.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Tuesday, December 02, 2008

Not Feeling Well

Dalam beberapa hari ini perasaan aku tak berapa baik. Banyak benda dan perkara yang membuat hati aku sedih dan perasan aku terganggu. Entahlah aku terpaksa lalui dengan hati yang tabah. Walaupun dilanda kesedihan tapi aku tak nak lah tunjuk pada mereka yang terlibat bahawa aku sedih dan sangat terasa dengan mereka.

Aku cuma harap Allah memberikan aku jalan untuk aku lalui dengan hati yang tabah dan cekal! Aku kena kuat menghadapinya walaupon aku tak kuat sebenarnya. Aku cepat down bila aku sedih, aku menangis, cepat emosional tapi nasib baik ada insan tersayang yang sudi memberi semangat dan kekuatan buat diri aku. Terima kasih sayang dan juga kepada teman ku yang beri sokongan kepada aku.

Aku kena fikir positif, maybe apa yang melanda diri aku ini, aku boleh buat pengajaran buat diri aku atau buat generasi aku pada masa akan datang.

Ikhlasnya mmg aku sedih sangat.... Ini pon dah menaip pon air mata tak dapat nak bendung air mata aku dari mengalir.. Aku tak dapat nak luahkan apa yang aku rasa, sebab aku tak nak sesiap akan merasai apa yang aku rasa atau ada yang terasa. Biarlah aku tanggung sendiri, selagi aku mampu nak tanggung aku akan tanggung tapi jika aku dah tak boleh, entah lah tak tau nak cakap....

Memang susah nak mencapai kebahagian yang kita inginkan mmg akan hadapi pelbagai halangan yang kita tidak duga. Cuma kita perlu kuat dan tabah untuk menghadapinya. Mungkin ini Allah sudah takdirkan nasib aku begini. Setiap orang takdir hidupnya berbeza-beza. Tak apalah selagi ada insan tersayang dan teman-teman yang boleh bagi aku support aku akan teruskan perjuangan hidup ku ini....

Friday, November 28, 2008



Dapat award dr Kak Lawa Otak Kreatif... Hehehhe kreatif ker aku nie??? Kreatif tang mn pon x tau! Anyway thank you so much buat kak lawa atas award yang diberi kepada aku..



Sekarang tgh penin keje banyak tak siap.... huhuhuu! Exam lagi... Persiapan pon x siap lagi nie! Aduh banyak keje yang nak kena settlekan ini! Help me! help me!!

Friday, November 21, 2008

Award From SriSufi



Srisufi terima kasih di atas award yang diberikan. Semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupon kita di alam cyber sahaja tidak bermakna kita tidak boleh menjalinkan persahabatan. Terima kasih kerana sudi menjalinkan persahabatan dengan h0ney. h0ney amat menhargainya... Luv u ;)

Hari nie member aku ajak gi mkn. Actually dia sebenarnya nak keluar ngan member pompuan aku nie, tp member pompuan aku nie bagi syarat kat mamat nie kena ajak aku! Huhuhuuu! Kenape plk aku kena jadi peneman lak kan... Aku tak mau lah! Jika mereka berjumpa atas dasar kawan aku rasa tak salah lah mereka berjumpe berdua!! Kalau mamat nie merancang nak berjumpa kawan2 dia termasuk aku baru aku nak join, tp mamat nie merancang nak jumpe si minah nie tp minah nie bagi syarat bawa aku, aku tak mauu!! Terasa aku dijadikan orang ke 3 pulak!! Lagi pon aku ada kelas petang nie!

Buat edy di Qattar tu, apa p0n keputusan yang kau buat antara kau dan dia, aku harap membawa kebahagian di antara kau dan dia. Tapi aku nasihatkan jangan menyakiti hati sesiapa atau mengharapkan pada hubungan yang tak pasti. Aku nak lihat kawan-kawan aku bahagia terutama kau yang jauh nie edy.

Aku pon menanti kebahagian aku bersama insan yang tersayang myspace layout codes

Wednesday, November 19, 2008

Tag From Elly



1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3 - Post that picture with NO editing.
4 - Post these instructions with your picture

Ini gambar time pepagi aku baru masuk kerja... So x ade edit ape2 pon nie muka di waktu pagi masuk kerja... hehehehe!

