.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;} my memories

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik, dah berakhirnya tahun 2009. Macam-macam kenangan manis dan pahit pada tahun ini. Kenangan Manis aku ialah aku telah diijab kabul dengan insan yang aku sayangi dan cintai iaitu Mohd Hilmi Abdlah. Bermacam-macam dugaan yang kami tempuhi sebelum kejinjang pelamin, akhirnya kami dapat bersatu menjadi suami isteri. Aku doakan kebahagian yang aku kecepai ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn... Tahun ini aku rasa tak ada kenangan pahit untuk dikenang kot, semuanya benda yang remeh temah.

Azam tahun nie aku dah kecapi dan azam tahun depan, aku harap aku dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali, dapat memberi kebahagian buat suami tercinta dan bakal baby yang akan dilahirkan. Insya-allah... Aku doakan mahligai yang aku bina dengan kasih, sayang dan cinta ini akan diredhai oleh Allah serta akan kekal hingga ke akhir hayat kami.... Amin.

Sempena hendak menyambut tahun baru 2010 ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya aku ada melukakan dan menyinggung perasan kawan2x sama ada sedar atau pon tidak. Dan aku juga mengharapkan Tahun 2010, akan lebih baik daripada tahun ini.

Monday, December 28, 2009

Tidoku Tak Lena

Sejak akhir-akhir ini tido ku selalu tidak lena.. Dalam pukul 3 pagi mesti terjaga, nak tido balik pon susah, terasa perut ku mcm sebu ada, tegang, mcm pedih, masuk angin, mmg tak selesa perut aku. Bila nak gi kerja pagi, aku mcm malas nak bangun, sbb mata mengantuk. Mcmmn nak bagi aku lena tido malam nie??

Dari semalam perut mcm sebu jer, bila makan jer muntah2x, bila tak makan perut mcm x bes jer... ishhh aku rasa rimas sangat! Last2 pagi tadi aku minum ENO nak hilangkan rasa perut yang x bes nie... Mcm x berkurang jer... Hermmm... hermmm....

Mengantukkkk sangattt!!

Wednesday, December 23, 2009

Check Up

Semalam pergi check up ramainya orang kat klinik. Semuanya ibu-ibu yang mengandung datang, ada yang bawa baby... Aku melihat karenah si kecik ngan ibu dan ayahnya, hati aku terhibur melihat keletah si kecik. Seronok pulak aku tengok. Tapi waktu menunggu giliran itu sangat lama, hingga kepala pon penin2x lalat. Aku tengok jeles pada si ibu yang ditemani suami ke klinik, cepat2 aku sms hubby aku bagitau kat dia. Nak buat mcmmn hubby sibuk ngan kerja so kenalah paham.

Masa scan baby itu, aku sangat teruja sbb tgk baby dh 10 minggu dah ada kaki, dah ada jantung, kaki dia menendang2x time scan tu! Rasa mcm nak menanges pon ada time tu sbb tengok se kecik didalam perut ku... Sungguh terharu. Dr. ada bagi gambar scan baby untuk diberikan pada ayah dia.

Semalam aku cuti, berehat dirumah sungguh tak selasa badan aku dalam sebulan lebih nie, mabuk still ada lagi so tahan dan kuatkan semangat jer... Muntah tetap muntah, makan tu terpaksa sumbat jer, kalu tak makan aku lapo... W/pon tak larat tapi aku jamahkan juga, dan selepas itu aku muntah balik. Mmg letih...

Kalau bab kerja pulak, aku x der mood nak buat, kekdg tu terbiar jer atas meja, banyak benda terbengkalai yang aku tak buat langsung! Kuatkan lah semangat aku nie!! Rasa lemah badan hari nie, asyik duk muntah jer... Itu belum lagi makan acid folic, kalu makan tu, lagilah mcm nak terkeluar semua isi perut aku! Sabar jer lah..

Tuesday, December 08, 2009

Mabuk

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 2 bulan dan kemabukan aku terlampau2!! Aduhhh kekdg tu aku menangeh menahan kemabukan sbb semua benda aku tak selesa, nak makan aku x selera, nk buat kerja aku tak larat... smpi kekdg aku mengeluh! Tp mak aku nasihatkan aku itu semua dugaan.. Nak jadi Ibu kena la sabar.. Itu la nasihat mak. Kekdg tu mmg aku tak sabar...

