.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Wednesday, June 10, 2009

Wedding Kal & Jejln di Penang

Hari Sabtu 6hb, Aku, Kak Liza dan Kak Dila dalam 6.45pagi kami bertolak ke Sungai Petani, Kedah kerana menghadiri wedding budak opis kami Kalpana dan pasangannye Steve. Kami menaiki Myvi yang dipandu oleh Kak liza. Malam itu kami semua berkumpul di rumah kak liza coz umah dia dekat dh ngan haiway. Dalam perjalanan ke sana kami x der masalah nak mencari h0tel itu. Kami sampai sana dalam 11.45tengahari, tunggu pengantin tak tiba2 p0n. Sambil itu kami duduk dulu di meja makan sambil tunggu group kami yang menaiki van. Pengantin yang ditunggu dah tiba... Jeng! Jeng! Sungguh cantik dan ayu pengantin hari itu...



Selepas habeh makan, kami bergambar la ngan pengantin dan kami plan nk ke Penang, nak jejalan... Sebelum itu kami singgah lah dulu rumah budak 0pis kami di situ nak s0lat dulu dan berehat sebentar.. Dalam perjalanan sempat lagi kami ambil gambar di tepi sawah... Dah lah panas terik tapi nk bergambar punyer pasal x heran 0rg yg lalu lalang di tepi jalan... huhuhuuu




Selepas berehat sebentar di rumah member kami, kami p0n teruskan perjalanan ke Penang. Ye! ye! kami naik feri! Batak sungguh kami masa nak naik feri tu! al-maklumlah semua frist time naik feri kecuali budak 0pis kami s0rang tu..




Pas2 kami semua gi ke padang kota untuk makan pesembor (betoii ker), sotong bakar dan sotong kangkung serta laksa! Yumiee sedap bangat! Pas2 kami bergambar2 di padang kota tu dan pusing 1 penang, ingat nak berhenti di Batu Feringgi tapi masa x mengizinkan, sbb malam tu gak kami kena balik semula ke KL. Tapi puas hati sebab dapat tgk 1 penang tu!! Mmg sesak memang jem! huhuhuu...






Monday, June 01, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah akhirnya kemelut di muara kasih ini berakhir dengan apa yang diharapkan... Setelah berbincang dengan baik, akhirnya semuanya berakhir dengan baik. Betullah orang-orang tua kata dan berpengalaman, bertunang nie banyak dugaan, antara kita sabar dan tidak saja... Akhirnya berkat kesabaran, doa, akhirnya Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami...

Ini baru dugaan nak kawen, belum lagi dugaan dah berkawen... Nasib baik ada orang sekeliling yang bagi support dan nasihat tuk aku tempuhi semua dugaan ini... Kalu tidak tak tau nak ckp...

Apa2 p0n aku lega sbb tiada lagi kemelut... So aku leh uruskan majlis aku nanti dengan baik... Wish me gud luck profile editor

Wednesday, May 27, 2009

8 Petanda Dia Jodoh Kamu

8 Petanda Dia Adalah Soulmate(Jodoh) Kamu...


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional,
spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau
mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin
terus
bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa
si
dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu
berdua
selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan
semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
SELAMAT...
kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai
jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu.
Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada
padanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?
Jika
tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi
serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan
tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari
tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak
akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka
saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama
yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit?
Jika
ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak
malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa
bererti
dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu
perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk'
didepannya
sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak
mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang
kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya dari pada
ditangan
sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu laluinyaaa? Tepuk dada tanya
hati.......

Tuesday, May 26, 2009

Mahu Ketenangan Diri

Buat masa ini aku mahukan ketenangan fikiran dan diri aku... Aku rasa aku dah penat nak menanggung semuanya... Aku nak lari dengan semua masalah yang melanda diri aku... Aku dah x mampu nak menghadapinya... Aku give up!! Aku dah tak berdaya...
Berikan lah aku kekuatan Ya Allah...

