.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, May 06, 2009

Gemukk???



Gemukk?? atau lebih tepat nak berisi sikit... Nnt gemuk lain plk citer kan?? Maybe kat luar tu ramai girl2 nk kuruskan badan tp aku lak nk berisikan badan aku.. Sbb ramai benor aku dengar org komplen aku kurus sgt sibuk suruh gemukkan sikit badan aku... Tadi jumpe Elly kat kantin p0n dia ckp aku makin kurus... Ingat nak ckp aku makin cun ker... ok gak! ahaks!! Aku nak buat mcmmn yek nk bg berisi badan aku mcm dl... Br mengancamkan kalu berisi... Nie idak sekeping jer!!

Kalu ade idea nak kasi badan aku naik leh la kongsi idea kat aku... Aku rasa aku nie x cukup berat.. hahahhaa! Aku nak badan aku maintain jer x kurus x gemuk... Mcm badan aku tahun 2002. Kalu ada yang pernah tgk aku zaman 2002 tu diorg mesti terkejut kenapa aku boleh kurus sampai mcm nie sekali... ahaks!

Sekarang nie tgh sibuk buat persiapan majlis, kad jemputan x buat lagi... Yg dah settle mak andam ngan kameran men jer! Kameran aku adalah member blog dulu "ENCIK FAISAL @ ACAI". Manakala barang hantaran baru 80%... hehhehehe!

Tuesday, May 05, 2009

Tag From Elly


Sorry lambat nak buat tag nie... i'm so busy. Nie p0n keje x siap lagi. Wah bikin aku stress... Tp x ape aku akan buat sampai siap... Tp x pernah habeh.... wawaaaawaakkkk!!



1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..
Yup ini lah wallpaper yg aku guna skrg... comey tak aku! hahahaha

2)Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
Aku suke sangat sbbnye aku nampak comey... hahahhahaa!

3)Tag 10 orang
- nobody

Wednesday, April 22, 2009

Tak Der Mood



Pepagi lagi aku tak der m0od... aku tak tau mn m0od aku pergi... Entahlah skrg nie gel0ra perasan! Gel0ra ngan suasana 0pis, gel0ra ngan tunang, semuanya gel0ra perasan melanda... 0rg ckp ngan aku ign0re jer... aku mmg nak ign0re tapi disbbkan asyik nmpk muke dia, itu jd mcm entahlah...

Kalu dah x suke aku keje kat sini ckp jerlah... Aku leh apply keje tempat lain! Aku p0n x kisah mn p0n aku nk keje! Janji aku buat keje tu ngan ikhlas dan heppi.. Tp agaknye dia mmg dh bisu k0t... setiap arahan tulis dah x mau nak ckp k0t! Uhhh lantaklah... malas nk pk! Suke hati dialah dia nk buat ape!!

Monday, April 20, 2009


Hari Jumaat 17hb April 2009, UPM ada menganjurkan Hari Sukan Universiti. Pada malam itu adalah perasmian Sukan Universiti. Aku telah menceburkan diri dalam kawat untuk perasmian tersebut. Berpanas2 buat latihan kawat, akhirnya mlm tu penghabisan kawat hilang semua penat lelah selama ini. Tapi malam itu mmg best, PTJ lain p0n x kureng hebat la kawat!! Mmg penat kawat nie berdiri punyer lah lama.... peluh berjela2 keluar kalu tadah dengan baldi mau dapat 1 baldi penuh ngan peluh!! hahahaha!

Tapi mmg puas hati lah malam tu kawat, walaup0n dapat nomb0r 3 kawat kami semua tetap puas hati. Malam tu ada lak member s0rang pengsan... Maybe x tahan lama berdiri kot. Tapi alhamdulillah dia dh 0k balik. Masa reheseal lak ada 2 orang pengsan mn lah tak pengsan tengah panas duk berdiri lama ngan kawatnye, nasib baik aku tak pengsan!! Kalu aku pengsan sure senang jer diorang angkat aku x yah ramai2 sorang p0n cukup! Hahahahhah!