Wednesday, November 12, 2008

Masalah-Masalah

Entahlah aku tak taulah apa sebenarnya lelaki paham pasal perempuan nie? Eh kaum adam kowang paham tak apa sebenarnya perempuan mahu kan? Kowang paham x hati seorang perempuan?? Entahlah hati nie tengah sakit sangat!!! Geram!! Geramm!!! Tengah dalam masalah nie, aku menjadi pendengar masalah member aku pulak. Tetiba member aku nie sms aku.

Dia : Erk, bile aku ckp aku suke? Adoii...
Aku : Ape la kowang nie! Aku x nak msk cmpr umah tangga kowang.
Dia : Aik, nape lak ni. Sorry la kacau :-)
Aku : Hahaha x adala. Mmgla ko x ckp suke kat dia tp aku tau ko suke dia! So aku ckp
la kat dia. Hahaha.
Dia : Waa, ko nie!! X elok camtu la... nnt dia igt aku terhegeh2 plk.. biakan je :-)
Aku : Alah x der maknenye terhegeh2 tp kita kena usaha
Dia : Biala, aku xnk tarik tali sorg2 la.. letih sgt2.. :-)

(Aku sebenarnya tak tau apa masalah member aku nie... Tp yang aku tau dia suka kat girl nie member kitaorg jugak!)

Aku : Ko ni jgn give up la!Come on la!
Dia : Bkn give up... 10 msg ko anta, dia bls 1 jek.. memula aku rilek je, last2 aku
pikir baik aku angkat kaki la, byk lg pempuan kat lua sane tu...
aku : Ssh jugak! Entahlah aku pn x tau nk nsht ape pd dia lg. (Masalah aku p0n aku x
tau nak settle! huhuuu!)
Dia : Xyah la nasihat, dia dh besarkan.. heheh dia berhak pilih hidup dia :-) aku
pun ada 3 tahuntuk keje luar.. biala aku fokus keje aku dulu.
Aku : X ape lah zaidi... nnt aku tln cr yang lain...hahahha
Dia : Xmo la, aku leh cr sendiri :-) biala aku bwk diri yg duka ini. hahah.. jiwang
siot.. :D
Aku : Hahah aku rs nk t'guling2! Poyos je ko nie!!(member tgh sedih aku buat lawak
plk)

Masalah member aku nie ialah dia kecewa ngan girl nie, diorg dh declare dh. tp the girl kata ayah dia buat solat tgkkan betoii ker jodoh dia.. ayah dia ckp bukan jodoh dia... Aduh aku x tau lah nk ckp pasal the girl nie! Dia jugak member aku (best friend lagi). Aku tau the girl pernah kecewa lelaki nie p0n sama pernah kecewa gak! Tp sebagai manusia, kita kena berusaha, bukan sahaja dengan berdoa kita terus serah bulat2 jodoh kita tu! Kan islam menyuruh kita berusaha dahulu, selepas itu berdoa dan seterusnya bertawakal! Ini the girl terima bulat2 ckp ayah dia! Kalu mcm tu suruh jer lah ayah dia crkan jodoh tuk dia!! Karang aku ckp ngan dia, aku takut dia terluka ngan kata2 aku!!

Yang kawan lelaki aku nie pon kata dia dah malas nak berharap, kalu betoii girl nie suka kat dia, dia akan tggu smpi taun depan jer... Kalu tak dia give up dah malas nak menunggu!! Kesian jugak aku tgk! Tp aku nak sebelahkan sape dua2 kawan aku!! Cuma aku mampu nasihat jer.. Ada jodoh tak kemana... Lagip0n esok member lelaki nie nak balik Qattar. Dia kata nak bawa diri 3 tahun! Weii kau jgn bawa diri lelama...

Hai entahlah masalah 0rang lain2 kan... Begitu jugak ngan masalah aku!! Cuma aku nie jenis tak ckp jer ngan org apa masalah aku!! Cuma aku takut aku akan tawar hati jer... dan aku takut akan melakukan sesuatu diluar jangkaan pikiran aku!! Yang penting aku x mau bagi famili aku malu... Tp entahlah bukan aku nak serahkan jugak pada takdir nk settlekan masalah aku kan!!