Monday, May 18, 2009

Semoga Aku Tabah Menghadapi Ujian ini



Memamg org kata ujian dan dugaan org bertunang ini mmg macam2. Antara kuat iman atau p0n tidak jer untuk menghadapinya. Aku tau semua orang yg bertunang, semua ada ujian memasing begitu juga aku... Aku rasa begitu berat ujian di kala ini, lelagi lah bila hari dah dekat memcm dugaan... Tapi aku perlu kuat untuk menghadapinya walaup0n aku rasa aku lemah dan tak berdaya untuk melawannye... Kekdg tangisan yang memberi kuatan kepada aku untuk aku menghadapi dugaan ini.

Aku p0n berharap dia p0n sama tabah menghadapi ujian ini. Biarlah aku memberi ruang untuk dia berfikir dengan baik dan rasional. Apa p0n berlaku, aku tetap memberi sokongan kepadanya untuk mengharungi liku2 hidup ini... Jika selama ini kami 5 tahun bertahan dapat mengharungi segala ujian dan dugaan masa bercinta bukanlah masa bertunang ini kita tak mampu untuk mengharunginya... Ingatlah wahai sayang... Allah ingin menguji kita, keimanan kita adakah kita akan berusaha untuk memperbaikinya atau kita hanya berserah kepada takdir... Jangan rasakan diri kita nie malang kerana ditimpa musibah yang kita tidak ingini tapi kita anggaplah Allah itu sangat menyayangi kita kerana dia sayang pada kita dia berikan kita bermacam2 dugaan supaya kita ingat kita hidup di dunia ini bukan selama-lamanya tapi akhiratlah tempat kita kekal abadi... Setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaiannya....

Sesungguhnya di kala ini aku amat merinduimu....

Thursday, May 14, 2009

Entah mengapa di saat ini
Hati ku begitu sayu dan pilu
Apabila mengenangkan apa yang telah terjadi..
Adakah salah aku
Atau aku yang terlalu memaksa...

Perlukah aku berdiam diri
atau aku luahkan apa yang terpendam dilubuk hati
Tapi aku tahu tiada guna untuk
ku luahkan rasa hati ini
Jika ku luahkan akan terjadi pertelingkahan
Yang tidak mampu untuk ku harungi lagi...

Sesungguhnya memang aku kecewa
kecewa diri ini diperlakukan sebegitu...
Tapi aku kuatkan hati
Aku melawan amarah ku...

Oh aku sudah tidak sanggup untuk memikirkannya
Biarlah aku pendamkan saja dihati
Dan hanya pada Mu ku berdoa
Moga hatiku tabahkan mengharungi
Liku-liku hidup ini
Agar aku bisa bertahan....

Buatmu insan yang bertakhta di hati...
Hanya dirimu di hati ini...
Aku hanya memohon pengertian darimu
Agar kau bisa memahami diriku
Sepertimana ku cuba memahami dirimu...

Maafkan diri aku
Jika aku ada melukakan hatimu...
Bukan niatku tapi aku cuba
untuk membahagiakan mu hingga ke akhir hayatku...

Friday, May 08, 2009

Sakit???



Aku sekarang nie tengah menderita sakit... huwawawaakkkkk seksa aku dalam sebulan nie... Dah 3 org doktor aku jumper tp x baik gak! Last2 gi berubat kg.. Then resultnye upenye ade benda follow me... "benda"??? lagi aku cuak!!Apalah nasib... badan aku menderita menahan selama nie... Aku rasa nk bunuh jer 'benda' tu!! Sebenarnya mak aku p0n tgh sakit gak sbb benda yg sama... Apalah nasib kami anak beranak... sedih! sedih! sedih!! Aku berubat dengan 2 orang yang handal bab mcm nie.. Then now alhamdulillah rasa baik sedikit tggu jer lah seminggu tgk mcmmn perubahannye...

Aku p0n mengalami sakit dlm hati gak!! Dalam berapa minggu nie byk betoiii dugaan! Banyak betoii pergaduhan berlaku... Sampai aku b0san!! Argagghhhhhhhhh rasa nak lari drpd semuanye... Tension!! Tp kalu aku lari p0n nk lari ke mn?? Hermmmm...... masalah gak lah... Last2 diamkan diri... Tgk jer la apa akan berlaku seterusnye! Next!!!

Wednesday, May 06, 2009

Gemukk???