Nasib baik es0k cuti mmg bes aku tid0... kaki sakit sbb lama berdiri. Aku plan baik hari minggu tu nak mandi air panas, hari ahad nak tgk wayang tapi semua plan x menjadi! Bagi aku hangin 1 badan! Habeh hp aku campak!! Hangin! Hangin!! Hari ahad tu mak aku ajak gi kenduri kazen aku nikah kat Shah Alam! Aku tak mau pergi sbb kazen tu aku tak rapat... Tapi mak paksa gak, eh malas betoii!! Aku gi gak lah!! Aku mmg x der m0od 2 hari tu!! 2 hari aku tak mkn ape2 mmg x selera nak mkn x tau apasal! Aku minum jer!!

Hari nie ingat gi keje malas nk pk hal org, hal sakit ati... Hari nie nak diamkan diri... buat hal sendiri.... buat keje!!

Persiapan kawen p0n x siap lagi... entah mcm nk kawen atau tidak p0n x tau lah...

Tuesday, March 31, 2009


Happy Anniversary


Semalam 30hb Mac 2009, genaplah hubungan percintaan kami yang ke 5 tahun. Uhhh tak sangka selama 5 tahun ini kami mempertahankan cinta kami dengan pelbagai macam dugaan, onak duri hingga ada terasa perasaan fade up di dalam hati kami. Tapi kami tetap pertahankan dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki segala kesilapan, perbuatan supaya hubungan cinta yang dibina selama 5 tahun ini tidak sia-sia.

Alhamdulillah tahun lepas kami diikatkan dengan tali dan pertunangan dan insya-allah jika tiada aral melintang kami akan diijab kabul sebagai suami isteri tidak lama lagi. Rasa mcm cepat sangat masa berlalu.... Banyak lagi benda tak beli lagi. Penin gak lah mn satu nak buat. Huhuhuu...

Kami berdoa semoga hubungan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Kamu sentiasa happy apabila bersama dan sentiasa mengh0rmati antara satu sama lain. Sememangnya kami sangat menyayangi dan menyintai satu sama lain. Harap berkekalan hingga ke akhir hayat....

Lagu yang diberikan untuk ku....

Jay Jay – Permaisuriku


tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku
lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
oh kasih
oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh kernamu
lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu

Thursday, March 26, 2009

Nombor telefon yang aku tidak kenali muncul lagi di skrin telefon aku. Aku tertanya-tanya siapa gerangan yg hantar sms pada aku. Memula tu aku buat x layan then malam ini hati aku tergerak untuk sms padanya.

Aku : Sape nie yek?
Dia : Haris... kenal?
Aku : Jayzeeharis?
Dia : Sorry wrong number..

Hampeh jer mamat nie! then aku stopla sms dia. Sbb dia dah ckp mcm tu. Tak lama kemudian bunyi sms aku. Aku buka nombor yg tadi...

Dia : Rindu sy tak pnh berubah terhadap awak.
Aku : (giler ker apa mamat nie! kata wrong number tup! tup! sms aku ayat mcm nie!!)
Aku : Awak nie sape? Kata wrong number?
Dia : Kenangan di Mines tak dapat saya lupekan.
Aku : (sapelah pulak mamat nie??)
Aku : Kelakar la awak nie. Entah2 awak salah org kot!
Dia : Haniza... That's u?
Aku : (Aku terperanjat sbb dia tau nama aku! Bila aku ingat balik dia kata dia haris.. baru aku teringat dia yg pernah aku kena suatu masa dahulu)
Aku : Yup. U hairs yg kite penah kenal kat kedai kopi ker?
Dia : Bus stand klang..
Aku : X sangka awak msh igt sy!
Dia : Kenangan dengan awak tak kan sy dapat lupekan. Saya nak jumpe awak boleh?
Aku : (terkejut dengan permintaan dia! Dah lama menghilang tup!tup! nak jumpe!)
Aku : Awak dh lame benar citer kite. Nk jupe 2 ssh skt sbb su dh jd tunangan org!
Dia : Awk dh tunang? Ya Allah... luruh jantung saya wak. Maybe ini balasan saya tinggalkan awak dulu...
Aku : (Alah mamat nie dah bertahun dah hilang tanpa berita! Ingat aku bodoh ker nak tunggu dia!!)
Aku : Yup bulan 12 tahun lepas!
Dia : Sy minta maaf byk2 kat awak if i distrub u. Kalu dulu sy tak tgglkan awk dh tentu sy bahagia dengan awak kan!
Aku : X yah lah di kenangkan awak semua dah berlalu. Saya bahagia ngan hidup saya dan tunang saya!!
Dia : Sorry 4 disturb u. Bye...