Aku siang malam muntah, makan jer muntah, aduhh dh x tau nk buat ape! Lelagi skrg nie tak leh bau masak2.. Busukkk!! Aku ckp pada diri aku kena kuatkan semangat sbb aku kena menjaga amanah yang diberikan oleh Allah pada aku... Aku berdoa aku jadi kuat!! Kekdg tu aku tewas gak!!

Pada sesapa yang berpengalaman ade tak petua nk bg aku hilang mabuk dan bagi aku selera makan balik??? Kalu ada bagilah petua pada aku.... Kesian kat aku... huhuhuuhuu....

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat kawan2 blog semua... Raya Aidil Adha ini aku berada dirumah mak mentua aku di Seremban. Besok mak mentua aku akan buat korban, hermm... rasa nak gi tgk lembu kena sembelih tapi mcm x berani jer...

Pagi raya ini aku terasa sedih, sayu bila teringat kat mak abah dikg. Lelagi pagi raya nie adik call, sungguh meriah aku dengar suara2 adik2 aku dan sanak saudara yang datang, lelagi Pak Uda dan family balik beraya. Lepas tu saja jer bagi aku sedih nak buat aku menangis, buat aku jeles... Tak apa aku dah suruh mak uda aku buat tongsam (makanan siam), sedap!! aku mengidam nak mkn plk benda tu... hehehhe.

Mak mentua aku banyak juga masak juadah beraya nie, tapi aku skrg nie hilang selera makan nak makan. Kalau juadah raya aku lah paling suka nak meratah lauk pauk nie.. Tapi sejak pregnant nie, selera aku seakan mati... Kekadang paksa juga makan sbb kesian kat baby dalam perut...

Ok lah, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga raya ini memberi kita seribu kerahmatan dan semoga kita dapat membuat pengorbanan ke arah kebaikan untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah...

Semalam aku telah buat pemeriksaan sendiri di rumah, setelah beberapa hari aku rasa badan aku tak sihat, lemah dan nak muntah2! Makan pon aku tak selera, lagi satu aku dah 10 hari tak datang bulan.. Akhirnya aku disahkan positiv pregnant! aku tak tau apa perasan aku ketika itu, gembira, takut entah bermacam2 perasan ketika itu.. Aku bgtau kat husband aku, hubby aku gembira dengan berita itu...

Untuk buat pengesahan lebih lanjut, malam tu aku gi klinik. Alhamdulillah Dr. mengesahkan aku pregnant 6 minggu... Banyak nasihat dia berikan, sbb frist pregnant.. Time tu hubby aku pon dengar jugak lah... Lagi sebulan aku akan dtg balik untuk check up ;)

So aku kena menjaga diri aku dengan baik kerana aku kena jaga baby aku didalam perut ini... I can't believe! Saya nak jadi MAMA!! Doakan semuanya selamat :)

Tuesday, November 10, 2009

Berdiam diri atau meluahkan??

Hermmm..... susah nak diluahkan dengan kata-kata, tapi senang untuk berdiamkan diri walaupun dalam hati menanggung seribu kesakitan. Ini semua mengganggu emosi, mental, fizikal dan segala-galanya yang membuat aku tidak happy untuk melakukan kerja, atau sebagainya...

Susah jika ada orang menyakitkan hati kita, tapi kita pulak jenis tak pandai nak membalas balik kesakitan itu pada orang itu, hanya berdaya mendiamkan diri dan menanggung kesakitan...

Perlukah aku berdiam diri untuk selama-lamanya atau meluahkan apa yang aku rasa?? tapi aku maukan penjelasan dan kejujuran daripada orang itu kenapa dia buat aku mcm nie.. tapi dia membiarkan kesakitan dalam hati aku berterusan. Kepercayaan aku padanya pudar... aku rasa aku dh tak akan mampu membina kepercayaan buat dirinya lagi..

Thursday, November 05, 2009

Hubby Diet??

Tanya hubby mlm nie nk makan x?? Dia jawab tak nak makan sbb berat badan dah naik!! huhuhuu!! takutt gemukk hubby aku nie?? Alah kalu dh gemuk tu gemuk gak la... nk buat mcmmn kan! tp kalu hubby aku gemuk nnt dh x hensem... hahahhaa! (jgn mare yek hubby)

Hubby aku kata nak diet, tp x der maknenye la... Balik kerja nie mengadu lapar.. Tp aku mmg tak masak, goreng kopok jer... Makan jer la kopok tu! Nasib baik ade roti, kat peti ais tu ade daging berger, nnt dia masak la... Tak der makne la nk diet hubby aku tu lah!!