Gemukk?? atau lebih tepat nak berisi sikit... Nnt gemuk lain plk citer kan?? Maybe kat luar tu ramai girl2 nk kuruskan badan tp aku lak nk berisikan badan aku.. Sbb ramai benor aku dengar org komplen aku kurus sgt sibuk suruh gemukkan sikit badan aku... Tadi jumpe Elly kat kantin p0n dia ckp aku makin kurus... Ingat nak ckp aku makin cun ker... ok gak! ahaks!! Aku nak buat mcmmn yek nk bg berisi badan aku mcm dl... Br mengancamkan kalu berisi... Nie idak sekeping jer!!

Kalu ade idea nak kasi badan aku naik leh la kongsi idea kat aku... Aku rasa aku nie x cukup berat.. hahahhaa! Aku nak badan aku maintain jer x kurus x gemuk... Mcm badan aku tahun 2002. Kalu ada yang pernah tgk aku zaman 2002 tu diorg mesti terkejut kenapa aku boleh kurus sampai mcm nie sekali... ahaks!

Sekarang nie tgh sibuk buat persiapan majlis, kad jemputan x buat lagi... Yg dah settle mak andam ngan kameran men jer! Kameran aku adalah member blog dulu "ENCIK FAISAL @ ACAI". Manakala barang hantaran baru 80%... hehhehehe!

Tuesday, May 05, 2009

Tag From Elly


Sorry lambat nak buat tag nie... i'm so busy. Nie p0n keje x siap lagi. Wah bikin aku stress... Tp x ape aku akan buat sampai siap... Tp x pernah habeh.... wawaaaawaakkkk!!



1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..
Yup ini lah wallpaper yg aku guna skrg... comey tak aku! hahahaha

2)Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
Aku suke sangat sbbnye aku nampak comey... hahahhahaa!

3)Tag 10 orang
- nobody

Wednesday, April 22, 2009

Tak Der Mood



Pepagi lagi aku tak der m0od... aku tak tau mn m0od aku pergi... Entahlah skrg nie gel0ra perasan! Gel0ra ngan suasana 0pis, gel0ra ngan tunang, semuanya gel0ra perasan melanda... 0rg ckp ngan aku ign0re jer... aku mmg nak ign0re tapi disbbkan asyik nmpk muke dia, itu jd mcm entahlah...

Kalu dah x suke aku keje kat sini ckp jerlah... Aku leh apply keje tempat lain! Aku p0n x kisah mn p0n aku nk keje! Janji aku buat keje tu ngan ikhlas dan heppi.. Tp agaknye dia mmg dh bisu k0t... setiap arahan tulis dah x mau nak ckp k0t! Uhhh lantaklah... malas nk pk! Suke hati dialah dia nk buat ape!!

Monday, April 20, 2009


Hari Jumaat 17hb April 2009, UPM ada menganjurkan Hari Sukan Universiti. Pada malam itu adalah perasmian Sukan Universiti. Aku telah menceburkan diri dalam kawat untuk perasmian tersebut. Berpanas2 buat latihan kawat, akhirnya mlm tu penghabisan kawat hilang semua penat lelah selama ini. Tapi malam itu mmg best, PTJ lain p0n x kureng hebat la kawat!! Mmg penat kawat nie berdiri punyer lah lama.... peluh berjela2 keluar kalu tadah dengan baldi mau dapat 1 baldi penuh ngan peluh!! hahahaha!

Tapi mmg puas hati lah malam tu kawat, walaup0n dapat nomb0r 3 kawat kami semua tetap puas hati. Malam tu ada lak member s0rang pengsan... Maybe x tahan lama berdiri kot. Tapi alhamdulillah dia dh 0k balik. Masa reheseal lak ada 2 orang pengsan mn lah tak pengsan tengah panas duk berdiri lama ngan kawatnye, nasib baik aku tak pengsan!! Kalu aku pengsan sure senang jer diorang angkat aku x yah ramai2 sorang p0n cukup! Hahahahhah!

Nasib baik es0k cuti mmg bes aku tid0... kaki sakit sbb lama berdiri. Aku plan baik hari minggu tu nak mandi air panas, hari ahad nak tgk wayang tapi semua plan x menjadi! Bagi aku hangin 1 badan! Habeh hp aku campak!! Hangin! Hangin!! Hari ahad tu mak aku ajak gi kenduri kazen aku nikah kat Shah Alam! Aku tak mau pergi sbb kazen tu aku tak rapat... Tapi mak paksa gak, eh malas betoii!! Aku gi gak lah!! Aku mmg x der m0od 2 hari tu!! 2 hari aku tak mkn ape2 mmg x selera nak mkn x tau apasal! Aku minum jer!!