Dah lama kisah berlalu kenapa lak tetiba dia dtg balik dlm hidup aku?? Tapi itu tak menjejaskan hati aku, minda aku, dan diri aku! Hati aku tetap pada tunang aku! Kami dah mengharungi susah senang, suka duka bersama selama ini. Of course kalu kekasih lama aku datang balik, aku tak heran! W/pon ayatnya manis bak madu!

Tapi yang aku heran mcmmn dia dapat no telefon aku? Sbb aku dah tukar no telefon aku!
Hermmm biarlah dia! Aku anggap semua ini hanya ujian Allah terhadap aku untuk menguji hati, kesetian dan keikhlasan aku terhadap kekasih hati ku!

Apa p0n terjadi MOHD HILMI ABDLAH tetap di hati aku!! (jgn muntah pulak orang yg membace ini!! hahahhaa)

Friday, March 20, 2009

Tag From Elly


Minah nie mmg rajin duk tag menetag nie... Meh aku jawab.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

# Hanya Ku Yang Mampu

# Aku pilih nama bl0g ini kerana banyak mengesahkan kehidupan aku dan kehidupan
aku disekeliling aku. Dalam bl0g nie banyak menceritakan pengalaman aku, kerja,
suka hidup aku.. dan aku hanya mampu mengharunginya dengan ketabahan dan
kesabaran.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://gadisnakalh83.blogspot.com

# nama link nie mmg dah lama sebati dengan aku, masa memula2 aku ceburi dalam bidang internet nie (ayat poyos!). Maybe dulu aku seorang yang agak nakal itu sebabnya aku memilih nama ini dr dulu hingga sekarang. Kenapa gadisnakal tu ada H di belakang itu adalah nama aku dan 83 itu adalah tahun aku dilahirkan ;)

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

# Method yang aku pilih selalunya mengenai kisah aku, apa yang menarik, apa yang aku rasa, perasaan sedih, perasaan geram, kebanyakan semua aku tulis dalam bl0g aku ini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

# Pernah sbb dah rasa bosan.. tp bila pk balik rasa sayang nak hapuskan sebabnya bila aku datang kerja tiap hari mcm tak lengkap bila tak tgk bl0g aku dan kawan2 aku. Aku suka membaca kisah suka duka, pengalaman dan sebagainya di bl0g member yang aku kenal.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

# Blog si Elly ini mmg selalu aku lawat, sbb aku suka baca kisah dia dan anak2 dia. Serta tengok gambar2 yang dia paparkan di blog dia. Aku dan Elly dah kawan lama. Bila aku pindah department lain, aku dah tak kuar sama, makan sama ngan dia. Itu lah aku cadang nak suatu hari nak ajak dia kuar makan sama.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

#
Mummy pada Adeef @ dobot
# Uda yang tgh sakit tu ( cian dia)
# Ekin yang 0n diet (gud luck sis ;)
# Kak Mie (yang kat singapore tu..)
# Cici ;)

So nama2 kat atas tu sila la jawab yek ;)

Thursday, March 12, 2009

Nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista


Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya


Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama


Biar lagu ini bicara...

Wednesday, March 11, 2009

Jujur Tak'kan Melupakanmu

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekadar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku ohh

jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

oh terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga dapat menghancurkan kerasnya batu prasangka

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara



Nota untuk sang bulan : Biarlah lagu ini bicara tentang perasaan aku dikala ini...

Friday, March 06, 2009

Sakit Hati

Pepagi dah ade orang sakitkan hati aku!
Makin kita jgn hati org!
Makin hari hati kita disakiti!
Kekdg tak guna gak luahkan pada org!
mahupun org itu kita kenali atau tidak!
Ok pas nie aku ambil sikap berdiam diri!
Malas dah nak bergaul ngan org mcm nie!!
Buat hati sakit!!

Kekdg kita luahkan apa yang kita rasa
kita kena balik!
Kita yang akan dipersalahkan balik!
Dah tak larat dah!
walaupon mulut aku laser tp bertempat gak!
kalu boleh aku elakkan menyakitkan hati org!
Tp skrg aku dah ambil iktibar!
Jln yang terbaik lebih baik berdiam!

Kalu rasa tak puas hati!
baik luahkan dalam bl0g nie!
Tak ade pon sakit hati!!

Ini blog aku suka hati aku nk ckp ape pas nie!!