Aku try untuk mengubah diri aku supaya tak jadi mcm dulu, seorang yang panas baran suke melenting, tp bile aku dh try nk mengubah diri aku bila aku tengah marah aku diam, tp dia buat x tau plk ngan aku...(lagi aku sakit hati)!! Tapi aku try lagi diam! Bila aku mengamuk, x suke, marah aku! Tp bila aku diam, dia buat x endah! Apa lagi perlu aku buat??

Entahlah bila pk balik betoii ker keputusan aku nie??? Nak teruskan ker x nak??? Nak teruskan ker tanak??? Hermmm..... Kalu mcm nie berterusan mcm nk tarik diri.... Argggahhhhhhhh tensen!!

Monday, November 10, 2008

Reunion SAM BT 40

Reunion SAM BT 40 2008



Ahad 9hb Nov 2008, buat julung-julungnya setelah 8 tahun berpisah dan tidak ketemu, akhirnya kami bertemu semula Reunion yang dirancang last minit. Walaupon tak ramai yang menghadirinya hanya 7 orang sahaja tapi cukup meriah dan menggamit memori diwaktu sekolah menengah dahulu. Terima kasih kepada yang sudi hadir, ayong (Hamiza) bersama hubby and the cute baby boy darwish, Ayang (Syahila), Uda (Mashitah), Zaidi, Shahir dan Azhar (A'an).



Antara kami berempat hanya Ayong dan Uda sahaja dah berkahwin. Ayong ngan baby bor dia darwish yang agresif walaupon 7 bulan, manakala uda pulak baru pregnat 3 bulan... Oohh kawan2 ku semua dah ada anak... Hanya kami berdua jer l0m lagi still single ;)


Inilah anak buah kami darwish...


Kiri Zaidi dia minggu depan nak balik kembali ke Qattar, dia lah yang paling jauh kerja kat negara orang. Kanan pulak A'an dia kerja kat UPM jugak mamat nie! Dua2 nie bujang lagi so sape yg nak berkenalan boleh lah... hehehe (Zaidi aku dh promote ko nie!!)



Ini pulak Shahir.. Aku mmg terkejut bile tgk dia... Sbb dia dh gemuk dulu kurus keding skrg nie tgk lah... Ye lah hati senang dah nak kawen yek!!



Insya-Allah kami akan adakan reunion lagi maybe yang lebih besar lagi. Insya-Allah tahun depan kami akan adakan maybe bulan 11 tggu si zaidi cuti panjang. Pas2 aku boleh kirim dia kain dari Dubai...

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan harap kita akan berjumpa lagi.

Wednesday, November 05, 2008



Thanks pada Ryan diatas award yg diberikan pada h0ney.... Cute ker blog aku nie??Anyway thank you very much ryan...

Tuesday, October 28, 2008

Happy Brithday To Me



Alhamdulillah Allah masih memberikan aku bernyawa di bumi ini sehingga umur ku 25 Tahun. Alhamdulillah aku masih sihat, masih boleh membuat kerja dan yang penting masih boleh bertaubat di atas kesalahan yang aku buat selama 25 tahun aku hidup.

Hari ini aku amat terharu diatas sambutan hari lahir aku yang my bos aku buat. Walaupon hanya sebiji kek dan lilin diatasnye membuat aku terharu bahawa my bos masih mengingati brithday aku. Terima kasih bos di atas kek yang diberi...

Manakala yang tersayang pulak, aku tak tau lah apa yang akan dia berikan. Aku terima jer lah dia nak berikan apa untuk ku... Aku tak sangka umur aku sudah semakin dewasa. Aku harap Allah akan memanjangkan usia ku, kerana banyak lagi yang belum aku kecapi dalam hidup ini... Aminnnn...

Hari ini aku sangat bz... penat sangat! Blog pon dah lama x update! Dan aku pon dah lama x merayap blog member2 yang lain. Sorry yek kawan2 ku aku sangat sibuk! Ini pon aku luangkan sedikit masa untuk mengupdate...

Thanks to you all yang wish brithday to me!!

Monday, October 06, 2008

Raya 2008


Raya tahun ini amat bermakna buat aku. Kenape adalah sebabnya... Raya tahun ini mmg penat sangat sbbnya ikut famili gi beraya rumah sanak saudara. Sampai boleh tido lagi umah saudara, sbb terlalu lama melepak dirumah saudara. Al-maklum lah ikut famili kenalah ikut rentak mereka kan... Dari raya pertama hingga lah raya ke lima aku bz memanjang. Kesian t0pek yang nak beraya dirumah aku tidak dapat, sorry yek t0pek akak mmg bz lah dik. Insya-allah kalu ada rezeki taun depan yek... hehehehe.