Tau x nape hubby aku risau gemokk?? sbbnye aku selalu ejek dia gemokk x hensem!! hahahha! suke ckp ngan dia, aku x suke gemukk!!! Risau giler badan dia naik... alah x lama la hubby aku tu, angan2 taik ayam jer!! hahahhaa! tp kalu bab mkn nie, bgkan dia...Mkan mcm tuk 10 orang! hahahhaha!

Mata dan mengantuk la... mau tido... br kul 10.23 malam tp dh mengantuk!! lama dh tak tido awal, dulu masa bujang kul 10 lah waktu aku tido... mcm tido baby kan!! bile dh kawen waktu tido dh berubah... hermmmm.... pepaham je la kan!! huhuhuu!

Wednesday, October 21, 2009

Aku Bengang!!

Dah lama aku tak update sekali tajuk pepagi nie mmg panas!! hati aku membara2 bak api yang marak... kalu Budak S**L tu ade depan mata terbakar kot, aku bakar hidup2!!
aku tak tau apasal Budak S**L tu dia buat mcm tu kat aku?? Aku ada buat masalah ngan dia ker??? atau dia tak puas hati ngan aku???

Kisah dia mcm nie, mlm tadi ade budak ym aku dimenyamar adik aku, so aku ingat adik aku, sbb dia pakai nama adik aku, gambar adik aku, dia cakap nak pinjam id friendster aku! Then tanpa ragu2 aku bagi kat dia... Then start pecah tembelang Budak S**L tu, aku tanya no plat kereta dia... Time tu dia mengaku!! Mmg mcm S**L B**G**T!! Aku dah lama tak maki orang, kali ini aku mmg x leh tahan, lantak ko lah!! Dia ceroboh friendster aku, then dia ambil gambar aku ngan member2 aku time tu tgh pegang bra!! Dia kata nak sebarkan!!

HE BUDAK S**L, B**NG**T &&&%@@@ SETAKAT GAMBAR AKU PEGANG BRA TU!! ADE AKU KESAH KO NK SEBARKAN!! AKU BUKAN ARTIS PON!! AKU TAK HERAN LAH BEB!! TP YG AKU BENGANG KAT KO, APAHAL KO PAKAI FRIENDSTER AKU!!

Sekrang nie aku tak leh nak access friendster aku!! Banyak gambar aku kat situ!! Sayang beb gambar dalam tu walaupun tak der gambar lucah pon!!

Aku tak paham ape MOTIV budak tu buat mcm tu!! Aku ade frustkan dia keR?? ker dia frust ngan aku??? Aku tak paham!! Kalu tak puas hati cakaplah ngan aku!! Settle cr baik!! Aku nie bukanlah kejam sangat pon!! Tp ko dah buat mcm nie!! Aku leh jadi KEJAM ngan ko!! Aku bersimpati kat ko lah, sbb Tuhan jadikan ko mcm tu!! Terencat akal kot ko nie!! Tak pon sakit jiwa! Meroyan!!Mcm HARAM ko nie!!

Tuesday, October 13, 2009

Congrat To My Best Friend


Hari Sabtu lepas 10/10/2009, kawan baik aku telah mengikat tali pertunangan. Tahniah!! Semoga akan berakhir dijinjang pelamin yang dicadangkan pada bulan 3 tahun depan... Semoga kau berbahagian sahabat dengan pilihan hati mu... ;)

Akhirnya semua sahabatku diwaktu sekolah sudah berumah tangga dan akan berumah tangga... Insya-allah bulan 11 nie kite akan buat reunion yek :D

Monday, September 28, 2009

Cerita Raya 2009



Recycle Baju Nikah... Jimat..