Monday, March 02, 2009

Five of Five

Sebenarnya banyak tag yg x jawab... hari nie aku jawab tag ini dl...

1. What were you doing five years ago?

Aku start kerja di UPM tahun 2002, tapi time tu aku kerja di Jabatan lain iaitu di Bahagian Perancangan Korporat. Banyak kenangan aku disana. Selama 4 tahun aku kerja di BPK, dan aku dah merasai 4 orang bos yang berlainan attitude. Tapi semua bos aku ok! Dalam seumur hidup aku, aku duduk berjauhan dengan famili aku. Nasib baik dapat kawan dan housemate yang sekepala dan best!

Masa ini jugak badan aku berisi... Mmg org akan terkejut bila tgk gambar aku 5 tahun lepas... Tak caya nak tgk ker?? Alamak x der dalam simpanan... so x dptlah tgk aku yg montel tu... Itu 5 tahun lepas now aku dh kurus...


2. What were the 5 things on your to do list today?

1. Siapkan kerja PPU tapi masih tak siap p0n....
2. Tgh penin nk pahamkan prosedur ISO... (please help me!!)
3. Siapkan assigment..
4. Update blog nie.. dh berhabuk!
5. Asyik angkat tepon jer dr pg tadi.. sibuk tanya kelulusan!!

3. What are 5 snacks that you enjoy?

1. Jajan
2. Asam
3. McD
4. KFC
5. Pizza...

4. What are 5 jobs you've had?

1. Aku pas SPM aku kerja kilang di klang. Duduk umah mak yong dan pak long. Mmg hidup aku time tu x der sosial life sbbnya balik kerja kilang selalu pukul 12 mlm kekadang pukul 2 pagi. Hari Sabtu dan ahad pon kerja. Lagi pon aku duduk ngan makcik dan pakcik mmg kena kawal lah. Lelagilah pakcik aku tak bagi aku keluar ke mana-mana. Ngan boypren p0n susah! Time tu boypren kat kg! jarang sekali la dia dtg jenguk aku. Bila aku balik kg br jumpe! Tapi kejap jer aku kapel sbb ade masalah yang tertentu! Tak apalah lupekan dah tutup buku lama...

2. Aku pernah kerja kilang buat nata de coco. Sehari jer kerja sbb x larat. Tangan sakit2 sbb kena air jer... Pastu kerja dia mmg penat!!

3. Setelah itu, aku dapat kerja kerani kontrak di UPM iaitu Bahagian Perancangan Korporat. Selama setahun kerja kontrak di situ, rezeki aku di murahkan oleh Allah, aku dapat kerja tetap di UPM. Time tu lega sangat!! Selama 4 tahun kerja di Bahagian Perancangan Korporat, aku minta tukar ke bahagian lain sbb nak merasa environment lain dan cr experience baru! Akhirnya aku di tukarkan ke Pejabat Naib Canselor. Memula kerja tu mmg stress sbb kerja aku melibatkan memcm orang, sampai aku pernah pitam sbb stress dan tak kerja selama 2 hari sbb x boleh bangun!! Kekdg aku enjoy kerja kekdg aku tak enjoy!! sekarang lagi tgh penin sbb nak ISO. Bulan 6 akan diaudit tunggu jer lah mcmmn nnt!!

Monday, February 16, 2009

Not Feeling Well



Demam, selsema, dan batuk masih tak baik lagi. Masuk nie dah 3 hari demam. Nasib baik demam tak teruk cume selsema ngan batuk jer. Dah la opis aku nie sejuk, lambatlah baik selsema ngan batuk aku nie...

Nak gi klinik malas lah, telan jer panadol. Tp tak baik gak! huhuhuu! X ape lah bukan ker sakit ini mencuci dosa2 kecil.

Dah lama aku tak update nak melawat blog lain, jawab tag member pon x jawab2. Sorry yek elly aku terlalu banyak kerja dan assigment yang perlu aku settlekan. 15hb Mac dah nak kena submit kalu tak aku x dapat markah untuk sem ini. Huhuhuuu...

Wednesday, January 28, 2009

Wedding My Kazen & My Friend


Hari Sabtu aku dan adik aku menghadiri wedding kazen aku. Kesian hanya kami wakil belah perempuan disebabkan ade sebab2 yang tak dapat dielakkan. Bila dia melihat kami, dia rasa gembire sbb ada wakil daripada pihak perempuan. Apa2 pon aku doakan kazen aku ini akan bahagian hingga ke akhir hayat. Aminnn....