Hari nie ingat gi keje malas nk pk hal org, hal sakit ati... Hari nie nak diamkan diri... buat hal sendiri.... buat keje!!

Persiapan kawen p0n x siap lagi... entah mcm nk kawen atau tidak p0n x tau lah...

Tuesday, March 31, 2009


Happy Anniversary


Semalam 30hb Mac 2009, genaplah hubungan percintaan kami yang ke 5 tahun. Uhhh tak sangka selama 5 tahun ini kami mempertahankan cinta kami dengan pelbagai macam dugaan, onak duri hingga ada terasa perasaan fade up di dalam hati kami. Tapi kami tetap pertahankan dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki segala kesilapan, perbuatan supaya hubungan cinta yang dibina selama 5 tahun ini tidak sia-sia.

Alhamdulillah tahun lepas kami diikatkan dengan tali dan pertunangan dan insya-allah jika tiada aral melintang kami akan diijab kabul sebagai suami isteri tidak lama lagi. Rasa mcm cepat sangat masa berlalu.... Banyak lagi benda tak beli lagi. Penin gak lah mn satu nak buat. Huhuhuu...

Kami berdoa semoga hubungan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Kamu sentiasa happy apabila bersama dan sentiasa mengh0rmati antara satu sama lain. Sememangnya kami sangat menyayangi dan menyintai satu sama lain. Harap berkekalan hingga ke akhir hayat....

Lagu yang diberikan untuk ku....

Jay Jay – Permaisuriku


tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku
lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
oh kasih
oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh kernamu
lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu

Thursday, March 26, 2009

Nombor telefon yang aku tidak kenali muncul lagi di skrin telefon aku. Aku tertanya-tanya siapa gerangan yg hantar sms pada aku. Memula tu aku buat x layan then malam ini hati aku tergerak untuk sms padanya.

Aku : Sape nie yek?
Dia : Haris... kenal?
Aku : Jayzeeharis?
Dia : Sorry wrong number..

Hampeh jer mamat nie! then aku stopla sms dia. Sbb dia dah ckp mcm tu. Tak lama kemudian bunyi sms aku. Aku buka nombor yg tadi...

Dia : Rindu sy tak pnh berubah terhadap awak.
Aku : (giler ker apa mamat nie! kata wrong number tup! tup! sms aku ayat mcm nie!!)
Aku : Awak nie sape? Kata wrong number?
Dia : Kenangan di Mines tak dapat saya lupekan.
Aku : (sapelah pulak mamat nie??)
Aku : Kelakar la awak nie. Entah2 awak salah org kot!
Dia : Haniza... That's u?
Aku : (Aku terperanjat sbb dia tau nama aku! Bila aku ingat balik dia kata dia haris.. baru aku teringat dia yg pernah aku kena suatu masa dahulu)
Aku : Yup. U hairs yg kite penah kenal kat kedai kopi ker?
Dia : Bus stand klang..
Aku : X sangka awak msh igt sy!
Dia : Kenangan dengan awak tak kan sy dapat lupekan. Saya nak jumpe awak boleh?
Aku : (terkejut dengan permintaan dia! Dah lama menghilang tup!tup! nak jumpe!)
Aku : Awak dh lame benar citer kite. Nk jupe 2 ssh skt sbb su dh jd tunangan org!
Dia : Awk dh tunang? Ya Allah... luruh jantung saya wak. Maybe ini balasan saya tinggalkan awak dulu...
Aku : (Alah mamat nie dah bertahun dah hilang tanpa berita! Ingat aku bodoh ker nak tunggu dia!!)
Aku : Yup bulan 12 tahun lepas!
Dia : Sy minta maaf byk2 kat awak if i distrub u. Kalu dulu sy tak tgglkan awk dh tentu sy bahagia dengan awak kan!
Aku : X yah lah di kenangkan awak semua dah berlalu. Saya bahagia ngan hidup saya dan tunang saya!!
Dia : Sorry 4 disturb u. Bye...