Tahun nie aku beraya sebagai seorang isteri. Tahun ini, kami beraya kat kg aku Sabak Bernam. Selama 5 hari di kg, mmg bes! Mak aku masak, ayam masak rendang, daging rusa masak rendang, ada kuah satay, masak lodeh dan paling penting ketupat! Mmg sedap giler melantak! Raya pertama hanya gi menziarah atuk dibelakang umah, pas2 saudara mara datang, raya kedua dan ketiga baru gi beraya umah saudara mara. Raya ke 4 baru kami bertolak balik ke seremban. Di Seremban pon, kami beraya selama 5 hari jugak! Beraya sebagai menantu, bes gak lah raya di sana, gi rembau, then gi Melaka hantar kazen dia bertunang hari sabtu tu... punyalah meriah macam nak gi rombongan kawen. Secara keseluruhan bes la beraya dikg ku dan kg mentua ;)




Memohon maaf ngan mak abah...






Tapi masa beraya di kg ade citer sedih yang berlaku di antara adik2 aku... Hermmm x ape lah x leh nk kongsi takut ada adik2 aku terasa tapi aku nk nasihatkan, walau bagaimanapun kite tetap adik beradik tau, walaupon ada diantara kita yang berlainan.

Terlebih dahulu aku nk ucapkan terima kasih pada kak izan di atas kiriman hadiah yang amat berharga buat kami. Terima kasih bebanyak kak izan, buat susah2 jer akak post! Dan kami amat menghargainya dan kami akan menggunakannye sebaik mungkin ;)

Monday, September 14, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Salam semua kawan2 dan blogger2...

Pejam celik pejam celik tidak sangka lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri.. Tak sabar rasanya nak sambut hari raya, almaklumlah tahun nie amat istimewa kerana aku beraya ade suami... Tak sabar nk kuncup tangan suami dipagi raya untuk memohon maaf... mesti syahdukan...

Raya tahun ini, kami akan beraya di sabak benam, raya kedua baru balik ke rumah mak mentua diseremban... Uhhh mcm tak sabar lak nak beraya nie! Raya sebagai seorang isteri, sebelum nie beraya sebagai pasangan kekasih tapi tahun nie raya sebagai suami isteri.

Oklah kekawan, sempena nak sambut hari raya nie, h0ney ingin memohon ampun dan maaf jika selama kowang baca blog h0ney nie, atau selama kite berkawan nie, h0ney ade menyinggung perasan kowang, secara sengaja atau p0n tidak... Semoga raya tahun ini membawa seribu kenikmatan dan seribu rahmat buat kita semua...

Wednesday, September 02, 2009

Pengalaman Di Bulan Ramadhan Sebagai Isteri

Tanpa disedari dah sebulan aku bergelar isteri pada En. Hilmi Abdlah nie. Lepas jer kenduri kawen tu, berapa minggu lak sambut ramadhan. Frist ramadhan, aku pergi ke rumah mak mentua aku di seremban so berbuke di sana.So tak ader kesempatan untuk masak berbuke tuk hubby.

Di sebabkan rumah kami tak ada peti ais time tu, so aku tak masak p0n untuk berbuka, selalunye beli jer... Bila dah beli peti ais (hadiah daripada mak mentua) haruslah, aku beli barang basah, bagi memudahkan aku masak untuk berbuke. Di sebabkan bulan ramadhan nie aku balik 4.30petang, sempatlah aku nak masak... Pengalaman betoi masak untuk berbuke nie, sbb aku nie pandailah masak, aku takut masakan aku ini tak sedap, sbb x dapat rasa masakan aku tu, masin ker tawar ker... Tapi alhamdulillah hubby aku makan, dia kata sedap!! Gembire hati...hehehhe... lepas habeh berbuke, basuh pinggan mangkuk haruslah hubby aku yang kena basuh! Itu mmg tugas dia!!

Selalunye berbuke nie, aku masak simple2 jer, janji sedap dimakan...Hubby aku nak ajak mak dia (mak mentua akulah) datang berbuke di rumah! huhuhuuhuu!! Jadi ker en. hubby?? Bikin gue cuakk wooo... Nak masak berbuke tuk mak mentua nie... huhuhuhuu! Takut aku masak tak menepati selera dia pulak...

Selalunye berbuke lauk pauk tak derlah banyak sangat dalam 2 jenis cukup dan kuih. Manakala sahur pulak, disbbkan aku se0rang jer sahur, en. hubby aku lena dibuai intan, so aku sahur roti ngan nugget jer serta air coklat... dah memadai bagi aku...

Tahun nie mmg pengalaman berhargalah, sbb baru jer menjadi seorang isterikan. Kena masak tuk hubby, nasib baiklah dia jenis tak cerewet bab makan nie! Alhamdulillah.. Ape yang aku masak, dia makan jer... Syukur aku!