Hari ahad pulak, aku gi rawang, kawan satu UPM kawen. Wah aku suka baju dia pink purple, cantik. Aku juga mendoakan moga kak aida akan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan dia. AMinn....



Aku ingat nak balik kampung bagi isnin sbb pas balik kenduri tu ingat nak berpoyo2 sama tunang aku tu tp disebabkan berselisih faham ngan dia, aku balik petang ahad tu sorang2. Aku tawakal jer sbb aku kalu drive malam aku kureng nampak. Pukul 6 petang aku bertolak balik, masa dalam perjalanan balik tu, tunang aku duk call2 aku, aku x angkat. Bengang punyer pasal mmg aku tak angkat hingga dia hantar sms kat aku minta angkat! Lembut gak hati aku, angkat jugak tapi nada mare! Dia terkejut aku on the way balik kg. Aku peduli apa, aku tak habaq kat dia pon. Masa perjalanan balik kg tu hujan lembat mmg aku x nampak jalan. Aduh problem!! Tapi alhamdulillah dalam kegelapan malam, ujan lebat tu aku selamat gak sampai.

Kat kampung ingat boleh tenangkan hati dan perasan! Sama gak!! Mak ngan abah duk membebel ngan adik2 aku! Adik2 aku nie degil lah... Aku nak marah pon x boleh!! Malas la nak layan.

Hari isnin gi berpoyo2 ngan mak ker sg besar! Mkn KFC (KFC Bukan Yahudi punyer tau)!! Hari Selasa petang bertolak balik serdang, tapi ada 2 orang adik aku ikut aku balik. Si anjang tu kerja sementara ngan pakcik aku kat bangi, yang buat aku bengang ngan dia, aku dah penat2 drive nak hantar dia ke bangi dia boleh ckp hantar aku malam lah long sbbnye dia tak nak kunci rumah! Hangin satu badan aku dalam kereta, bukan nak cakap awal2! Tidaklah aku pusing jauh!! Itu la adik2 aku ini, ada mulut tak ngeti nak bagitau awal2, dia ingat aku nie drive diorang kot, duk hantar balik pergi!! Kalu cakap sikit merajuk, cakap aku nie berkira tapi diorg tak pk ker penat kakak dia!! Eh Geram!!!

Nasib baik dah baik ngan tunang... Malam tu aku ngan dia hantar adik aku ke bangi! Badan aku nie letih sbb berjam aku drive. Balik jer hantar dia pas makan semua, balik umah aku tido!!

Sonok aku hari nie pergi kerja jalan x jem!! Budak cuti sekolah dan ramai org cuti!! Kalu tak kul 7 aku keluar jln jem nk mamposs!! Geram aku!

Wednesday, January 21, 2009

Tadi time lunch aku keluar ngan opismate aku gi tempah baju. Selepas balik tempah baju tu aku ker Baker's Cottage kat Sri Serdang sbb lapar nak beli roti. Masa nak masuk ke situ, ada nenek nie duduk didepan kedai dan senyum pada aku bila aku masuk ke dalam kedai. Aku pon senyum balik pada nenek tu. Nenek tu tgk jer aku memilih roti. Dalam hati aku terdetik, nenek nie lapar ker? Tapi aku tgk dlm beg kertas nenek tu ada roti. Aku nak bertanya tapi tak tertanya. Selepas membayar harga roti yang aku beli, aku pergi menanyakan nenek yang duduk didepan pintu kedai tu.

Aku : Nenek kenape?
Nenek : Sakit kaki, rehat sekejap kat sini. Baru balik dari klinik,nie nak balik umah...
Aku : Ooohh... (dalam hati aku kesian)
Aku : Umah nenek kat mana?
Nenek : Kat belakang bank tu (sambil jari dia menunjukkan bank yang ada sebelah jalan)
Aku : Jomlah saya hantar nenek balik.
Nenek : Tak payahlah.. rehat kejap lagi nie, nnt nenek baliklah.
Aku : Tak ape la nenek, saya hantarkan.

Sambil pegang tangan nenek untuk dia bangun daripada depan kedai tu. aku pimpim nenek tu berjalan menuju kereta. Kesian dia, dia tak boleh berjalan sangat dia kata kaki dia terlalu sakit.