Dah lama kisah berlalu kenapa lak tetiba dia dtg balik dlm hidup aku?? Tapi itu tak menjejaskan hati aku, minda aku, dan diri aku! Hati aku tetap pada tunang aku! Kami dah mengharungi susah senang, suka duka bersama selama ini. Of course kalu kekasih lama aku datang balik, aku tak heran! W/pon ayatnya manis bak madu!

Tapi yang aku heran mcmmn dia dapat no telefon aku? Sbb aku dah tukar no telefon aku!
Hermmm biarlah dia! Aku anggap semua ini hanya ujian Allah terhadap aku untuk menguji hati, kesetian dan keikhlasan aku terhadap kekasih hati ku!

Apa p0n terjadi MOHD HILMI ABDLAH tetap di hati aku!! (jgn muntah pulak orang yg membace ini!! hahahhaa)

Friday, March 20, 2009

Tag From Elly


Minah nie mmg rajin duk tag menetag nie... Meh aku jawab.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

# Hanya Ku Yang Mampu

# Aku pilih nama bl0g ini kerana banyak mengesahkan kehidupan aku dan kehidupan
aku disekeliling aku. Dalam bl0g nie banyak menceritakan pengalaman aku, kerja,
suka hidup aku.. dan aku hanya mampu mengharunginya dengan ketabahan dan
kesabaran.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://gadisnakalh83.blogspot.com

# nama link nie mmg dah lama sebati dengan aku, masa memula2 aku ceburi dalam bidang internet nie (ayat poyos!). Maybe dulu aku seorang yang agak nakal itu sebabnya aku memilih nama ini dr dulu hingga sekarang. Kenapa gadisnakal tu ada H di belakang itu adalah nama aku dan 83 itu adalah tahun aku dilahirkan ;)

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

# Method yang aku pilih selalunya mengenai kisah aku, apa yang menarik, apa yang aku rasa, perasaan sedih, perasaan geram, kebanyakan semua aku tulis dalam bl0g aku ini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

# Pernah sbb dah rasa bosan.. tp bila pk balik rasa sayang nak hapuskan sebabnya bila aku datang kerja tiap hari mcm tak lengkap bila tak tgk bl0g aku dan kawan2 aku. Aku suka membaca kisah suka duka, pengalaman dan sebagainya di bl0g member yang aku kenal.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

# Blog si Elly ini mmg selalu aku lawat, sbb aku suka baca kisah dia dan anak2 dia. Serta tengok gambar2 yang dia paparkan di blog dia. Aku dan Elly dah kawan lama. Bila aku pindah department lain, aku dah tak kuar sama, makan sama ngan dia. Itu lah aku cadang nak suatu hari nak ajak dia kuar makan sama.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

#
Mummy pada Adeef @ dobot
# Uda yang tgh sakit tu ( cian dia)
# Ekin yang 0n diet (gud luck sis ;)
# Kak Mie (yang kat singapore tu..)
# Cici ;)

So nama2 kat atas tu sila la jawab yek ;)

Thursday, March 12, 2009

Nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista


Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya


Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama


Biar lagu ini bicara...

Wednesday, March 11, 2009

Jujur Tak'kan Melupakanmu

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekadar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku ohh

jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

oh terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga dapat menghancurkan kerasnya batu prasangka

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara



Nota untuk sang bulan : Biarlah lagu ini bicara tentang perasaan aku dikala ini...

Friday, March 06, 2009

Sakit Hati

Pepagi dah ade orang sakitkan hati aku!
Makin kita jgn hati org!
Makin hari hati kita disakiti!
Kekdg tak guna gak luahkan pada org!
mahupun org itu kita kenali atau tidak!
Ok pas nie aku ambil sikap berdiam diri!
Malas dah nak bergaul ngan org mcm nie!!
Buat hati sakit!!

Kekdg kita luahkan apa yang kita rasa
kita kena balik!
Kita yang akan dipersalahkan balik!
Dah tak larat dah!
walaupon mulut aku laser tp bertempat gak!
kalu boleh aku elakkan menyakitkan hati org!
Tp skrg aku dah ambil iktibar!
Jln yang terbaik lebih baik berdiam!