Di sbbkan aku nie mmg pandai masakhermm... sampai aku blurr nak masak juadah apa pulak untuk petang nie! any ideas??

Tuesday, September 01, 2009

Penat + Mengantuk + Bosan = ???

Huhuhuhuu penat ditambah dengan mengantuk ditambah dengan bosan akan jadi ape kawan-kawan??? Apalagi balik umah tid0 lah....Jikalah aku b0leh balik umah tid0 nie kan best! Ini kena menghitung detik sampai ke 4.30 petang untuk pulang ke rumah... Dahlah ujan, dapat bantal, baringkan badan selimat 1 badan gerenti syokkkkk gilerrr tid0...

Malam tadi baru sampai daripada kampung.. Sedap betoii 2 hari makan dikampung, sbb mak masak... Ape2 p0n sed0p! Yang bestnye dapat makan udang galah yang bes0r2! Yumiee sedap giler meratah! 2 hari berbuke dikampung, 2 harilah dapat makan udang galah besor! My hubby selera giler dia makan... Dia mana pernah tak selera makan... huhuhuu.... Aku ngan dia mmg giler udang, tapi yg bestnye sekarang nie hubby dah pandai makan kepala udang, dulu aku suruh dia makan dia tak mau, dia tak suke... Aku mmg suke kepale udang daripada badan dia... sedap sedut otak udang tu! hehehhe... Now, hubby aku dan pandai makan kepala udang tu... sbb aku ajar dia makan! Sekarang nie dan tak leh dpt kepala udang daripada dia... Sbb dia makan semua... Cett nyesal ajar dia! hehehhee!

Tapi yang pasti pagi nie aku rase mengantuk sangat.... huhuhuuu

Friday, August 28, 2009

Jawab Hutang Tag

Aku kena tag sama itu kak purple, baru jer aku kenali kak purple nie. So meh lah aku jawab soalan-soalan tag yang diajukan...

Aku GEMBIRA bile:

1. Bila dapat shoping barang yang aku nak . Punyer lah hati aku happy sangat! bile x dapat jgn ckplah, aku mesti masam muke . Kelat jer muke aku hari tu.. sampai hubby p0n dah faham dah...

2. Bile dapat hadiah daripada hubby terchenta.. sy0k giler dpt hadiah lelagi kalu hadiah tu pilihan aku sendiri

3. Bile dpt blik kg then makan masakan mak... sedapnye!! rindu ngan masakan mak (mengada2 lak aku nie)

4. bile dapat duit... hahahhaha! giler suke leh gi shopping

Banyak lagi perkara yang aku gembire tapi cukuplah sampai di sini jerla yek..
Ok aku c0py award yang telah diberikan oleh kakak purple nie



Terima kasih yek kak purple atas award nie.. susah jer berikan.. keep in touch yek

Nyatakan 6 fakta pasal org yang memberi award nie yek... aduh baru nak kenal2 ngan lebih mendalam but i try la

1. Aku kenal kakak purple kat dalam bl0g lah, apa lagikan, pas2 kitaorang berym2 la plk..

2. Dia suke bagi nasihat kat aku, ada kata2 semangat... i like it

3. Suke baca bl0g dia, pandai dia menulis yek... lelagi dia citer pasal diri dia ngan suami terchenta dia

4. Aku baru tau dia nie baru kawen bulan 3 hari tu...

itu la aje la yang aku tau pasal kak purple nie..

Nyatakan 9 fakta/hobi aku

1. Aku suke tgk tv... lagi2 citer kartun mcm barbie, kartun jepun. Mmg aku suke. Macam bebudak tak aku.. W/p0n aku dh kawen tapi perangai tgk kartun masih x berubah.

2. Aku suke baca n0vel, sbbnye bila aku baca n0vel aku suke banyakkan aku dalam citer itu, bes wooo, lelagi2 part yang r0mantik dan jiwang!