Dalam kereta sembang ngan nenek tu, sambil nenek tu menunjuk mana rumah yang dia tinggal. Dalam kereta dia mcm sedih jer. Dia kata dia duduk ngan anak tiri dia. Sambil mulut dia membebel "Mereka ada kereta, kita ini kereta pon tak ada". Sedih aku dengar. Mcm dia tidak dipedulikan anak-anak.

Akhirnya selamat aku hantar dia ke rumah. Lagipon UPM dengan rumah nenek tu tak adalah jauh sangat.

Bila aku melihat nenek tu, aku teringat pada mak aku. Aku tak sanggup buat mak aku kalu dah tua mcm nie. Dahlah tak larat, pergi klinik jalan kaki sorang2. Sedih sayu hati aku melihat nenek tadi. Harap kejadian tadi menjadi ingatan kepada aku untuk masa akan datang.

Monday, January 19, 2009

Perkembangan Terbaru Adik AKu


Ramai yang tertanya perkembangan terbaru adik aku yang accident hari itu. Alhamdulillah aku tgk dia makin pulih, cume perangai dia pelik sedikitlah. Dulu dia jenis mcm pendiam sekarang ini aku tgk dia banyak cakap dan mcm happy sgt! Pantang adik2 atau kakak dia duduk diam, mula la dia nak menyakat. Kekadang tu tergelak ngan gelagat dia tu... Aku rasa dia maybe terasa bersyukur dan happy sebab dia terselamat dan masih diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk dia bernafas dimuka bumi ini. Aku dan keluarga terasa gembira tgk dia selamat dan ada perkembangan positif. Memula kami sekeluarga takut juga dia lupa ingatan atau sebagainya, tapi sebulan telah berlalu nie, kami lihat perkembangan dia alhamdulillah sangat baik. Cuma luka dikepala dia tu x berapa baik sepenuhnya. Mak aku ada bagitau, dia mengadu kat mak aku bila dia sujud tu dia terasa penin bila bangun. Tapi bila dia buat check up doktor kata dia semakin baik. Inilah gambar terbaru dia, pantang aku pegang kamera dia nak bergambar!

Terima kasih kepada member2 yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan adik aku ini.


Dia perasan dia hensem!! :P

Thursday, January 15, 2009

Cute's Blogger Award

Wah tak sangka dapat Cute's Blogger Award aku rasa sebelum ini aku p0n dapat gak award cute's blogger daripada member blogger. Award ini aku dpt daripada bakal kak ipar aku dan bakal anak buah aku (mummy jue & adeef yg kuat mmkn) dan bakal adik ipar aku (huda) hehehhe! Meh kita jawab apa soalan yang dikemukan ;)

1) Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



2) Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Diberikan oleh bakal kakak ipar aku bersama anaknya adeef (kuat mkn bakal anak buah aku nie) dan huda bakal adik ipar aku..

3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

a)Hobi- suka baca novel. Bila dapat baca novel aku boleh tak ingat makan! orang ajak bersembang ngan aku pon aku boleh tak dengar. Punya khusyuk aku baca...

b)Fakta - Aku tak kuat makan, aku memang susah nak makan! (tgk badanlah hehehehe)

c)Hobi - Suka shopping...

d)Fakta - Pemalas! Kalu rajin tu ikut mood! (Mcmmn nak kawen nie! huhuhuu)

e)Fakta - Sudah jadi tunangan orang ;)

f)Fakta - aku lagi garang daripada bos aku! (x cayo tanya budak opis aku! hehehe)

g)Fakta - Kalu hari cuti aku tak suke nak duduk umah bosan!! mesti nak keluar!!

h)Fakta - aku sensitif punyer orang! cepat tersentuh hatinya walaupun nampak mcm aku nie garang dan tegas!

i)Fakta - ramai org komplain aku nie sombong tapi dah kenal br tau aku mcmmn ;)

j)Fakta - aku suke warna pink ;)


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

a)Elly
b)Kak retna
c)shaii
d)Yannie

Thursday, January 08, 2009

myspace layouts





Aku dari salam bz. Aku kena siapkan kerja yang memang dipertanggungjawabkan ke atas aku! Memang penat sangat! Sbb aku buat keje seseorang! Aku seronok kerja aku walaupon kekadang tensen! Tapi pagi tadi aku rasa tensen sangat dan rasa bengang sangat! Pepagi dah dapat call dari seorang SU ini.. Dia bagitau kat aku ada sorang SU tak puas hati ngan aku dan nak komplen pasal aku mengenai emel!