Seperti biasa raya pertama, kedua & ketiga kami beraya rumah sanak saudara selepas aku dan adik beradik bermaafan bersama mak abah dan adik beradik. Mmg penat. Mcm taun lepas aku tak mengikut famili aku beraya, aku lebih rela duduk dirumah tapi tahun ini aku dipaksa ikut. Huhuhuu!

Aku tak adalah nak bercoleteh panjang, aku taruk jer gambar raya aku nie, kowang enjoy lah tgk yek!


Dimalam raya


di Pagi Raya



Beraya bersama atok


Beraya bersama sanak saudara


Beraya bersama sanak saudara


Bbq dirumah atok...

Thursday, September 25, 2008





Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya. Jika selama saya berblog dan berkawan dengan anda, ada yang terguris perasaan, ada yang terkasar bahasa, ada yang terlepas cakap ker, dan sebagainya lagi lah, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga hari raya anda semua dirahmati Allah dan berbahagia disamping insan yang tersayang....

Jika tgh makan ketupat rendang biskut raya tu, jgn lupa kan saya yek!hehhehe! Jika ada sesapa yang ingin beraya di kg saya di Sabak Bernam, sila lah datang yek! Tp call la dulu takut tak der di rumah.

Ok semua selamat menyambut hari raya maaf zahair & batin...


Nota Buat Bulan: Apasal ayat aku skima semcm jer nie... huhuhuu!

Thursday, September 18, 2008



Thanks to Ryan di atas kad raya dia nie.... Tak sangka dah nak raya! Aku p0n x sabar nak balik raya di kampung... Mesti best main bunga ape ngan adik2... Aku rasa taun nie kita0rg adik beradik tak buat kuih kot, sbb adik aku kerja kat JJ tu bawa biskut banyak... Jimat duit tak yah beli. hehehehe... Tapi aku ada beli 2 jenis kuih daripa member aku...

Aku tak tau lah apasal tahun ini aku tidak ada semangat sangat nk beraya. Aku rasa macam hari biasa jer... Maybe sbb usia dah semakin dewasa. Huhuhuu dah dewasa ker aku nie?? Kalu raya p0n aku terpakse siapkan keje sekolah, mesti x bes nak gi beraya. Lagi p0n aku mmg jenis tak suke berjalan... Kalu gi berjalan raya p0n gi umah saudara mara itu p0n raya pertama jer... Sbb ikut famili aku..

Baju raya p0n x beli lagi, kasut p0n x beli lagi. Sbb aku rasa x payah beli lah... Mcm malas nak beraya jer... huhuhuu....

Friday, September 12, 2008



Award From Ien



Aku hampir terlupa untuk pamerkan award drpd my friend ien... sori yek ien.. masa gi melawat blog elly ternampak award drpd ien. Dan aku terus teringat ien ade kasi aku award itu, dan aku belum pamerkan dlm blog aku... Sori bebanyak ien... i'm forgot!

Thanks to ien atas kesudian award yang comel dan berwarna pink of course my peberet kaler... Thanks a lot ;)


Wednesday, September 10, 2008

Tag From kak Zan and Allisyacute



Thanks di atas tag kak zan dan allisyacute... Kak Zan mmg rajin bagi tag and award. Rasa baru sahaja kak zan bagi award kat aku... Anyway thanks lah kepada kak zan dan allisyacute di atas kesudian memberi tag.

Sekarang nie tgh sibuk study pas2 tgh penin kepala nak buat presentation... Wahhh tak siap lagi penin kepala... Minggu depan nak kena present!! Bila nak siapkan nie...huhuhuu!!

Friday, September 05, 2008

Selamat Hari Lahir My Sweetheart


Selamat Lahir Buat Insan Yang Amat Ku Sayang Yang Ke-27. Moga ayg dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan hidup ayg diberkati oleh Allah. Cyg sentiasa menyayangi dan mencintai ayg sepenuh hati cyg. Ini adalah lagu khas untuk ayg.....



Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya

Wednesday, September 03, 2008

Award Daripada Kak Zan



Terima kasih di atas Award Yang Special daripada Kak Zan. Keep in touch yek kak... Buat masa ini tak der cerita bes nak kongsi bersama-sama.... Selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan2 blogger.

Monday, August 25, 2008

Hajat



Semua orang mempunyai hajatkan. Begitu juga aku yang mempunyai hajat. Tapi hajat yang aku ingini tidak kesampaian, mmg frust, mmg kecewa tapi apa yang nak aku katakan what can i say?? Jika itu dah takdir buat diri aku.... Walaupon kecewa tapi aku try untuk menghilangkan rasa kecewa itu, entahlah maybe ade hikmah hajat aku itu tidak kesampaian lagi.Tengah hati ini kecewa, aku telah mendapat satu berita yang mengejutkan... kowang nak tau ape dia??? Aku dapat sambung belajar di UPM. Yahuuuuu!! Memula dapat berita itu mmg terkejut sangat sbb aku apply last year, so this year baru dapat tawaran. Last year apply mmg semangatlah nak sambung belajar tapi bila menunggu keputusan itu terlalu lama semangat nak sambung belajar dah pudar, bila dapat call yesterday tu mcm nak ambil ker tak nak....

So bila aku pk kan hati yang tengah kecewa pas itu ada peluang untuk sambung belajar, untuk mencerahkan masa hadapan aku itu, dan tanya pendapat parents mmg diorg support aku bagi semangat untuk sambung. Memula aku dah pk nak tolak jer tawaran itu, sbb aku takut tak mampu nak buat, lagi pon aku fikir masalah kewangan, ye lah aku nie banyak hutang lagi tak settle kan... Sbb aku belajar nie aku kena support untuk diri aku sendiri mmg banyak pengorbanan aku kena buat.... Tapi bila pk untuk masa depan aku, aku try untuk membuatnya. Belum cuba belum tahu kan setakat mana kita punya kemampuan. Insya-Allah, Allah akan memudahkan jalan hidup aku... Amin.

So aku hari sabtu kelmarin aku sudah mendaftar sebagai MAHASISWA di UPM. Akhirnya aku dapat gak merasa jadi student di Universiti. Seronok rasanya. hehehhe. So after that i can do it lah. Member aku cakap kita kena enjoy ngan study kita supaya kita nnt berasa seronok nak belajar. So i'm try enjoy!

U all doakan aku boleh buat yek! Walaupon satu hajat aku yang tak kesampaian tanpa terpikir hajat yang dah terkubur itu kembali tanpa ku pinta. Maybe itu lah hikmahnya kot. Hope aku boleh melalui kehidupan aku ini sambil bekerja sambil belajar....

Wednesday, August 13, 2008

Assalamualaikum semua...

Sudah lama aku tak update blog aku. Sejak balik bercuti hari tu, aku kena menguruskan kerja yang tertangguh di opis. Hingga hari ini baru aku ada kesempatan untuk update blog aku.

Alhamdulillah masa balik bercuti, hati aku pikiran aku lebih tenang, dan aku dapat berpikir dengan lebih baik. Sungguh seronok sekali bercuti di Langkawi. Duduk ditepi pantai, dengar deruan ombak, tgk keindahan pulau keindahan air laut, sungguh tenang rasa hati. Memang aku enjoy sekali percutian ini.



Aku disana selama 4 hari. Setiap hari aktiviti penuh hingga la ke malam. Walaupun penat tapi best. Aku pergi bersama 3 orang lagi rakan. Kami mmg gamble. Dtg sana pon kami hanya booking kereta sewa jer dahulu. Sampai sana baru kami cari chalet. Disbbkan kami pergi masa weekdays alhamdulillah lah masih ada banyak yg kosong.



Kami dapat chalet betoii2 ditepi pantai. Kami menginap di Pantai Cenang. Tgk pantai dia, air dia masa sampai tu, aku tak sabar nak mandi, tp time tu waktu tenghari naik so aku pendamkan dulu, ptg sikit br mandi. Sampai jer pas makan aku tido. Mmg best tido. Hahaha.