3. Skrg nie h0bi aku dah rajin kemas rumah, dah rajin nak mencube sesuatu masakan... hehehhehe!

4. Aku suke gaduh ngan hubby aku alah bukan gaduh betoii2 gaduh manje2, merajuk, alah gedik2 mcm tukan... Ade aku kesah

5. Sh0pping... wah itu h0bi yang paling bes sekali

6. Aku nie kuat merajuk, dan juga sensitif. Nie hubby aku selalu bengang ngan aku sbb sikit2 aku nak merajuk tapi bukan nak merajuk sangat p0n, saje jer nak mengada2.. hehehehe

7. Aku nie 0rang yang x kenal aku, kata aku se0rang yang s0mb0ng dan mcm p0yo jer... (ade aku kesah??) hehehehe... lelama dah kenal diorg tau aku mcmmn...

8. Aku se0rang yang prihatin pada mak abah dan adik2 aku...

9. Aku bukanlah se0rang yang r0mantik tapi aku suke kalu hubby aku r0mantik ngan aku, walaup0n hubby aku kata aku nie kaku.. hahahhaa

Oraitlah dah tak larat nak taip panjang2 kak... tangan dah lenguh lelagilah bulan p0se nie... ngan sejuknye... Wah bengang betoii dahlah sejuk b0leh plk kuatkan airc0nd tu... tensen gue!!

Thursday, August 27, 2009

Sambutan Bulan Ramadhan

Sambutan ramadhan tahun nie amat bermakna buat aku, sbb frist time sambut ramadhan ngan hubby terchenta dan se0rang isteri. Terus terang aku katakan, kadang-kadang aku lupe yang aku nie dah tawen.. hehehe.

Bes woo berbuke berdua dirumah, masa bujang kekadang berbuke s0rang, kekadang berbuka ngan h0usemate, weekend jer berbuke ngan tersayang. Bila dah kawen, dah tau dah kite akan berbuke ngan dia dirumah ;)

Masa bulan ramadhan nie, aku belum lagi masak untuk berbuke, sbb ape?? Sbbnye tak sempat nak masak, beli jer lah... Maybe weekend nie nak masak berbuke ;) b0san la plk asyik beli kat pasar ramadhan ngan kantin bawah tu..

Waktu sahur pulak, selalunye aku jer yang bersahur, hubby aku tu x bangun sahur p0n... x ape lah dia larat, lagi p0n time berbuke dia mkn banyak, balik terawih mkn lagi.. lelama badan dia akan gemuk blk ye yang... hehehehe! Kalau aku, tak sahur gerenti tak larat nak puase...

Oklah, sem0ga ramadhan tahun ini, membawa keberkatan buat kita semua... ;)

Monday, August 10, 2009

Kehidupan Selepas Kawen

Wah mmg penat kehidupan pas kawen. Balik kerja nak fikir nak masak ape tuk hubby, masa bujang tak yah fikir nak masak ape, sbb aku bukan jenis mkn malam sangat tapi hubby i balik kerja mesti nak makan. Di sebabkan aku nie pandai sangat masak, kekadang beli jer balik masak nasi. Hehehhee! Alah macam x berbaloilah nak masak... Weekend jer aku masak. Pas2 sekarang nie kena basuh baju tuk 2 orang dulu s0rang jer... Nasib baik mesin basuh aut0 senang jer... Sidai baju hubby.. Dulu g0s0k baju tuk diri sendiri sekrang kena g0s0k tuk 2 0rang, hingga aku g0s0k baju duduk depan tv. Penat nak berdiri... heheee.

Sekarang dh kawen tak leh nak malas2, dulu bujang boleh lah malas2! Dulu time tid0 kul 10 dah tid0, ini kul 12 baru tid0, sbb tggu hubby balik kerja, nak siapkan makan dia. Hubby i mmg kuat makan :P.

Apa2 p0n aku harap aku dapat menjadi se0rang isteri yang s0lehah buat hubby tercinta, dan mengharapkan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin!

Friday, August 07, 2009

Alhamdulillah...

(Gambar dari bl0g acai)


Dah lama x update... Hari ini aku nak update pasal kenduri kawen aku tapi x banyaklah.. Cume nak story sikit jer lah... Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar baik di rumah aku dan rumah lelaki... Selama 2 minggu bercuti untuk majlis besar aku ini... Tapi hubby aku tu cuti kejap jer... pas kenduri umah aku dah kena kerja... :(



Aku ucapkan terima kasih pada semua rakan2 aku yang hadir. Thanks pada my best friend Syahila yang menemankan aku sebagai Raja Sehari hari itu dan tak lupe jugak pada my best friend ayong yang jauh dtg dr ampang tu ;), pada angah, uda, ucu fara dan ina..... Diorg adalah best friends aku dari sekolah hinggalah sekrang... i luv u all! Muahhh! Muahh! Thanks pada elly yang sudi datang w/p0n tgh mabuk tu... Opismate, x housemate, kak meera, chik dan yatt yang sunggu datang... Sungguh hargai kehadiran mereka... Dan kepada semualah yang sudi hadir... Minta maaf jika ade nama yang aku x sebut, maybe aku tak perasan kowang dtg... Anyway aku ucapkan bebanyak pada yang hadir di majlis aku tu....