Dari isnin aku sibuk emel kepada semua SU di PTJ UPM ini tentang mesyuarat ini.. Aku tak tau emel UPM nie problem atau pon emel SU2 tu yang problem.. Penat aku angkat call dalam 2 hari ini SU duk bagitau tak dapat emel pasal meeting tersebut, sedangkan aku dan emel dah... So aku emelkan kembali pasal meeting tersebut maybe ada SU yang dah dapat dia akan dapat emel ke 2 kali aku! Aku cuma nak make sure semua SU nie dapat tapi ade lah minah SU nie nk komplen sbb dia dapat emel byk kali! Duk komplen ngan Su lain, so SU ini duk menanyakan aku apa masalah aku so aku terangkanlah. Aku cakaplah kalu akak tu nak komplen kat bos ker kat big bos teruskanlah, aku tak kisah! Aku nak suruh dia duduk tempat aku dan buat kerja aku!! Tau nak komplen kerja orang, kerja sendiri belum lagi TIP TOP!!

Aku tak kisah orang nak komplen aku, tapi cakap ngan aku apa yang dia tak puas hati senangkan aku nak terangkan... Aku penat ngan kerja aku tapi aku enjoy kekadang jer aku rasa tensen berangin sbb bos semua tuju kat aku! I'm not perfect!! Sometime aku lupa nak buat kerja disuruh dan tertinggal! Sebab aku kena utamakan kerja yang penting dulu! Yelah bos tahu menyuruh jer kan tak tau lah masalah kita!

Aku lambat lagi nak kawen tapi bos dan geng geng aku sibuk nak cari pengganti aku nanti... Kalu 2 minggu aku tak kerja sesiapa pon boleh ganti aku! Bos aku ada bagitau dia nak cari staff lagi sorang maybe tolong dia buat kerja atau separuh kerja aku kot, maybe nak meringakan kerja aku lagi! Tak apalah aku tak kisah pon!!

Aku cuba buat yang terbaik untuk kerja aku nie dan bersyukur dapat bos yang bebaik walaupun kekadang aku bengang gak ngan dia! Tapi sendiri mau ingatlah dia bos!! So sampai mana pon kite nk maarah, merajuk ker ngan dia. Kekdang tu dia nak kita paham perangai dia, kekdang pon aku tak paham pon! Selalu aku berborak ngan seorang kakak nie pasal kerja pasal bos aku! Dia pon paham dan dia kata tak boleh nak buat, so sabar jerlah dan ikut jer rentak dia.. Tetapi aku nie memberontak gak biler aku tak suke! Lelagi kalu disuruh buat kerja orang lain, sebab apa aku tak suke buat kerja orang lain sebabnya bila aku tak ada tak ade sesiapa pon nak take over kerja aku!!

Dah 2 tahun aku kerja kat sini, so memang banyak pengalaman yang aku kutip di opis ini. Tempat kerja berlain2 situasinyakan, evironment dia pon lain, orang dia pon lain! So bermacam ragam kita dapat lihat cuma kita kena pandai bawa diri dalam sesuatu situasi tersebut!

Pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan....

Monday, January 05, 2009

My Engagement

Dah lama tak up date... Sebab sibuk sangat. Lagi pon aku cuti panjang time tu... Ini aku baru masuk keje. Masuk keje melambak pulak atas meja tp malas nak buat! Lama cuti pon aku malas nak buat kerja.... Hehehhe!

28hb Disember 2008 dengan selamatnya aku sudah menjadi tunang kepada Mohd Hilmi Abdlah... Akhirnya setelah 4 tahun menyemai kasih dan cinta akhirnya kami menjalinkan ikatan pertunangan... Insya-Allah jika tiada aral melintang dalam tahun ini kami akan di satukan... Doakan kebahagian kami yek...

Ok meh la lepak tgk gambar tunang aku nie....