Kalu rasa tak puas hati!
baik luahkan dalam bl0g nie!
Tak ade pon sakit hati!!

Ini blog aku suka hati aku nk ckp ape pas nie!!

Monday, March 02, 2009

Five of Five

Sebenarnya banyak tag yg x jawab... hari nie aku jawab tag ini dl...

1. What were you doing five years ago?

Aku start kerja di UPM tahun 2002, tapi time tu aku kerja di Jabatan lain iaitu di Bahagian Perancangan Korporat. Banyak kenangan aku disana. Selama 4 tahun aku kerja di BPK, dan aku dah merasai 4 orang bos yang berlainan attitude. Tapi semua bos aku ok! Dalam seumur hidup aku, aku duduk berjauhan dengan famili aku. Nasib baik dapat kawan dan housemate yang sekepala dan best!

Masa ini jugak badan aku berisi... Mmg org akan terkejut bila tgk gambar aku 5 tahun lepas... Tak caya nak tgk ker?? Alamak x der dalam simpanan... so x dptlah tgk aku yg montel tu... Itu 5 tahun lepas now aku dh kurus...


2. What were the 5 things on your to do list today?

1. Siapkan kerja PPU tapi masih tak siap p0n....
2. Tgh penin nk pahamkan prosedur ISO... (please help me!!)
3. Siapkan assigment..
4. Update blog nie.. dh berhabuk!
5. Asyik angkat tepon jer dr pg tadi.. sibuk tanya kelulusan!!

3. What are 5 snacks that you enjoy?

1. Jajan
2. Asam
3. McD
4. KFC
5. Pizza...

4. What are 5 jobs you've had?

1. Aku pas SPM aku kerja kilang di klang. Duduk umah mak yong dan pak long. Mmg hidup aku time tu x der sosial life sbbnya balik kerja kilang selalu pukul 12 mlm kekadang pukul 2 pagi. Hari Sabtu dan ahad pon kerja. Lagi pon aku duduk ngan makcik dan pakcik mmg kena kawal lah. Lelagilah pakcik aku tak bagi aku keluar ke mana-mana. Ngan boypren p0n susah! Time tu boypren kat kg! jarang sekali la dia dtg jenguk aku. Bila aku balik kg br jumpe! Tapi kejap jer aku kapel sbb ade masalah yang tertentu! Tak apalah lupekan dah tutup buku lama...

2. Aku pernah kerja kilang buat nata de coco. Sehari jer kerja sbb x larat. Tangan sakit2 sbb kena air jer... Pastu kerja dia mmg penat!!

3. Setelah itu, aku dapat kerja kerani kontrak di UPM iaitu Bahagian Perancangan Korporat. Selama setahun kerja kontrak di situ, rezeki aku di murahkan oleh Allah, aku dapat kerja tetap di UPM. Time tu lega sangat!! Selama 4 tahun kerja di Bahagian Perancangan Korporat, aku minta tukar ke bahagian lain sbb nak merasa environment lain dan cr experience baru! Akhirnya aku di tukarkan ke Pejabat Naib Canselor. Memula kerja tu mmg stress sbb kerja aku melibatkan memcm orang, sampai aku pernah pitam sbb stress dan tak kerja selama 2 hari sbb x boleh bangun!! Kekdg aku enjoy kerja kekdg aku tak enjoy!! sekarang lagi tgh penin sbb nak ISO. Bulan 6 akan diaudit tunggu jer lah mcmmn nnt!!

Monday, February 16, 2009

Not Feeling Well



Demam, selsema, dan batuk masih tak baik lagi. Masuk nie dah 3 hari demam. Nasib baik demam tak teruk cume selsema ngan batuk jer. Dah la opis aku nie sejuk, lambatlah baik selsema ngan batuk aku nie...

Nak gi klinik malas lah, telan jer panadol. Tp tak baik gak! huhuhuu! X ape lah bukan ker sakit ini mencuci dosa2 kecil.

Dah lama aku tak update nak melawat blog lain, jawab tag member pon x jawab2. Sorry yek elly aku terlalu banyak kerja dan assigment yang perlu aku settlekan. 15hb Mac dah nak kena submit kalu tak aku x dapat markah untuk sem ini. Huhuhuuu...