama.... ker nak bagi dia adik baru boleh panggil mama?? Eh lama lagi nk bg aqeel adik tu... Mama dah plan bila nak bagi aqeel adik tunggu yer.... cian gak tgk dia main sorang² kat rumah tu, ada adik bolah main sesama... hehehe.
Mama tak boleh marah dia lelama sbb dia pandai pujuk mama dia, nak tau style dia pujuk mama dia bila dia kena marah.... dia akan peluk mama dia pastu cium.. pujuk mama balik... Itulah buat aku sejuk hati w/pon dia nie notty mmg buat aku cepat naik darah tapi dia pandai sejukkan hati mama dia... Sayang aqeel.. muaahhh!!
Monday, February 27, 2012
Cuti-Cuti
Assalamualaikum... Lama betul tak update blog. Bz bangat, anak teruna kite p0n baru baik. Ngan keje yang menimbun so nak update p0n x ada masa. Ini p0n curi masa sedikit nak update sbb tgk blog dh berhabuk.
Masa cuti maulidur rasul dan thaipusam tu, aku dan family kak ipar bercuti di Kuantan. Saja jer jejalan bawa anak bercutikan. Dalam perjalanan tu singgah sebentar di Muadzam melawat adik ipar aku yang baru bersalin tu. Rehat sekejap kat situ makan² pastu baru bertolak ke Kuantan. Kami sewa homestay kat situ. 1 malam RM150, bolehla kan... Malam tu ingat nak makan Ana Ikan Bakar tapi penuh pulak, makan la di gerai² kat tanjung lumpur tu, not bad la. Banyak juga la kami order, mcm² ada..
Tgklah makanan yg diorder.. sedap² berlaka. |
Pas perut kenyang tu, kami berjalan² tempat yg kire popular la di Kuantan tu kan. Cari parking pon susah kat situ... Mana lagi di Esplanade Kuantan. Mcm up town kat tepi² sungai tu.. Ramai pulak malam tu orang memancing, org dating p0n ramai gak la... Orang berpicnic pon ada.. :)) happening betul.
Keesokkannye kami bawa anak² gi main² air pulak. Kami pergi ke Bukit Gambang. Ya Allah sampai di sana ramainye umat manusia. penuh giler macam ular pulak aku tgk. Dah sampai nak tak nak chek in jugak la. Masuk situ mmg murah, banyak mainan.. tapi untuk budak kecik mcm anak aku tu, mmg dia tak berape syiok nak main sbb tak sesuai untuk diorang, pastu dengan orang yang ramai. Anak aku mmg tak nak main, asyik berkepit jer ngan aku. Nak mandi pon takut. So bila nak bawa anak aku bermain air, bawa dia ke Desa Water Park, air pon x dalam buat budak mcm dia. Mmg dia suka la... Pas habeh melepak di Gambang tu, kami bertolak balik ke seremban balik. Perjalanan yang sangat jauh.... sangat letih w/pon bukan aku yg drive. Huhuhuuu...
Next aktiviti adalah nak gi Bukit Tinggi... kali nie gi ngan budak opis just 1 day jer... saje nak jejalan... can't wait...
Subscribe to:
Posts (Atom)