Hari Kedua ke sana kami buat island hopping. Kami pergi Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Mmg bes. Yg aku kesal sbb x mandi kat Pulau Beras Basah. Pulau Yang cantik, air yg biru, pasir yang halus. Ya Allah cantiknye ciptaan Mu. Mmg cantik. Aku dapat gak la tgk kawasan hilang, mmg byk eagle bila org bot tu campak makanan diatas air.






Hari Ketiga aku pergi naik cable car. Aku nie gayat sebenarnya. Mmg seram diatas puncak tu. Manakala kabus tebal di atas sana. Sejuk dan nyaman. Mmg best. Selepas itu, kami meround keliling Pulau Langkawi. Pergi Makan Mahsuri, Pergi Pulau tengkorak. Mmg penat giler kaki aku berjalan. Lenguh giler.. Hari Keempat itulah baru masa bershoping. Duit byk habeh kat coklat. Huhuhuuu.

Aku rasa happy lah pergi sana mmg puas hati. So tahun depan nak merancang bercuti ke mana lah plk... hermmm.... tgh fikiran.

Monday, July 28, 2008

Pergi Membawa Diri



Dalam berape hari ini aku tak ada. Aku akan membawa diri ku jauh daripada semua org untuk mencari ketenangan dijiwa. Untuk memikirkan apa yang terbaik untuk diri aku. Lagi p0n aku tak pernah lagi membawa hati ini ke mana2, entah kenapa tetiba aku ingin membawa hati aku jauh daripada kecewa, jauh dari sengsara. Moga aku mendapat ketenangan di sana nanti...

Sekarang ini terlalu byk masalah yg tak dapat aku bendung, yang aku tak dapat nak selesaikan... So secara kebetulan aku membawa diri....

Monday, July 21, 2008

Jiwa Kacau


Ingin ku luahkan tapi tidak ku tahu pada siapa...
Sakitnya hati, kecewanya hati ingin ku luahkan...
Tapi adakah mereka akan menerimanya dgn baik apa yg ku rasa...
Hati aku sangat sakit, jiwa ku sungguh tidak tenteram...
Sudah lama aku memendam rasa...
Aku benar2 kecewa diketika ini...

Aku ingin menjerit tp ku takuti didengar oleh orang...
Sekrang aku hanya mampu menangeh didalam hati..
Hati ku betoii kecewa dengan siap tindakan mereka pada aku...
Aku kecewa, sedih dah rasa mcm nak menjauhkan diri jer...
Biarlah mereka tidak tau aku sekrang tgh kecewa dengan mereka..

Jika mereka mengerti apa yang aku rasa
Adakah mereka akan memujuk ku???
Aku tahu mereka tidak akan tau dan tak akan pernah ambil tahu
apa yang aku rasa...
dia dan mereka mengecewakan aku dan membuat aku sedih...

Biarlah aku seorang menanggung kesakitan di hati ini
Asalkan mereka puas dan gembira di atas kesedihan ku....

Kini ku tabahkan hati ku tabah kan jiwa ku
untuk menghadapi semua ini...

Wednesday, July 16, 2008

Dah lama aku tak update blog aku nie... Ialah aku bz dalam 2 minggu nie. Last week aku ade kursus di INTAN, KL. Bes jugak lah aku gi kursus sana... Aku dapat ramai kawan baru. Walaup0n masa aku nk pergi kursus itu byk rintangan yang membuat kesabaran aku menipis. Tapi semua itu ade hikmahnya... Salah satu aktiviti yang aku suka sgt dalam kursus itu ialah masa gi Bukit Cerakah itu Skytrex. Mmg bes sbb dah lama aku tak buat aktiviti yg lasak begini. Meh layan gambar dibawah ini.

Sebelum memulakan aktiviti skytrex..



Bersedia untuk menghadapi cabaran... hehee



Tangga ini akan ku panjat sekejap lagi....



Penat giler panjat.... tp sempat posing kat atas tu...



Nak jadi spiderwomen....



Sebenarnya banyak lagi aktiviti kat situ, tp member aku tak ambil gambar aku time buat aktiviti dalam hutan itu. Mcm flying fox, spider web, monkey swing, memcm lagi lah... mmg penat giler... Tp syok enjoy!!

Memori Yang Terindah Bersama Kalian....



Walaupun perjumpaan kita hanya seketika cuma, tapi kenangan bersama kalian akan ku abadikan di dalam hati buat selamanya.... I miss u kak ika, puan zaliha, kak lily dan ana...