Mmg adat k0t pas kenduri kawen Pengantin kena cuci periuk kuali besar2! Kat umah aku, aku tak kena basuh, yang basuh hubby aku ngan adik2 lelaki aku... Tapi di belah hubby aku, aku kena basuh periuk besar sebanyak 6 periuk! Uhhh menyentallah yang memenatkan... Sungguh penat kena dera... Tapi aku sental sikit2 jer... hubby aku yang menyental banyak!! Hehehehe! hubby aku sungguh rajin :P

Aku juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada photographer aku ACAI... yang bertungkus lumus ambil gambar aku dan buli aku p0sing sana sini... Sungguh penat! Nak tgk gambar kawen aku b0leh singgah bl0g Acai http://blog.faisalrahim.com/ amatlah berpuas hati ngan kerja-kerja acai ini... Semua kawan2 aku, saudara mara pihak lelaki dan aku cakap mmg cantik dia shoot gambar... S0 sesape nak kawen tu b0leh b0ok acai ambil gambar... (acai h0n pr0mote nie!) Tak sabar nak tgk gambar kawen... Acai dalam proses lagi tu.... Nak raye 0rg tunjuk kuih raye aku tunjuk gambar kawen.... hehehhehe....

Tuesday, July 21, 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari detik demi detik... masa ku nanti apakan ada.... huhuhuuhu! :P Lagi berapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku! huhuhuu! Terasa nervous, terase seperti tidak percaya, aku akan mengakhirkan zaman bujang aku nanti! Selepas ini aku akan kena memberi perihatian sepenuhnya pada suami terchenta... Akhirnya selama 5 tahun membina cinta, akhirnya kami akan mendirikan rumah tangga dan akan bina hidup bersama hingga ke akhir hayat kami. Insya-Allah. Aku terase masih lagi tak percaya yang aku akan jadi isteri orang dalam berapa hari lagi... huhuhuuu!!

Orait, kekawan doakan kebahagian kami, agar kami dapat mengharungi suka duka susah senang bersama... Terasa sedih bile nnt prihatian aku akan kena dibahagi2kan dengan mak ayah, mak ayah mentua dan suami... Sedih lagi memikirkan yang aku akan tinggalkan tanggungjawab aku sebagai anak sul0ng pada mak abah dan juga adik2.. (dah meleleh air mata ini). Sedih sangatt!! Nnt dh tak boleh buat sesuke hati dah! Nak balik kg sesuke hati ker, nak kemana2 sesuke hati ker... Semua kena minta izin suami... Rasa sedih pulak jika terkenangkan famili aku...

Mak Abah walaup0n al0ng nanti dah bersuami, selagi mak abah masih memerlukan al0ng, al0ng akan tunaikan tanggungjawab al0ng sebagai anak mak abah... (Sedih pulak..) Jika ada salah silap al0ng selama ini sebagai anak mak abah, melawan cakap mak abah, ada yang tidak al0ng tunaikan tanggungjawab sebagai anak, al0ng minta maaf dari hujung rambut... Halalkan lah makan minum al0ng, susu yang mak berikan pada al0ng... Sesungguhnya mak abah adalah ibu ayah terbaik kerana berjaya mendidik al0ng menjadi 0rang yang berguna... Mak doakan al0ng dapat menjadi isteri yang s0lehah seperti mak... Abah d0akan lah al0ng sem0ga al0ng dapat mencapai kebahagian dalam berumahtangga. Terima kasih yang terhingga buat mak abah... Al0ng sayang sangat mak abah....

Friday, July 17, 2009

Doa Kebahagian


Ya Allah Ya TuhanKu

Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukan hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar Kebahagian itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami Dalam
Melayari ketepian yang Sejahtera,
Sepertimana yang Engkau kehendaki.

~ Amin Ya Rabbal'Alamin~