Wednesday, December 10, 2008

Dugaan Family Di Kala Menyambut Hari Raya Aidiladha

Khamis malam jumaat pada 4hb Disember 2008 pukul 8.30, aku dikejutkan oleh panggilan adik perempuan aku andak, dia memberitahu adik lelaki aku uteh kemalangan dan dia bagitahu kepala adik aku cedera. Aku dah menggeletar mendengarnya. Aku telefon abah, abah tak angkat, kali kedua aku call abah angkat, abah kata dia on the way nak ke hospital sabak bernam. Hati aku jadi risau ikutkan hati nak blk kg mlm nie gak! Tp disebabkan malam aku tak berani nak balik sorang2. Aku call adik aku si andak, dia kata adik aku dalam bilik kecemasan, aku cakap ngan mak aku, mak aku menangeh dia kata banyak darah dikepala... Aku dah risau! Aku cakap ngan andak apa2 bagitau aku!

Aku tanya adik aku, dia kemalangan dengan apa? Adik aku ckp ada motor langgar dia, yang langgar dia adalah orang indon. Sebenarnya adik aku nie pas solat dan baca yasin di masjid dia gi lepak kedai depan masjid tu, pas2 mamat kedai nie suruh adik aku pergi kedai beli ais batu. Adik aku balik dari kedai, time tu lah dia dilanggar dari belakang oleh orang indon ini. Adik aku tercampak di tengah jalan, nasib baik orang masjid cepat2 tahan kereta di tengah jln supaya tak langgar adik aku, kalu tidak aku tidak tau lah apa nasib adik aku ini. Dah lah dia tak der lesen, helmet tak pakai, orang kedai nie pon satu yang suruh adik aku pergi kedai apasal! Aku dengar pon naik angin!

Pas2 mamat nie dtg ke hospital minta ganti rugi kat tokei indon ini. Abah aku dah naik hangin nak melutu jer mamat nie, mak aku tahan! Dah lah tak jumpe abah aku minta maaf, lagi nak buat pasal! Menyirap jer aku dengar!! Tapi kalu kes nie di bawa ke Mahkamah mmg aku suruh abah aku heret sekali mamat nie!! Bengang betoii aku!!Setahu aku adik aku nie dia ke masjid mmg naik basikal, dia x bawa motor! Tp bila dengar dia kemalangan dengan motor aku ingat dia naik basikal rupanya motor.

Aku dapat sms daripada andak bagitahu adik aku kuar darah kat telinga, pastu muntah, aku dah risau! Ya Allah harap adik aku tak ada apa2. Aku call abah, abah ckp adik aku ade pendarahan di kepala dan dia akan dihantar ke hospital Klang. Pukul 12mlm abah aku dan adik aku dibawa ke hospital Klang. Sampai di hospital Klang dalam pukul 2 pagi. Lepas itu, hospital Klang hantar ke Hospital Sg Buloh sbb ade dr pakar otak di hospital sana.

Mak aku pulak menangeh risaukan adik aku nie.. Aku cuba tenangkan mak aku cakap insya-allah semua selamat. Tp biasalah hati orang tuakan.. Benda2 mcm nie mmg diorg risau.

Keesokkan hari ini pagi itu adik aku operate kepalanya. Sbb abah aku cakap ada pendarahan di otaknya tapi nasib baik pendarahan itu atas tisu otak. Tapi yang penting adik aku masih kenal ahli keluarganya walaupun aku tgk dia mmg tak bermaya dengan pemakaian oksigennya. 5 hari dia di ICU.

Aku pulak mmg penat asyik patah balik kg sbbnya adik2 kat kg nak tgk abangnya di Hospital. Alhamdulillah adik aku stabil sekarang nie dan doktor telah membenarkan dia pulang semalam. Alhamdulillah... Syukur sangat dia tak ada apa2. Dalam tahun ini 3 orang adik lelaki aku kemalangan. Tak taulah nak cakap apa. Benda dah nak berlaku nak dicakapkan apa, malang tu kan tak berbau!

Inilah kepale adik aku yang kena stapler tu... ngeri aku tgk!! Aku siap nk muntah tak tahan nk tgk!



Inilah sebab famili aku tak beraya pada tahun ini. Tak menyambut pon hari raya aidiladha sbb mak aku menjaga adik aku di Hospital, so aku dan adik2 serta abah gi beraya umah makcik (ucu) di Shah Alam. Memang dugaan giler kami sekeluarga! Aku bawa adik2 aku datang ke rumah aku sebab diorg nak tgk abgnya di hospital pas2 pon adik2 aku teringin nak dtg umah sewa aku yang tinggi tu.

Apa2 pon aku doakan adik2 aku cepat sembuh. Kawan2 doakan adik aku sembuh dan tak der effect apa2 kat dia!